Anda di halaman 1dari 2

Nama: Lee Xin Yu

Tajuk: Budi Bahasa Lambang Perpaduan

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Cetusan barakah untuk peneraju acara, lestari kehakiman teguh saksama


dan hadirin budiman. Suatu ketika dahulu, rakyat Jepun menggenggam
tanah, membengis wajah. Masing-masing, memusuhi utusan bom
Hiroshima dan Nagasaki. Namun kini, mereka bangkit menjadi bangsa
yang berdisiplin tinggi, sedangkan kita dengan akal budi berjaya membina
bangsa bermaruah. Lantas, dengarkanlah “budi bahasa lambang
perpaduan”.

Secara konsepnya,amalan berbudi bahasa yang diterap dan disemai


kepada masyarakat di Malaysia, seiring pembangunan modal insan dan
cakna minda kelas pertama menjadi wahana ke arah usaha
memartabatkan identiti bangsa Malaysia sebagai bangsa yang dihormati
dan disegani.

Hadirin sekalian,

Yang pertama, budi bahasa lambang kesatuan. Sewaktu dunia


dilanda dilema, kemelut di merata, bak tiada noktah. Namun kita berpijak
di atas bumi yang gah. Malaysia tanah pusaka bertuah. Melalui amalan
berbudi bahasa, yang jauh kita dekatkan, yang sengketa kita satukan. Di
samping bertukar fikiran, semangat aur dengan tebing kita jelmakan, budi
bahasa amalan mulia sebagai sebutan. Akhirnya, kita buktikan, 68%
respoden bersetuju, aplikasi amalan berbudi bahasa telah dihidupkan
daripada kajian oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2015. Segalanya
untuk menyuburkan sikap bersama sebagai lambang perpaduan. Ibarat
pepatah, di laut angkatan, di darat kerapatan.

Hadirin sekalian,

Yang kedua, budi bahasa lambang bangsa dihormati. Pasca 63 tahun


merdeka, masih terlalu awal alunan tentang kejayaan untuk kita nikmati.
Untuk membina bangsa Malaysia terbilang, kita perlu kukuhkan jati diri.
Berlandaskan zaman kini, untuk mencapai wawasan bestari, tuntutannya
untuk melihat bangsa pertiwi, perkasa dan dihormati, maka gerakan
patuh semangat perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Negara menjadi
pedoman,kestabilan sosial dan politik. Sebenarnya, perkasanya negara dek
kerana penyatuan kaum melalui amalan berbudi bahasa. Ibarat kata,
serumpun bak serai, setepak bak sirih.

Hadirin sekalian,

Yang ketiga, budi bahasa lambang budaya bangsa. Sejak zaman


kesultanan Melaka, nusa ini kukuh di puncak persada. Kini, jalur lapan
Perdana Menteri mengangkat Malaysia sebagai nusa bermaruah. Bak kata
orang, ada pun negeri memajukan negeri, ada pun kampung, memajukan
kampung. Hasilnya, Pesta Citra Warna Malaysia kita anjurkan untuk
rakyat Malaysia dapat menyambut tetamu dunia dengan kenunikan
pelbagai budaya, tidak kiralah Melayu, Cina dan India. Tunjukkan kepada
mereka identiti rakyat Malaysia. Bangsa berbudi tinggi, melalui nilai
toleransi. Sesungguhnya, tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah
binasa. Seni bangsa ialah budi, runtuh budi, runtuhlah bangsa.

Maka, hadirin budiman,

Kesimpulannya, budi bahasa itu lambang perpaduan kerana bahasa


pelentur budi, pengatur rohani. Hakikatnya, budi bahasa itu nilainya suci.
Ibarat titis embun yang jernih, perpaduan pula bak air yang mengalir
tenang tetapi jangan sangka, air yang tenang tiada buaya.

Sekian, salam waris merdeka.

Anda mungkin juga menyukai