Anda di halaman 1dari 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM 05604 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Telefon Laman Web > jpnkedah moe govmy Ruj Kami : JPK.SKPP,UPP, 100-1/8/1 (2..) Tarikh = 3\ Mac 2021 SEMUA TIMBALAN PENGARAH ‘SEMUA KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SEMUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH Tuan, KEMUDAHAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA SEBELAH PETANG Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sepertimana termaklum Mesyuarat Khas Pengarah Bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah Bil. 2 tahun 2021 yang telah diadakan pada 14 Mac 2021 telah bersetuju untuk melaksanakan KEMUDAHAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA SEBELAH PETANG bagi semua pegawai dan AKP di JPN dan PPD. Pelaksanaan ini adalah sebagai menjaga soal kebajikan pekerja serta meningkatkan motivasi untuk bekerja. Dengan pelaksanaan ini, pegawai diharap dapat menggunakan kemudahan yang diberikan bagi menjalankan urusan peribadi tanpa menjejaskan waktu bekerja yang telah ditetapkan. 3. Pegawai yang ingin menggunakan kemudahan ini, hendaklah mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan seperti berikut: Jumlah pelepasan ini hanya bagi waktu bekerja sebelah petang sahaja dan tempoh pelepasan yang ditetapkan adalah selama 3 jam. Sebagai contoh, sekiranya pegawai datang pejabat sebelum jam 8.00 pagi, pelepasan waktu bekerja sebelah petang boleh bermula pada jam 1.00 petang iaitu dengan mengambilkira 1.00 petang - 2.00 petang adalah waktu rehat. Walau bagaimanapun sekiranya pegawai hadir ke pejabat pada jam 9.00 pagi, pelepasan waktu bekerja sebelah petang hanya akan bermula pada jam 2.30 petang; ji, Jumlah 3 jam sehari hendaklah dikumpul bersamaan 9 jam bagi menjadikan 1 hari cuti rehat yang akan dipotong dari cuti rehat pegawai yang berkelayakan; “1 Malay; vi 4 Ruj Kami : JPK.SKPP.UPP. 100-1/8/1 (1... Tarikh : 3 Mac 2021 Dalam sebulan, pegawai hanya dibenarkan menggunakan 2 hari cuti rehat bagi tujuan pelepasan waktu bekerja sebelah petang. Setiap permohonan untuk KEMUDAHAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA SEBELAH PETANG hendaklah direkod menggunakan Borang seperti Lampiran A yang perlu dikepil bersama- sama dengan Borang kelulusan Cuti Rehat cetakan HRMIS. Kaedah pemfailan cuti rehat pegawai hendaklah diuruskan sebaiknya oleh Sektor masing-masing; Jumlah pelepasan waktu bekerja sebelah petang yang tidak dapat dihabiskan dalam sebulan boleh di bawa ke bulan hadapan kecuali bagi pelepasan waktu bekerja yang melangkau tahun, dimana kemudahan pelepasan waktu bekerja sebelah petang yang tidak digunakan akan terhapus; Dengan pelaksanaan KEMUDAHAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA SEBELAH PETANG serta mengelak konflik dengan peraturan lain yang terpakei, Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja sepertimana Surat Edaran JPA(SARAAN\S)1619 KIl.16(7) bertarikh 9 Disember 2009 adalah ditangguhkan; dan Keputusan bagi melaksanakan KEMUDAHAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA SEBELAH PETANG akan dikaji semula sekiranya timbul sebarang isu kelak, Tarikh pelaksanaan Kemudahan Pelepasan Waktu Bekerja Sebelah Petang adalah berkuatkuasa mulai 1 April 2021. Sekian, terima kasih. “PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMARANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah, te secese— (HAJI ROZAINI BIN AHMAD AMK., BCK.) Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM 05604 ALOR SETAR TEL. 04-7404000 KEDAH DARUL AMAN FAX. : 04-7404341 LAMPIRAN A KENYATAAN LAPORAN PELEPASAN WAKTU BEKERJA JPK (P) O1- NAMA, UNIT T.T KETUA BIL | TARIKH KENYATAAN UNIT PELEPASAN WAKTU BEKERJA KALI PERTAMA PELEPASAN WAKTU BEKERIA KALI KEDUA PELEPASAN WAKTU BEKERJA KALI KETIGA