Anda di halaman 1dari 10

Bahagian C

SOALAN ESEI
1.0 - Implikasi kepelbagaian sosio – budaya di dalam sebuah bilik darjah
terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhan.
2.0 - Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

1.0 – Pengenalan

“ Saya bangga menjadi anak Malaysia ! ”. Laungan sepakat semua rakyat


Malaysia mengekspresikan perasaan bangga, cinta, sayang dan hormat
terhadap tanahair mereka. Keharmonian, perpaduan, toleransi adalah aset
utama Malaysia mencapai serta mengekalkan kemerdekaannya sehingga
ke hari ini. Malaysia mempunyai keunikkannya tersendiri. Kaum yang pelbagai
yang hidup di bawah satu naungan berjaya membuka mata negara luar akan
hebatnya sebuah negara kecil bertag Malaysia yang maju dan berpotensi tinggi
serta berjaya mentadbir berdasarkan sistem demokrasi. Organisasi pentadbir
negara merupakan badan yang memikul tanggungjawab besar dalam
menyatupadukan pelbagai kaum serta etnik di negara kita. Pucuk pangkalnya
adalah ‘pendidikan’.

Pendidikan merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat yang


sebahagian besarnya berlaku di peringkat umur persekolahan. Pada peringkat
inilah, individu itu paling mudah dibentuk dan dipengaruhi untuk menjadi rakyat
yang baik. Bak kata pepatah, ‘ hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’.
Kanak – kanak mempelajari sesuatu tingkahlaku itu melalui peniruan
daripada lingkungan pergaulan dan akhirnya individu itu mampu membentuk
corak kelakuan dan budaya hidup yang kompleks sendiri. Jelaslah bahawa
pendidikan merupakan agen pewarisan budaya. Proses pengajaran dan
pembelajaran adalah wadah penyambung dan mengekalkan warisan budaya
disamping mengalakkan pengembangan ilmu yang boleh menggiatkan lagi
daya cipta bagi memperkayakan budaya bangsa berkenaan. ( Asiah Abu
Samah, 1985:114 ). Kebudayaan dapat didefinisikan sebagai seluruh cara hidup
yang meliputi agama, nilai, sikap, pandangan hidup, harapan, ilmu pengetahuan
dan juga kemahiran yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang
berikutnya.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah membuktikan bahawa landasan


perpaduan rakyat belum begitu kukuh pada waktu itu. Semua pemimpin negara
sedar akan perlunya rombakan atau analisis bagi memulihkan semula hubungan
antara kaum di negara ini. Lantaran dengan kejadian ini, semua pihak harus
membuka mata dan tanamkan sifat ‘ satu bangsa, satu negara ’ seiring
dengan sahutan kerajaan. Peristiwa itu tidak mustahil akan berulang kembali jika
kita tidak sama – sama mengimbangi konsep pemajmukan kaum di negara
kita. Pelbagai usaha dan buah fikiran yang diusulkan contohnya cadangan Tun
Dr. Mahathir Mohamad akan penubuhan satu sistem sekolah yang bersifat
kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap bijak. Wujudnya sekolah
wawasan dapat menjadi pemangkin dan merealisasikan wawasan 2020 yang
ingin melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat patriotik tanpa
mengira kaum.

1.1 – Implikasi kepelbagaian sosio – budaya di sekolah

“ Tujuan dasar pendidikan dalam negara ini unutk menyatukan budak –


budak daripada semua bangsa dalam negara dengan menggunakan satu
peraturan pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama dengan cara beransur -
ansur ” . ( Laporan Razak, 1956 )

Kenyataan ini disebut semasa kajian dilakukan bagi mengkaji Dasar


Pendidikan Kebangsaan yang pada ketika itu Dato’ Abdul Razak Bin Hussein
sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Beliau mencadangkan agar semua sekolah
menggunakan kurikulum atau sukatan pelajaran yang sama tidak terkecuali
pada semua Sekolah Jenis Kebangsaan yang pada waktu itu dinamakan
dengan Sekolah Jenis Umum. Manakala, bahasa Melayu hendaklah diajar di
semua sekolah rendah mahupun menengah kerana bahasa menjadi alat
perpaduan antara kaum. Perkara ini masih lagi diguna pakai sehingga ke hari
ini. Implikasinya, hubungan yang erat dapat dipupuk antara sesama guru
atau murid di sekolah. Hal ini juga dapat memudahkan urusan rasmi pihak
sekolah dengan adanya kefahaman bahasa yang baik. Bahasa kebangsaan
juga dapat diperkasakan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Pendidikan dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah


disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. Kewujudan Sekolah
Wawasan buah fikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah ditentang hebat
oleh Persekutuan Persatuan – Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina dan
Persekutuan Guru – Guru Sekolah Cina atau Dong Jiao Zhong sama sekali tidak
selari dengan hasrat kerajaan dalam membina sebuah masyarakat majmuk
yang mampu menjamin keharmonian negara dan menyediakan pemangkin
dalam merealisaikan impian wawasan 2020. Penubuhan sekolah wawasan ini
banyak implikasi positif kepada negara. Dengan berobjektif untuk melahirkan
anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara seharusnya kita
melihat penubuhan ini sebagai batu loncatan dalam membentuk bangsa
Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa
taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan
negara. Selain itu, dengan adanya pelbagai kaum di dalam sebuah sekolah,
pemupukan nilai – nilai murni akan wujud secara semulajadi. Sekolah adalah
tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna.

Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh


berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik
perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang,
toleransi, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan,
bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-
kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklah digalakkan
bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di
sekolah. Melalui pendekatan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia
bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun
berlainan etnik. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem
pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan pihak
sekolah dalam mengintegrasi anak bangsa seterusnya akan mendatangkan
impak jangka masa panjang. Contohnya, pergaulan antara kaum serta isu
persengketaan etnik akan mudah timbul.

1.2 - Implikasi kepelbagaian sosio – budaya terhadap guru.

Wujudnya pelbagai bangsa di dalam sesebuah sekolah berkongsi kelas,


tempat bermain, guru, serta wadah pengajaran secara tidak lansung akan
wujudnya sifat toleransi, saling berkerjasama dan lebih menghormati orang
lain. Guru sebagai agen penyebar ilmu harus bijak memilih bahan pengajaran
dan harus membuahkan idea yang bernas agar dapat menarik minat murid untuk
mempelajari serta menerima pendedahan mengenai budaya kaum lain di
Malaysia. Penerapan amalan silang budaya dalam sistem pendidikan negara
khasnya haruslah dititikberat dan diberi penekanan sepenuhnya di dalam atau di
luar bilik darjah. Apabila generasi kecil kita yang berbangsa Melayu, Cina dan
India ini dapat berinteraksi sejak awal persekolahan lagi sudah tentu akan lahir
satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Hal ini secara tidak
lansung akan memberi peluang orang Melayu menguasai budaya bangsa lain
dan begitu juga sebaliknya. Semangat kekitaan akan terhapus dan curang
perkauman akan mulai rapat dan utuh.
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk sosialisasi sihat
dalam pergaulan murid di sekolah. Di dalam atau di luar bilik darjah guru
merupakan role – model terhadap anak didikannya. Contoh dan tauladan yang
baik harus ditonjolkan agar menjadi ikutan. Pergaulan guru sesama rakan
guru yang bukan sebangsa haruslah mencerminkan identiti bangsa
Malaysia. Sebagai seorang guru pelatih, saya sedar akan tanggungjawab saya
untuk membentuk perpaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
semasa mengajar kelak.

1.3 - Implikasi kepelbagaian sosio – budaya di dalam bilik darjah.

Bilik darjah merupakan ruang sosialisasi bagi murid – murid selain


membina kefahaman baru dengan panduan dari pendidik. Wujudnya konsep
mesra budaya dalam bilik darjah secara tidak lansung menyumbang ke arah
pembentukan jambatan perpaduan dan penyatuan etnik yag terdapat di
Malaysia. Contohnya di Sabah dan Serawak, terdapat hingga lebih daripada 20
etnik bergabung di bawah satu rumpun berganding bahu mengukuhkan ikatan
perpaduan antara mereka. Dengan adanya bahasa kebangsaan sebagai bahasa
penyatu dan pembina identiti negara bangsa Malaysia, interaksi dua hala lebih
teratur dan berkesan. Implikasinya, warga Malaysia akan lebih memahami
antara satu sama lain. Impak jangka masa panjangnya, mereka akan lebih
menghormati dan mengenali budaya serta sensitiviti sesebuah kaum yang
lain. Contohnya, istilah – istilah berunsur menghina sesebuah kaum yang boleh
mendatangkan perpecahan atau perbalahan tidak seharusnya disebut atau
dilontarkan dengan tujuan negatif. Perkara ini mungkin boleh dijadikan bahan
perbincangan di dalam kelas supaya mereka lebih sedar serta memahami akan
sebab mengapa sesetengah perkara itu menjadi sensitif bagi sesebuah kaum.
2.0 - Pengenalan

Kaedah menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz
dalam bukunya, Pengajian Melayu III, kaedah boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran pula boleh didefinisikan sebagai satu siri tindakan guru yang
bersistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih dan
bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sebagai seorang guru, perlulah mempunyai kemahiran dalam


pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai adalah bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan
bilik darjah tersebut. Berbalik kepada persoalan di atas, bagi mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya, guru perlulah menyediakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bertepatan supaya objektif utama
dapat dicapai dengan jayanya.

2.1 - Cadangan Pertama : Mewujudkan Iklim Persekitaran Fizikal Bilik


Darjah Yang Kondusif

Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikenalpasti


keberkesanannya untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya ialah guru perlulah memastikan iklim persekitaran fizikal di dalam
bilik darjah bersesuaian dan menjadi lebih kondusif. Kondusif mengikut
takrifan berdasarkan Cambridge Advance Learner’s Dictionary(2004) membawa
maksud menyediakan keadaan yang betul dan dapat memberi rangsangan untuk
memastikan sesuatu yang berlaku (Priceton University,2003). Dalam konteks
iklim pembelajaran yang kondusif pula, United Sates Department of Educatian
(USDE) telah mentakrifkan iklim yang kondusif untuk pembelajaran yang
berkesan merupakan suatu bentuk persekitaran yang menarik dengan reka
bentuk dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira
penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh yang demikian, dengan adanya
kebijaksanaan seseorang guru dalam mewujudkan iklim fizikal bilik darjah yang
kondusif dan sesuai, dapatlah mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa
dan seterusnya dapat menjurus ke arah untuk mewujudkan persekitaran yang
mesra budaya.

Contohnya, kedudukan murid di dalam bilik darjah perlulah seimbang.


Misalnya, murid melayu duduk bersebelahan dengan murid berbangsa cina
ataupun india. Begitu juga sebaliknya. Di setiap baris dan lajur kedudukan di
dalam bilik darjah perlulah mempunyai variasi murid agar kemesraan antara
setiap budaya dapat diwujudkan. Hal ini dapat menunjukkan bahawasanya guru
tersebut sangat peka dan prihatin terhadap anak muridnya yang berbilang kaum
dan juga budaya. Jadi, mereka dapat membiasakan diri dengan berinteraksi
dengan rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai kaum.

Di samping membantu pembelajaran, ia juga dapat meningkatkan corak


sosialisasi antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Mereka juga
dapat membentuk satu perhubungan yang mesra budaya di mana mereka saling
hormat-menghormati antara satu sama lain dan sentiasa memberikan kerjasama
semasa melaksanakan aktiviti di dalam bilik darjah Dengan menggunakan
kaedah ini, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat diwujudkan
dengan jaya dan berkesan. Iklim pembelajaran yang kondusif ini sangat
bergantung kepada kebijaksanaan guru dalam memainkan peranan sebaik
mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang mesra budaya.
2.2 - Cadangan Kedua : Menggunakan Kaedah Pembelajaran Secara
Berkumpulan

Cadangan kedua kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk


mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah dengan
menggunakan kaedah pembelajaran secara kumpulan dan koperatif.
Pembelajaran secara berkumpulan ini sangat penting sebagai alat pengukur
untuk kejayaan akademik, sosialisasi dan juga emosi. Dengan adanya kaedah
pembelajaran secara berkumpulan ini, mereka saling bergantung antara satu
sama lain kerana kejayaan sesuatu aktiviti adalah sumbangan dari kumpulan,
bukannya individu. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
berkumpulan ini dapat menggalakkan dan memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi antara satu sama lain dan nilai-nilai murni seperti saling bantu-
membantu dan semangat koperatif dapat dipupuk dalam aktiviti pembelajaran.
Justeru itu, kaedah pembelajaran secara berkumpulan ini merupakan satu
kaedah yang paling tepat dan bersesuaian dalam mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya.

Melalui kaedah ini, murid-murid yang terdiri dari pelbagai kaum di dalam
sesebuah kelas terutamanya yang melibatkan kaum-kaum utama di Malaysia
iaitu kaum Melayu, Cina dan India boleh dimuhibahkan semasa aktiviti secara
berkumpulan tersebut dilaksanakan. Mereka berpeluang mengajar dan belajar
antara satu sama lain dan menghormati kebolehan serta bakat rakan-rakan
walaupun menyedari bahawa mereka berlainan kaum. Secara tidak langsung,
pembelajaran secara berkumpulan ini dapat menyediakan latihan awal kepada
murid-murid bagi menyesuaikan diri dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Contohnya, semasa melakukan aktiviti secara berkumpulan, setiap kumpulan
perlulah diwakili oleh murid yang terdiri dari pelbagai kaum supaya mereka lebih
mesra dan dapat memperolehi idea-idea yang berbeza. Antara contoh aktiviti
yang boleh dilaksanakan secara berkumpulan ialah main peranan,
perbincangan, membuat projek dan lain-lain lagi.
2.3 - Cadangan Ketiga : Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang juga boleh dilaksanakan


untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya ialah guru perlulah
menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh digunapakai dan
bersesuaian dengan kepelbagaian kaum di dalam sesebuah bilik darjah.
Bahan bantu mengajar ini biasanya digunakan oleh guru untuk menarik
perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar.

Dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik, murid-murid akan


berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Bahan bantu mengajar juga merupakan suatu media yang boleh
mengaitkan perhubungan antara guru dengan murid dan secara tidak langsung,
interaksi di antara mereka akan dibentuk melalui penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai. Justeru itu, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
dapat diwujudkan.

Contohnya, semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


mengenai tajuk Perayaan Di Malaysia, guru perlulah menyediakan bahan bantu
mengajar yang mewakili kesemua kaum murid yang terdapat di dalam bilik
darjah tersebut. Hal ini sangat dititikberatkan agar murid-murid tidak berasa
dipinggirkan. Oleh itu, guru dapat menunjukkan keadilan di kalangan kesemua
murid di dalam kelas tersebut. Selain itu, dengan adanya bahan bantu mengajar
yang pelbagai, secara tidak langsung dapatlah murid-murid mempelajari dan
mengenali budaya yang pelbagai dari kalangan rakan-rakan mereka.
2.4 - Cadangan Keempat : Interaksi Dalam Bilik Darjah

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang keempat ialah saling


berinteraksi di dalam bilik darjah. Mengikut kamus A New English Dictionary,
interaksi bermaksud proses saling bertindak dan saling mempengaruhi di antara
satu sama lain. Terdapat tiga interaksi asas iaitu interaksi sehala, dua hala dan
juga pebagai hala. Guru dan murid-murid perlulah saling berinteraksi antara satu
sama lain untuk mewujudkan kemesraan hidup di kalangan masyarakat pelbagai
budaya di dalam bilik darjah tersebut.

Guru juga perlulah mengamalkan sifat kepimpinan secara demokratik


agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dan saling bekerjasama
dalam segala aktiviti kumpulan di dalam bilik darjah. Suasana sosioemosi yang
kondusif juga dapat dipertingkatkan dan perhubungan guru dengan murid
menjadi lebih mesra. Sebagai contoh, guru tersebut tidak boleh mempunyai
sikap pilih kasih di dalam diri dan perlulah melayani setiap anak muridnya
dengan sama rata walaupun mereka terdiri dari pelbagai budaya. Wujudnya
interaksi yang berkesan, persekitaran di bilik darjah menjadi lebih harmonis.

Secara konklusinya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih


oleh guru, perlulah dipastikan terlebih dahulu keberkesanannya agar berjaya
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Oleh itu, sebagai
seorang guru, haruslah berusaha mewujudkan persekitaran yang boleh
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya serta
dapat memupuk semangat perpaduan antara murid-murid sejak dari bangku
sekolah lagi.