Anda di halaman 1dari 2

2.

0 Latar Belakang Kajian

Sebelum tercetusnya COVID-19 lagi, masyarakat sudah bergantung kepada pelbagai

media sosial untuk pelbagai tujuan, seperti berhibur, mendapatkan maklumat, berkomunikasi,

aktiviti pengajaran-pembelajaran dan lain-lain. Tetapi, secara jelasnya, semasa COVID-19

melanda dunia pada penghujung tahun 2019, masyarakat semakin bergantung kepada media

untuk kelangsungan hidup. Maklumat mengenai situasi semasa pandemik COVID-19 boleh

diperoleh daripada media sosial yang pelbagai, seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok

dan sebagainya. Pihak yang sentiasa mengemas kini dan berkongsi maklumat termasuk

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), organisasi

bukan kerajaan (NGO), serta rakan-rakan kita di media sosial. Apabila terlalu banyak

maklumat yang disiarkan dan ditonton, sudah tentu khalayak akan berdepan dengan situasi

yang dinamakan “limpahan maklumat”.

Selain itu, kebergantungan berterusan kepada media sosial dapat dilihat dalam

pelbagai aktiviti seharian. Jadual kehidupan dan mod bekerja berubah hampir 100 peratus

terutama yang tidak dibenarkan ke tempat kerja dan sekolah. Kita “dipaksa” bekerja dari

rumah (Work From Home) dan menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan termasuk

pengubahsuaian jadual kerja, isu teknikal, perkakasan dan perisian, serta persediaan mental

dan emosi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga berubah daripada bersemuka ke

100 peratus dalam talian. Mod synchronous dan asynchronous, dan remote

learning/teaching mula kedengaran dan perlu difahami dan diaplikasikan oleh tenaga

pengajar dan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan guru

menggunakan Google Classroom (GC), jadi ibu bapa perlu bantu anak-anak mengakses

bahan di GC manakala universiti lebih fleksibel dan pelbagai, ada pengajar yang

menggunakan aplikasi perbualan dalam talian dan siaran langsung seperti Webex, Google
Meet, Hangout, Microsoft Team, Skype, Facebook Live, dan aplikasi khusus untuk

pembelajaran seperti Nearpod, Padlet, Kahoot, selain YouTube, WhatsApp dan Telegram.

Normal lama seperti makan di restoran, boleh keluar rumah pada bila-bila masa, solat

di masjid, bermain di luar rumah, bersukan dan riadah, menonton filem di panggung wayang,

bermain boling, futsal, hatta menonton perlawanan bola sepak di stadium tidak lagi

dibenarkan semasa PKP. Jadi, untuk menghiburkan hati dan mengisi masa terluang, media

sosial menjadi sumber terpenting masyarakat untuk mencapai motif tertentu. Media sosial

juga adalah alat eskapisme daripada dunia realiti. Penat bekerja dalam rumah misalnya, maka

telefon mudah alih segera dicapai untuk melepaskan lelah, atau sekadar mengisi masa lapang.

Hal ini terbukti bahawa sepanjang musim pandemik ini penggunaan media sosial sangat

tinggi.

Anda mungkin juga menyukai