Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA UNTUK PROJEK

SELF ACCESS LEARNING (SAL) ROOM


SJK(T) LADANG MIDLANDS, SHAH ALAM

1.0 PENDAHULUAN

Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk


melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang juga selaras dengan matlamat kurikulum
Bahasa Inggeris SJK(T) Ladang Midlands, kami ingin melengkapkan murid dengan kebolehan
membaca dalam Bahasa Inggeris ,berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi
keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia Bahasa Inggeris,
SJK(T) Ladang Midlands ingin menubuhkan sebuah bilik Self Access Learning (SAL ).

2.0 RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai bahasa Universal
dan bahasa kedua penting di Malaysia . Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi
menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir membaca dan
berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa Inggeris.

3.0 TEMA
Bilik ini akan bertemakan budaya Jepun. Bagi menyuntik keseronokan dan minat dalam kalangan
murid untuk mengunjungi bilik SAL ini maka bilik SAL ini akan dihias dengan perabot serta
hiasan yang bertemakan Jepun. Menurut artikel Prinsip-prinsip di sebalik persekitaran Zen
( Nazli Kimin, 2012) , konsep Zen dalam budaya Jepun dapat meningkatkan ketenangan jiwa.
Bilik SAL yang berkonsepkan Jepun diharap dapat meningkatkan ketenangan jiwa murid-murid
serta guru-guru semasa membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris di bilik itu.

4.0 MATLAMAT PROJEK

Dengan wujudnya bilik SAL, diharap murid dapat membimbing diri sendiri dan mempertingkat
pengetahuan tentang Bahasa Inggeris di samping mewujudkan minat terhadap Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid. Selain itu, bilik ini akan menjadi pusat untuk semua jenis aktiviti
Persatuan Bahasa Inggeris.

5.0 OBJEKTIF PROJEK

5.1 Mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid.


5.2 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa Inggeris.
5.3. Membolehkan murid-murid membaca dalam Bahasa Inggeris menggunakan buku Lady Bird
yang akan ditempatkan di bilik SAL secara sendiri dengan sedikit bantuan guru .
5.4 Pusat untuk semua aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris.
5.5 Menempatkan pelbagai permainan bahasa Inggeris bagi menimbulkan minat murid.

6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PENUBUHAN BILIK


Tarikh : 1 sehingga 14 Mac 2013
7.0 TEMPAT:
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil ) Ladang Midlands

8.0 PERASMIAN PEMBUKAAN:


Puan.G.Varaletchimy, Guru Besar SJK(T) Ladang Midlands

9.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil ) Ladang Midlands.

10.0 ORGANISASI
Sila Lihat Lampiran 1

11.0 KEWANGAN
Sila Lihat Lampiran 2

12.0 PENUTUP

Projek yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua
perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,
........................................ .............................................
(VATHZALA KRISHNASAMY) (VARALETCHIMY GOVINDARAJU)
Ketua Panitia Guru Besar
Bahasa Inggeris SJK (T) Ladang Midlands
Lampiran 1
JAWATANKUASA KERJA PENUBUHAN BILIK SELF ACCESS
LEARNING (SAL)
TAHUN 2013

Pengerusi : Puan .Varaletchimy Govindaraju


Guru Besar
SJK (T) Ladang Midlands

Naib Pengerusi : Cik . Prahadambal Nagandran


Guru Penolong Kanan 1
SJK ( T) Ladang Midlands

Setiausaha : Cik.Vathzala Krishnasamy


Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Ahli Jawatankuasa : Puan. C. Santhi


Puan Santhi Dewi
Puan Sivasangari
Lampiran 2

ANGGARAN BELANJAWAN

Perkara Anggaran Perbelanjaan ( RM )


Rak buku RM400.00
Bantal kerusi RM300.00
JUMLAH RM700 .00

Anda mungkin juga menyukai