Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF

PENGAJARAN, TEKNOLOGI &


PENAKSIRAN 2
KPD3026

REFLEKSI PENGAJARAN MAKROTEACHING 2

NAMA : NURIZZAH NASUHA BINTI ABDUL

NO MATRIK : D20171078872

PROGRAM : AT46 (ISMP MULTIMEDIA)


NAMA PENSYARAH : DR. JAMILAH BINTI HAMID
1.0 PENGENALAN
Pada 9 Julai 2020 hari Khamis, saya telah melakukan pengajaran secara maya dan saya
juga telah memilih subtopik menukar nombor perduaan kepada nombor perpuluhan. Pada
awal sesi pengajaran, saya telah melakukan satu aktiviti sebagai set induksi saya bagi
mencungkil idea pelajar tentang topik yang akan dipelajari. Pada aktiviti tersebut, saya
menunjukkan susunan 5 keping kad yang mengandungi bilangan titik yang berbeza dan
saya juga menerangkan kepada murid bahawa bahagian hadapan kad mewakili 1 dan
bahagian belakang kad tersebut mewakili 0. Saya juga telah terbalikkan beberapa kad dan
meminta murid untuk menyebut nombor yang mewakili permukaan kad tersebut serta
mengira jumlah bilangan titik yang mereka nampak pada kad tersebut. Saya menyoal
kepada murid apakah perbezaan yang mereka boleh nyatakan tentang bilangan titik pada
kad dan nombor yang mewakili permukaan kad tersebut. Ada seorang murid menyatakan
bahawa nombor yang mewakili permukaan kad adalah nombor perduaan manakala
bilangan titik pada kad adalah nombor perpuluhan. Selepas itu, saya juga menunjukkan
kepada murid hasil pembelajaran pada hari tersebut.
Pada peringkat pengembangan pula saya mengaitkan aktiviti pada set induksi dengan
topik yang akan dipelajari. Saya memberitahu kepada murid bahawa aktiviti tersebut
merupakan salah satu cara untuk menukar nombor perduaan kepada nombor perpuluhan.
Saya juga menerangkan kepada murid bahawa susunan kad yang mengandungi bilangan
titik yang berbeza pada aktiviti set induksi itu juga mewakili nilai tempat nombor
perduaan. Saya telah menunjukkan kepada murid cara untuk menukarkan nombor
perduaan kepada nombor perpuluhan menggunakan kad-kad tersebut. Seterusnya, saya
menunjukkan satu lagi cara yang lebih mudah difahami oleh murid untuk menukarkan
nombor perduaan kepada nombor perpuluhan iaitu menggunakan jadual. Saya telah
menunjukkan cara-cara untuk membina jadual tersebut yang memerlukan 3 baris dan 6
lajur. Selepas itu, saya menunjukkan cara-cara untuk menukarkan nombor perduaan
tersebut di mana perlu menulis nilai tempat nombor perduaan pada baris pertama iaitau
langkah 1 dan menulis nombor perduaan yang ingin ditukarkan pada baris kedua iaitu
langkah 2 dan langkah saya memberitahu kepada murid bahawa perlu mendarabkan
nombor-nombor pada langkah 1 dan 2 mengikut lajur. Saya menerangkan kepada murid
bahawa mereka perlu menambahkan semua nombor pada baris ketiga iaitu langkah 3 dan
hasil tambah tersebut merupakan nombor perpuluhan daripada nombor perduaan yang
telah ditukarkan.
Pada peringkat penilaian, saya telah menunjukkan 2 soalan pada slaid powerpoint saya.
Saya meminta murid saya untuk menjawab soalan tersebut menggunakan kaedah jadual
unruk menukarkan nombor perduaan tersebut. Saya memberi masa selama 5 minit kepada
murid saya untuk menyelesaikan soalan tersebut. Setelah tamat masa 5 minit, saya
meminta 2 orang murid untuk menunjukkan jawapan mereka serta membentangkannya
kepada saya serta rakan-rakan yang lain. Saya mendapati murid-murid saya Berjaya
menukarkan nombor perduaan kepada nombor perpuluhan dengan betul.
Pada peringkat penutup, saya telah menyoal beberapa orang murid tentang langkah-
langkah untuk menukarkan nombor peduaan kepada nombor perpuluhan berdasarkan apa
yang telah dipelajari. Murid berjaya menjawab soalan tersebut dengan betul dan yakin.
Sebelum saya menamatkan kelas saya, saya telah memberi latihan pengukuhan kepada
murid saya sebagai kerja rumah mereka dan saya menghantar latihan pengukuhan tersebut
melalui whatsapp serta Google Classroom.

