Anda di halaman 1dari 4

FPK

objektif...

1. laporanpendidikan
2.prinsip FPK
3.kerjaya guru
4.tokoh
5.modelkurikulum
6.KBSR
7.teori
8.Falsafahpendidikanislam + barat
9.KBSM

soalan struktur....

Soalan 1
a) 4 tunjang yang menjadi dasar pendidikan menurut islam
- Percaya kehidupan di dunia dan akhirat
- Keesaan tuhan
- Kepercayaan kepada nabi dan rasul
- Bertanggungjawab terhadap diri sendiri
b) Falsafah pendidikan timur turut menyumbang terhadap perkembangan sistem pendidikan di
Malaysia. Beri 3 bukti implikasi falsafah timur terhadap sistem pendidikan di Malaysia
- Perkembangan individu : membina tingkah laku manusia menjadi manusia yang berakhlak
- Matlamat pendidikan : membina masyarakat yang harmoni
- Objektif pendidikan : melahirkan manusia yang sempurna dari segi JERIS
- Penekanan dari segi mata pelajaran matematik, sejarah, kesusasteraan dan geografi
Soalan 2
a) Parenealisme berasaskan falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealism Plato
dan Aristotle. Menurut fahaman Parenialisme, manusia adalah rasional maka rasionaliti dan intelek
disemai melalui pendidikan. Nyatakan 4 fokus fahaman Perenealisme
- Fokus pada zaman Plato : perkembangan manusia yang menyeluruh, Pendidikan manusia, topic
pengetahuan umum di ajar dahulu, guru ialah pakar yang bijaksana
b) Menurut ahli falsafah pendidikan Esentialisme, guru perlu memainkan peranan membantu pelajar
memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan agar mereka dapat Berjaya dalam hidup dan masyarakat.
Berikan 3 implikasi kenyataan fahaman Esentialisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia
- Kokurikulum : 3M menulis, membaca, mengira
- Peranan guru : guru seorang yang berwibawa di dalam kelas
- Peranan murid: berusaha bersungguh-sungguh
- Kaedah mengajar : didaktik
Soalan 3
a) Tokoh pendidik barat dan timur telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan
berkaitan falsafah, psikologi dan pedagogi. Terangkan 5 pandangan pengasas pendidikan progresif John
Dewey tentang pendidikan.
- Pelajaran lebih mudah, menarik dan bermakna jika dirancang mengikut keperluan minat murid
- Pentingnya pengalaman
- Ilmu pengetahuan boleh diperolah melalui hubungan manusia dengan alam sekitar
- Perlu mengamalkan kepimpinan demokratik
- Proses pendidikan perlu berlandaskan kajian sains
b) Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh pendidikan Negara kita yang terbilang. Beliau telah banyak
berjasa dan menabur bakti dalam usaha peningkatan mutu pendidikan Negara. Nyatakan 5 sumbangan
beliau dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan Negara
- Memperkenalkan sejarah islam
- Memperkenalkan pendidikan aneka jurusan
- Jawatankuasa penyata razak & rahman talib
- Menubuhkan ahli majlis pemeriksaan Malaysia
- Mewujudkan sijil rendah pelajaran (SRP)
Soalan 4
a) Nyatakan 4 peranan guru dalam merealisasikan hasrat FPG
- Meningkatkan kemahiran professional (kaedah dan sebagainya)
- Meningkatkan kemahiran ICT
- Meningkatkan kemahiran KBKK
- Menjadi guru yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berdaya saing
b) Jelaskan dengan contoh bagaimana FPK dapat meningkatkan sistem pendidikan negara ke tahap
pendidikan bertaraf dunia
- Penyesuaian mengikut zaman (global & glokal)
- Penekanan kepada 3M
- Penekanan kepada modal insane
- Negara kita menjadi hub pendidikan di peringkat Asia

esei....

1. prkembangan sistem pndidikan di malaysia slepas dan semasamerdeka...

2. konsep modal insan kerjaya guru sebagai ibadah( perspektif agama)

3. pembentukan dan pelaksanaan kokurikulum...

jawapan utk esei..

1. komponen model kurikulum tyler.


•Objektif :
tahu tujuan pendidikn. - hasil pembelajaran
- potensi murid (contoh lemah, cemerlng, sedrhana,
bermslh pelajaran) .
- subjek yang diambil (cth sains, BI, dll)
- keperluan masyarakat.(peluang pekerjaan, perpaduan,
Patriotisme).
•Kandungan :
Pengalaman pendidkan perlu - khusus
- jelas / tepat
- berlandaskn FPK & FPG
- berdsrkn pngetahuan sedia ad murid
- boleh diukur
•Pengurusan
Melibatkan - pemilihan isi kndungan
- pengalamn pembelajarn (aktvt) sejjar dgn tujuan pend.
- Menggunakan RPH selari dgn tujuan penddikan.

•Penilaian
Pertimbangan diberi kpd : - formatif dn sumatif
- model penilaian yg diguna.

2. ciri2 guru yg dihasratkn oleh FPG:


1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu pengetahuan.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa.
11. Memastikan situasi 'guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak
mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

SEBELUM MERDEKA

Dasar ‘laissez-faire’

Pendidikan sebelum merdeka Semasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah
dasar ‘pecah’ dan ‘perintah’. Kerajaan British mengamalkan dasar ‘laissez-faire’ dengan membiarkan
tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya, telah wujud
empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang
ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu
dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas
dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina
dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan
oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.
Penyata Razak
Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu
identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai
perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia
ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956.
Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras pembangunan
pendidikan negara. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat
pelajaran apabila mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistem
pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu dan berdisiplin.
Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem pelajaran kebangsaan yang pertama
di Tanah Melayu. Penyata Razak ini kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu
sistem bercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiap kanak-kanak di
negara ini.
Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. Ordinan ini juga
mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut
mengakui tujuan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung
berkait rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam konteks untuk
membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai
kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu
pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.

Anda mungkin juga menyukai