Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN DEFINISI OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di

dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-

tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan

mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang

serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya

juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja?

Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-

antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya

dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram

melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di

bawah untuk bagaimana mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah

tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam

jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Untuk

memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah

obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI).

Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian,

atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:;

Berat (kg)
BMI = -------------------------------------
(Tinggi (m) X Tinggi (m)

• Bawah 18.5 kurang berat

• Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat

• 23 hingga 27.4 agak lebih berat

• 27.5 dan keatas gemuk / obesity

1
2
Nama rakan yang ditemuramah: Nur Alya Natasha (2KAA)

MENU PAGI MENU TENGAHARI

MENU PETANG MENU MALAM

3
HUBUNGAN PENGAMBILAN MAKANAN DIPROSES DAN MAKANAN RINGAN
DENGAN MASALAH OBESITI.

Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang
bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari
sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel
otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat
badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja.
Sebaliknya lemak masih kekal.
Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot,
badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah
berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.
Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot
sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan
perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya
akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk
tidak berdiet lagi.
Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan
akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar
metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan
tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

Kepada rakyat Malaysia di luar sana, sila ambil perhatian yang lebih serius mengenai
makanan yang anda makan. Perhatikan berapa jumlah kalori, lemak dan gula dalam setiap
makanan yang anda hendak makan. Semua sudah sedia maklum bahawa rakyat Malaysia
amat tertarik dengan makanan segera dan makanan yang kurang menyihatkan seperti burger,
nugget, donut dan ayam. Makanan tersebut mempunyai lemak tepu yang tinggi.

Lemak tepu ini merupakan sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai
ikatan tunggal secara banyak atau keseluruhannya. Antaranya ialah lemak haiwan, mentega
dan daging merah. Makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi ini adalah punca
kepada obesiti, kolestral tinggi dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung serta
pelbagai lagi penyakit lain yang merbahaya.

Namun begitu, lemak tepu ini ada manfaatnya juga, antaranya ia merupakan sumber
tenaga untuk badan kita dan penyumbang kepada penyerapan vitamin dan elemen surih yang
berjaya. Jadi kami nasihatkan anda ambillah mengikut kesesuaian. Anda kata terlebih,
lakukanlah senaman ringan untuk mengurangkan lemak tepu yang berlebihan.

Ini adalah senarai makanan yang dikeluarkan oleh Cawangan Pemakanan, Jabatan


Kesihatan W.P Kuala Lumpur & Putrajaya mengenai jenis-jenis makanan yang
mempunyai lemak tepu yang tinggi dalam makanan harian anda.

4
KEROPOK LEKOR

6 keping keropok lekor mempunyai 9.8g lemak bersamaan dengan 2 sudu.

ROTI CANAI TELUR

1 Keping roti canai telur bersamaan dengan 14.2 g atau 3 sudu teh lemak.

ROTI JOHN

5
3 potong roti john ayam bersamaan dengan 17.2g atau 3.4 sudu teh lemak

DONUT

2 biji donut bersamaan dengan 15.4g atau 3 sudu teh lemak

NUGGET AYAM

6
6 ketul nugget ayam bersamaan dengan 19.2g atau 4 sudu teh lemak.

DOUBLE CHEESE BURGER

1 biji double cheese burger bersamaan dengan 24.2g atau 5 sudu teh lemak.

7
AYAM GORENG

1 ketul ayam bersamaan dengan 30.7 g atau 6 s

8
LANGKAH-LANGKAH MENYELESAIKAN MASALAH OBESITI DI SEKOLAH.

Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular

dalam kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini.

1. • Pemakanan yang seimbang

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan

dan pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan,

kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung

semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan

berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat

membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi

kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-

sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang

direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu

mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam

minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake

cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan

meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak

yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan.

9
2 • Senaman

Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan

bimbang, kalau ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk

meningkatkan lagi aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu

dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung

kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari

daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi

berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah.

Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada

pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan

kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih

cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah

pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit

10
jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan

imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses

osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh

menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain.

11
KESIMPULAN

Sebagai penutup wacana, ingin saya tegaskan bahawa obesiti memang mendatangkan

banyak keburukan seperti terdedah kepada penyakit kronik, mengalami masalah psikologi

dan membataskan pergerakan fizikal dan sosial. Namun demikian, seperti yang dinyatakan

oleh peribahasa hanya jauhari mengenal manikam, segala masalah pasti ada penyelesaiannya,

begitu juga dengan masalah obesiti yang dihadapi oleh kalangan kanak-kanak di negara kita.

Kanak-kanak yang masih belum berfikiran matang hanya terikut-ikut dengan gerak hati dan

perasaan dalaman. Sekiranya kehendak mereka tidak dipenuhi, mereka akan menunjuk

perasaan dengan menangis atau menjerit. Mereka tidak mengenal erti "kesihatan" dan hanya

mengambil makanan yang mereka berasa sedap dan menggembirakan diri mereka. Oleh itu,

sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap masa depan kanak-kanak yang menjadi

tonggak kepimpinan negara kita pada masa hadapan, mereka berperanan mendidik anak-anak

dan menyatakan "tidak" pada masa yang betul. Anak-anak harus mengetahui tentang

kandungan makanan segera dan makanan ringan dan kesannya jika diambil secara berterusan.

Selain itu, guru sekolah, masyarakat, media massa dan pemimpin negara juga wajar

mengambil alternatif dengan memberi pendidikan jasmani dan kesihatan, memberi nasihat,

menyiarkan iklan tentang gaya hidup sihat dan mengadakan kempen serta ceramah supaya

memastikan kanak-kanak Malaysia sedar tentang kesihatan diri sendiri dan melakukan

anjakan paradigma ke arah yang sihat. Hal ini juga akan memastikan bahawa negara kita

mengurangkan peratusan kanak-kanak yang mengalami obesiti dan membentuk kanak-kanak

yang sihat.

12

Anda mungkin juga menyukai