Anda di halaman 1dari 14

NAMA TAHUN 4

KELAS
MURID A/4B

SK ASAJAYA ULU

UJIAN 1 (BULAN MAC)

2020

SAINS

MAC 2020

1 jam Satu jam

SAINS KERTAS 1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi
Setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang
disediakan.

4. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

1
_______________________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

SULIT

1. Maklumat yang berikut merupakan pemerhatian yang direkodkan oleh seorang murid.

Kucing dan arnab berbulu lembut manakala siput dan kura-kura bercangkerang keras

Apakah kemahiran proses sains yang berkaitan dengan maklumat di atas?

A. Meramal C. Membuat hipotesis


B. Mengelas D. Membuat inferens

2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran proses sains?

2
A. Berkomunikasi C. Mengendalikan spesimen dengan betul
B. Membersihkan peralatan sains D. Menyimpan peralatan dan bahan sains
3. Rajah 1 menunjukkan tiga ekor ikan di dalam sebuah bekas.

Rajah 1

Selepas dua hari, dua ekor ikan lagi dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Ramalkan apa yang akan
berlaku.

A. Beberapa ekor ikan akan mati


B. Ikan-ikan itu akan membiak
C. Kuantiti air akan berkurang dengan cepat
D. Bilangan ikan akan bertambah dengan cepat

4. Ahmad telah menjalankan eksperimen tentang keperluan asas haiwan. Diakhir eksperimen didapati
hanya seekor sahaja lipas terus hidup daripada empat lipas di balang yang berbeza. Apakah
pembolehubah yang di malarkan?

A. Jenis haiwan C. Kehadiran air dan makanan


B. Kehadiran makanan D. Kedaan lipas selepas seminggu

5. Manakah alatan berikut digunakan untuk menyukat isi padu cecair?

A. Jam randik C. Termometer


B. Tabung uji D. Silinder penyukat

6. Berikut merupakan inferens mengapa murid dilarang masuk ke dalam bilik sains tanpa kebenaran
guru. Antara inferens berikut yang manakah yang salah?

A. Terdapat bahan yang berbahaya di dalam bilik sains


B. Jika berlaku kemalangan tiada sesiapa yang tahu
C. Mengelakkan kehilangan radas dan bahan yang terdapat di dalam bilik sains
D. Murid-murid bebas untuk mengambil alatan dan radas di dalam bilik sains

7. Rajah 2 menunjukkan satu aktiviti di dasar laut.


Rajah 2
Berdasarkan rajah, apakah keperluan utama yang dibawa oleh penyelam tersebut?
A. Air C. Makanan
B. Udara D. Pasangan

8. Rajah 3 menerangkan tentang proses P .

Rajah 3
Antara berikut, yang manakah mewakili proses P ?
A. Pembiakan C. Perkumuhan
B. Pertumbuhan D. Pernafasan

9. Apakah organ yang ditunjukkan dalam Rajah 4?

Rajah 4

A. Ginjal C. Jantung
B. Peparu D. Trakea

10. Semasa menarik nafas, manusia akan menyedut lebih banyak gas X. Apakah gas X yang
dimaksudkan?

A. Oksigen C. Oksigen dan karbon dioksida


B. Karbon dioksida D. Karbon dioksida dan wap air

11. Berikut merupakan laluan udara semasa proses menghembus nafas.


X Trakea Y

Apakah yang diwakili oleh X dan Y?

X Y
A Mulut Peparu
.
B Hidung Peparu
.
C Peparu Hidung
.
D Peparu Mulut
.

