Anda di halaman 1dari 3

KRITIKAN SUMBER

Konsep Kritikan Sumber

Ahli-ahli sejarah amat mementingkan penggunaan sumber yang sahih


dalam penghasilan sesebuah penulisan sejarah. Sumber yang benar
dan tepat tentang sesuatu hasil kajian sejarah dapat membuktikan
kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian yang telah berlaku pada
suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, dalam proses mengumpul
sumber untuk penulisan karya sejarah oleh sejarawan, timbul pelbagai
masalah kepalsuan atau ketulenan sumber yang digunakan. Oleh itu,
proses kritikan terhadap sumber yang diperoleh amat penting sebagai
langkah untuk mengetahui ketulenan dan kebenaran sumber tersebut.
Dalam penulisan sejarah, sifat sangsi dan ragu-ragu terhadap sesuatu
sumber perlu ada sebelum menerima kebenarannya.1

Menurut kamus Dewan Bahasa, kritikan bermaksud proses


menganalisis, menilai, mengulas terhadap sesuatu karya sejarah.
Istilah kritikan juga merujuk kepada proses pentafsiran bukti iaitu
suatu ujian untuk mendapatkan kebenarannya.2 Menurut March Bloch,
kritikan merujuk kepada kaedah menguji kebenaran sesuatu sumber
kerana adanya kesangsian dan syak wasangka terhadap sesuatu
fakta.3 Pendapat yang diutarakan oleh March Bloch ini disokong oleh
Robin George Collingwood yang mendakwa bahawa ‘pemikiran sejarah
telah mencipta satu tekniknya yang tersendiri’. Menurut Muhd Yusof
Ibrahim, “Sumber ialah sesuatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu
pemikiran atau penulisan”.4 sumber juga bleh diertikan seperti bahan-bahan tinggalan
sejarah seperti dokumen, artifak, jurnal, buku catatan peribadi dan sebagainya yang
tersimpan di arkib, perpustakaan, pejabat khas, muzium dan sebagainya. Sumber
terbahagi kepada dua jenis, yakni sumber primer dan sumber sekunder.

Kritikan sumber didefinisikan sebagai proses pentafsiran sesuatu ujian untuk


mendapatkan kesahihan. Maksud kritikan di sini bukanlah sesuatu perkara negatif, namun
proses kritikan ini sangat penting untuk memastikan kesahihan sesuatu sumber atau
dokumen sejarah. Istilahnya yang lain ialah Quellenkritik.Tokoh R.G Collingwood
menyifatkan kaedah kritikan sumber ini sebagai “Kaedah Kritikal” 5 kerana proses ini
merupakan proses yang penting dalam membuat penilaian sama ada objek dan maklumat
yang digunakan itu benar atau palsu. Sejarah kritikan telah dimulakan oleh Jabal Al-
Ghazalie yang banyak membahaskan tentang persoalan kritikan. At-Tabari adalah
sejarawan awal yang memberi perhatian terhadap kebenaran sumber sejarah. 6 Kemudian,

1
Abdul Rahman Haji ABdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm 76.
2
Bilcher Bala, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah, Shah Alam: Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd, 2000, hlm 35.
3
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Son (M) Sdn. Bhd, 1985, hlm 35.
4
Arba’ iyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm 50.
5
R. Suntharalingam, op.cit, hlm 36.
6
ibid, hlm 58.
dikembangkan oleh Descrates pada zaman Renaissance di Eropah. Tokoh yang telah
mewujudkan proses kritikan sejarah yang sistematik iaitu Ernst Bernheim yang
membahagikan sumber kepada dua jenis iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.
Berdasarkan pemikiran Bernheim, masalah kritikan sumber sejarah telah dapat
diselesaikan dalam proses pentafsiran.
Kepentingan Kritikan Sumber

Kritikan sumber merupakan langkah yang penting dalam proses penulisan sejarah. Tanpa
kritikan sumber hasli penulisan sejarah tidak dapat diterima. Hal ini demikian kerana
kritikan sumber penting untuk mengukuhkan fakta sejarah. Tanpa fakta, hasil penulisan
akan menjadi kosong dari segi pensejarahan. 7 selain itu, bukti yang kukuh juga akan
menyebabkan hasil penulisan tidak boleh dipersoalkan mahupun digugat lagi
kebenarannya.8 Kritikan yang dilakukan oleh ahli sejarah merupakan penyumbang
kepada penghasilan penulisan sejarah yang bermutu dan sahih. Di samping itu, kritikan
sumber juga dapat menentukan keaslian dan kesahihan sesuatu sumber. Benedetto Croce
turut berpesan bahawa penyelidik sejarah seharusnya mengkritik dan membandingkan
sumber agar dapat memberikan maklumat yang benar. Hal ini menunjukkan kritikan
sumber dapat mengelakkan penggunaan sumber yang tidak sahih.

Seterusnya, kritikan sumber juga penting untuk mengelakkan penulisan sejarah


dipengarushi oleh mana-mana pihak berkepentinagan. Melalui kritikan sumber ahli
sejarah akan berhati-hati dengan keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi kerana
mereka berkemungkinan cenderung untuk mempertahankan pihak yang diwakili oleh
mereka. Ahli sejarah juga dapat membuat keputusan sama ada bukti tersebut boleh
diterima atau tidak. Di samping itum kemungkinan juga responden menyampaikan
maklumat yang tidak sahih bukan kerana mahu menipu tetapi kerana tersalah tanggapan
atau terlupa.9 Jadi pengkaji atau penyelidk dalam pelbagai bidang sebenarnya tidak dapat
mengelak daripada tugas atau tanggungjawab untuk memastikan kebenaran atau
kesahihan sesuatu bahan yang menjadi asas penting kajian atau penyelidikan mereka.

Selain itu, kritikan sumber juga mampu menghasilkan penulisan yang objektif. Pada
asasnya adalah suatu penulisan yang merupakan tafsiran ataupun penerangan terhadap
sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan kepada sumbernya yang masih kekal. 10 Hasil
penulisan yang objektif itu haruslah dapat mempertahankan kebenarannya, sekurang-
kurangnya untuk sementara waktu sehinggalah terdapat pula suatu penerangan lain yang
mungkin memaparkan kelemahan dan juga penerangan lain yang mungkin memaparkan
kelemahan dan juga kesilapan pada mulanya. 11 Dengan menggunakan kaedah kritikan
dapat memastikan penulisan sejarah yang tulen. Hal ini demikian kerana pentafsiran
sumber perlu berasaskan sumber yang sahih dan kekal semasa sejarawan menulis sejarah.

7
Muhammad Yusuf Ibrahim, Pengeritan sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm 72
8
Ibid, hlm 72
9
Qasim Ahmad, Sumber, Pengesahan Fakta dan Pentafsiran Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2004, hlm 64
10
Muhammah Yusuf, Ibrahim, op.cit, hlm 104.
11
Ibid, hlm104.

Anda mungkin juga menyukai