Anda di halaman 1dari 1

Revolusi yang berlaku di China 1911 merupakan saat paling malang bagi Dinasti Manchu.

Revolusi ini
terjadi hasil dari inspirasi satu revolusi dari Guangdong yang bernama Sun Yat-sen. Sun Yat-sen mahu
menjadikan negara China sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Republik
berdasarkan model Eropah. Sun Yat-sen merupakan salah seorang tokoh yang terpenting dalam
gerakan nasionalisme di China.

Antara faktor-faktor yang tercetusnya berlakunya Revolusi China pada tahun 1911 adala kelemahan
Manchu.Semasa Dinasti Manchu, banyak kelemahan yang terdapat dalam pemerintahannya. Hal ini
boleh dikaitkan dengan peristiwa kerajaan Manchu kalah semasa Perang Candu I dan Perang Candu
II. Rakyat China berpendapat bahawa kerajaan Manchu sudah tidak dapat untuk melindungi mereka.
Kelemahan pentadbiran juga boleh dilihat dari segi urusan kewangan dan pegawai-pegawai yang
menjalankan tugas. Salah satu punca kewangan ialah dari cukai pertanian. Pegawai-pegawai wilayah
diarahkan untuk menjalankan tugas dan hasilnya diserahkan kepada kerajaan pusat Peking. Masalah
menjadi lebih rumit apabila pegawai yang bertugas tidak melaporkan cukai dan mengamalkan
penyelewengan. Mereka juga mengenakan cukai sebanyak 3-5 kali ganda dari harga yang sebenar ke
atas rakyat terutamanya petani.

Selain itu,faktor-faktor berlakunya Revolusi China pada tahun 1911 adalah Pengaruh Gerakan
Pembaharuan.Gerakan ini telah dilakukan oleh reformis-reformis Cina beberapa tahun yang lalu
mempunyai pengaruh yang besar ke atas orang-orang Cina untuk mengadakan perubahan-
perubahan dengan cepat. Idea -idea dari reformis-reformis Cina telah memberi semangat kepada
orang-orang yang merasa tidak puas hati terhadap pemerintah Manchu supaya mengadakan
langkah-langkah yang mengubah negeri China. Idea-idea mereka tetap menjadi ilham kepada
pemimpin-pemimpin China kemudian hari. Misalnya reformis-reformis Wang Tao (1828-1897) dan
Ho Kai (1858-1917) mempunyai pengaruh yang kuat ke atas jiwa Dr. Sun yang kemudian menjadi
pelopor dalam Revolusi 1911.

Kesimpulannya,Revolusi 1911 ini merupakan penentangan yang terjadi akibat daripada rasa
ketidakpuasan hati rakyat terhadap terhadap sistem pemerintahan beraja yang dianggap
mengongkong pembaharuan dan pembangunan yang meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai