Anda di halaman 1dari 7

KEMAHIRAN ASAS HOKI

Menggelecek

Kemahiran pertama yang harus diajar adalah kemahiran menggelecek. Menggelecek


adalah cara mengawal bola bergerak. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk
melepaskan diri dengan bola apabila dikawal oleh pihak lawan. Tiga cara menggelecek,
iaitu:

1. Menggelecek longgar
Kemahiran menggelecek ini (open/loose dribble) digunakan apabila pemain
hendak menggerakkan bola dengan cepat. Ini bertujuan untuk:
a. Melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan.
b. Memiliki bola sambil bergerak.

2. Menggelecek rapat
Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan
rapi. Ia digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau
situasi semasa bermain sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola
tersebut kepada pemain lain.

3. Menggelecek “Indian”
Kemahiran ini sangat berguna jika pemain hendak menukar arah dari kanan ke
kiri atau sebaliknya dan melalui cara ini pemain boleh melarikan diri daripada
pihak lawan.
Latihan Ansur Maju dalam Kemahiran Menggelecek

1. Menggelecek longgar

a) Menggelecek mengikut garisan lurus.

b) Secara individu, setiap pemain berdiri di hujung kawasan bermain


seperti di bawah.

(90(

c) Dalam kumpulan, empat pemain sekumpulan, dua pemain daripada


setiap kumpulan berdiri di hujung kawasan bermain seperti di bawah:

Pemain pertama menggelecek bola hoki kepada pemain kedua.


Kemudian pemain kedua menggelecek bola hoki kepada pemain
ketiga dan seterusnya.
d) Pemain berbaris dalam pasukan masing-masing. Setiap pemain
menggelecek bola hoki ke skitel dan berpusing balik ke tempat
asalnya.

2. Menggelecek rapat

a) Secara individu, menggelecek rapat di atas garisan lurus. Pada


mulanya sejauh 2m, 3m dan kemudian 4m.

b) Secara berpasangan, menggelecek rapat antara satu sama lain.


Latihan ini diulang beberapa kali.

c) Seperti di atas, tetapi bola dihentikan di tengah jalan. Pada masa


berhenti, pemain dan bola berhenti dengan bola berada berhampiran
kaki hadapan dan kayu di atas bola.

(berhenti)
d) Seperti di (c), tetapi menggolekkan bola separuh jalan, berhenti
kemudian menggolekkan semula dengan mengundur dua langkah ke
belakang dan terus menggerakkan bola ke hadapan.

berhenti

undur dan terus ke hadapan

3. Menggelecek “Indian” (Indian Dribble)

a) Berdiri dengan kangkang, berlatih menggerakkan bola dari sisi ke sisi.


Bola digerakkan selari dengan jari-jari kaki, tetapi jauh di hadapan
badan. Melatih menarik bola berturut-turut tanpa berhenti dari sisi di
hadapan anda. Kemudian, menggerakkan bola sambil berjalan ke
hadapan.

b) Seperti di atas, tetapi berjalan ke hadapan sambil menggerakkan bola


ke hadapan menggunakan gelecekan “Indian”.

c) Berlari di atas garisan lurus sambil menggelecek bola berturut-turut


dari sisi garisan. Reverse kayu hoki setiap kali membawa bola balik
dari sisi kiri.

garisan

d) Seperti di (c), langkah-langkah tersebut diikuti secara berpasangan


dan seterusnya secara bertiga-tiga.
Memukul
Ia merupakan kemahiran yang sangat kuat antara kesemua strok hoki. Kelebihan strok
ini ialah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Ketepatan pukulan
adalah penting dan perlu ditegaskan oleh jurulatih.

Latihan Ansur Maju dalam Kemahiran Memukul

1. Latihan Individu

a) Gunakan dua biji bola hoki.

b) Memukul bola pertama dengan kuat.

c) Memukul bola kedua, supaya bola itu bergerak separuh jarak bola
pertama. Tujuan latihan ini adalah untuk anda berasa pukulan kuat
dan mengawal pukulan untuk jarak tertentu.

d) Jarak pukulan dilakukan sejauh 2m, 4m, 6m dan 10m.

Bola pertama

Bola kedua

e) Memukul bola di atas garisan lurus. Untuk memastikan persediaan


ayunan adalah lurus bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.

2. Latihan Berkumpulan

a) Membuat pukulan ke tengah dan pukulan gol mesti kuat, tepat dan
dilakukan semasa bola bergerak.
b) Menolak bola kemudian berlari dan memukul bola yang bergerak.
Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.
kemudian menolak bola ke dalam kawasan D, mengejarnya dan
memukul bola ke dalam gol.

c) Secara berempat, A menolak bola ke B, B memukul bola ke C, C


menolak bola ke D dan D memukul bola ke A semula. Selepas 10
pukulan, A bertukar tempat dengan B manakala C dengan D bertukar
arah tempat.

A B

D C

d) Secara berdua, berjarak 7m di antara pasangan yang menghadap


arah yang bertentangan, Pemain A menggelecek bola 5-8 langkah dan
memukul bola ke arah kiri kemudian berlari ke kedudukan asalnya.
Pemain B menerima bola, menggelecek 5-8 langkah dan memukul
bola ke arah pemain A, kemudian berjoging ke tempat asalnya.

A B
Menyerkap
Kemahiran Menyerkap

Menyerkap adalah teknik penting yang harus dikuasai. Ia merupakan kemahiran yang
kerap kali digunakan. Anda harus mendapat dan mengekalkan pemilikan bola yang
telah dipukul dari beberapa sudut dengan kelajuan dan tinggi yang berbeza-beza. Anda
mungkin dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar
menimbulkan kesukaran menyerkap bola tersebut.

Latihan Ansur Maju dalam Kemahiran Menyerkap