12. Antara berikut, aktiviti manakah yang kadar pernafasan manusia paling tinggi?

A. Tidur C. Kawad kaki


B. Berjalan D. Membaca

13. Berdasarkan Rajah 5 di bawah, apakah kadar pernafasan bagi aktiviti tersebut?

Rajah 5

Kadar pernafasan

X Y Z

A. Tinggi Rendah Sederhana

B. Sederhana Tinggi Rendah

C. Rendah Tinggi Sederhana

D. Rendah Sederhana Tinggi


14. Mengapakah kadar pernafasan semasa aktiviti cergas lebih tinggi?
A. Badan perlu bergerak lebih aktif
B. Badan memerlukan lebih banyak oksigen
C. Peparu lebih banyak menyedut gas karbon dioksida
D. Waktu rehat adalah lebih baik berbanding waktu menjalankan aktiviti
15. Jadual 1 menunjukkan nama murid dan kadar pernafasan mereka selepas melakukan satu aktiviti.

Nama murid Kadar pernafasan


Ikhwan 25
Firdaus 29
Hafiz 30

Jadual 1

Apakah inferens daripada jadual di atas?

A. Semua murid mempunyai kadar pernafasan yang sama


B. Ikhwan mempunyai kadar pernafasan paling tinggi
C. Kerana Firdaus memerlukan paling banyak oksigen
D. Murid yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang berbeza

16. Maklumat di bawah menerangkan satu proses hidup manusia.

Manusia perlu menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan

Berdasarkan penyataan di atas ia merujuk kepada satu proses hidup manusia. Apakah proses
tersebut?

A. Pernafasan C. Penyahtinjaan
B. Perkumuhan D. Tindak balas terhadap rangsangan

17. Mengapakah manusia perlu menjalani proses perkumuhan dan penyahtinjaan?


A. Mengawal suhu badan C. Mengekalkan kesihatan badan
B. Mendapatkan tenaga D . Bertindak balas terhadap rangsanga
18. Antara berikut yang manakah benar tentang organ dan hasil perkumuhan?

Organ Hasil kumuh

A. Ginjal Najis

B. Kulit Air peluh

C. Peparu Air kencing

D. Ginjal Karbon dioksida

19. Antara berikut yang manakah yang terlibat dalam proses pernafasan dan perkumuhan?

A. Peparu C. Ginjal
B. Kulit D. Hidung

20. Rajah 6 di bawah menunjukkan keratan rentas bagi sebuah organ.

Rajah 6
Apakah fungsi organ tersebut?

A. Mengeluarkan tinja C. Memproses air kencing


B. Menyingkirkan peluh D. Membebaskan gas karbon dioksida

21. Rajah 7 menunjukkan salah satu bahagian yang terdapat dalam badan manusia.

Rajah 7

Bahagian tersebut terlibat dalam satu proses hidup manusia. Apakah proses tersebut?
A. Pernafasan C. Penyahtinjaan
B. Perkumuhan D. Bergerak balas terhadap rangsangan

22. Apakah maksud penyahtinjaan?

A. Proses menyingkirkan peluh daripada badan


B. Proses menyingkirkan bahan buangan daripada badan
C. Proses menyingkirkan sisa makanan yang tidak dihadam daripada badan
D. Proses menyingkirkan sisa toksik dan bahan beracun daripada badan

23. Antara penyakit berikut yang manakah boleh dihidapi jika proses penyahtinjaan tidak berlaku?

A. Batu karang C. Kencing berdarah


B. Kanser usus D. Serangan jantung

24. Bahan yang tidak dicernakan perlu disingkirkan daripada badan, kerana boleh mendatangkan
mudarat kepada badan. Antara berikut yang manakah kesan jika kita tidak bernyahtinja dengan
sempurna?

A. Kanser usus dan radang usus C. Kanser hati dan kencing manis
B. Kanser paru-paru dan sakit jantung D. Kanser peparu dan kencing manis

25. Antara berikut yang manakah merupakan organ perkumuhan?

A. jantung, kulit dan peparu C. jantung, ginjal dan peparu


B. ginjal, peparu dan kulit D. jantung, peparu dan kulit
26. Gambar- gambar di bawah merupakan organ yang terdapat dalam badan manusia. Antara berikut,
organ yang manakah mengeluarkan peluh?

