Anda di halaman 1dari 22

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK KHIR JOHARI 2021

MODUL ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID DALAM NORMA BAHARU SMK KHIR JOHARI

Tajuk : Kebiasaan Baharu dan Garis Panduan (SOP) Langkah-Langkah Pencegahan


Covid-19 di sekolah.
Nilai : Pematuhan garis panduan dan amalan pencegahan
Objektif : Pada akhir slot ini murid akan dapat;

i. memahami amalan penjagaan kebersihan diri yang betul seperti saranan Kementerian
Kesihatan Malaysia
ii. mengetahui kepentingan amalan kebersihan terhadap kesihatan diri
iii. memahami dengan jelas langkah-langkah pencegahan penyakit yang disarankan
iv. memahami peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam memahami dan
mengamalkan normal baharu

Sasaran : Semua murid


Masa : 1 jam

LANGKAH :

1. Guru menerangkan tentang amalan mencuci tangan sebagai amalan kebersihan harian

NOTA GURU :-

Amalan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya guru
sahaja untuk mencegah penularan Covid-19 semata-mata, amalan mencuci tangan ini juga
untuk kesihatan semua (dan menghindarkan) mana-mana penyakit lain juga. Menurut Pakar
Perubatan Kesihatan Awam, jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci
tangan sekerap mungkin terutama apabila menyentuh sebarang permukaan.
Jika di rumah pula, kita dinasihatkan mencuci tangan selepas selesai melakukan aktiviti
dalam rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman.
Seperti sebelum makan, selepas makan, ketika menyediakan makanan, keluar dari tandas, itu
perkara rutin yang perlu diperkukuhkan. Pakar Perubatan Kesihatan Awam juga lebih
menggalakkan amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun berbanding penggunaan
bahan nyah kuman, sekiranya orang awam ada akses kepada air dan sabun. Apa juga jenis
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK KHIR JOHARI 2021

sabun boleh digunakan untuk tujuan itu dan langkah atau cara mencuci tangan boleh dirujuk
kepada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang akan
dibincangkan.

1. 7 LANGKAH CUCI TANGAN

Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan
dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:
a. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
b. Selepas menggunakan tandas
c. Selepas mengendalikan sisa makanan
d. Selepas menghembus hingus
e. Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.

2. BAGAIMANA UNTUK MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL?

Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:
1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
4. Gosok kuku pada tapak tangan
5. Gosok belakang tangan
6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan
21
3. PENJARAKAN SOSIAL

Penjarakan sosial (social distancing) bertujuan mengawal jangkitan yang tidak melibatkan
sebarang rawatan perubatan ,memperlahankan penyebaran. Objektif penjarakan sosial adalah
untuk mengurangkan kebarangkalian bersentuh antara orang membawa suatu jangkitan, dan
mereka lain yang tidak terjangkit, agar dapat mengurangkan penularan penyakit, morbiditi dan
akhirnya, kematian. Dengan kata mudahnya, ia bermaksud tidak berjabat tangan, mengelakkan
daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri anda dengan orang lain dan paling
penting, duduk di rumah jika anda tidak sihat.

LANGKAH PENJARAKAN SOSIAL ADALAH;


PENJARAKAN SOSIAL SECARA UMUMNYA ADALAH
PENJARAKAN SOSIAL BAGI SEORANG MURID
4. PENGGUNAAN PELITUP MUKA (PENGUNAAN DAN PELUPUSAN)

Memakai pelitup muka di tempat awam merupakan cara untuk membantu pengawalan jangkitan
COVID-19. Bukti saintifik menunjukkan penggunaan pelitup muka berkesan bagi mengawal
jangkitan awal. Inilah kunci inisiatif kesihatan awam, kerana sebilangan besar jangkitan COVID-
19 berlaku pada fasa asimptomatik. Cara ini terbukti berkesan sama seperti amalan membasuh
tangan sebagai langkah mengurangkan jangkitan

Penutup mulut dan hidung tiga lapisan adalah paling sesuai digunakan orang awam
sebagai langkah pencegahan ekoran penularan wabak koronavirus. Ia lebih selamat kerana
boleh menghalang virus berkenaan tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan
cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti koronavirus. Bagaimanapun, penutup mulut dan
hidung yang digunakan perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam untuk mengelakkan kuman
terus membiak.

Pelitup muka atau perubatan yang betul mempunyai tiga lapisan, dan setiap satu
mempunyai fungsi yang spesifik:
 Lapisan luar yang berunsur hidrofobik atau kalis-bendalir
 Lapisan tengah untuk menapis kuman
 Lapisan dalam untuk menyerap lembapan daripada udara yang kita hembus keluar.
Fungsi lapisan biru atau hijau adalah untuk mencegah kuman daripada melekat padanya, dan
ia sepatutnya memandang ke luar. Jika pelitup dipakai sebaliknya, lembapan dalam udara akan
melekat padanya, dan memudahkan kemasukan kuman. Semasa menarik nafas, kuman akan
berpindah daripada lapisan luar, terus ke dalam paru-paru anda.

11
KAEDAH PEMAKAIAN PELITUP MUKA DENGAN BETUL:

Berikut adalah arahan langkah-demi-langkah untuk cara memakai pelitup muka dengan betul:
1. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
pelitup.
2. Periksa untuk memastikan tiada bahagian koyak atau berlubang pada kedua-dua belah
pelitup.
3. Pegang pelitup dengan jalur boleh bengkok di atas, dan sebelah berwarna memandang ke
luar.
4. Bergantung pada jenis pelitup yang digunakan, pakai pelitup menurut arahan berikut:

11
11
11
CARA PENGGUNAAN PELITUP MUKA YANG BETUL

11
Pakar kesihatan mengatakan bahawa pelitup separuh muka yang dibuang secara
sembarangan terutama yang tercemar atau yang mempunyai rembesan pernafasan, boleh
menjadi bahaya ke atas kesihatan sekiranya orang lain bersentuhan dengannya. Pembuangan
pelitup separuh muka secara sembarangan juga akan memberi kesan negatif kepada alam
sekitar, terutama pada kehidupan laut ketika ia disalurkan ke sungai dan laut atau boleh
mengakibatkan saluran air tersumbat. Maka guru harus mengingatkan murid agar membuang
pelitup muka yang telah digunakan mengikut tatacara yang betul.
Arahan langkah-demi-langkah untuk menanggalkan pelitup muka:
1. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
pelitup.
2. Elakkan menyentuh bahagian depan pelitup kerana ia tercemar. Hanya sentuh
sangkut/ikat/tali telinga.
3. Bergantung pada jenis pelitup yang digunakan, tanggalkan pelitup menurut arahan di
bawah:
a. Pelitup Muka dengan Sangkut Telinga
- Pegang kedua-dua sangkut telinga
- Buka dan angkat perlahan-lahan untuk menanggalkan pelitup
b. Pelitup Muka Dengan Ikat
- Lepaskan ikatan bawah dahulu diikuti ikatan atas
- Tarik pelitup menjauhi anda semasa melonggarkan ikatan
c. Pelitup Muka Dengan Tali
- Angkat tali bawah ke atas kepala anda
- Tarik tali atas ke atas kepala anda.
4. Buang pelitup di dalam tong sampah.
5. Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
sebarang benda lain

11
5. KAEDAH PELUPUSAN PELITUP MUKA YANG BETUL SETELAH DIGUNAKAN

11
6. KEPERLUAN MEMAKAI PELITUP MUKA

11
7. KESELAMATAN MURID DAN WARGA

SEKOLAH KENALPASTI SIMPTOM DAN GEJALA

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lima tahap gejala dialami pesakit
Covid-19 termasuk ada antara mereka tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga saringan
dibuat. Kajian menunjukkan individu yang juga digelar ‘asymptomatic’ berupaya menjadi
pembawa virus tanpa disedari.

