Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) mula diajar


sebagai satu mata pelajaran di sekolah pada tahun 2005 iaitu di sekolah rendah
dan juga menengah. Sebelum ini, Pendidikan Sivik bertumpu pada struktur dan
jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan
semasa masyarakat serta keperluan masa depan negara dalam mengharungi
cabaran dalam era globalisasi.

1.1 KONSEP PSK

PSK terdiri daripada dua komponen utama iaitu sivik dan kewarganegaraan.
Seseorang perlu memahami pengertian kedua-dua komponen tersebut sebelum
dapat memahami lebih lanjut berkenaan mata pelajaran ini. Sivik merujuk
kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala
kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya.
Peranan utama guru adalah membantu murid menguasai pengetahuan sivik,
kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang
bertanggungjawab.

1.2 OBJEKTIF AM

Secara umumnya, memandangkan keadaan semasa yang melanda golongan


remaja serta cabaran yang semakin hebat, kurikulum mata pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan ini adalah bersesuaian dalam memberi tumpuan
utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya
masyarakat Malaysia. Melalui subjek ini diharap dapat melahirkan individu yang
bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, menghargai serta
menghormati kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik
tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke
arah pembangunan negara seterusnya kepada masyarakat antarabangsa.

1
Berasaskan penerapan nilai-nilai murni dan sejagat, bolehlah disimpulkan
bahawa hasrat-hasrat murni yang telah disebutkan tadi sebagai objektif am bagi
mata pelajaran PSK ini.

1.2 OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus PSK merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

1.3.1 OBJEKTIF PENGETAHUAN :


i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang kepada pembangunan
watak yang mulia.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang
bahagia.
iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.
iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara.
vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

1.3.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN :


i. Mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab.
ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.
iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.
v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.
vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan
orang lain.

2
1.3.3 OBJEKTIF NILAI :
i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri.
ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.
iii. Menghormati kaum dan budaya lain.
iv. Menyayangi alam sekitar.
v. Menunjukkan semangat kekitaan.
vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.
vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

1.4 KANDUNGAN/SUKATAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Sukatan mata pelajaran PSK berfokuskan penerapan nilai-nilai murni dalam


memberi kesedaran murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka
dalam masyarakat dan hidup bernegara. Ini bertujuan melahirkan anggota
masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik serta mampu
menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Tema-tema yang telah dirancang di dalam sukatan Pendidikan Sivik dan


Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan,
kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang
bertanggungjawab. Tema-tema yang telah tersedia di dalam sukatan ini ialah:-
1. Sayangi Diri
2. Sayangi Keluarga
3. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
4. Kenali Budaya Malaysia
5. Malaysia Negaraku
6. Sedia Hadapi Cabaran

Sukatan PSK ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap

3
kebolehan murid. Sukatan Pelajaran PSK mengandungi tiga bahagian, iaitu
Tema dan Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti.

1.4.1 TEMA/TAJUK
Bahagian ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran.
Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang
berkenaan.

1.4.2 HASIL PEMBELAJARAN


Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diharap dapat dicapai oleh murid pada setiap tahun.
Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih
spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk.

1.4.3 CADANGAN AKTIVITI


Bahagian ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil
pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan
aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran dan mencapai hasil
pembelajaran.

1.4.4 PROJEK KEWARGANEGARAAN


Projek ini merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan sekolah rendah. Aktiviti ini dijalankan di luar waktu sekolah.
Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun.
Projek Kewarganegaraan harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik
dalam bilik darjah. Projek Kewarganegaraan ini diharap dapat menyediakan
murid sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab. Guru harus
memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan.

4
1.5 STRATEGI, PENDEKATAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata


pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi, pendekatan serta kaedah
pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Contohnya kepelbagaian
strategi harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik
darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan
pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan
memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab,
patriotik dan bersatu padu.

Pelbagai pendekatan seperti induktif, elektif, tematif, pembelajaran masteri boleh


digunakan oleh guru dalam memantapkan lagi penguasaan murid terhadap isi
kandungan PSK serta nilai-nilai yang ingin diterapkan. Kaedah-kaedah P & P
juga perlu sesuai dalam menarik minat murid. Ini termasuklah main peranan,
lakonan dan juga projek di dalam mahupun di luar bilik darjah. Semua ini akan
memudahkan lagi pencapaian objektif yang dirancang memandangkan
kepelbagaian ini dapat menjadikan mata pelajaran PSK lebih menarik.

