Anda di halaman 1dari 4

VISI DAN MIS

2.1 VISI *

Membentuk Budaya Ilmu Berpengetahuan Ke Arah Kecemerlangan Warga Sekolah Menjelang Tahun
2025

2.2 MISI *

Selaras dengan hasrat mencapai kecemerlangan sekolah,pusat sumber sekolah akan :

MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEBAGAI AGEN PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT. MENYEDIAKAN
PRASARANA YANG KONDUSIF DAN PERKHIDMATAN MESRA PELANGGAN. MENGGALAKKAN DAN
MENGAMALKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN SUMBER MAKLUMAT SECARA OPTIMUM DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
YANG CEKAP DAN BERKESAN.

2.3 PIAGAM PELANGGAN PSS

2.3.1 Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi

2.3.2 Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik
dengan segera

2.3.3 Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau
kegunaan pengguna

2.3.4 Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah

2.3.5 Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna
dari semasa ke semasa

2.3.6 Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah pengguna

2.3.7 Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan
melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik
2.4 MATLAMAT PSS

2.4.1 Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.

2.4.2 Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk
membantu membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.

2.4.3 Membantu golongan murid yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu
pembinaan sahsiah murid itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila
mereka tamat persekolahan.

2.4.4 Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar


bandar dengan sekolah-sekolah di bandar

2.5 OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:

2.5.1 Menguruskan maklumat

PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat. Maklumat-
maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan
sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para murid dapat memperkayakan
pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

2.5.2 Kecemerlangan pendidikan

Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat
meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan murid.

2.5.3 Penggunaan kemudahan

Menggalakkan murid, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan


pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan
pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

2.5.4 Memupuk Tabiat Belajar

Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat
belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat
secara sistematik.

2.5.5 Penghasilan Bahan


Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai
alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5.6 Perkhidmatan Pembelajaran

Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan
kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti
mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat
disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini
hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar,
bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks
antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

2.5.7 Kemahiran Maklumat

Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan
kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

2.6 FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

2.6.1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum

2.6.2 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau
kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.6.3 Merupakan tempat penyimpanan bahan PDPC untuk digunakan dalam bilik darjah mahupun di
luar bilik darjah.

2.6.4 Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat
selaras dengan keperluan kurikulum.

2.6.5 Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan
atau pinjaman bahan yang diperlukan.

2.6.6 Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

2.6.7 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara
pembelajaran kendiri.

2.6.8 Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.


2.6.9 Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa serta terkini
dalam bidang pendidkan dan teknologi.

2.6.10 Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai