Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Umum mengetahui bahawa, pendidikan adalah aspek penting dalam Islam kerana ia
mampu melahirkan insan yang berguna dan berkahlak mulia serta merupakan teras kepada
pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Jika pendidikan ini tidak dilaksanakan
dengan baik dan sempurna, maka keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
akan menjadi tidak stabil. Oleh itu, ilmu dakwah Rasulullah merupakan salah satu indikator
penting untuk mengukur tahap keterlibatan semua pihak yang berkaitan dalam menghayati
Falsafah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini kerana, terdapat pelbagai pendekatan dan
metode yang digunakan oleh Rasulullah dalam melaksanakan proses dakwah baginda sama
ada secara rahsia atau terbuka di mana pendekatan tersebut boleh diimplementasikan oleh
semua pihak dalam pendidikan kerana ia sesuai untuk diaplikasikan dari pelbagai aspek.
Jelaslah bahawa, semua pihak mestilah meneladani proses dakwah Rasulullah agar dapat
mewujudkan pendidikan yang setard dengan kemajuan dunia.cakap sikit pasal isu dkt
malaysia

2.0 Pelaksanaan Dakwah

Menurut kamus Lisan al-’Arab, definisi dakwah dari segi bahasa adalah menjemput,
mengajak, memanggil, menyeru. Dari sudut istilah pula, Muhammad al-Ghazali mendefinisikan
dakwah sebagai satu program yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua
ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup
dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Rasulullah telah
melaksanakan dakwah melalui dua kaedah iaitu secara rahsia dan secara terbuka. Kedua-dua
proses dakwah ini mempunyai metode dan tujuannya tersendiri.

2.1 Secara rahsia

Peringkat dakwah secara rahsia telah berlangsung selama tiga tahun di Mekah.
Proses dakwah ini bermula semasa Jibril tidak muncul dalam masa yang lama
selepas turunnya wahyu yang pertama di Gua Hira’. Nabi Muhammad sering
menunggunya dan tidak putus pergi ke gua Hira’. Selepas penantian yang agak
lama, turunlah wahyu membawa perintah kepadanya. Wahyu ini adalah daripada
surah al-Mudasir ayat 1 hingga 7 yang berbunyi: “Hai orang yang berselimut,
bangun, dan beri ingatlah. Hendaklah engkau besarkan Tuhanmu dan
bersihkanlah pakaianmu, tinggalkanlah perbuatan dosa, dan janganlah
engkau memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak
dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu bersabarlah.” Dengan turunnya
perintah ini, mulailah Rasulullah mula melaksanakan dakwah Islam dengan
berdakwah secara rahsia terlebih dahulu dalam kalangan keluarga terdekat dan
sahabatnya sahaja. Buktinya adalah berdasarkan ini firman Allah SWT dalam Surah
Asy-Syu’ara ayat 214: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu
(Muhammad) yang terdekat”. Oleh itu, orang yang pertama menerima dakwahnya
adalah keluarga dan sahabat terdekat. Antaranya adalah Khadijah, Ali bin Abi
Thalib, Abu Bakar, Zaid bin Harithah dan Ummu Aiman.

2.2 Secara terbuka

Seterusnya, dakwah dilakukan secara terbuka selepas turunnya wahyu Allah


SWT melalui Surat Al-Hijr ayat 94. Baginda telah menggunakan pelbagai
metode,antaranya adalah secara lisan seperti memberi nasihat dan memberi
peringatan. Baginda juga menyampaikan dakwah ini secara beransur-ansur seperti
mengundang Bani Abdul Muttalib ke rumahnya dan menjelaskan bahwa dia telah diutus
oleh Allah (A. Syalabi, 2003). Seterusnya, undangan terbuka kepada seluruh
masyarakat quraisy di bukit Shafa pada peringkat kedua. Nabi ingin melihat
bagaimana pandangan masyarakat quraisy terhadap kepribadian beliau.
Masyarakat quraisy sepakat bahwa beliau adalah orang yang tak pernah berdusta. Setelah
itu, beliau mengumumkan kenabiannya (Wahyu Ilahi dan Harjani Hefni, 2007) dan
berlangsung ke peringkat seterusnya.

3.0 Pendekatan atau metode dakwah Rasulullah

Semasa melaksanakan dakwah Rasulullah telah mengutamakan 3 pendekatan ini iaitu al-
HikmahAsas kepada keperluan ini merujuk kepada dua komponen utama dalam Dakwah
Islamiyah iaitu isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran dan cara untuk
menyampaikan pengajaran tersebut Allah SWT telah mengajarkan pendekatan dakwah kepada
Nabi SAW melalui pelbagai pendekatan namun yang menjadi asas utama segala bentuk
pendekatan dakwah ialah pendekatan al-hikmah, al-maw„izah al-hasanah dan al-mujadalah bi
al-lati hiya ahsan
Dalam melakukan dakwah, Rasulullah sawmenerapkan banyak strategi dan pendekatan,
mulai dari keteladanan, yaitu menampilkan diri sebagai sosok suri tauladan yang penuh
dengan akhlak mulia, hingga turun aksi menjadi pebisnis, politikus, bahkan jenderal perang.
Adalah dimaklumi bahawa dakwah yang berkesan memerlukan kepada suatu pendekatan yang
bersesuaian dengan sasaran. Asas kepada keperluan ini merujuk kepada dua komponen utama
dalam Dakwah Islamiyah iaitu isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran
dan cara untuk menyampaikan pengajaran tersebut Allah SWT telah mengajarkan pendekatan
dakwah kepada Nabi SAW melalui pelbagai pendekatan namun yang menjadi asas utama

3.0 Pemikiran kreatif dalam Pendidikan

Semua pihak khususnya guru perlu mencontohi dan mengintegrasikan pendekatan yang
digunakan dalam proses dakwah Rasulullah ke dalam pendidikan dengan mengolah
pendekatan tersebut agar bersesuaian dengan pendidikan masa kini. Menurut Ghazali
Darusalam (1996), seorang yang hendak berdakwah mestilah mengetahui cara, teknik atau
metode (uslub) berdakwah. Tanpanya masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan
menolak dan menerima secara negatif. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai perbezaan
pandangan dan kaedah dalam menerima sesuatu ajaran.

3.1 Guru

Guru memainkan peranan penting dalam membentuk seorang individu yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, jasmani dan intelek serta berakhlak mulia. Hal ini kerana, terdapat
pelbagai isu yang telah berlaku mengenai perlakuan pelajar. Menurut Mohd. Azhar Abd. Hamid,
Azmi Shah Suratman & Muhamad Fauzi Othman (2001) menjelaskan bahawa dewasa ini, dunia
dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Dengan kata lain,
globalisasi telah memberi impak dalam kehidupan moral sesebuah masyarakat. Buktinya,
perlakuan tidak bermoral seperti pembunuhan, sumbang muhrim, gangsterisme, ketagihan
dadah dan sebagainya telah semakin berleluasa. Oleh itu, metode dakwah sangat efektif untuk
diimplementasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Penjelasan yang nyata dan jelas

Isi atau pengajaran yang hendak disampaikan kepada sasaran mestilah jelas dan tidak
menimbulkan kekaburan dan silap faham serta tafsiran yang menyeleweng.19Komunikasi Jelas
dan Mudah Kamarul Azmi dan Ab. Halim Tamuri 2007:44, metodologi lain yang digunakan oleh
Rasulullah s.a.w. ialah penggunaan kata-kata yang jelas dan mudah maksudnya. Metodologi ini
penting kerana kata-kata yang jelas dan mudah memudahkan kefahaman kefahaman kepada
semua golongan masyarakat. Tujuan Baginda s.a.w. adalah untuk membangunkan semua
golongan manusia mengikut pendidikan pembangunan Insan yang dikehendakinya. Oleh itu,
dengan cara memilih jalan yang memudahkan mereka mengikutinya akan menambahkan
keberkesanan pengajaran Baginda. Ini berasaskan kenyataan bahawa setiap manusia
mempunyai beberapa perbezaan tingkat akal dan kemampuan fizikalnya. Justeru, segala
bentuk pendidikan, pengajaran, bimbingan, nasihat dan sebagainya hendaklah disampaikan
dengan kata-kata yang mudah. Ahmad Yunus Kasim 2010:20 mengatakan pendidikan Islam
yang berkesan turut memerlukan proses pengajaran secara sistematik, tertib dan beransur-
ansur mengikut tahap kemampuan, Penerapan Metode Dakwah di dalam Melaksanakan Proses
Pengajaran dan Pembelajaran 63 kefahaman dan pencapaian akal fikiran murid. Oleh itu, guru
perlu memiliki pengetahuan kandungan dan pedagogikal secukupnya untuk menghasilkan
pengajaran yang cemerlang dan berkesan. Mengolah dan menterjemah dalam bentuk yang
mudah difahami oleh murid dalam proses pengajaran. Menggunakan bahan rujukan yang
sesuai mengikut tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan murid dan mempunyai
pengetahuan yang bersesuaian dengan topik yang akan diajar dan mempunyai cara terbaik
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tersebut.

