Anda di halaman 1dari 18

Rahsia cara kurangkan hutang

bulanan tanpa gunakan duit kita


sendiri!
Cabaran terbesar orang yang berhutang adalah melangsaikan hutang yang ada. Tak kiralah
hutang apa yang ada sekarang. Pinjaman kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman rumah
dan segala hutang yang ada.

Kredit : http://adsoftheworld.com/media/print/beneficial_bank_revolving_debt

Dan masalah kewangan adalah masalah besar untuk banyak keluarga dan individu. Ada yang
pilih untuk bunuh diri, ada yang pukul anak dan bini, dan ada yang bercerai kerana masalah
kewangan. Antara punca no.1 kenapa ramai pasangan bercerai tahun 2019, adalah kerana
masalah kewangan.

Sebenarnya, ada beberapa cara rahsia atau shortcut yang anda boleh pakai untuk kurangkan
hutang sedia ada setiap bulan, tanpa gunakan apa apa wang extra dari poket anda sendiri.
Ini rahsia kenapa orang kaya boleh buat hutang berjuta tapi masih hidup mewah. Orang
keliling kita hutang tak sampai RM50,000 dah tak boleh tidur malam.
Jadi kalau anda baca, fahamkan dan khatamkan buku ini, anda akan faham cara orang kaya
manipulasikan hutang. Macam mana mereka boleh menghamba abdikan hutang, dan bukan
dihambakan oleh hutang. InsyaAllah anda boleh buat macam:

Jenny
Kurangkan hutang bulanan anda sebanyak 70%! Saya akan
kongsikan kes study macam mana Jenny boleh kurangkan
hutang bulanan beliau dari RM4,900 sebulan ke hanya
RM1,500 sebulan. Beliau berjaya kurangkan hutang beliau
sebanyak 70% sebulan tanpa gunakan satu sen pun duit
beliau untuk bayar hutang! Dari takde rumah langsung dan
banyak hutang kepada miliki sebijik rumah, langsaikan
hutang mereka.

Ikram
Macam mana Ikram berjaya kurangkan hutang bulanan
beliau dari RM6,000 sebulan kepada hanya RM1,700
sebulan dan boleh menyimpan extra RM4,300 sebulan
sebab hutang bulanan beliau banyak berkurang!

Aina
Macam mana Aina berjaya langsaikan 2 biji rumah
sebelum umur 30 tahun, tanpa keluarkan satu sen pun
duit beliau sendiri untuk langsaikan rumah beliau. Siap
boleh beli kereta Proton baru cash tanpa hutang!

Faizul
Kisah saya sendiri, bagaimana saya buat hutang RM3 juta
untuk buat harta RM6 juta!

Kali ni kami nak kongsikan ilmu untuk kurangkan hutang


yang sedia ada dan ajar bagaimana dengan tukarkan
hutang anda boleh dapat aset.

Baca dan praktiskan rahsia yang diajar ini, dan lihat


bagaimana hidup kita berubah sebab dah jadi celik
kewangan!
Beza hutang baik dan hutang jahat!
Sebelum memohon apa - apa pinjaman, anda perlu tahu perbezaan hutang. Adakah ianya
akan menjadi hutang yang baik atau hutang yang jahat bagi anda. Tak tahu yang mana satu
hutang baik atau hutang jahat?

Mari saya jelaskan apa bezanya.

Hutang Baik Hutang Jahat


Hutang yang tolong masukkan duit dalam poket kita Hutang yang keluarkan duit dari poket kita

Antara ciri-ciri hutang baik adalah: Antara ciri-ciri hutang jahat adalah:
• Menambah nilai kewangan anda • Beli barangan yang ada nilai susut
• Membantu kembangkan simpanan yang cepat di masa hadapan,
anda • Hutang yang tidak dibayar tepat
• Jumlah bayaran semula yang pada masanya.
rendah • Kadar faedah yang tinggi dan
• Kadar faedah yang rendah membuatkan anda perlu bayar
hutang lebih dari nilai yang
sepatutnya.

Contoh hutang baik: Contoh hutang jahat:


• Rumah yang sewanya boleh cover • Rumah yang diduduki sendiri dan
minimum 70% dari bayaran bulanan tiada apa apa pendapatan
tiap tiap bulan sewaan
• Kereta yang digunakan untuk bawa • Rumah yang sewanya gagal cover
GRAB / MyCar minima 70% dari kos bulanan tiap
• ASB loan tiap bulan
• Hutang kereta dan modify kereta
• Personal loan - Pergi holiday, kahwin
etc
• Kad kredit

Kesimpulannya, lebih banyak hutang baik yang kita buat, lebih banyak duit yang kita dapat.
Lagi banyak hutang jahat yang kita buat, lebih miskin jadinya kita. Ini adalah rahsia kenapa
orang kaya terus jadi kaya, dan punca kenapa orang miskin terus jadi miskin.
Jenis-jenis hutang dan perbezaan
hutang-hutang ini!
Anda dah belajar tentang hutang baik dan hutang jahat beserta contohnya.

Kali ni saya nak kongsikan empat (4) jenis hutang dan apa perbezaannya kepada anda
supaya anda lebih jelas. Anda boleh rujuk jadual di bawah.

Jenis hutang Kadar interest Tempoh Jumlah Bayaran


(Effective interest rate) pinjaman (RM) bulanan (RM)

3% 35 tahun 100,000 385


Pinjaman
perumahan

4% 9 tahun 100,000 1,259


Pinjaman
kereta

5% 10 tahun 100,000 1,250


Pinjaman
peribadi

18% dan minimum 100,000 5,000


Kad kredit bayaran bulanan 5%

Kesimpulannya :
• Loan rumah adalah loan yang paling panjang dan paling murah ( Loan RM100,000
cuma kena bayar RM385 sebulan )
• Kad kredit merupakan loan yang paling mahal dan paling pendek ( Loan RM100,000
kena bayar RM5,000 sebulan )
Macam mana anda boleh
rendahkan bayaran bulanan loan
dan ada lebihan cash setiap
bulan?
Anda dah baca tentang konsep asas hutang, perbezaan hutang baik dan hutang jahat.
Sekarang saya akan kongsikan teknik kurangkan hutang yang pertama iaitu Debt Swap.

Apa itu debt swap?

Bahasa mudahnya, debt swap ni maksudnya tukar hutang mahal kepada hutang murah.
Jumlah interest yang tinggi anda boleh tukar kepada jumlah interest yang lagi rendah.

Hutang yang anda boleh tukar adalah:

• Personal loan
• Housing loan
• Hutang kad kredit

Sebenarnya bagi orang yang ada ilmu yang betul, anda boleh guna teknik untuk kurangkan
hutang dan tingkatkan cashflow anda.

Jom saya tunjukkan tiga (3) case study supaya anda lagi mudah faham bagaimana teknik
debt swap ni membantu kurangkan hutang anda dan tingkatkan cashflow anda.
Case study Debt Swap #1 : Refinance
Kali ni saya nak kongsikan kisah Ikram.

Macam mana Ikram berjaya kurangkan hutang bulanan beliau dari RM6,000 sebulan kepada
hanya RM1,700 sebulan dan boleh menyimpan extra RM4,300 sebulan sebab hutang bulanan
beliau banyak berkurang!

Ikram mempunyai hutang rumah dan perlu membayar sebanyak RM6,000 sebulan.

Apa yang Ikram buat adalah dia mula survey cara untuk refinance property yang sedia ada.
Buat masa sekarang, hartanah yang Ikram ada di bawah pinjaman Bank A. Bila Ikram
refinance kepada Bank B, pinjaman rumah yang dia perlu bayar setiap bulan hanyalah
RM1,700 sebulan.

Kini Ikram ada lebihan cash RM4,300 sebulan dan kalau dia nak beli rumah lagi pun dia
boleh beli.

Case Study Debt Swap #2 : Tukar interest tinggi kepada interest rendah
Farah merupakan seorang executive yang bekerja di KL. Dia mempunyai personal loan
dengan bank A sebanyak RM50,000.

Apa yang Farah buat adalah dia mula mencari cara untuk kurangkan bayaran bulanan
personal loan. Menggunakan teknik debt swap, Farah tukarkan dari personal loan Bank A
kepada personal loan Bank B.

Personal Loan Bank A (RM50,000) Personal Loan Bank B(RM50,000)

Interest 9% 7%
Tenure 7 Tahun 7 tahun
Bayaran RM970 / sebulan RM887 / sebulan
bulanan

Menggunakan teknik debt swap ini, Farah berjaya kurangkan RM83 daripada bulanan
personal loan.
Case study debt swap #3 : Balance transfer
Saya nak kongsikan kisah sebenar Aiman (bukan nama sebenar) ini.

Aiman ada hutang kad kredit tertunggak RM15,000 dengan interest rate 18% setahun. Dia
bayar ansuran hutang kad kredit dengan jumlah bayaran minimum (5% dari baki hutang)
iaitu RM750.

Hutang kad kredit Interest Rate Minimum bayar ansuran


tertunggak hutang kad (5%)

RM15,000 18% RM750

Aiman akan mengambil masa 100 bulan (8 tahun 4 bulan) untuk langsaikan semua hutang.

• Jumlah interest: RM6,198,


• Jumlah keseluruhan: RM21,198

Kemudian, dia buat balance transfer ke syarikat kad kredit B dengan syarat – syarat berikut:

1) Upfront fee 3% dikenakan ketika pendaftaran balance transfer dan dicampur dengan baki
hutang kredit kad. Jumlah upfront fee adalah sebanyak RM 450.

Baki hutang yang perlu dibayar adalah sebanyak RM15,450.

Pengeluar kad kredit bagi tawaran sekiranya kesemua baki hutang dilangsaikan dalam
masa 12 bulan, tiada kadar faedah akan dikenakan.

Untuk 12 bulan pertama, ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

RM15,450/12 bulan = RM1,287.50

Secara kesimpulan, hutang keseluruhan Aiman dengan syarikat kad kredit baru adalah
sebanyak RM15,450 ringgit dan ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sebanyak
RM1,287.50

Hutang Sebelum Balance Transfer


(100 Bulan / 8 Tahun 4 Bulan) (12 Bulan)

RM21,198 RM15,450
Aiman telah jimat:

• RM21,198 – RM15,450 =
• RM5,748

Kesimpulannya, bila anda ada hutang yang banyak, jangan rasa hutang tu membebankan.
Anda boleh kurangkan bayaran bulanan hutang bergantung kepada situasi anda sekarang.

Saya dah kongsikan macam mana Ikram berjaya kurangkan hutang bulanan beliau dari
RM6,000 sebulan kepada hanya RM1,700 sebulan dan boleh menyimpan extra RM4,300
sebulan. Malah, saya juga dah kongsikan kisah Farah yang berjaya kurangkan bulanan
personal loan dari RM970 kepada RM887 sebulan. Kini Ikram ada lebihan RM4,300 dan Farah
pula ada lebihan RM83 setiap bulan.

Saya harap, anda yang rasa stuck dengan hutang sekarang, dapat sesuatu dengan
perkongsian ini. Yang penting, cari ilmu dulu bila nak buat sesuatu. Ilmu ni bukan ilmu biasa
- biasa. Ilmu ni boleh buatkan orang yang ada hutang RM5 juta pun boleh tidur malam.

Kalau anda nak baca lagi banyak case study dan nak lagi faham tentang ilmu kurangkan
hutang, saya nak jemput anda masuk Facebook Group Kurangkan Hutang Kita ini. Saya akan
kongsikan lebih banyak ilmu kurangkan hutang dan anda juga boleh bertanya soalan dalam
FB group ini.

Klik link di bawah sekarang :

Facebook Group Kurangkan Hutang Kita


Macam mana dengan panjangkan
tempoh loan ni berjaya kurangkan
bayaran bulanan loan!
Anda dah belajar tentang teknik kurangkan hutang debt swap dan baca case study macam
mana orang berjaya kurangkan hutang.

Sekarang saya nak kongsikan pula teknik kedua kurangkan hutang iaitu teknik debt stretch.

TAHUN PINJAMAN
TAHUN BARU (STRETCH)
PINJAMAN

10 TAHUN 15 TAHUN 20 TAHUN 25 TAHUN 30 TAHUN 35 TAHUN

Teknik debt stretch ni maksudnya anda panjangkan tempoh pinjaman bank (tanpa
pertambahan total interest bank yang terlalu banyak). Tujuan teknik ini adalah untuk
menambahkan cashflow bulanan.

Ramai yang anggap bila mereka tak mampu nak bayar bulanan pinjaman, mereka tak boleh
buat apa - apa. Sebenarnya salah. Bila anda ada masalah untuk bayar bulanan pinjaman,
anda boleh rendahkan lagi bayaran pinjaman anda.

Ilmu ni semua orang boleh buat.

Hutang yang anda boleh gunakan teknik debt stretch ini adalah:

• Personal loan
• Housing loan
• Hutang kad kredit
• Loan kereta
Saya nak kongsikan kisah Jenny.

Jenny merupakan seorang pekerja swasta. Walaupun bergaji selesa, dia ada masalah hutang
yang sangat banyak.

