Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Seperti yang kita ketahui, pengajaran Bahasa Arab di sekolah, universiti dan di pengajian-
pengajian yang lain mempunyai matlamat utama yang sama iaitu membolehkan pelajar menguasai
empat kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, kemahiran menulis, kemahiran membaca dan
kemahiran mendengar. Kemahiran membaca adalah merupakan antara kemahiran bahasa yang utama
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Arab dan merupakan salah satu daripada
empat kemahiran bahasa yang diperkenalkan dalam penggubalan Kurikulum Bahasa Arab di Malaysia.
Maka, penggunaan kaedah yang sesuai dan berkesan amat diperlukan bagi memudahkan dan
meningkatkan kefahaman pelajar di samping untuk memaksimumkan kemahiran yang diperolehi.
Antara kaedah tersebut adalah penggunaan kamus dalam pembelajaran Bahasa Arab. Tujuannya adalah
untuk mendedahkan kemahiran-kemahiran asas tersebut terutamanya kemahiran membaca terhadap
pelajar. Hal ini kerana, pembelajaran bahasa Arab bermula dengan cara menghafal huruf abjad arab,
diikuti pula dengan perkataan-perkataan Arab. Jelaslah di sini bahawa, kamus memainkan peranan
penting untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar. Oleh itu, penggunaan kamus
perlu diperbanyakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa arab kerana ia mempengaruhi
keberkesanan kemahiran membaca yang diperoleh oleh pelajar.

2.0 Kemahiran membaca

Aspek penguasaan kemahiran dan kefahaman bacaan merupakan salah satu elemen penting
dalam dunia pendidikan sama ada dalam pembelajaran bahasa pertama mahupun bahasa kedua atau
Bahasa asing. Dapatlah dikatakan bahawa, tidak lengkap seseorang individu mempelajari sesuatu bahasa
itu melainkan dia mampu menguasai kemahiran membaca bahasa yang dipelajarinya. Dalam konteks
pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing atau kedua khususnya di Malaysia, kemahiran
membaca dianggap sebagai salah satu objektif utama yang perlu dikuasai. Hal ini kerana, semua individu
terutamanya pelajar yang mendapat pendedahan tentang amalan pembacaan yang berkesan mampu
mencapai tahap penguasaan kemahiran literasi yang baik serta memiliki keupayaan minda yang cerdas
dalam memproses maklumat bagi menghasilkan pemahaman yang tepat mengikut apa yang dibaca
(Abdul Aziz 1996). Antara faktor penguasaan kemahiran membaca Bahasa arab adalah keupayaan
individu dari aspek pengetahuan sedia ada, pemerolehan bahasa, kecekapan penggunaan kosa kata,
pengetahuan komponen struktur ayat. Justeru itu, teknik yang berkesan diperlukan untuk meningkatkan
kemahiran membaca dan kamus memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran ini.

3.0 Kepentingan kamus

Menurut Ahmad Abdul Ghafur At tar, “Kamus adalah sebuah buku yang memuat sejumlah besar
kosakata bahasa yang disertai penjelasannya dan interpretasi atau penafsiran makna dari kosakata
tersebut yang semua isinya disusun dengan sistematika tertentu, baik berdasarkan urutan huruf
hijaiyyah (lafal) atau tema (makna)”.

Definisi kamus menurut beberapa para ahli :

© Pengertian Definisi Kamus (qomus) Dalam Bahasa Arab


Source: https://www.mandandi.com/2019/06/pengertian-kamus-qomus-dalam-bahasa-arab.html?
m=1S

Kamus merupakan salah satu alat bantu pembelajaran yang berkesan untuk membantu pelajar
dalam meningkatkan kemahiran kemahiran membaca bagi mempelajari Bahasa Arab. Bukan itu sahaja,
ia juga merupakan alat pengajaran yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa dari
aspek kefahaman membaca, pembelajaran kosa kata (Laufer & Aviad, 2006) dan pemerolehan
perkataan (Holi Ibrahim, 2012). Terdapat pelbagai jenis kamus Bahasa arab seperti kamus dwibahasa,
kamus ekabahasa, kamus elektronik dan kamus bergambar. Setiap kamus ini mempunyai tujuan yang
sama iaitu membantu dalam meningkatkan kemahiran asas terutamanya kemahiran membaca namun
melalui kaedah yang berbeza. Oleh itu, kamus memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
kemahiran membaca.

3.1 Penjelasan makna sesuatu perkataan

Dalam proses membaca bahan bacaan bahasa kedua, penguasaan bahasa sasaran/kedua perlu
dalam menguasai teks. Dapat dilihat bahawa kamus terutamanya kamus ekabahasa mampu
memberikan maklumat yang relevan kerana penjelasan dalam satu Bahasa dapat memberikan
maklumat yang lebih terperinci dan tepat tentang makna atau definisi sesuatu perkataan. Hal ini kerana,
kamus ekabahasa meliputi pelbagai aspek bahasa seperti aspek entri, bentuk kata, sebutan dan ejaan,
jenis kata, sinonim, tingkat pemakaian kata, —definisi atau bahasa pemerian, catatan pemakaian kata,
deskripsipenjenisan definisi, derivasi kata, frasa, kutipan, kata-kata asing dan rujuk silang. Bukan itu
sahaja, kamus ini juga menyediakan penerangan dan penggunaan perkataan dalam konteks ayat (syarh)
berdasarkan petikan ayat al-Quran, hadis, puisi Arab, perkataan yang dituturkan oleh penutur Arab dan
sumber daripada orang terdahulu. Dengan ini, pelajar akan mendapat manfaat bagaimana sesuatu kata
itu dapat dihayati berdasarkan pemikiran bahasa penuturnya ketika membaca teks arab atau bahan
bacaan yang lain. Hal ii kerana, respons pembaca terhadap teks diperlukan untuk melancarkan lagi
perjalanan proses transaksi maklumat daripada penulis kepada pembaca ( Smith 1994). Secara tidak
langsung, ini akan membantu individu khususnya pelajar untuk menguasai kemahiran membaca dengan
mengetahui kepelbagaian maklumat dalam aspek linguistik Bahasa arab.

3.2 Penguasaan Kosa Kata

kamus dianggap sebagai alat yang berkesan untuk membantu pembelajaran dan penguasaan
kosa kata dalam bahasa asing. Dengan merujuk kamus, kita dapat mengetahui pelbagai perkataan yang
saling berkait dengan perkataan lain. Kamus dwibahasa dan kamus ekabahasa khususnya dapat
membantu pelajar di sekolah atau di universiti untuk menguasai konsep konsep kesempurnaan dan
pengetahuan kosa kata yang menyeluruh yang melibatkan 9 aspek dalam pengetahuan kata, iaitu
bentuk percakapan, bentuk penulisan, bahagian kata, kaitan antara bentuk dengan makna, konsep
makna, perkaitan dengan kata lain, fungsi gramatikal, kolokasi dan memahami sekatan dan kesesuaian
penggunaan kata. Aspek-aspek ini penting kerana berkaitan dengan kaedah menggunakan sesuatu
perkataan tersebut dengan baik di samping mempunyai hubungan yang kuat dengan kecekapan
berbahasa. Jadi, ini akan mempengaruhi kelancaran membaca dalam Bahasa arab oleh setiap individu
kerana dapat berfikir dan mengaitkan secara langsung penjelasan makna sesuatu perkataan dengan
perkataan yang lain di dalam teks yang dibaca. Sebagai contoh, Kamus Bergambar Generasi Baru
(Qamus al-Jil, al-Hadis, al-Musawwar oleh Othman Putih (2001) adalah sangat baik dari segi
persembahan isi dan ilustrasi yang berwama dan menyenaraikan kata-kata entri mengikut 89 konsep
serta dimasukkan juga kata sinonim, antonim, kata sendi dan kata kerja. Kamus seterusnya ialah
Kamus Bergambarku-My Picture Dictionary bahasa Melayu- bahasa Inggeris-bahasa-Arab oleh
Muhamad Azani Ghazali (2001). Huraian mengikut konsep dan dihiasi gambar berwarna serta ada
transliterasi huruf Arab.

Terdapat juga Kamus Idris al-Marbawi karangan Idris al-Marbawi diterbitkan semula oleh Darul Fikir
(1990) dengan pembaharuan percetakan huruf berwarna, menggabungkan dua jilid dan mengekalkan
karya asal. Keistimewaan kamus ini mempunyai gambar-gambar ilustrasi bagi menghuraikan
perkataan-perkataan entri dengan lebih jelas, memasukkan gambar-gambar, mengandungi antonim,
sinonim,jama’‘, tasrif dan mempunyai kosa kata yang jelas, sesuai untuk rujukan semua peringkat
pelajar, sama ada pelajar menengah rendah, menengah atas, universiti dan orang awam. mempunyai
asas pengetahuan linguistik seperti sintaksis dan morfologi sesuatu kosa kata. melihat definisi
tunggal, definisi kata derivasi dan makna dalam konteks.

3.3 Memahami isi kandungan teks dengan baik

Menurut Yahya (2005), tujuan membaca ialah memahami teks yang dibaca dan kandungan teks
memberi makna kepada pembaca. Tujuan ini adalah selaras dengan tujuan pengajaran kemahiran
membaca iaitu membantu individu membaca bahasa Arab dengan mudah dan santai serta memahami
maknanya secara langsung tanpa terhenti pada perkataan dan ungkapan tanpa bantuan kamus ketika
membaca. Dengan menguasai kosa kata dan mengetahui makna seuatu perkataan dengan jelas, individu
dapat menguasai kemahiran memahami dan menaakul kandungan teks yang merupakan kemahiran
yang penting dalam kemahiran membaca. Ini akan membantu individu memahami apa yang ingin
disampaikan oleh penulis kepada pembaca dari segi penggunaan kata, bentuk struktur ayat dan
sebagainya. Hal ini kerana, pembaca akan mengaktifkan keupayaan minda dalam mencantumkan
maklumat yang didapati dari kefahaman teks dengan pengetahuan yang sedia ada di mana pengetahuan
tersebut berasal dari penggunaan kamus. Jelaslah di sini bahawa, dengan penguasaan Bahasa arab yang
dipelajari dari penggunaan kamus dari aspek kosa kata, tatabahasa, gaya Bahasa dan sebagainya dapat
membantu individu menguasai kemahiran membaca seperti mengeluarkan pandangan secara umum
dan isi penting tentang petikan yang dibaca di samping mampu membaca petikan Bahasa arab dengan
lancar. Maka, kamus bukan sahaja merupakan medium utama dalam memperoleh kosa kata tetapi juga
mampu mewujudkan komunikasi yang bermakna dan dapat difahami antara pembaca dan penulis
dalam sesuatu bahan bacaan.

3.4 Pengetahuan cara menyebut perkataan

Salah satu kemahiran membaca adalah kemahiran mengenal, mengamati serta membunyikan
(menyebut) simbol atau lambang bacaan (huruf) yang terdapat pada teks dan berupaya mengaitkannya
dengan makna. Beberapa objektif kemahiran membaca akan tercapai apabila individu khususnya pelajar
dapat membaca sesuatu bahan bacaan dengan lancar serta dapat mengenal pasti secara umum tentang
idea, maklumat dan isi penting yang ingin disampaikan oleh penulis. Kamus ekabahasa Bahasa arab
mampu meningkatkan kemahiran membaca dalam aspek ini. Hal ini kerana, kamus ini meliputi empat
fungsi utama, iaitu sebutan (tarigah al-nutq), ejaan (al-hija’), morfologi (al-tahdid al-sorfiy) dan
keterangan kata (al-syarh). Individu bukan hanya mendapat manfaat mengenai pencarian makna dan
definisi sesuatu perkataan yang ingin dicari bahkan juga mampu memanfaatkan kamus ini untuk
belajar bagaimana perkataan itu dieja, disebut, diderivasikan dan digunakan dalam pelbagai
konteks. Setiap perkataan telah disediakan baris (diakritik) agar pengguna kamus mengetahui cara
menyebut perkataan tersebut. Setiap kata dasar sesuatu perkataan akan dipecahkan bermula dengan
kata kerja lampau, kata kerja semasa dan kata terbitan. Pecahan derivasi ini sebenarnya memudahkan
pengguna kamus untuk mempelajari secara tidak langsung bentuk ejaan dan cara sebutan sesuatu
perkataan. Justeru itu, individu dapat membaca petikan atau teks arab dengan lancar dengan
menggunakan kamus sebagai alat bantu pembelajaran.

4.0 Penutup

Sesunngunya, kamus dilihat mampu menjadi alat yang strategik untuk mempelajari Bahasa asing
terutamanya Bahasa arab. Hal ini kerana, fungsi kamus bukan hanya terhad dalam mempelajari definisi
dan kosa kata sesuatu perkataan sahaja bahkan meliputi aspek penting yang lain. Oleh itu, pelajar
mestilah didedahkan dengan kaedah penggunaan kamus dalam pembelajaran agar dapat disepadukan
ke dalam strategi-startegi bahasa seperti membaca serta dapat menjana dan membina pemikiran aras
tinggi, kritis dan kreatif.

Kamus merupakan satu alat yang berkesan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran-
kemahiran asas seperti kemahiran membaca dan kemahiran bercakap bagi mempelajari bahasa kedua.
Bukan itu sahaja, ia juga merupakan alat pengajaran yang memainkan peranan penting dalam
pembelajaran bahasa dari aspek kefahaman membaca, pembelajaran kosa kata (Laufer & Aviad, 2006)
dan pemerolehan perkataan (Holi Ibrahim, 2012). Penggunaan kamus adalah salah satu daripada
pendedahan bahasa yang perlu diambil kira oleh pelajar-pelajar bahasa asing (Norma, M., 2002)
khususnya bagi mereka yang mempelajari Bahasa Arab. Hal ini kerana, Bahasa Arab mempunyai
perbezaan kosa kata dari pelbagai aspek mengikut struktur ayat yang sesuai dan seseorang perlu
mengetahui makna kata dasar sesuatu perkataan itu terlebih dahulu. Justeru itu, kamus memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan kemahiran membaca.

- definisi

3.1 point 1

3.2 point 2

3.3 point 3

4.0 point 4

Manakala Kenedy (1981) pula memerihalkan aktiviti membaca sebagai proses yang melibatkan
beberapa tahap keupayaan. Tahap-tahap keupayaan tersebut merangkumi proses mengecam bentuk
visual, menghubungkaitkan dengan makna, memahami dan menginterpretasikan maksud. Menurut
Kamus Dewan (2014), ‘kemahiran’ merujuk kepada kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu
perkara, manakala ‘membaca’ pula bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak
dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Dalam proses membaca bahan bacaan bahasa
kedua, penguasaan bahasa sasaran perlu dalam menguasai teks. Bagi tujuan tersebut, respons
pembaca terhadap teks bertujuan untuk melancarkan lagi perjalanan proses transaksi maklumat
daripada penulis kepada pembaca ( Smith 1994).
bahasa yang digambarkan sebagai proses yang kompleks berlaku dalam minda pembaca yang berkait
rapat dengan kefahaman. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan
diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca ialah bagi memahami teks yang dibaca
dan kandungan teks memberi yang makna kepada pembaca (Yahya, 2005).

Membaca merupakan satu proses pemikiran dan sebagai satu usaha pembaca untuk cuba memahami
maksud yang cuba disampaikan oleh penulis. Ia juga dianggap sebagai pemindahan makna daripada
rumus-rumus yang bertulis dipindahkan kepada pemikiran untuk proses mendapatkan ilmu dan
pengalaman-pengalaman baru.

Ini menunjukkan bahawa aktiviti membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting untuk
dikuasai sama ada dalam bahasa ibunda atau bahasa kedua

Dalam proses membaca bahan bacaan bahasa kedua, penguasaan bahasa sasaran perlu dalam
menguasai teks. Bagi tujuan tersebut, respons pembaca terhadap teks bertujuan untuk melancarkan lagi
perjalanan proses transaksi maklumat daripada penulis kepada pembaca ( Smith 1994). Malah para
sarjana turut bersetuju mengaitkan aktiviti membaca dan keupayaan memahami sesuatu sebagai satu
konsep kemahiran yang penting dalam menentukan pencapaian atau kejayaan sama ada dalam bidang
pendidikan mahupun profesional (Alderson 1984; Bernhardt 1991; Rivers 1981; Marohaini 2014)

TEKNIK GUNA KAMUS

Dalam proses membaca dan mendapatkan makna daripada pembacaan, terdapat teknik-teknik
yang diperkenalkan sebagai satu panduan kepada pembaca. Menurut Yahya Othman(2004), terdapat
lima teknik yang biasa digunakan dalam kemahiran membaca.Walau bagaimanapun, teknik SQ3R dan
KWLH dikenal pasti sebagai teknik membaca yang popular dalam meningkatkan kemahiran
membaca.Teknik membaca SQ3R (Survey-Question-ReadRecite-Review) yang diperkenalkan oleh
Robinson(1970). Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan
yang dibaca. Teknik membaca SQ3R adalah teknik yang amat berkesan untuk pembelajaran bahasa.
Langkah-langkah membaca menggunakan teknik membaca SQ3R

Faktor tak guna kamus

terdapat perbezaan kaedah penggunaan antara kedua-dua kamus dan kamus dwi bahasa didapati
lebih mudah untuk dirujuk terutamanya ketika situasi mencari makna dan definisi sesuatu perkataan.
Keadaan ini mengakibatkan pelajar sukar memahami dan mengikuti kaedah dan arahan yang
dikemukakan oleh kamus ekabahasa. Selain itu, kelemahan pelajar dalam dalam aspek hija’ (ejaan)
menyebabkan mereka lebih tertarik menggunakan Kamus Arab-Melayu (dwibahasa) berbanding
merujuk kepada Kamus Arab-Arab (ekabahasa)

kesukaran menggunakannya yang berpunca daripada penguasaan tatabahasa dan morfologi yang
lemah, dan tidak mengetahui kaedah penyusunan entri kamus. Akibatnya, kamus eka bahasa
hanya dirujuk setelah gagal menemukan penyelesaian dalam kamus dwi bahasa (Diab & Hamdan,
1999) yang menyebabkan kekeliruan dalam menentukan makna sesuatu perkataan.
berdasarkan kepada prestasi dan pencapaian pelajar dalam keputusan ujian dan peperiksaan yang
dijalankan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca dan kefahaman bacaan dalam
kalangan pelajar masih lagi belum mencapai tahap yang memuaskan terutama membabitkan bahasa
kedua/asing (B2) seperti bahasa Arab. Terdapat salah anggapan bahawa mengajar kemahiran membaca
merupakan suatu yang mudah lalu kemahiran ini diajar dengan cara mengulangi pembacaan perenggan
demi perenggan dengan tujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca. Pertama; penguasaan pelajar
terhadap komponen bahasa yang terdiri daripada sintaksis, kosa kata dan struktur ayat bahasa Arab
berada pada tahap yang lemah. Kedua; pengetahuan dan penggunaan strategi bacaan bahasa Arab
dalam kalangan pelajar adalah terhad dan terbatas, malah perlu diberikan pendedahan dan bimbingan
secara berterusan. Ketiga; kebolehan dan kefahaman bacaan teks bahasa Arab masih belum mencapai
tahap yang memuaskan malah terdapat sebahagian pelajar yang kurang keupayaan dalam
memahamkan teks dengan membaca secara sendirian bahkan berhajat kepada terjemahan dari guru.
Keempat; wujud perbezaan individu dari aspek motivasi dalam mengoptimumkan usaha dan fikiran
ketika membaca, malah didapati sebahagian pelajar kurang jelas mengenai fungsi utama aktiviti
membaca. Kelima; pemantapan keupayaan guru dalam menguasai dan mengenal pasti kaedah,
pendekatan serta aktiviti membaca yang berkesan untuk diterapkan kepada para pelajar

terdapat beberapa halangan dan permasalahan dalam melaksanakan pengajaran bahasa Arab.
Antaranya ialah pelaksanaan teknik mengajar kemahiran membaca bahasa Arab masih cenderung
kepada teknik terjemahan teks (Hamid Norni Hamid, Aishah Hasman, Zahriah Hussin, Kamarulzaman
Abd. Ghani, 2010). Dalam kajian ke atas amalan penggunaan kamus, Nesi (2002) membuat
kesimpulan bahawa terdapat beberapa kesilapan dalam amalan penggunaan kamus di kalangan
pelajar. Ia secara tidak langsung menyebabkan pelajar menjadi kurang minat menggunakan kamus
dengan andaian bahawa kamus tidak boleh membantu pembelajaran bahasa mereka. Atas sebab ini,
terdapat beberapa saranan terhadap keperluan untuk mengajar kemahiran menggunakan kamus
(Bishop, 1998; Nesi, 2002). Saranan ini berdasarkan manfaat kamus ekabahasa yang sebenarnya
telah menyediakan beberapa maklumat penting terhadap pembelajaran bahasa namun secara
realitinya sering diabaikan di dalam kelas pembelajaran bahasa.

Aspek ini bukan hanya mengetahui makna tunggal kata sahaja tetapi turut melibatkan pelbagai jenis
gabungan pengetahuan dan menjadi asas untuk membina perkataan tersebut seperti sebutan, ejaan,
kata fleksi, kata klausa, gaya bahasa sastera dan ciri-ciri morfologi. Hal ini adalah kerana melalui kamus
ekabahasa ia dapat membantu pengguna untuk berfikir bagi mendapatkan penjelasan makna sesuatu
perkataan (Scholfield, 2012).

Hal ini adalah kerana melalui kamus ekabahasa ia dapat membantu pengguna untuk berfikir bagi
mendapatkan penjelasan makna sesuatu perkataan (Scholfield, 2012). Pembelajaran kosa kata yang
sebenarnya lebih mudah dikembangkan dengan penggunaan kamus ekabahasa (Rosni, 2009).

Walaupun kajian-kajian terhadap penggunaan kamus menunjukkan pelajar bahasa kedua lebih sering
dan cenderung menggunakan kamus dwi bahasa (Atkins & Knowles, 1990) namun penerokaan
terhadap kamus ekabahasa didapati mampu memberi lebih maklumat yang berkesan dalam
membantu pelajar mencari maklumat yang relevan (Atkins & Varantola, 1997; Baxter, 1980).
Menurut Béjoint dan Moulin (1987), kamus dwibahasa adalah sesuai untuk berunding cepat,
manakala kamus ekabahasa "walaupun lebih sukar untuk digunakan, ia mempunyai merit
tambahan iaitu memperkenalkan ketepatan leksikal daripada bahasa sasaran"

Kamus Arab-Arab sebagai rujukan utama dalam pembelajaran bahasa.

amus ekabahasa bukan hanya menjelaskan makna tetapi juga aspek penting yang lain (Hayati &
Akram, 2006). Bahkan dalam merujuk makna dan definisi perkataan, kamus ekabahasa
menawarkan kejelasan makna yang lebih menepati bahasa sasaran dan makna dalam konteks
yang dikehendaki. Beberapa kajian seperti Yorio (1971) dan Bensoussan (1984) menyatakan
bahawa kamus ekabahasa membantu pelajar untuk meneka dan meramal makna sebenar perkataan.

manfaat penggunaan kamus ekabahasa tidak lah terhad hanya mencari makna dan definisi kata sahaja.
Ia juga meliputi banyak aspek lain yang boleh dimanfaat dalam pembelajaran bahasa seperti
tatabahasa, ejaan, morfologi, kolokasi, etimologi dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat
tersebut, kamus ekabahasa dikatakan berperanan lebih dalam meletakkan penekanan kepada
bagaimana bahasa sasaran digunakan. Penggunaan ayat, tatabahasa dan pragmatik yang terdapat
dalam kamus ekabahasa adalah lebih tepat kerana ia diambil daripada data korpus dan bukannya
terbit daripada intuisi penyusun kamus. Data korpus ini boleh dianalisis mengikut kekerapan
penggunaan dan ciri-ciri ini membolehkan pelajar menandakan kekerapan kata pokok sesebuah
perkataan. Pengetahuan ini penting untuk membantu pelajar dalam menfokuskan kepada mana-
mana perkataan

Temu bual yang dilakukan dengan guru menyatakan kanak-kanak yang gemar membaca kamus pada
masa lapang tergolong dalam golongan individu yang lancar membaca dan menulis di sekolah. Hal ini
dibuktikan apabila kanak-kanak yang dirangsang dengan kamus lebih bersedia untuk memberikan
pendapat dan pandangan apabila ditanyakan soalan berbanding kanak-kanak yang tidak didedahkan
kepada penggunaan kamus. Kesediaan mereka ini adalah hasil daripada pembacaan yang telah mereka
lakukan terlebih dahulu berbanding dengan kanak-kanak yang tidak didedahkan kepada kamus. Ini
diperkukuhkan lagi dari aspek teori yang membuktikan bahawa proses bacaan turut melibatkan
keaktifan kognitif yang kompleks berkait rapat dengan pengalaman, pengetahuan serta kemampuan
pembaca berinteraksi dan memahami simbol-simbol tulisan. Dalam erti kata yang lain, individu yang
tidak berupaya untuk mencungkil maklumat yang terkandung dalam teks bacaan dan tidak mampu
membuat inferens yang sesuai dengan keperluan teks dianggap sebagai pembaca yang lemah serta
gagal menguasai kemahiran membaca (Jeon & Yamashita 2014; Harison 2010; Marohaini 2014; Yahya
2004). mengungkap makna semasa membaca berdasarkan kepada tanda-tanda bacaan

Kamus Bergambar Generasi Baru (Qamus al-Jil, al-Hadis, al-Musawwar oleh Othman Putih (2001). Kamus
ini sangat baik dari segi persembahan isi dan ilustrasi yang berwama dan menyenaraikan kata-kata entri
mengikut 89 konsep. Dimasukkan juga kata sinonim, antonim, kata sendi dan kata kerja. Kamus
seterusnya ialah Kamus Bergambarku-My Picture Dictionary bahasa Melayu- bahasa Inggeris-bahasa-
Arab oleh Muhamad Azani Ghazali (2001). Huraian mengikut konsep dan dihiasi gambar berwarna serta
ada transliterasi huruf Arab. . Apa yang ingin disampaikanoleh punlis

Saranan ini penting agar pelajar dapat melatih diri memahami perkataan dan ayat bahasa Arab dalam
bahasa sasaran serta memanfaatkan maklumat-maklumat lain yang disediakan dalam kamus eka
bahasa. Justeru, pelajar seharusnya didedahkan dengan latihan penggunaan kamus eka bahasa
bermula dengan pendedahan kamus dwi bahasa yang asas dan mudah seperti kamus al-Mu’jam al-
Arabiy al-Asasiy, Mu’jam al-Ùullab, Munjid al-Ùullab yang menggunakan kaedah susun atur huruf
alifbaie (tertib susunan huruf hijaie)

Keadaan ini dilihat cukup baik kerana pendedahan awal yang diberikan mampu menarik minat mereka
untuk menyukai kamus dan seterusnya menggalakkan sikap membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Bersesuaian dengan pepatah Melayu ada menyebut ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ maka
inisiatif awal perlu dilakukan bagi membolehkan kanak-kanak biasa dengan penggunaan kamus dan
seterusnya mencintai kamus sebagai salah satu bahan bacaan yang cukup bermanfaat.

Penyelidik telah melakukan temu bual dengan guru untuk mengetahui tahap minat kanak-kanak apabila
aktiviti penggunaan kamus dilakukan. Temu bual yang dilakukan dengan guru menyatakan kanak-kanak
yang gemar membaca kamus pada masa lapang tergolong dalam golongan individu yang lancar
membaca dan menulis di sekolah. Hal ini dibuktikan apabila kanak-kanak yang dirangsang dengan kamus
lebih bersedia untuk memberikan pendapat dan pandangan apabila ditanyakan soalan berbanding
kanak-kanak yang tidak didedahkan kepada penggunaan kamus. Kesediaan mereka ini adalah hasil
daripada pembacaan yang telah mereka lakukan terlebih dahulu berbanding dengan kanak-kanak yang
tidak didedahkan kepada kamus.

kesesuaian kamus sebagai sebuah buku bergambar yang mampu meningkatkan minat kanak-kanak
untuk membaca. . Hal ini berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang
tidak mahir membaca akan lebih menggemari apabila diberikan kamus berbanding buku bacaan yang
lain. Hal ini disebabkan leksikal yang terdapat di dalam kamus lebih ringkas dan mengandungi gambar
yang menarik untuk diperhatikan. Ada antara kanak-kanak gemar melihat gambar yang tersedia
walaupun belum mahir membaca. Mereka akan cuba mengeja leksikal yang ada untuk mengetahui
perkaitan dengan gambar yang disediakan. Sebanyak 44 (86%) kanak-kanak mengakui bahawa kamus
mampu menarik minat mereka untuk membaca dan selebihnya 6 (14%) yang menyatakan tidak
merupakan kanak-kanak yang tidak mahir membaca secara lancar. Minat membaca ini akan
diseimbangkan dengan keadaan alam sekeliling yang menggalakkan mereka untuk membaca dengan
lebih baik.