Guru boleh mencontohi proses dakwah Rasulullah di mana baginda memulakan dakwah
secara rahsia terlebih dahulu kepada keluarga dan sahabat terdekat dan selepas 3 tahun
barulah baginda berdakwah terang-terangan kepada masyarakat Arab secara berperingkat.
Jadi, guru mestilah menetapkan sasaran dengan mengenali dahulu setiap pelajarnya sebelum
memulakan PdP. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru merancang strategi PdP dengan
terperinci agar segala bahan yang disampaikan dapat menarik minat muridnya serta
bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Setiap guru sama ada yang berpengalaman
atau tidak berpengalaman perlu membuat perancangan pengajaran supaya dapat menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, masalah disiplin
di dalam bilik darjah dapat dikurangkan kerana guru mengenali dan dapat mengklasifikasikan
murid yang baik dan lemah. Jadi, guru akan merancang penambahbaikan dalam pengajaran
dan memberikan motivasi agar murid yang lemah ini tidak berasa terpinggir dari murid yang lain
serta bersedia untuk belajar.

Di samping itu, penerapan pendekatan uswatun hasanah dalam pengajaran dapat


melahirkan murid untuk menjadi individu yang berkakhlak mulia. Guru mestilah berupaya
menjadi contoh tauladan yang baik seperti mempunyai akhlak mahmudah, tutur bahasa yang
sopan dan sebagainya agar pelajar turut mengikuti sikap dan sifat positif guru sama ada
mereka mengaplikasikannya di dalam kelas atau di rumah. Ini dapat dikaitkan dengan cara
Rasulul)lah dan para sahabat menyampaikan dakwah kepada umat Islam ketika itu. Azizee
Hasan (2011) menegaskan bahawa para sahabat telah memberikan gambaran terbaik tentang
hakikat Ad-Deen dalam bentuk yang terang dan mulia di kalangan manusia. Mereka tegar
menghadapi ujian dan cubaan, meninggalkan jalan rukhshah (pilih jalan azimah) yang mungkin
menjadi sebab fitnah kepada golongan yang tidak beriman. Kesannya, ramai masyarakat Arab
ketika itu mempercayai kebenaran dakwah Rasulullah dengan melihat kepada sifat-sifat mereka
yang telah memeluk Islam. Dengan itu, pendidikan negara dapat ditingkatkan ke tahap yang
lebih tinggi kerana adanya individu yang mempunyai jati diri tinggi yang bertepatan dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahkan, Uswatun Hasanah adalah salah satu
kunci sukses dakwah Rasulullah, salah satu bukti adalah bahawa pertama kali tiba di
Madinah, yang dilakukan oleh Rasulullah adalah membangunkan masjid Quba,
mempersatukan kaum Ansar dan Muhajirin dalam ikatan ukhwah Islamiah.

Seterusnya, Rasulullah juga menerapkan manhaj maw’izah hasanah iaitu nasihat yang
baik, lembah lembut dan kasih sayang dalam menyampaikan dakwahnya. Dengan itu, setiap
warga pendidik mestilah menjadi pemudah cara bagi setiap pelajar di mana pelajar boleh
mengongsikan masalah yang diahadapi tanpa segan silu. Guru boleh membantu pelajar
dengan memberikan nasihat yang berguna kepada pelajar agar mereka mendapat motivasi
untuk memilih jalan yang sesuai untuk mengatasi masalah. Terdapat pelbagai bentuk kata
dalam menasihati seperti yang disenaraikan oleh al-Bayanuni iaitu perkataan yang jelas dan
terang yang bersifat halus dan lembut, bentuk tunjuk ajar yang halus dan dapat difahami,
perkataan yang berkesan dan jenaka, bentuk memuji dan mengkritik, bentuk menggalakkan
untuk membuat kebaikan dan dan bersabar. GPI juga boleh menggunakan metode dalam PdP
seperti galakan dan ancaman, suruhan dan tegahan supaya pelajar mengetahui perkara yang
salah dan perkara yang benar. Misalnya, Nabi pernah berdakwah dengan menegur sahabatnya
Abu Dhar berkaitan dengan nilai-nilai Islam agar dia tahu, ingat dan mengamalkannya. Oleh itu
warga pendidik mestilah menasihat murid-murid dengan nasihat yang berguna untuk
membentuk insan yang berguna/berketerampilan baik.

3.2 Kerajaan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah antara pihak memainkan peranan yang
penting dalam proses perubahan pendidikan di Malaysia. Maka, kerajaan boleh melihat kepada
proses dakwah secara terbuka Rasulullah di mana baginda amat menekankan prinsip keadilan
dalam dakwahnya. Buktinya, baginda telah membentuk satu ikatan perjanjian ketika berhijrah
ke Madinah untuk menjalankan dakwah Islamiah. Disebabkan oleh populasi Madinah terbahagi
kepada beberaapa kumpulan yang berbeza dalam cara berfikir dan kepentingannya baginda
berikhtiar dalam membuat perjanjian bertulis yang dapat diterima oleh semua kumpulan sosial
yang bercorak majmuk itu (Abdul Ghafar & Shamsul Bahri, 1998). Dengan ini, piagam Madinah
telah dibentuk di mana ia merupakan tiga dasar penting dilaksanakan oleh Rasullah dalam
proses penyebaran dakwah selepas pembinaan masjid dan usaha-usaha persaaudaraan.
Dalam perlembagaan ini, Rasulullah telah menerapkan konsep ummah untuk menghilangkan
diskriminasi dari pelbagai kaum dan bangsa di Madinah.

Dengan menghayati konsep keadilan dalam dakwah Rasulullah, kerajaan mestilah


menekankan prinsip Pendidikan Untuk Semua dalam dasar pendidikan Malaysia untuk
memastikan semua individu di Malaysia mendapat hak pendidikan di mana PUA ini merujuk
kepada menyediakan peluang pendidikan yang adil kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira
kedudukan geografi, gender atau status sosio ekonomi. Hal ini kerana, Malaysia adalah sebuah
negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti negara Madinah juga dan pelaksanaan
sistem pendidikan mestilah dilaksanakan berdasarkan keperluan dan kesesuaian masyarakat.
Oleh itu, kerajaan boleh melaksanakan dasar Pendidikan dan pelbagai inisiatif dengan
menerapkan aspek ekuiti.

Murid Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam sektor pendidikan di Malaysia
disebabkan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya adalah masalah aksesibiliti atau
pengangkutan ke sekolah serta lokasi petempatan mereka yang jauh di pedalaman. Isu ini
menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dan cabaran untuk meneruskan persekolahan.
Maka, golongan ini termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian oleh
kerajaan agar tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan relevan. Dengan
itu, kerajaan perlu menyediakan kemudahan seperti kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) untuk mendedahkan golongan ini dengan kemudahan teknologi agar dapat
digunakan semasa pembelajaran serta untuk melibatkan sekolah rendah Orang Asli turut
tergolong dalam golongan sekolah di Malaysia.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlu melaksanakan inisaitif bagi murid bekeperluan
khas di Malaysia yang mempunyai masalah ketidakupayaan dari pelbagai aspek seperti
penglihatan dan pendengaran. Ketidakupayaan ini menjadi penghalang kepada golongan ini
untuk belajar sama ada di sekolah atau di instititu pengajian tinggi. Maka, mereka amat
memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum, kaedah mengajar dan perkhidmatan-
perkhidmatan Pendidikan Khas agar dapat dapat merealisasikan potensi mereka secara
optimum. Akta OKU 2008 telah menyatakan dengan jelas bahawa kanak-kanak berkeperluan
khas ini berhak memperoleh peluang pendidikan yang sama rata tanpa diskriminasi atau
dikecualikan. Sehubungan dengan itu, kerajaan boleh mengadakan program pendidikan khas di
sekolah atau memberikan bantuan agar mereka boleh turut mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Jelaslah di sini bahawa, keadilan yang diamalkan
oleh Rasulullah dalam dakwahnya merupakan satu konsep yang penrting untuk diaplikasikan
dalam Pendidikan kerana pendidikan adalah hak asasi untuk semua manusia yang mempunyai
hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Maka, tidak wajarlah untuk sesetengah golongan di
negara ini terhalang daripada menerima pendidikan hanya kerana perbezaan status sosial dan
keupayaan mereka.

4.0 Rumusan

Kejayaan Rasulullah dalam berdakwah yang masih dapat dilihat sehingga sekarang
telah membuktikan bahawa pelbagai pendekatan dalam proses dakwah dapat menyeru dan
menunjukan manusia jalan yang benar. Oleh itu, semua pihak mestilah meneladani proses
dakwah Rasulullah dan menerapkannya dalam pendidikan agar dapat mencapai matlamat
Falsafah Pendidik Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru itu, dakwah Rasulullah terbukti mampu
dijadikan sebagai kaedah atau strategi dalam melaksanakan perubahan dalam pendidikan
supaya dapat diperkembangkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.