1.6 PENILAIAN

Untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan


Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, seseorang guru
itu boleh menggunakan pelbagai cara penilaian. Antara penilaian yang boleh
dijalankan ialah pemerhatian, senarai semak tingkah laku, ujian, tugasan dan
laporan.

5
2.0 MAKLUMAT UMUM

2.1 TEMPAT KAJIAN

Kajian telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang, Kota Bharu,
Kelantan pada hari Rabu, 1 September 2010. Jarak sekolah dari pusat bandar
Kota Bharu adalah lebih kurang 5 kilometer dan sekolah ini menjalankan
persekolahan satu sessi iaitu sessi pagi sahaja.

2.2 RESPONDEN

Seorang responden telah dipilih iaitu Puan Yap Ai Hoon, guru PSK Tahun Lima
Wawasan dan berketurunan cina kelahiran Kelantan.

6
2.4 MAKLUMAT RESPONDEN

NAMA : YAP AI HOON


UMUR : 44 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
KELAHIRAN : BACHOK, KELANTAN.
JAWATAN : SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
KELULUSAN :
1. KURSUS PERGURUAN ASAS, MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU
(MPKB)
2. IJAZAH SARJANA MUDA SEJARAH DENGAN KEPUJIAN, UNIVERSITI
PUTRA MALAYSIA (UPM)
OPSYEN : SAINS DAN SEJARAH
PENGALAMAN
MENGAJAR : 16 TAHUN
PENGALAMAN
MENGAJAR PSK : 4 TAHUN

7
3.0 KAEDAH & DAPATAN KAJIAN

3.1 PEMERHATIAN (KAEDAH KAJIAN 1)

Pada hari Rabu, 1 September 2010, jam 10:45 pagi bertempat di kelas Tahun
Lima Wawasan, Cikgu Yap Ai Hoon memulakan pengajarannya bagi mata
pelajaran PSK kelas berkenaan yang bertemakan “Malaysia Negaraku” selama
satu jam iaitu dua waktu P & P seminggu bagi mata pelajaran PSK. Tema ini
amat bersesuaian dengan bulan kemerdekaan yang menjadi acara tahunan di
setiap sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang (SKPPG).
Sambutan bermula pada 1 Ogos dan berlarutan sehingga 16 September setiap
tahun di mana 15 September SKPPG dijadualkan mengadakan majlis sambutan
kemuncak penutupan bulan kemerdekaan ini dengan menganjurkan pelbagai
aktiviti seperti pertandingan mewarna, kuiz merdeka, nyanyian lagu-lagu
patriotik, dsb.

Responden merupakan seorang yang berketurunan cina tetapi amat fasih


berbahasa melayu serta menguasai loghat Kelantan sepertimana seorang
melayu. Keunikan responden ialah beliau langsung tidak pandai berbahasa cina
dan mendapat pendidikan awal hingga ke peringkat ijazah menggunakan bahasa
pengantar, bahasa kebangsaan. Pergaulan luas dengan masyarakat melayu
mematangkan diri beliau dalam mengamalkan nilai-nilai yang disasarkan oleh
PSK. Oleh yang demikian, lebih senang bagi beliau menerapkan nilai-nilai ini ke
dalam murid-muridnya memandangkan beliau merupakan contoh terdekat dan
terbaik bagi mereka. Cara berpakaiannya yang melambangkan toleransi budaya,
bahasanya yang menunjukkan persefahaman dan perpaduan dalam
penguasaan bahasa kebangsaan tidak dapat disangkal lagi.

Pengajaran responden dimulakan dengan satu set induksi yang menarik serta
melucukan di mana responden membuat beberapa aksi meniru gaya percakapan
serta perlakuan Perdana Menteri Malaysia seperti Tun Mahathir, Tunku Abdul

8
Rahman, dsb. Kemudian beliau meminta murid meneka gaya siapakah yang
cuba ditirunya itu serta jawatannya. Ternyata murid tertarik dengan set induksi
beliau ini dan saya yakin murid juga akan lebih berminat dengan P & P hari itu.
Saya juga difahamkan bahawa responden merupakan seorang guru yang disukai
oleh murid-murid sekolah berkenaan memandangkan beliau adalah seorang
guru yang ceria, mudah didekati murid serta suka melawak.

