Anda di halaman 1dari 2

Cara meningkatkan semangat patriotik

Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering
diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini最近, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat
di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan
apabila terdapat segelintir一小撮的人 masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari
kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia
ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru. langkah-langkah
yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri
dalam daging’心头刺 (厌烦的事) yang akan menjejaskan kemakmuran/nama negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya ialah memupuk semangat
patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati
dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Contohnya pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat sekolah, nyanyi Lagu Negaraku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah已经确定 semangat patriotik
akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting
kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Baca juga: Peranan ibu bapa bagi memupuk semangat cinta akan negara
Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik
dalam sanubari心灵 anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tentang
pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil
lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya,
ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat
bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu
bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, Kementerian Penerangan
Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang
pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah
menayangkan播出 filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan
dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan实际上 dapat mengeratkan
perpaduan antara kaum di negara kita.
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang
cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama
dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru,
semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai