Anda di halaman 1dari 13

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 1

KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
DI MALAYSIA
OBJEKTIF AM

Mengetahui dan memahami Akta Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

Unit

2
OBJEKTIF KHUSUS

t Di akhir unit ini anda dapat :

 Mengenal Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994 (Akta 514)
 Menyatakan tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514)
 Menyatakan tanggungjawab :
i. Majikan

1
ii. Pekerja
iii. Sub-kontraktor
 Menerangkan mengenai keperluan perlantikan pegawai
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 2

UNIT 2 – KEPERLUAN UNDANG-


UNDANG

2.0 PENGENALAN

Pada bulan Februari 1994, Kerajaan telah mewartakan satu akta baru iaitu
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang lebih komprehensif,
meliputi semua sektor-sektor industri. Satu pendekatan baru juga telah diserapkan
dalam Akta ini iaitu pendekatan peraturan kendiri ( self regulation).

2.1 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( AKTA


514)

Akta ini dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Tetakluk kepada subseksyen (3) . Akta ini hendaklah terpakai di seluruh


Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam jadual.

Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak


mengurangkan , peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang
berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara


peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai
keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi
dan peruntukan yang bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang
bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu,
ditafsirkan sebagai pengganti.

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain,

“bahan” ertinya apa-apa bahan semulajadi atau buatan , sama ada dalam bentuk
pepejal atau cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya;

“bahan bagi kegunaan semasa bekerja” ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan
atau dibekalkan bagi kegunaan, sama ada secara eksklusif atau tidak, oleh orang-
orang semasa bekerja;

“boleh dipraktikkan” ertinya boleh dipraktikkan dengan mengambil kira :-


Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 3

 Teruknya atau bahaya risiko yang terlibat;


 Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara
untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya risiko itu;
 Ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau
mengurangkan bahaya atau risiko itu;
 Kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu.

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan;

“ industri” ertinya perkhidmatan awam , pihak-pihak berkuasa berkanun atau


mana-mana aktiviti ekonomi yang disenaraikan ;

“kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu negeri atau Kerajaan


Tempatan ;

“kesatuan sekerja” ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan
mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959;

“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau
bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang
bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang lain itu
bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja termasuklah
suatu kontrak perantisan;

“loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan,


apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan , disambungkan atau
diperlengkapkan kepadanya ;

“majikan” ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya;

“majikan utama” ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya
seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan termasuklah :

 Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji


atau upah kepada seseorang pekerja;
 Penghuni sesuatu tempat kerja;
 Wakil disisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal
dunia dan;
 Mana-mana kerajaan di Malaysia , jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak
berkuasa tempatan atau badan berkanun

“majlis” ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang
ditubuhkan di bawah seksyen 8;
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 4

“orang yang bekerja sendiri” ertinya seseorang individu yang bekerja untuk
keuntungan atau ganjaran selain di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak
dia sendiri mengambil kerja orang lain;

“pegawai” ertinya pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di


bawah subseksyen 5(2) dan termasuklah Ketua Pengarah , Timbalan Ketua
Pengarah , Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan;

“pekerja” ertinya seseorang yang diambil kerja dan diberi gaji di bawah kontrak
perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja suatu industri yang
baginya Akta ini terpakai dan :

 Yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa
kerja industri itu, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan
bagi atau yang berkaitan dengan kerja industri itu, sama ada kerja itu
dilakukan oleh pekerja itu di tempat kerja atau di tempat lain;
 Yang diambil kerja oleh atau melalui seorang majikan langsung di tempat
kerja industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya
mengenai kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri
itu, atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau
bersampingan dengan maksud industri itu, atau;
 Yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada
majikan utama oleh orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya
dipinjamkan atau disewakan itu telah memasuki suatu kontrak
perkhidmatan;

“pembekalan” berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan


melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewabeli, sama ada
sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain;

“penghuni” berhubungan dengan tempat kerja , ertinya seseorang yang


menguruskan atau mengawal tempat kerja ;
“premis” termasuklah

 Mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan;


 Mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara;
 Apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau
pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atsa mana-
mana air dan;
 Mana-mana khemah struktur boleh alih.

“tempat kerja” ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang
digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 5

Bagi maksud akta ini , risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-
orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang
berkaiatan dengan cara suatu pengusahaan dijanakan, loji atau bahan yang
digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan
sedemikian atau mana-mana bahagiannya.

Bagi maksud Akta ini :

 “kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja
sendiri;
 seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di
tempat kerjanya tetapi tidak selainnya; dan
 orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang
ditumpukannya kepada kerja sebagai orang yang bekerja sendiri.

2.2 TUJUAN AKTA

Terdapat beberapa objektif bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994, antaranya ialah :

 Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang


sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.

 Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang


yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang
berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.

 Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang


sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiolgi dan psikologi
mereka.

 Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-
peringkat oleh sistem, peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan,
yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang
dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan
kesihatan.

Akta 514 adalah akta induk kepada semua akta berkaitan


dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia menambah
kepada sebarang undang-undang bertulis sebelumnya dan
mengatasi sebarang peruntukan bertulis yang bercanggah atau
bertindan dengannya.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 6

2.3 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN, PEKERJA DAN SUB-KONTRAKTOR

Dalam melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,


terdapat beberapa kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
tiga pihak yang utama iaitu majikan, pekerja dan sub-kontraktor. Antara
tanggungjawab tersebut adalah :

2.3.1 Tanggungjawab Majikan

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan setakat


yang praktik, keselamatan , kesihatan dan kebajikan semasa bekerja
semua pekerjanya. Perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah
terutamanya :

1. Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat


praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

2. Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan


dan ketiadaan risiko.

3. Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana


yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan
kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja.

4. Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-


pekerjanya yang , setakat yang praktik, selamat , tanpa risiko kepada
kesihatan dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan
mereka yang sedang bekerja.

5. Menyediakan seberapa kerap yang sesuai untuk mengkaji semula


pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan
yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa
pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian semua
pekerjanya.

6. Menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan , yang pekerja ,


setakat yang praktik , bahawa dia dan orang-orang lain , yang bukan
pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah
kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan mereka oleh sebab
pekerja pengusahaan itu.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 7

2.3.2 Tanggungjawab Pekerja

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :

1. Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan


kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan
atau peninggalannya semasa bekerja.

2. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain


dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke
atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya.

3. Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa


kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan
bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan
kesihatnnya.

4. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan


kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-
mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya.

Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah


melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

UNIT 2 – KEPERLUAN UNDANG-


UNDANG
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 8

2.3.3 Tanggungjawab Sub- Kontraktor

Adalah menjadi kewajipan seseorang yang merekabentuk,


mengilang, mengimport atau membekalkan, apa-apa loji bagi kegunaan
semasa bekerja yang juga dinamakan sub-kontraktor :

1. Untuk memastikan setakat yang praktik , bahawa loji itu


direkabentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan tanpa
risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan sepatutnya.

2. Untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa


ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang
dikenakan ke atasnya dan memastikan setakat yang praktik , bahawa
loji itu direkabentuk dan dibina sebegitu rupa supaya selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan.

3. Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menjamin


bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan loji itu
semasa bekerja , maklumat memadai mengenai kegunaan yang
baginya loji itu direkabentuk dan telah diuji, dan mengenai apa-apa
keadaan yang perlu untuk memastikan bahawa loji itu selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan.

4. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan


rekabentuk atau pengilangan apa-apa loji bagi bagi kegunaan semasa
bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-
apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan ,
setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurang apa-apa risiko
terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh
rekabentuk atau loji itu.

5. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau


memasang apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja
untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa
mengenai cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak
selamat atau suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan
sepatutnya.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 9

6. Untuk memastikan setakat yang praktik , bahawa bahan itu selamat


dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan
sepatutnya.

7. Untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-apa


ujian dan pemeriksaan yang perlu bagi pelaksanaan kewajipan yang
dikenakan ke atasnya dan memastikan setakat yang praktik , bahawa
bahan supaya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan apabila
digunakan.

8. Untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk memastikan


bahawa akan boleh didapati berkaitan dengan penggunaan bahan itu
semasa bekerja , maklumat memadai mengenai hasil apa-apa ujian
yang relevan yang telah dijalankan ke atas atau berkaitan dengan
bahan , dan mengenai apa-apa keadaan yang perlu untuk
memastikan bahawa bahan itu selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan apabila digunakan.

9. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang mengusahakan


pengilangan atau pembekalan apa-apa bahan bagi kegunaan semasa
bekerja untuk menjalankan atau mengaturkan supaya dijalankan apa-
apa penyelidikan yang perlu dengan tujuan agar ditemui dan ,
setakat yang praktik, dihapuskan atau dikurang apa-apa risiko
terhadap keselamatan atau kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh
bahan itu.

10. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang membina atau


memasang apa-apa loji bagi kegunaan orang-orang semasa bekerja
untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa tiada apa-apa
mengenai cara loji itu dibina atau dipasang menjadikannya tidak
selamat atau suatu risiko kepada kesihatan apabila digunakan dengan
sepatutnya;

Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan


suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya sekali.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 10

2.2 AGENSI-AGENSI TERLIBAT DI DALAM PERLAKSANAAN


KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA

a) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber


Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan melindungi
orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang
berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

 Pengilangan
 Perlombongan dan pengkuarian
 Pembinaan
 Hotel dan restoran
 Pertanian, perhutanan dan perikanan
 Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi
 Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun
 Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
 Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

Objektif utama jabatan ini ialah:

 untuk menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa melalui proses


tripatisme dasar, undang-undang, tata amalan dan garis panduan
berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan sebagai asas
dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja
 untuk memastikan melalui kegiatan penguatkuasaan dan galakan
bahawa majikan, orang bekerja sendiri, perekabentuk, pembekal,
pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat
dan sihat dan sentiasa mematuhi kehendak-kehendak undang-undang,
tata amalan dan garis panduan yang sedia ada
 untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan
galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan yang
dikendalikan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi
pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, pekerja dan profesional
dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerjaan

Dasar jabatan ini ialah:

 untuk menyedia dan menyenggara suatu tempat dan sistem yang


selamat dan sihat
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 11

 untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat,


arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan
tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan
 untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian
berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan
kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi
 untuk memenuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai
keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya
dan tata amalan yang diluluskan
 untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua
pekerja
 untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu

b) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai


Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan
berkanun mulai 1 Julai 1985. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan
social yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa
kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa
perjalanan, keilatan dan kematian.
Objektif utama skim keselamatan social adalah untuk menjamin
pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku
kejadian luar jangka kepada pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan,
pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan disamping mengambil
langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan
pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk membolehkan pekerja
terbencana kembali bertugas secepat mungkin.

Misi Perkeso adalah komited untuk memastikan keselamatan social dan


ekonomi kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan
mereka menerusi :

 Prinsip Insuran Keselamatan Sosial


 Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap dan
pada kos yang paling ekonomik dengan menggunakan teknologi
canggih serta pembangunan sumber manusia.
 Mengkaji sturktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa
berdasarkan kepada kemampuan kewangan dan cara serta system
pemberian faedah.
 Seboleh-bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan
tetapi sebaliknya usaha-usaha diambil untuk memelihara serta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 12

meneguhkan lagi kumpulan wanga PERKESO melalui pengurusan


kewangan dan pelaburan yang baik
 Memupuk serta menggalakan kesihatan serta keselamatan
pekerjaan dikalangan yang pekerja/majikan

Klik laman ini untuk maklumat lanjut:

JKKP – http://www.dosh.gov.my/mengenai/
CIDB – http://www.cidb.gov.my/
PERKESO – http://www.perkeso.gov.my/melayu
NIOSH – http://www.niosh.com.my/

c) Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau ‘National


Institute Of Occupational Safety and Health’ (NIOSH) ditubuhkan pada 1
Disember 1992 di bawah Kementrian Sumber Manusia sebagai kumpulan dari
pelbagai pihak bagi menjaga keselematan dan kesihatan pekerja dan di tempat
kerja. NIOSH bermula sebagai sebuah syarikat di bawah syarikat berdaftar
pada tahun 1965. Kini ia merupakan badan organisasi di bawah kerajaan dan
menjadi sektor penting bagi melaksanakan peranannya terhadap keselamatan
dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Tujuan dan objektif penubuhanya adalah untuk memberi khidmat di dalam


latihan, sumber maklumat dan pusat penyelidikan dalam pelbagai bentuk
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Institut ini juga membantu pihak
industri bagi membantu perlaksanaan dan penyelesaian permasalahan
berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Objektif utama institut ini diwujudkan oleh kerajaan adalah:

 menjadi perancang dan penggubal utama dalam aspek keselamatan dan


kesihatan pekerjaan selain menyusun kurikulum dan latihan bagi pekerja,
syarikat, dan mana-mana pihak yang ingin melaksanakan secara langsung
atau tidak langsung untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
 Menjadi pembantu industri, kumpulan dan pihak-pihak dalam menangani
permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
 Membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan dengan memberi maklumat berkembangan terkini
yang berkaitan sama ada dalam dan luar Negara.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan C1403/2/ 13

 Menjadi pelaksana di dalam menjalankan kajian dan penyelidikan untuk


jangka pendek dan panjang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di negara

Antara aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh pihak NIOSH adalah


menyusun segala yang berkaitan dengan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dari segi tugas di pejabat, peranan organisasi, latihan dan bimbingan
pekerja. Biasanya program yang dilaksanakan sejak dari 1993, latihan yang utama
diberikan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah:

 Keselamatan di tapak binaan


 Keselamatan dalam penggunaan bahan
 Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
 Latihan dan bimbingan berterusan
 Bimbingan Aktiviti perlombongan
 Program perlindungan diri

Anda mungkin juga menyukai