3.2 DAPATAN KAJIAN

3.2.1 OBJEKTIF PENGETAHUAN

Dalam mencapai objektif pengetahuan yang disasarkan oleh PSK, responden


telah menggunakan pendekatan induktif dalam memastikan murid memahami isi
kandungan yang disampaikannya. PENDEKATAN INDUKTIF Melibatkan aktiviti
mengumpul dan mentafsir maklumat. Murid membuat kesimpulan manakala
Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-
contoh yang sesuai.
Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid dalam membuat
kesimpulan. Aktiviti P & P biasanya melibatkan penggunaan deria seperti
penglihatan, pendengaran dan sentuhan.

Pengajaran responden bermula dengan fakta yang lebih mudah tentang nama-
nama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul
Rahman sehinggalah Perdana Menteri semasa. Kemudian barulah fakta yang
lebih sukar serta terperinci diberikan apabila murid sudah menguasai yang
mudah. Kemudian barulah murid diminta membuat kesimpulan dan memberikan
penilaian mereka terhadap sumbangan-sumbangan setiap Perdana Menteri itu.
Penggunaan pendekatan sebegini ternyata amat membantu kerana sewaktu
sessi soal jawab secara lisan, murid-murid menunjukkkan kefahaman yang tinggi
terhadap isi mata pelajaran hari tersebut.

9
Kaedah bercerita pula digunakan apabila beliau membacakan teks tentang
biodata salah seorang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir kepada
murid. Selain membacakan teks berkenaan, responden juga telah bercerita dan
mengaitkan pengetahuannya yang luas mengenai Tun Mahathir serta jasa-
jasanya dalam membangunkan negara . Apabila diajukan soalan siapakah idola
beliau, responden menjawab, Tun Mahathir Mohamad. Tidak hairanlah
pengetahuannya tentang mantan Perdana Menteri tersebut sangatlah
mengkagumkan serta dapat dikongsikan kepada murid-muridnya.

3.2.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN

Bagi mencapai objektif kemahiran pula, responden telah menggunakan


pendekatan elektif dan kaedah kerja berkumpulan. PENDEKATAN ELEKTIF
Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai satu strategi untuk
melaksanakan P & P di dalam kelas. Contohnya: Guru menggunakan
pendekatan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti
pengayaan dan strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan
pemulihan.

Responden telah memecahkan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan


memberikan BBM berupa teks biodata setiap Perdana Menteri kepada kumpulan
yang memerlukan pengayaan dan meminta mereka membuat nota ringkas.
Manakala bagi kumpulan yang perlukan pemulihan, responden menggunakan
strategi berpusatkan guru yakni beliau memberi lebih penerangan serta tumpuan
bagi membantu kumpulan ini melakukan aktiviti yang diberikan. Setiap kumpulan
mempunyai ketua dan responden cuba melatih mereka dalam membuat
keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri serta orang di
bawah kepimpinannya iaitu ahli kumpulan yang lain. Inilah salah satu objektif
kemahiran PSK yang cuba diterapkan beliau.

10
3.2.3 OBJEKTIF NILAI

PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF P & P secara kumpulan di


bawah bimbingan guru telah dipraktikkan oleh responden sebagaimana yang
telah dinyatakan di atas. Guru sebagai pembimbing dalam sesuatu kumpulan
pelbagai kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau projek. Latih
tubi dilaksanakan.
KRITERIA ASAS MENJAYAKAN P&P SECARA KOPERATIF & KOLABORATIF
ialah Semangat saling bergantungan yang positif antara ahli sesama kumpulan
serta ahli kumpulan yang lain. Kemahiran sosial diperlukan dan kesedaran
akauntabiliti individu dalam membuat penilaian kumpulan.

Penerapan nilai kerjasama tanpa mengira kaum, ahli kumpulan dan perbezaan
latarbelakang dapat dipupuk oleh responden apabila beliau menggunakan
pendekatan ini sewaktu menjalankan tugasan di dalam kelas. Nilai menghormati
orang lain seperti rakan sebaya dan para pemimpin negara mampu dibentuk
melalui aktiviti sebegini.

3.3 TEMUBUAL (KAEDAH KAJIAN 2)

Soalan: Bagaimanakah cikgu menerapkan nilai-nilai sivik kepada murid-murid


dalam mencapai objektif-objektif PSK?
Responden: Kebiasaannya saya akan menggunakan pelbagai strategi,
pendekatan dan kaedah semasa menjalankan proses P & P. Sebagaimana yang
kita tahu, strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid, bahan serta
berpusatkan tugasan yang diberikan. Kalau hanya satu strategi saja digunakan,
sudah tentu murid akan cepat berasa bosan semasa P & P kita. Begitu juga
dengan pendekatan. Pendekatan yang sesuai dengan kebolehan murid kita
hendaklah digunakan agar objektif P & P yang kita rancang dapat dicapai. Yang
pentingnya ialah dapatan kepada murid itu sendiri. Jangan pula kita syok sendiri
dan hanya ingin mencapai objektif yang telah kita rancang itu agar dapat ditulis

11
dengan baik di dalam buku rekod mengajar sahaja. Satu lagi cara ialah kita
sendiri sebagai pengajarperlulah mempraktikkan apa yang kita ajarkan kepada
murid. Kita adalah model terbaik yang dekat di mata anak murid kita. Kalau
buruk tindakan kita, sudah tentu akan buruk juga tingkahlaku murid kita.

Soalan: Apakah strategi, pendekatan dan kaedah yang cikgu gunakan semasa P
& P bagi menarik minat murid?
Responden: Biasalah yang kita selalu dengar. Pendekatan induktif, elektif,
tematif, dsb. Bagi strategi pula, saya menggunakan keempat-empatnya iaitu
berpusatkan guru, murid, bahan dan tugasan. Banyak BBM terpaksa disediakan
tetapi itulah cara yang paling berkesan setakat ini. Kaedah pula hendaklah
dipelbagaikan. Bercerita, main peranan, demonstrasi, dsb. Semua ini saya guna
mengikut kesesuaian topik.

Soalan: Adakah strategi, pendekatan serta kaedah yang cikgu gunakan itu
berkesan dalam menarik minat murid kepada subjek PSK ini?
Responden: Sudah semestinya berkesan. Bukan setakat teori, malahan secara
praktikalnya juga amat berkesan.

Soalan: Adakah program khusus seperti Minggu Sivik dilaksanakan di sekolah ini
agar murid dapat mempraktikkan nilai-nilai sivik yang telah diajarkan secara teori
di dalam kelas?
Responden: Ada. Kita ada program khusus dalam mencapai objektif ini. Di
SKPPG kita adakan satu bulan khusus bagi penerapan nilai-nilai murni
terutamanya yang telah digariskan oleh PSK. Kebiasaannya bulan itu jatuh pada
bulan Ogos selaras dengan sambutan hari ulangtahun kemerdekaan negara kita.
Pihak sekolah merasakan bulan Ogos adalah bulan yang paling sesuai kerana ia
mempunyai kaitan langsung dengan mata pelajaran PSK. Bukan setakat
seminggu, bahkan sebulan. Kita adakan pelbagai aktiviti bercorak patriotik,
semangat kekitaan dan pemupukan nilai murni dalam setiap aktiviti yang kita
jalankan itu.

12
Soalan: Sejauh mana sambutan atau minat murid terhadap subjek PSK ini?
Responden: Setakat hari ini, saya amat berpuas hati dengan sambutan serta
pencapaian murid-murid saya khususnya dalam mata pelajaran PSK ini. Mereka
menunjukkkan minat terhadap P & P yang saya jalankan. Dari sudut penyertaan
dalam aktiviti yang kita anjurkan juga sangat memberangsangkan. Tak tahu pula
saya dengan kelas cikgu-cikgu PSK yang lain kerana setiap dari kita mempunyai
pandangan dan melaksanakan pendekatan yang berbeza.

Soalan: Adakah cikgu berpuas hati dengan pengajaran cikgu berdasarkan


maklum balas serta perubahan tingkah laku pada murid-murid cikgu?
Responden: Setakat hari ini saya sangat berpuas hati. Murid-murid saya
khususnya telah menunjukkan sikap toleransi antara kaum yang baik
sungguhpun ada segelintir yang masih kurangmenunjukkan perubahan tingkah
laku yang kita kehendakki. Mungkin juga sikap nakal mereka itu masih menebal
lagi dan perlu dibimbing. Secara umumnya, saya amat berpuas hati.

Soalan: Apakah bentuk penilaian yang cikgu ambil dalam menentukan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek PSK ini?
Responden: Kebiasaannya saya akan membuat pemerhatian terhadap
perubahan tingkahlaku mereka. Setakat atas kertas, semua orang mampu
menulis jawapan dengan tepat tetapi sejauh mana penghayatannya terhadap
nilai-nilai serta objektif yang hendak dicapai oleh PSK hanya boleh diketahui
melalui pemerhatian perubahan tingkahlaku murid itu sendiri.