2.0 KEKUATAN
Sepanjang menjalankan pengajaran makro secara maya, saya sedar bahawa saya dapat
mengurus dan mengawal Google Meet dengan tersusun dan berkesan. Hal ini demikian
kerana saya telah menggunakan pelbagai cara dan “cue” untuk mengawal keadaan di
dalam Google Meet tersebut. Sebagai contoh, saya telah meminta murid-murid membuka
mikrofon di dalam Google Meet untuk bersuara sebagai tanda sudah bersedia atau sudah
siap melakukan aktiviti penilaian. Apabila saya mendapati bahawa murid-murid mula
senyap atau kurang memberikan fokus kepada pembelajaran, saya akan atau bertanya
beberapa soalan untuk mendapatkan perhatian mereka. Pengurusan bilik darjah merujuk
kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat mewujudkan
suasana persekitaran yang tersusun untuk mengalakkan pembelajaran yang berkesan. Oleh
itu, dengan menggunakan cara-cara seperti ini, saya percaya bahawa keadaan murid-murid
akan lebih terkawal dan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang telah kita
ajar walaupun sesi pengajaran dan pembelajran secara maya.
Kefasihan dan kelancaran bahasa yang ada pada diri saya juga membantu saya
menyempurnakan pengajaran makro pada hari tersebut. Walaupun saya perlu bebahasa
Melayu dan berhadapan dengan banyak soalan yang dikemukakan oleh murid-murid,
namun saya masih dapat menyampaikan segala kandungan pembelajaran saya dengan
lancar tanpa sebarang masalah ketidakfahaman bahasa. Selain itu, penggunaan pelbagai
media bahan bantu mengajar, iaitu slaid powerpoint dan juga kertas arahan yang
mengandungi bilangan titik yang berbeza, serta latihan pengukuhan yang menarik yang
telah saya gunakan semasa menjalankan pengajaran makro secara maya juga
membolehkan murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran,
menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P dan
membolehkan mereka lebih mengingati kandungan pembelajaran yang telah kita ajar. Oleh
itu, BBM dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran
makro secara maya yang berjaya dan berkesan.
Secara keseluruhannya, saya mendapat maklum balas daripada rakan-rakan dan
pensyarah saya bahawa pengajaran makro yang telah saya laksanakan pada hari tersebut
adalah mantap dengan penerangan yang jelas, nada suara yang kuat dan baik, intonasi yang
menarik dan arahan yang agak jelas. Sesungguhnya ini amat mengejutkan saya, tetapi
gembira memandangkan ini merupakan kali pertama saya menjalankan pengajaran makro
terhadap subjek Sains ini.

3.0 KELEMAHAN
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat beberapa masalah
yang timbul. Antaranya adalah masalah teknikal di mana saya telah mengambil masa yang
lama untuk membentangkan slaid powerpoint saya kerana murid-murid saya tidak boleh
melihat slaid powerpoint saya pada skrin komputer mereka sehingga saya terpaksa keluar
dari Google Meet tersebut dan masuk semula ke dalam Google Meet yang sama. Saya
beranggapan masalah ini terjadi kerana line internet saya bermasalah kerana hujan yang
lebat di kampung yang menyebabkan line internet tidak stabil serta menjadi perlahan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Seterusnya ialah murid
lambat dalam menjawab persoalan guru. Namun, saya tidak boleh menunding jari
sepenuhnya terhadap murid kerana saya beranggapan bahawa kemungkinan juga line yang
mereka digunakan tidak jelas atau lambat sampai kerana platform yang digunakan adalah
secara maya bukan secara berhadapan (face to face).
Hasil pemerhatian saya ke atas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran
harian yang telah dibuat, saya dapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu
langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya
gangguan-gangguan dan hal-hal lain seperti masalah internet yang tidak stabil yang
menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah
menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran yang dirancang akan turut
tergendala. Sewaktu fasa pengembangan saya mengambil masa untuk mendapatkan
respon daripada murid kerana masalah line internet saya dan saya terpaksa mengulang
semula cara-cara untuk menukarkan nombor perduaan kepada nombor perpuluhan agar
murid faham apa yang saya ajar.
Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Walaupun saya menjalankan pengajaran
secara maya, pemantauan saya terhadap murid-murid semasa sesi pengajaran di dalam
Google Meet juga agak lemah. Saya hanya fokus kepada murid yang sama sahaja dan saya
kurang pantau murid yang tidak memberi respon apa-apa kerana saya menganngap mereka
mempunyai masalah internet. Saya seharusnya memanggil murid yang kurang memberi
respon dan menyoal mereka beberapa soalan. Dengan melakukan pemantauan secara tidak
langsung saya akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik melalui
Google Meet. Melalui pemantauan juga saya dapat mengesan murid yang lemah dan
membimbingnya dengan lebih dekat.

4.0 PENAMBAIKAN
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan
adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Jika
diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubahsuai
mengikut tahap penguasaan murid. Antaranya adalah ketepatan masa dalam
menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas.
Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan
pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah
ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan
memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula
hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya hanya fokus dan menyoal murid yang
sama sahaj semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa memanggil
dan menyoal murid yang kurang aktif bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh
murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas
samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ke tidak fahaman murid terhadap
pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan
penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti
memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti
berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang
saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan
kepada murid.

5.0 RUMUSAN
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Jamilah kerana telah
memberikan maklum balas yang dapat membantu saya untuk menambah baik pengajaran
pada masa akan datang. Selain itu, beliau juga telah menambah beberapa penjelasan
mengenai pertukaran nombor perduaan kepada nombor perpuluhan, yang selama ini saya
kurang pasti mengenai topik tersebut. Tidak lupa juga, kepada rakan-rakan yang mewakili
murid pada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut, di mana mereka telah memberikan
kerjasama dalam pembelajaran secara maya.