Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sekali lagi saya ingin mengajak anda berfikir, rasanya, sesuaikah budaya hedonisme ini dengan
kita sebagai masyarakat timur yang mementingkan budi bahasa dan adab sopan? Jika
permasalahan ini tidak dititikberatkan, maka ia akan meracuni fikiran remaja-remaja yang masih
belum berfikiran matang. Jika dibiarkan, sudah pasti ia akan mengubah adat hidup dan budi
bicara mereka nanti. Benar bukan?
Banyak lagi budaya yang telah dilahirkan oleh Hedonisme ini. Antaranya, budaya MALAS.
Hedonisme telahpun membius, menyuntik dan melekakan pemikiran remaja, lalu mereka tidak
lagi berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu kerana apa yang mereka tahu
hanyalah berhibur sahaja.Pada mereka, hidup hanya sekali, so? "Jom kita enjoy!". wah! Banyak
cantik! Korang fikir hidup ini hanya untuk berseronok ya?
Kita dapat lihat sendiri. Gejala sosial turut dilahirkan oleh budaya Hedonisme ini. Eh, bagaimana
itu? Baik, mari saya terangkan. Jika sudah di'set'kan di dalam mindanya, life is just for fun, maka
sudah pasti hanya ingin gembira sahaja bukan? Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian
kita, apabila remaja islam mula berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di kelab
malam, pub, disko dan sebagainya utntuk bersuka-ria. Nah! Di sinilah lahirnya gejala sosial itu.
Penyakit sosial mula menjangkiti seperti, meminum arak, terkinja-kinja menari seperti orang
gila, mendengar lagu-lagu rancak yang menyakitkan telinga sambil menggoyangkan kepala,
bukan ada untungnya malah mengusutkan rambut sahaja. Buat apa yang mereka suka tanpa
menghiraukan orang sekeliling. Mereka fikir orang lain tidak ada perasaankah?. Di mana
perasaan malu? Di mana adab sopan masyarakat timur? Malah, di mana akhlak remaja islam?
Ah, daripada sini,pasti juga akan berlaku pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang akhirnya
sudah tentu membawa kepada zina. Maka akan rosaklah remaja kita! Saya ulang sekali lagi,
rosaklah remaja kita! Bakal menjadi sampah masyarakat.
Sekian, sampai di sini sahaja yang mampu saya kongsikan. Maaf jika masih banyak informasi
yang belum dapat saya sampaikan. Moga kalian diberi kefahaman. InsyaAllah.