Hutang yang dia ada sekarang adalah:

• Hutang kereta : RM1,400 / sebulan


• Personal loan : RM500 / sebulan
• Hutang kad kredit : RM1,000 / sebulan

Hutang kereta Personal loan Hutang kad kredit Menyewa


RM1,400 / sebulan RM500 / sebulan RM1,000 / sebulan RM2,000 sebulan

Malah dia juga turut menyewa dengan bayaran RM2,000 sebulan. Jumlah komitmen Jenny
setiap bulan adalah RM4,900.

Setelah belajar dan cari cara yang terbaik untuk kurangkan hutang, akhirnya Jenny jumpa
jalan yang sesuai dengan keadaan dia sekarang.

Apa yang beliau buat adalah beli sebiji rumah. Tak logik betul beli rumah time dah ada hutang
banyak dalam tangan ni kan? Tapi yang tak logik tu lah Jenny buat.

Apa yang dia buat adalah beli rumah 3 bilik. Rumah yang dipilih ada 3 kriteria iaitu boleh sewa,
boleh duduk dan harga di bawah median.
Installment bulanan rumah yang dibeli adalah RM2,400. Since rumah tu ada 3 bilik, apa yang
Jenny buat adalah dia tinggal di satu bilik dan lagi dua bilik dia sewakan. Sewa sebulan yang
dia dapat RM1,400.

Jadi untuk housing loan, Jenny cuma perlu membayar RM1000 sebulan je kepada bank.

Rumah yang Jenny beli ni juga dapat cashback sebanyak RM40,000. Dari duit cashback yang
dia dapat, dia langsaikan terus hutang kereta dan juga hutang kad kredit.

Komitmen Jenny sekarang adalah


Hutang kereta : RM 0
Personal loan : RM500 / sebulan
Hutang kad kredit : RM0
Housing loan : RM1,000

Berapa
Jenis Hutang Jumlah Jenny
Komitmen berjaya
Bulanan menyimpan
sebulan?

Hutang Personal loan Hutang kad Menyewa


kereta RM500 / kredit RM2,000 sebulan RM4,900 RM0
Sebelum RM1,400 / sebulan RM1,000 /
sebulan sebulan

Selepas RM 0 Personal loan RM 0 Rumah Sendiri RM 1,500 RM3,400


RM500 / RM1,000 sebulan
sebulan

Jumlah komitmen beliau dari RM4,900 dah jadi RM1,500

-
Kesimpulannya, kalau anda ada masalah untuk bayar hutang sekarang, anda boleh
gunakan teknik debt stretch ini. Jangan takut dengan hutang. Belajar cara nak hambakan
hutang tu biar hutang yang bekerja untuk kita.

Saya dah kongsikan kisah Jenny yang berjaya kurangkan hutang bulanannya sebanyak
70%. Bukan hanya itu, dia juga berjaya kurangkan hutang bulanan beliau dari RM4,900
sebulan ke hanya RM1,500 sebulan. Kini Jenny ada lebihan RM3,400 setiap bulan. Malah
Jenny juga berjaya memiliki aset property atas nama sendiri.

Kalau anda nak baca lagi banyak case study dan nak lagi faham tentang ilmu kurangkan
hutang, saya nak jemput anda masuk Facebook Group Kurangkan Hutang Kita ini. Saya
akan kongsikan lebih banyak ilmu kurangkan hutang dan anda juga boleh bertanya soalan
dalam FB group ini.

Klik link di bawah sekarang untuk join FB group:


Facebook Group Kurangkan Hutang Kita
Rahsia macam mana ada orang
boleh langsaikan hutang walaupun
banyak gila!
Anda dah belajar teknik debt swap dan debt stretch untuk kurangkan hutang.

Kali ni saya nak kongsikan teknik terakhir iaitu teknik snowball.

Teknik snowball ni bermaksud anda langsaikan hutang paling tinggi interest, bukan yang
paling banyak baki (outstanding).

Saya nak kongsikan kisah Aina.

Aina mempunyai dua(2) low cost yang bernilai RM200K. Kedua - duanya disewakan dan
nilai sewaan boleh cover monthly installment. Dalam masa yang sama Aina mempunyai
hutang pinjaman peribadi, kad kredit dan juga hutang kereta.
Mengenangkan dirinya yang ada hutang banyak, apa yang Aina buat adalah dia beli satu
property yang ada cashback sebanyak RM250K. Duit cashback yang dia dapat ni, dia
langsaikan hutang dua (2) property yang dia ada. Malah, rumah yang baru dibeli ini dia
sewakan dan hasil sewaan tersebut dia buat bayar kereta dan personal loan.

Hutang Aina (Sebelum) Hutang Aina (selepas)

Dua property Low Cost (200k) Dua property low cost (200k) habis dibayar

Pinjaman peribadi Pinjaman peribadi

Kad kredit Kad kredit

Hutang kereta Hutang kereta


Property baru (Dibayar oleh orang lain)

Dari beberapa hutang (kad kredit, personal loan, dua property) kepada 2 rumah yang dah
habis bayar.

Teknik yang Aina gunakan ini adalah teknik snowball + OPM (others people money).

Bijak kan Aina?

Kesimpulannya, anda dah belajar macam mana nak tukarkan hutang yang anda ada
sekarang supaya orang lain yang tolong bayarkan.

Saya dah kongsikan kisah Aina berjaya langsaikan 2 biji rumah sebelum umur 30 tahun,
tanpa keluarkan satu sen pun duit beliau sendiri untuk langsaikan rumah beliau. Siap boleh
beli kereta Proton baru cash tanpa hutang!

Saya harap, anda yang baru nak bermula dapat sesuatu dengan perkongsian ini.Yang
penting, cari ilmu dulu bila nak buat sesuatu. Kalau anda nak buat teknik snowball + OPM,
anda kena pastikan anda beli hartanah yang betul.

Kalau anda nak baca lagi banyak case study dan nak lagi faham tentang ilmu kurangkan
hutang, saya nak jemput anda masuk Facebook Group Kurangkan Hutang Kita ini. Saya
akan kongsikan lebih banyak ilmu kurangkan hutang dan anda juga boleh bertanya soalan
dalam FB group ini.

Klik link di bawah sekarang untuk join FB group:


Facebook Group Kurangkan Hutang Kita
Macam mana saya tukarkan
hutang bernilai RM3 juta kepada
RM 6 Juta?
Anda dah baca kisah Ikram, Jenny, dan Aina yang berjaya kurangkan hutang. Mereka ni
bukan saja dah berjaya kurangkan hutang, malah berjaya juga ada lebihan cash setiap
bulan. Siap boleh beli rumah lagi.

Kali ni saya nak kongsikan kisah saya sendiri pulak. Pada tahun 2008 hingga tahun 2010,
saya telah berjaya membeli 20 bijik property. Total hutang property yang saya ada ketika itu
bernilai RM3 M. Apa yang saya buat adalah saya sewakan property yang saya ada dan
saya pastikan sewa bulanan boleh cover 70% daripada monthly installment kepada bank.
Hutang property saya di bayar oleh penyewa.

Best kan buat hutang orang lain yang tolong bayarkan hutang?

Sebelum memilih mana - mana hartanah, anda wajib tengok 3 kriteria kalau anda tak nak rugi
beli property ni:

Kriteria #1 : Boleh sewa


Anda boleh sewakan hartanah tersebut dan sewa mestilah boleh cover 70% dari installment
bulanan kepada bank.

Kriteria #2 : Boleh duduk


Anda boleh tinggal di situ selama beberapa tahun dan jika anda perlu berpindah, anda boleh
sewakan.

Kriteria #3 : Boleh jual balik


Kriteria terakhir adalah anda kena pastikan hartanah yang anda beli tu adalah beli di bawah
harga median dan anda boleh jual balik hartanah tersebut sebab anda tak beli pada harga
yang salah.

Property yang saya beli ada ketiga - tiga kriteria ni. Setiap bulan saya berjaya dapat RM5K
positive cashflow. Sekarang hutang kereta dan bulanan rumah saya orang lain yang tolong
bayarkan.
Kenapa saya memilih untuk membeli property?

Berdasarkan data yang saya tunjukkan di bawah, kita boleh tengok House Price Index (HPI)
makin menaik. Rumah yang harga RM100K 30 tahun lepas, hari ni berlipat kali ganda
harganya. Dari RM100k pada tahun 1990, hari ni nilainya dah jadi purata RM550,000.

Jadi purata kenaikan harga rumah di seluruh Malaysia adalah 450% dalam masa 30 tahun,
atau 15% setahun. Ini lebih tinggi dari dividen ASB. Ini kenaikan purata. Ada beberapa rumah
yang dapat kenaikan harga luar biasa seperti :

1. Kondo Park Residence di KL yang naik harga dari RM320,000 pada tahun 2009 beli
dari pemaju, ke RM1.2 juta dalam masa 10 tahun sahaja. Untung bersih RM900,000
baru 10 tahun, dan sewa positive cashflow tak kurang RM1,500 tiap tiap bulan sejak
tahun 2012.
2. Titiwangsa Sentral ( beli dari pemaju ) - Dari RM240,000 tahun 2009 hingga
RM650,000 tahun 2016. Naik RM410,000 dalam masa 7 tahun sahaja. Positif cashflow
tak pernah kurang dari RM1,000 sebulan sejak siap pada tahun 2011.
3. Seri Maya kondo - Rumah dari pemaju harga RM180,000 tahun 2005. Harga pada
tahun 2016 - 2017 cecah RM700,000, untung lebih RM500,000 seunit. Sewa positif
cashflow tak kurang seribu sebulan sejak tahun 2010.

Dalam masa 30 tahun, property yang saya ada sekarang akan bernilai RM6 M.

Anda belajar sesuatu daripada perkongsian kisah saya? Kalau anda nak baca lagi banyak
case study dan nak lagi faham tentang ilmu kurangkan hutang, saya nak jemput anda
masuk Facebook Group Kurangkan Hutang Kita ini. Saya akan kongsikan lebih banyak
ilmu kurangkan hutang dalam FB group ini. FB Group ni PERCUMA khas untuk anda.

Klik link di bawah sekarang untuk join FB group:


Facebook Group Kurangkan Hutang Kita
Setakat ni anda rasa anda dah belajar sesuatu melalui ebook ni?

Kalau anda rasa apa yang anda baca bermanfaat dan sangat membantu anda, saya nak
minta tolong jasa baik anda SHARE eBook ni kepada kawan - kawan dan orang yang
anda rasa mungkin mereka pun boleh dapat manfaat yang sama. Boleh forwardkan pdf
ebook ini melalui whatsapp, saya benarkan.

Anda mungkin tak dapat tolong bayarkan hutang mereka sekarang namun anda boleh
tolong kongsikan ilmu kurangkan hutang ini kepada mereka. Kalau ebook ini dapat bantu
mereka kurangkan hutang beribu sebulan seperti Ikram, atau Jenny, hidup mereka akan
lebih tenang

Tujuan utama saya kongsikan ilmu kewangan dalam ebook adalah supaya anda boleh
nampak jalan keluar. Ada hutang yang banyak dan ada masalah bayar hutang tak
semestinya tu pengakhiran hidup anda. Saya tak sanggup nak baca berita macam gambar
yang saya bagi ni. Mungkin mereka tak nampak jalan keluar dari masalah hutang yang
mereka hadapi. Saya nak kita ramai - ramai belajar ilmu kurangkan hutang ni.
#KitaTolongKita

Apa pun, saya doakan anda berjaya settlekan hutang yang ada. Saya harap, ilmu yang saya
kongsi ini berikan manfaat buat anda. Ini merupakan shortcut berdasarkan pengalaman orang
lain yang dah berjaya kurangkan hutang. Ilmu yang saya kongsikan ni boleh bantu anda
jimat beribu ringgit sebulan.
Macam yang saya cakap, saya nak bagi extra bonus bagi yang dah baca ebook ini sampai
habis. Saya nak ajak anda join Facebook Private Group Kurangkan Hutang Kita.
Facebook group ni kami buat khas untuk anda yang nak belajar ilmu pengurusan kewangan
dan nak lagi faham macam mana nak kurangkan hutang anda. Jangan risau untuk masuk
group ni percuma tak perlu bayar apa - apa.

Kalau ikutkan kami nak jual ebook + Facebook Group ini pada harga RM299. Tapi
mengenangkan kita dalam fasa PKP, saya bagi kedua - duanya secara PERCUMA dengan
syarat:
1. Anda sebarkan ilmu ni supaya kita dapat bantu lebih ramai orang juga (hantar
PDF ebook ni kepada kawan - kawan anda melalui whatsapp. Forwardkan
kepada mereka biar mereka baca)
2. Pastikan anda dan kawan kawan join facebook group kami sebelum tempoh
pkp habis (27.10.2020)

Klik link di bawah sekarang untuk join:


Facebook Group Kurangkan Hutang Kita

Dalam Facebook Private Group Kurangkan Hutang Kita ni, kami akan adakan live webinar
khas setiap minggu bermula 15/10 ni. Kalau anda nak tahu case study yang lagi banyak dan
ada soalan berkenaan hutang, anda boleh tanyakan soalan dalam FB group. Anda akan lebih
faham tentang ilmu yang saya kongsikan dalam ebook ini bila anda join Facebook Group ni.
Silakan join sekarang.

Anda mungkin juga menyukai