Anda di halaman 1dari 2

Monopoli Gula Wujudkan Empayar Robert kuok

Minggu lepas Kunta Kinte cakap pasal kapitalis Cina dan India yang jadi kaya raya
atas bantuan kerajaan, tapi orang Melayu tak tahu. Orang Melayu ditanam dengan
pendapat yang orang Cina pandai berniaga.

Minggu ini Kunta Kinte nak cerita sikit lagi hal tauke Cina yang terkaya di negara kita
walaupun dia dah lama tinggalkan Malaysia. Tauke itu adalah Robert Kuok Hock Nien
'Raja Gula'. Dalam kajian tahunan terbaru majalah Malaysian Business (16 Februari),
nilai kekayaan beliau adalah RM43 bilion.

Dia dah lama pindah ke Hong Kong. Sejak dua tiga tahun ini pula, dia jual atau tarik
keluar banyak pelaburan dia di Malaysia. Anak-anak dan suku sakat dia pun tak lagi
rapat dengan Malaysia macam dia atau mendiang bapa dia, Kuok Keng Kang.

Kunta Kinte rasa inilah punca rizab antarabangsa kita jatuh merudum tahun lepas.
Syarikat korporat dan kapitalis macam Robert Kuok, YTL, Genting, IOI dan Rimbunan
Hijau banyak bawa keluar duit untuk dilabur atau disimpan di luar negara, khasnya
Singapura. Tak hairanlah dah tiga empat tahun lebih banyak modal Malaysia pergi ke
Singapura daripada modal Singapura datang ke Malaysia.

Dalam masa setahun hingga 15 Jun tahun lepas, simpanan asing kita jatuh RM29.1
bilion daripada RM125.8 bilion kepada RM96.7 bilion kerana pengaliran keluar ini.
Empayar Kuok mula kecil-kecilan pada awal abad ke-20 bila Kuok Keng Kang
berhijrah dari wilayah Fujian di Negeri China ke Tanah Melayu pada 1909.

Catatan dalam buku mengenai Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, The
Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time antara lain berbunyi:

"The patriarch was Kuok Keng Kang, also from Foochow, a late immigrant to Johor
Bahru, who had to face fierce competition from the dominant Teochews, and who
attributed his subsequent success to the help he received from the Malay
community. By 1920, Kuok's fortune was already made, and he was among the very
few who could afford the new luxury of motorcars."

(Ketua keluarganya adalah Kuok Keng Kang, juga dari Foochow, seorang pendatang
baru ke Johor Bharu, yang mendapat persaingan hebat dari puak Teochew. Kuok
Keng Kang juga berjaya hasil bantuan yang diterimanya daripada masyarakat
Melayu. Menjelang tahun 1920, Kuok Keng Kang sudah pun menjadi kaya raya, dan
menjadi antara segelintir orang yang mampu memiliki beberapa buah kereta
mewah).

Orang Melayu ni baik dan pelik. Dia tolong semua orang. Kadang-kadang dia tolong
orang bangsa lain lebih daripada dia tolong bangsa sendiri. Dengan bangsa sendiri
dia kira. Dengan orang bangsa lain dia cincai.

Kuok Keng Kang mula berniaga beras, gula dan tepung gandum di Johor Bahru
dengan pertolongan pembesar Melayu. Ada sebuah cerita dalam akhbar The Star
tidak lama dulu yang kata pembesar Melayu Johorlah yang tolong sembuhkan Kuok
Keng Kang daripada penagihan candu.
Roberk Kuok dan saudara lelakinya, Philips dan William dihantar belajar di sekolah
Inggeris. Philips akhirnya jadi diplomat tapi William yang masuk Parti Komunis
Malaya ditembak mati oleh Inggeris pada 1952.

Antara kawan sekolah Robert Kuok di Kolej Raffles, Singapura adalah Allahyarham
Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Lee Kuan Yew.

Robert Kuok sah jadi Raja Gula dengan bantuan kerajaan bila pada 1968 bila dia
tubuh syarikat Perlis Plantation Berhad (PPB) bagi menyahut seruan kerajaan
mewujudkan industri gula tempatan.

Syarikat itu dibagi tanah di Perlis dan monopoli untuk import, proses dan edar gula
sampai tahun lalu bila Kuok jual sahamnya dalam perniagaan gula kepada Felda
Global Ventures, anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Dengan keuntungan daripada monopoli gula itulah, Robert Kuok bina empayar
perniagaannya di Malaysia yang kemudian berkembang ke Singapura, Hong Kong,
Negeri China dan ke seluruh dunia. Kalau pun betul orang Cina pandai berniaga, tapi
di Malaysia mereka berjaya dan ramai jadi kaya raya kerana turut dibantu oleh
kerajaan. - Berita Harian