Anda di halaman 1dari 4

Surah Al-Ankabut (Ayat 42 hingga 45 )

Ertinya :
42 “Sesungguhnya Allah mengetahui (kepalsuan) apa jua yang mereka sembah yang lain
daripadaNya, dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
43 “Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat
manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.”
44 “Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmat; sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi
orang-orang yang beriman.”
45 “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
daripada Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang
itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah
adalahlebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang

1
Tafsir :
Di dalam tafsir al-Jalalain, Iman As-Suyuti telah menjelaskan tentang ayat ankabut 42 hingga
44 di bawah berserta dengan erti dan maksudnya iaitu :

(Sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang mereka seru selain Allah.) Bermaksud
mereka bukan sahaja menyeru berhala-berhala mereka, tetapi mereka seru roh Nabi, wali dan
malaikat dan lain-lain lagi. Kerana berhala dan ilah itu ada berjenis-jenis dan bukan sahaja
dalam bentuk berhala. Maka masyarakat kita kena faham apakah maksud ‘seru’ dan maksud
‘ilah’. Kerana ramai yang sangka Musyrikin Mekah sahaja yang buat syirik kerana sembah
berhala. Sedangkan ramai dari kalangan masyarakat kita yang seru selain Allah dan tidak
sedar yang itu adalah syirik.

(Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia.) Maksud Allah telah
memberi banyak perumpamaan di dalam Al-Qur’an tentang lemahnya pergantungan kepada
selain dari Allah. Banyak analogi yang Allah telah berikan. Cuma tinggal nak pelajari dan
fahami sahaja.

(Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-
orang mukmin.)Yang bermaksud orang yang beriman akan sedar yang kejadian dalam alam
ini semuanya ada tugas mereka, maka tentulah kita yang lebih mulia kejadian dari alam itu
ada tugas juga. Takkan kita lahir dan mati begitu sahaja. Tentu kita ada tanggungjawab dan
kewajipan yang kita kena penuhi.
Di dalam tafsir al-Jalalain, Iman As-Suyuti juga telah menjelaskan tentang ayat ankabut 45 di
bawah berserta dengan erti dan maksudnya iaitu :

(Sesungguhnya solat itu mencegah dari


(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.) Yang bermaksud, solat itu dapat menghalang
manusia dari melakukan perkara yang memalukan dan perkara-perkara yang buruk. Kerana
solat itu mempunyai roh yang dapat menghalang orang yang melakukannya dari membuat
dosa.
Jadi jikalau kita ini solat tetapi masih lagi melakukan perkara-perkara yang memalukan
seperti melihat kepada perkara lucah, berzina, memandang kepada perempuan dengan
syahwat, maka mungkin solat yang kita lakukan itu tidak dilakukan dengan betul dan tidak
bermakna buat kita. Itu jenis solat yang tiada roh di dalamnya.

2
Maka kita kena faham apakah yang kita sebut dalam solat itu, apa yang kita lakukan dalam
solat itu, kepentingan solat, falsafah solat dan macam-macam lagi. Solat yang berkualiti
tinggilah yang boleh menghalang manusia dari melakukan maksiat dan dosa.
Di dalam sebuah hadis melalui riwayat Imran dan Ibnu Abbas secara marfu’ telah disebutkan:

“Barang siapa yang solatnya masih belum dapat mencegah dirinya dari mengerjakan
perbuatan keji dan mungkar, maka tiada lain dia makin bertambah jauh dari Allah.”
Kerana itu Allah tidak kata ‘buat solat’ tetapi ‘dirikan solat’. Ianya seperti satu binaan yang
kalau kita bayangkan binaan yang kukuh dengan dasar yang kuat, maka ia akan menjadi satu
perkara penting yang dapat menjaga kita daripada anasir-anasir luar. Jadi kalau kita masih
solat tetapi masih melakukan perkara mungkar, maka itu kerana solat kita tidak didirikan
dengan betul. Maka kena belajar cara solat yang betul dan kena tingkatkan kualiti solat kita.
Ini memerlukan pembelajaran berterusan. Jangan solat kita di takuk yang lama sahaja.
Sehubungan dengan itu, Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa makna ayat ini mengandungi
dua takwil, iaitu ingat kepada Allah di saat menghadapi apa-apa yang diharamkan-Nya.
Selain itu, ingatan Allah kepada kalian jauh lebih besar dari ingatan kalian kepada-Nya.
Ketika kita ingat kepada Allah, waktu itu Allah lebih ingat kepada kita. Ini dikuatkan lagi
dengan ayat Baqarah: 152

3
Huraian :
Ibadah yang telah dilaksanakan dengan sempurna dari segi bentuk dan perlaksanaannya
sudah pasti membuahkan hasil yang berkesan iaitu akhlak yang baik. Banyak nas dari Al-
Quran dan Hadis yang dengan jelasnya menegaskan bahawa nilai sebenar kepada ibadah itu
ialah nilai akhlaknya. Semua ibadah sama ada yang wajib ataupun sunat, merupakan latihan
kepada umat Islam untuk sentiasa memperkembang dan mempertingkatkan usaha dalam
membersihkan diri daripada nilai-nilai akhlak yang negatif dan positif sehingga mencapai
tahap kesempurnaan akhlak.
Selain itu kita harus belajar tentang tauhid dan syirik kerana Allah tidak menyukai
perbuatan tersebut. Akantapi Allah maha bijaksana dengan menangguh azab. Ini memberi
peluang kepada manusia untuk bertaubat dan baiki kesilapan. Kalaulah kita diazab setiap kali
kita buat syirik atau buat salah, tentu tidak ada manusia yang hidup lagi di atas muka bumi.
Maka ambillah peluang yang Allah berikan ini untuk baiki diri kita. Oleh itu, kita mestilah
mengikut dan melaksanakan perintah Allah dengan hati yang ikhlas dalam melakukannya
serta hindarilah diri kita dari perkara yang dilarang oleh-Nya supaya dapat mempelihara
akhlak kita serta dapat mengukuhkan keimanan.
Sebagai umat islam, kita juga mestilah mempelajari tafsir Al-Qur’an untuk memahami
perumpamaan serta pengajaran yang Allah berikan. Perumpamaan-perumpamaan itu
diberikan kepada semua orang, tetapi yang memahaminya adalah orang-orang yang
menggunakan akal sahaja. Iaitu mereka yang tahu dan memahami tentang tauhid. Mereka
belajar wahyu dan mereka gunakan akal mereka yang waras. Maka Allah memberi cabaran
kepada kita supaya baca Al-Qur’an ini untuk melihat kepada contoh-contoh itu dan
mengambil pelajaran darinya dengan menggunakan akal kita yang waras. Dengan itu, kita
haruslah, mendalami dan memahami tafsir Al-Qur’an supaya dapat mengetahui pengajaran
rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu yang mempunyai akhlak yang mulia serta semangat
yang tinggi untuk menyebarkan agama Islam yang kita perlu ikuti.
Sehubungan dengan itu, ibadah dan akhlak sangat berkaitan rapat dalam agama islam
kerana sekirannya kita melakukan sesuatu ibadah dengan betul seperti solat. Ia dapat
menghindari kita dari melakukan perkara yang keji seperti maksiat, serta dapat membentuk
akhlak seseorang untuk menjadi lebih baik. Jika solat itu tidak mampu untuk mencegah
daripada perbuatan keji dan mungkar, maka solat itu hanyalah lakonan tanpa penghayatan
serta kekhusyukkan semata-mata. Oleh itu, kita sebagai umat islam hendaklah melakukan
ibadah dengan hati yang ikhlas, menghayati baca doa, dengan cara yang betul dan sebagainya
untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat serta dapat membentuk akhlak
kepribadian yang baik.

Anda mungkin juga menyukai