Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Gejala
social dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu.
Keruntuhan akhlak di kalangan remaja menjadi kebimbangan masyarakat kerana mereka merupakan
generasi yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Antara masalah-masalah social yang
sering ditimbulkan oleh remaja pada masa kini ialah merompak, penyalahgunaan dadah, pergaulan
bebas dan sebagainya.
Antara faktor-faktor mengapa remaja melakukan masalah gejala social ini adalah disebabkan
keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru yang mereka tidak pernah lakukan. Keadaan ini
mendorong mereka untukmelakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara
tersebut. Hal ini juga disebabkan oleh pengaruh rakan atau media massa. Mereka tertarik dengan
aksi-aksi atau perbuatan yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat di media social. Misalnya,
keluar berdua-duaan bersama berlainan jantina, merokok dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah,
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Selain itu, ibu bapa yang tidak mendidik anak mereka supaya menjaga akhlak dan tingkah laku juga
merupakan sebab remaja melakukan jenayah social. Kebanyakan ibu bapa tidak mengambil kisah
perlakuan anak-anak mereka disebabkan oleh kesibukan bekerja. Hal yang demikian menyebabkan
masa yang diluangkan bersama keluarga terhad. Hal ini juga menyebabkan anak-anak mereka
kurang mendapat perhatian. Maka, mereka memutuskan untuk mendapatkan perhatian dengan
melakukan perkara-perkara tanpa pengawasan ibu bapa mereka.
Di samping itu, jenayah social juga berlaku disebabkan oleh kekurangan wang terutamanya dalam
kalangan remaja yang kesempitan hidup dan hidup dalam serba kekurangan. Hal ini menyebabkan
mereka membezakan diri mereka dengan rakan-rakan mereka yang mempunyai kemewahan hidup.
Mereka timbul rasa cemburu yang menyebabkan mereka melakukan jenayah seperti mencuri,
samun dan meragut. Malah, kadang kala mereka terpaksa melacur, mengedar dadah dan sebagainya
bagi menampung kewangan hidup serta untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan mewah.
Akhir sekali, kurang penghayatan dalam agama juga merupakan sebab terjdainya gejala social pada
hari ini. Pendidikan agama dan moral perlu diberi keutamaan sejak anak-anak masih kecil lagi kerana
didikan yang cukup dan sempurna menjadi benteng yang kukuh untuk menangkis segala anasir yang
tidak baik seperti merokok dan melepak. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Didikan agama memainkan peranan penting kerana mereka akan dapat membezakan perkara yang
baik dan buruk. Hal ini dapat membantu mereka daripada terjebak dengan masalah gejala sosial.
Tuntasnya, masalah gejala sosial dalam kalangan belia perlu diambil serius oleh semua pihak.
Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam mencegah daripada masalah ini
berleluasa. Remaja merupakan harapan negara pada masa akan dating dalam memimpin dan
membawa negara ke arah kemajuan. Maka, kita hendaklah bersatu dalam menangani masalah ini.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.