Soalan: Apakah jenis-jenis projek amali yang cikgu berikan kepada murid-murid?
Responden: Tugasan amali yang pernah saya berikan kepada murid adalah
seperti tugasan projek membuat survey tentang barangan buatan Malaysia.
Itupun saya hanya jalankan di kawasan sekolah di mana murid-murid saya akan
dipecahkan dalam kumpulan kecil dan dikehendakki membuat senarai soalan
barangan buatan Malaysia, menebual guru-guru lain tentang produk tempatan

13
yang mereka gunakan. Ini bagi mengetahui sambutan sebenar barangan
tempatan kita di kalangan guru-guru di sini. Saya juga menganjurkan program
gotong royong di sekitar kampung berhampiran dengan kerjasama PIBG
sekolah. Sambutannya amat menggalakkan.

14
4.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara umumnya, P & P yang telah dijalankan oleh responden adalah amat baik
dan berjaya mencapai objektif yang telah dirancang. Murid-murid Tahun Lima
Wawasan telah menunjukkan minat terhadap isi pelajaran dan komunikasi dua
hala telah berlaku. Set induksi sememangnya menarik dan langkah-langkah
mengikut aliran dengan baik. Strategi, pendekatan serta kaedah yang digunakan
amat bersesuaian dengan tahap kognitif murid kelas tersebut. Penutup dan
kesimpulan yang dilakukan oleh responden juga ringkas dan padat yakni
merangkumi semua isi yang telah diajarkan sepanjang proses P & P tersebut.

Memandangkan proses P & P yang dijalankan responden adalah amat baik,


tidak banyak cadangan penambahbaikan yang boleh diberikan. Cuma kawalan
kelas agak longgar dan suasana agak bising sewaktu pembahagian
kumpulan.Objektif-objektif pengetahuan, kemahiran dan nilai PSK boleh
dikatakan tercapai apabila murid dapat menjawab setiap soalan yang
dikemukakan dengan tepat.

5.0 RUMUSAN

Melalui pemerhatian dan temubual yang dijalankan, bolehlah disimpulkan


bahawa mata pelajaran PSK ini amatlah penting terutamanya dalam suasana
Negara kita yang berbilang bangsa dan setiap rakyat perlu mempunyai
semangat bekerjasama serta bersifat toleran terhadap agama, budaya dan
sensitive kepada perasaan setiap kaum dalam mengekalkan keharmonian
negara. Sumbangan setiap daripada kita amatlah dituntut sekiranya kita ingin
terus melihat Malaysia makmur, aman dan cemerlang dalam setiap bidang
termasuklah sumbangannya di peringkat antarabangsa. Kepentingan PSK ini
tidak boleh dinafikan bahkan secara peribadi, waktu pengajarannya perlu

15
ditambah agar impaknya lebih luas dan berterusan dari satu zaman ke zaman
yang lainnya. Semua ini bermula dari sekarang di peringkat kanak-kanak lagi.

Untuk memastikan keberkesanan mata pelajaran ini, maka guru-guru PSK


perlulah memastikan strategi, pendekatan serta kaedah yang digunakan semasa
P & P adalah bersesuaian bagi menarik minat murid serta penyampaian isi
kandungannya berjalan dengan berkesan. Personaliti guru juga perlulah selari
dengan hasrat yang ingin dicapai oleh PSK. Bukan hanya sekadar mengajar
tetapi perlu juga menghayati semangat mata pelajaran ini.

6.0 REFLEKSI

Kerja kursus ini amat bererti kerana saya dapat memahami dengan lebih
mendalam tentang subjek yang sebelum ini saya menganggapnya sebagai
kurang penting. Setelah melalui proses pembacaan bahan mengenai PSK,
pemerhatian dan temubual, barulah saya dapat menghayati matlamat serta
objektifnya. Dalam jangkamasa panjang, ternyata ianya memberi kesan yang
begitu penting dalam menjamin kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati
sekarang terus kekal dinikmati pula oleh generasi pelapis. Sekiranya tiada
tindakan susulan bagi menyedarkan rakyat pelbagai kaum di Negara kita
mengenai soal-soal perpaduan, keamanan dan semangat toleransi, maka
rosaklah impian dan usaha para pemimpin terdahulu yang inginkan sebuah
Negara Malaysia yang harmoni, progresif dan terkenal di mata dunia.

16