A. C.

B. D.

27. Antara organ deria berikut, yang manakah betul dipadankan dengan jenis rangsangan yang dikesan?

Organ Deria Rangsangan yang dikesan

A. Hidung Bau
B. Telinga Sentuhan
C. Mata Rasa
D. Kulit Bunyi
28. Rajah 8 menunjukkan tindakkan ikhwan apabila dia terpijak duri pokok semalu.

Rajah 8

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada tindakan Ikhwan?

A. Manusia mudah terkejut


B. Manusia boleh mengesan rasa sakit
C. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan
D. Tumbuhan bergerak balas terhadap manusia

29. Antara yang berikut yang manakah benar tentang rangsangan?

A. Situasi yang pelbagai


B. Perubahan persekitaran yang mendadak
C. Tindakan yang diambil oleh seseorang
D. Keadaan atau perubahan yang dapat dikesan

30. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan manusia bergerak balas terhadap
rangsangan?

A. C.

B. D.

31. Maklumat berikut adalah satu contoh bagaimana manusia bergerak balas terhadap
rangsangan.

Hakim menutup telinganya apabila terdengar guruh yang kuat


Apakah rangsangan yang terlibat?
A. Bau C. Suhu
B. Sakit D. Bunyi

32. Antara ciri berikut, yang manakah diwarisi daripada kedua ibu bapa kita?
A. Tingkah laku C. Rupa paras
B. Bentuk badan D. Kepintaran

33. Antara tabiat berikut, yang manakah perlu dielakkan?


A. Bersenam C. Minum air masak yang mencukupi
B. Merokok D. Makan banyak buah-buahan

34. Maklumat berikut menunjukkan tabiat pemakanan bagi sesetengah penduduk di Negeri Y.

 Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi


 Kerap mengambil makanan yang berlemak dan banyak karbohidrat

Apakah kesan jika mereka terus mengamalkan tabiat pemakanan tersebut?

A. Menyihatkan badan C. Badan sentiasa cergas


B. Kekurangan zat makanan D. Boleh mengakibatkan obesiti

35. Rajah 9 menunjukkan satu tabiat buruk.

Rajah 9

Apakah kesan buruk tabiat itu?

A. Cepat letih
B. Halusinasi
C. Tidur tidak nyenyak
D. Kurang selera makan

36. Maklumat berikut menerangkan kesan buruk satu tabiat manusia.

 Penglihatan yang kabur


 Kesukaran berjalan dengan betul
 Lambat bergerak balas terhadap rangsangan
Apakah tabiat buruk tersebut?

A. Menghidu gam C. Minum minuman beralkohol


B. Penyalahgunaan dadah D. Pemakanan yang tidak seimbang

37. Rajah 10 menunjukkan satu tabiat yang buruk.

Rajah 10

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan buruk daripada tabiat ini?

P – Strok
Q – Kerosakan otak
R – Halusinasi
S – Kanser paru-paru

A. S sahaja C. R dan S sahaja


B. P dan S sahaja D. P, Q, R dan S sahaja

38. Apakah yang akan berlaku, jika seseorang minum minuman beralkohol sebelum memandu kereta?

A. Memandu dengan berhati-hati C. Memandu dengan perlahan


B. Memandu dengan laju D. Memandu secara berbahaya

39. Antara yang berikut, yang manakah amalan hidup sihat?

A. Elakkan sarapan pagi


B. Tidur lapan jam sehari
C. Mandi sekali seminggu
D. Minum air apabila dahaga sahaja

40. Rajah 11 menunjukkan satu poster yang di tampal di papan kenyataan di sebuah sekolah.
Rajah 11

Mengapakah dadah perlu dibanteras di sekolah?

A. Dadah menyebabkan pembaziran wang ibu bapa.


B. Dadah menyebabkan kegemukan kepada murid.
C. Dadah menyebabkan ketagihan kepada murid
D. Supaya permintaan dadah berkurangan daripada murid.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai