Anda di halaman 1dari 11

Nama : _____________________________________ Tarikh : _____________

SULIT 011
011
Bahasa
Melayu
LTS 2006
Set 2
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


_____________________________________________

MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2006

011 – BAHASA MELAYU


Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak


011 2006 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT
SULIT KERTAS 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan
A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 dan Soalan 2 berdasarkan Gambar 1


1 Pak Hamzah sedang __________ biola kesayangannya
di atas pentas.
A memalu
B menyapu
C menggesek
D menggosok

Gambar 1

2 Para penonton memberikan tepukan yang __________ sebaik-baik sahaja dia selesai
mengadakan persembahan.
A gemuruh
B hangat
C panas
D kuat

3 Lesen syarikat akhbar itu __________ kerana didapati telah melanggar syarat yang
telah ditetapkan oleh kerajaan.
A dimusnahkan
B dilelong
C disita
D dibatalkan

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2


4 Puan Sonia Raj memotong ubi kentang itu
__________ sebelum digoreng.
A nipis-nipis
B tebal-tebal
C serong-serong
D panjang-panjang

Gambar 2

2
SULIT KERTAS 011

Soalan 5 berdasarkan Gambar 3


5 Muhammad Ikmal Hakimi __________ pihak lawan
sebelum menendang bola itu.
A mengusik-usik
B mengacan-acan
C mengacah-acah

Gambar 3

6 Mak Cik Leha __________ daging kambing itu halus-halus untuk dibuat serunding.
A menyiat
B melapah
C menghiris
D memotong

Soalan 7 dan Soalan 8 berdasarkan Gambar 4


7 “__________ akan __________ bahagikan kepada
empat kumpulan,” kata Cikgu Irene.
A Awak ... kita
B Kamu ... kami
C Kalian ... saya
D Engkau ... aku

Gambar 4

8 Mereka bercadang untuk membuat __________ tentang cara-cara memproses


sabun.
A kajian
B latihan
C urusan
D kunjungan

Soalan 9 berdasarkan Gambar 5


9 Mangsa banjir itu __________ sebungkus pakaian
sambil __________ segulung tikar.
A memikul ... mengelek
B menjinjing ... mengepit
C menjunjung ... menjinjing
D menjunjung ... mengelek

Gambar 5

3
SULIT KERTAS 011

Soalan 10 dan Soalan 11 berdasarkan Gambar 6


10 Beberapa __________ pisang nangka di kebun Pak
Wan sudah tua.
A biji
B sisir
C tandan
D batang

Gambar 6

11 __________ pisang boleh dibuat sayur atau dibuat ulam.


A Daun
B Pucuk
C Batang
D Jantung

Soalan 12 berdasarkan Gambar 7


12 Siti Syahirah menyapu krim _________ itu pada
mukanya.
A penyeri
B pengilat
C pencuci
D pelembap

Gambar 7

13 __________ hari ini Dalila masih belum menerima surat panggilan temu duga
daripada syarikat pembinaan itu.
A Sehingga
B Semenjak
C Sungguhpun
D Bagaimanapun

Soalan 14 dan Soalan 15 berdasarkan Gambar 8


14 Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan
gambar yang diberi.
A Bagai bulan jatuh ke riba
B Bagai pinang dibelah dua
C Bagai bulan dipagar bintang
D Bagai sirih pulang ke gagang

Gambar 8

4
SULIT KERTAS 011

15 Puan Ranee memakai pakaian __________ kaum India di Malaysia.


A moden
B tradisional
C kebangsaan

Soalan 16 berdasarkan Gambar 9


16 Pelancong wanita dari negara Jepun itu duduk
bersimpuh __________ lantai.
A di tepi
B di atas
C di bawah
D di penjuru

Gambar 9

Soalan 17 berdasarkan Gambar 10


17 Doktor Syahrul meletakkan stetoskop pada dada
pesakitnya untuk mengesan __________ jantung.
A berdenyut
B mendenyut
C denyutan

Gambar 10

18 Chalet itu dibuat daripada kayu cengal emas. Walaupun sudah berusia dua dekad
namun chalet itu masih __________.
A tekal
B tegak
C tegah
D teguh

Soalan 19 berdasarkan Gambar 11


Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

19 Setelah Salem memetik punat lampu di dinding


biliknya, bilik itu menjadi terang.
A bintil
B mata
C benih
D tombol

Gambar 11

5
SULIT KERTAS 011

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

20 Biskut yang dicecah oleh adik ke dalam air kopi itu menjadi lembut.
A kasar
B kematu
C kembung
D kembang

Soalan 21
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21 Sejak bilakah pak cik beralih kepada tanaman getah?


A Seingat pak cik, sejak dua tahun yang lalu.
B Sejak harga getah naik kehidupan pak cik lebih selesa.
C Benar, sekarang pak cik mengusahakan tanaman getah.
D Pak cik beralih kepada tanaman getah kerana harga getah melambung.

Soalan 22
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22 Ya, Nor Hidayah murid yang cerdik. Dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang.
A Mengapakah Nor Hidayah cerdik?
B Benarkah Nor Hidayah murid yang cerdik?
C Bagaimanakah keputusan peperiksaan Nor Hidayah?
D Siapakah yang mendapat keputusan yang cemerlang?

Soalan 23
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 A Salleh berasal dari Kampung Gajah.


B Surat itu diterima dari abang.
C Kasut itu diperbuat dari kulit buaya.

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat yang betul.

24 A Nenek mengetepikan cawan-cawan yang terdapat di ruang tamu.


B Mereka menuntun perlawanan bola sepak di padang sekolah.
C Bapa membuatkan sebuah layang-layang untuk adik.
D Pemandangan di kaki bukit itu sungguh nyaman.

6
SULIT KERTAS 011

25 A Hai Ahmad, ampunilah dosa-dosaku!


B Nah, banyaknya ikan yang awak dapat!
C Aduhai, pilu rasanya hati apabila melihat pengemis itu!
D Cis, barulah padan dengan muka awak yang suka berlagak itu!

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Pegawai itu didakwa kerana makan duit.


II Keluarga kami akan mengadakan majlis makan besar, esok.
III Projek mega yang dijalankan di bandar itu banyak makan belanja.
IV Budak kecil itu berhenti menangis apabila diberi makan secawan susu.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja

27 I Surat yang saya terima semalam tidak mempunyai tandatangan.


II Mendapat sambutan yang luar biasa pisang goreng Mak Cik Kiah.
III Jalan susur ke pekan Tanjung Malim sesak pada musim perayaan.
IV Kebanyakan pondok-pondok telefon yang terdapat di negara kita telah rosak.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

Soalan 28 berdasarkan Gambar 12


Pilih ayat-ayat yang betul.

28 I Rosaline Yip memberi Albert Lim sejambak bunga


mawar.
II Bunga mawar itu digubah oleh Rosaline Yip dan
Albert Lim petang semalam.
III Hadiah bunga mawar itu Albert Lim terima dengan
perasaan gembira.
IV Rosaline Yip membelikan bunga mawar itu dari
Gambar 12
Pasar Raya Fajar.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

7
SULIT KERTAS 011

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

29 Gerakan mencari mangsa lemas itu telah dilakukan oleh pasukan polis dan bomba
sejak semalam.
A Mangsa lemas itu telah mencari pasukan polis dan bomba sejak malam tadi.
B Pasukan polis dan bomba telah mengesan mangsa lemas itu sejak semalam.
C Gerakan mencari mangsa lemas semalam dilakukan oleh pasukan polis dan
bomba.
D Sejak semalam pasukan polis dan bomba menjalankan gerakan mengesan
mangsa lemas itu.

30 “Lebih sedap rasanya kalau mi kari ini kamu tambahkan garam sedikit,” kata Puan
Wong kepada anaknya.
A Bagi Puan Wong, tambahan sedikit garam dapat menyedapkan mi kari itu.
B Puan Wong mencadangkan supaya anaknya menambah garam sedikit untuk
menyedapkan mi kari itu.
C Anak Puan Wong menyuruh emaknya menambah garam sedikit ke dalam mi kari
itu agar rasanya lebih enak.
D Untuk menjadikan mi kari yang dimasaknya lebih sedap, Puan Wong
mencadangkan anaknya memasukkan garam sedikit.

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Timbunan sampah sarap semakin hari semakin bertambah. Dianggarkan kira-kira


lima belas ribu tan sampah dihasilkan setiap hari dengan purata satu kilogram setiap
orang. Pembuangan sampah sarap ini jika tidak diurus dengan betul akan menyebabkan
pencemaran alam berlaku. Misalnya, tindakan membakar longgokan sampah sarap ini
akan menyebabkan udara sekeliling tercemar.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah melancarkan “Kempen Kitar Semula”. Kempen
ini bertujuan mengumpulkan bahan-bahan buangan untuk diproses semula menjadi
barangan baru. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti majlis
perbandaran, kompleks beli-belah, pemaju perumahan, sekolah, dan stesen minyak. Tong
kitar semula diletakkan di tempat-tempat tersebut.
Moto kempen “Fikir Dahulu Sebelum Buang” boleh mengingatkan orang ramai agar
memasukkan bahan buangan ke dalam tong yang sesuai. Tong ini diasingkan mengikut
jenis bahan buangan seperti kertas, plastik, kaca, dan tin.
Antara tujuan bahan buangan ini dikitar semula adalah untuk mengurangkan tempat
pelupusan sampah. Sebaliknya tempat pelupusan sampah ini boleh dimajukan untuk
tujuan lain seperti dijadikan kawasan perumahan, kawasan rekreasi dan kawasan
perindustrian.
Menyedari betapa pentingnya kempen kitar semula ini, maka orang ramai hendaklah
memberikan sokongan yang padu. Kerjasama semua pihak membolehkan kita
menguruskan sampah sarap dengan baik dan masalah pencemaran alam dapat
dikurangkan.

8
SULIT KERTAS 011

31 Timbunan sampah sarap semakin bertambah setiap hari kerana


A rakyat Malaysia tidak pandai menjaga kebersihan.
B pelupusan sampah tidak dilakukan dengan baik.
C bahan buangan tidak dikitar semula.
D negara kita pesat membangun.

32 Kesan yang berlaku sekiranya sampah sarap tidak diurus dengan baik ialah
A pencemaran alam akan berlaku.
B industri pelancongan akan merosot.
C banyak tempat pelupusan sampah akan diwujudkan.
D kos mengitar semula bahan buangan akan bertambah.

33 Tujuan utama kempen kitar dan guna semula diadakan untuk


A mengurangkan pencemaran udara.
B menanam sikap menjaga kebersihan.
C mengumpul bahan buangan untuk dikitar semula.
D mengurangkan tempat pelupusan sampah sarap.

34 Mengapakah bahan buangan perlu diasingkan mengikut jenisnya?


A Menjimatkan kos kitar semula.
B Mengurangkan tempat pelupusan sampah.
C Memudahkan proses kitar semula.
D Menarik orang ramai menyertai kempen kitar semula.

35 Perkataan pelupusan dalam petikan bermaksud


A penurapan.
B penimbusan.
C pembuangan.
D penghapusan.

9
SULIT KERTAS 011

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LAPORAN LAWATAN PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP KE SHAH ALAM


SEKOLAH KEBANGSAAN KENANGA, IPOH

Pada 29 September 2005, Persatuan Kemahiran Hidup telah mengadakan lawatan


ke beberapa buah kilang di Shah Alam.
Seramai 82 ahli telah mendaftar untuk menyertai lawatan ini namun sepuluh orang
telah menarik diri pada saat akhir. Lawatan ini turut disertai oleh lapan orang guru yang
diketuai oleh Puan Zaleha binti Abdul Ghani. Sebelum bertolak ke Shah Alam, kami telah
diberi penerangan tentang tempat-tempat yang akan dilawati serta peraturan yang perlu
dipatuhi.

Tempat pertama yang dilawati ialah kilang membuat pakaian berjenama “Snail”.
kebanyakkan pekerjanya terdiri daripada kaum wanita. Pengurus Kilang Snail telah
memberikan potongan harga sebanyak 40% kepada kami bagi setiap helai pakaian yang
dibeli. Selepas itu, kami melawat kilang Toshiba. Di kilang membuat peralatan elektrik itu,
kami menghabiskan masa lebih kurang dua jam untuk melawat ke seluruh bahagian kilang.
Kami dapati ada bahagian-bahagian tertentu, yang kerja-kerja pemasangannya dilakukan
oleh robot. Pekerja-pekerja hanya menyelia kerja yang dilakukan oleh robot tersebut.

Tempat terakhir lawatan kami ialah kilang membuat biskut “Julie’s”. Pengurus kilang
tersebut menerangkan produk kilang mereka adalah untuk pasaran dalam dan luar negara.
Sebelum pulang, pengurus kilang tersebut telah memberi kami sebungkus biskut setiap
seorang. Lawatan tersebut berakhir pada pukul 4.30 petang.

Progam lawatan ini memberikan pengalaman dan pengetahuan yang sangat


berguna kepada kami. Kami berharap agar program seumpama ini menjadi aktiviti tahunan
persatuan.

Disediakan oleh, 12 MAC 2006

Rozana
(ROZANA BINTI AHMAD ZAMRI)
Setiausaha Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Kenanga,
31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

36 Lawatan Persatuan Kemahiran Hidup ke Shah Alam itu telah disertai oleh
A 10 orang peserta.
B 72 orang peserta.
C 82 orang peserta.
D 92 orang peserta.

10
SULIT KERTAS 011

37 Jika seorang daripada peserta rombongan itu membeli dua helai seluar yang berharga
RM60.00 sehelai, berapakah harga yang perlu dibayar olehnya?
A RM44.00 sahaja.
B RM74.00 sahaja.
C RM48.00 sahaja.
D RM72.00 sahaja.

38 Lawatan itu memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada para peserta kerana
A lawatan itu berjaya dianjurkan.
B banyak tempat yang dilawati.
C melibatkan banyak anggota persatuan.
D dapat membeli pakaian dengan harga istimewa.

39 Penggunaan robot dalam kerja-kerja pemasangan dapat


A meningkatkan mutu kerja.
B meningkatkan pengeluaran.
C meningkatkan pemasaran.
D meningkatkan kualiti barangan.

40 Pihak kilang pakaian lebih gemar mengambil pekerja wanita kerana mereka
A lebih cekap dan mahir.
B lebih teliti membuat kerja.
C dibayar gaji yang lebih rendah .
D sesuai melakukan kerja tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

11