Di Malaysia, 88 peratus pesakit berada pada tahap satu dan dua, tujuh peratus (tahap tiga dan
empat) dan hanya lima peratus (tahap lima). Lima tahap berkenaan.

TAHAP 1  Tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti virus


 Memiliki antibodi kuat antara faktor tiada gejala. Mereka termasuk kanak-
kanak dan golongan muda
 Kelihatan sihat dan mampu membuat aktiviti harian termasuk bekerja dan
bersukan
 Pembawa virus Covid-19 tanpa disedari. Kelompok paling berisiko
menyebarkan virus terutama ahli keluarga dan kontak rapat
 Jangkitan sukar dikesan kecuali terlibat saringan
 Ada kes mereka sembuh sendiri tanpa mengambil ubat
TAHAP 2  Ada gejala ringan seperti demam, batuk, sakit tekak
 Mampu melakukan aktiviti ringan tetapi cepat letih
 Sukar dibezakan mereka dijangkiti virus atau sakit lain kecuali saringan
 Berisiko menyebarkan virus kepada ahli keluarga atau kontak rapat
 Berbanding tahap satu, individu ini lebih mudah dikesan
TAHAP 3  Alami radang paru-paru (pneumonia)
 Rasa sakit dan ‘ketat’ di dada ketika menarik nafas
 Boleh berjalan tetapi tidak mampu membuat aktiviti harian
 Bernafas tanpa bantuan sebarang alat
TAHAP 4  Alami radang paru-paru, perlu bantuan pernafasan terapi oksigen
 Tidak mampu menjalankan aktiviti tetapi boleh bercakap
 Alami sesak nafas lebih teruk daripada tahap tiga
 Kurang selera makan

11
TAHAP 5  Sesak nafas, perlu bantuan alat pernafasan (ventilator)
 Hanya baring
 Lazimnya tidak sedarkan diri kerana dibius penuh
 Berpotensi mati jika bantuan pernafasan dihentikan

11
SIMPTOM DAN GEJALA COVID-19

11
8 PERGERAKAN MURID DALAM KAWASAN SEKOLAH

Guru bertugas harus mengingatkan bahawa;

1. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam
pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan
murid, guru dan warga sekolah.

2. Murid sentiasa memastikan diri berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri
dan tidak menunjukkan gejala awal Covid-19 sebelum hadir ke sekolah. Saringan
demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap
murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi
persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala,
mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

3. Setiap murid juga bertanggungjawab memastikan susunan meja dalam kelas mesti
berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain.

4. Pengusaha kantin hanya akan menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi,


meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan

5. Murid akan makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat yang
telah ditetapkan

6. Bilik kesihatan /sakit di sekolah harian akan dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid
yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan.

7. Tanda penjarakan sosial disediakan oleh pihak pengurusan sekolah dengan


menggunakan pita pelekat dan setiap murid mesti peka dan mengamalkan penjarakan
sosial yang dimaksudkan di lokasi yang telah ditetapkan seperti yang berikut:
i. Bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan baris
tepi pertama untuk rujukan;
ii. Kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan
pengambilan makanan serta laluan ke singki;
iii. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter dan
tempat mengimbas kehadiran;

11
8. Murid mesti memastikan kedudukan dijarakkan dengan selang satu tempat duduk
apabila mereka menaiki kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster

9. Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah mesti sentiasa
memakai pelitup muka.

10. Murid yang merasa terkesan dengan normal baharu di sekolah akan melaksanakan
Ujian Minda Sihat bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan mengikuti
sesi kaunseling sekiranya perlu.

11. Solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan ditangguhkan. Murid
digalakkan menggunakan sejadah sendiri untuk solat

11
11
11

Anda mungkin juga menyukai