Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

SK MEDAN JAYA 2021

Tarikh: 25 MAC 2021


Masa: 10:30 PAGI
Tempat: BILIK TAYANG SK MEDAN JAYA

Diumumkan ketibaan Pn Asy Assuara bt Razak diiringi Guru Besar Cg Ahmad Bustaman
b Rais. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
1.
Ketibaan Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan
jemputan iringan muzik.
dan ibu bapa
** Semua hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,


Yang Berbahagia Pn Asy Assuara bt Razak. Pegawasi SISC Plus PPD Marang
Yang Berusaha, Cg Ahmad Bustaman b Rais, Guru Besar SK Medan Jaya
Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru,
Seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
2.
Pembukaan / Lenggang bertapak seni memandang
Aluan Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi
Tahun 1 SK Medan Jaya bagi tahun 2021. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan
para jemputan ,guru guru, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Program
Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan
daripada pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih
formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid
diharap telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan
kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

3. Ucapan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cg Azizah bt Besar selaku penyelaras
Penyelaras minggu transisi untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya kita akan menyaksikan
Tayangan tayangan aktiviti sepanjang program minggu transisi. Dipersilakan
video
Hadirin yang dihormati,
Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika payung tiada perahunya,
4. Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Ucapan Guru
Besar Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cg Ahmad Bustaman b Rais
selaku Guru Besar SK Medan Jaya untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
5.
Ucapan Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan
Perasmian perasmian penutupan daripada Yang Berbahagia Pn Asy Assuara bt Razak. Pegawasi
SISC Plus PPD Marang
. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

**Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Pn Asy Assuara bt Razak
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh murid Tahun Satu.

Persembahan 1: Nyanyian lagu

6. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi.


Persembaha
n Murid
Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Pn Asy Assuara bt Razak. Pegawasi SISC Plus
PPD Marang dan di diiringi Tuan Guru Besar, Cg Ahmad Bustaman b Rais
untuk menyampaikan anugerah.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada semua murid tahun 1


(Senarai nama tahun 1)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid contoh minggu
7. transisi 2021
Penyampaian
Hadiah Danial Danis b Mohd Shukri
Siti Hawa bt Adb Rohaimi

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn Asy Assuara bt


Razak. Pegawasi SISC Plus PPD Marang atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis ini mendapat keberkatan.
8.
Bacaan Doa Bagi memberkati sepanjang perjalanan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Ibrahim b Jusoh.
Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
9. tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi dan
Penutup & Tahun 1, dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
Jamuan menjayakan majlis ini.
.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai