Anda di halaman 1dari 19

PENAAKULAN DATA

PENDIDIKAN
(BBD30402)

TUGASAN KUMPULAN

NAMA PENSYARAH :
DR SUHAIZAL BIN HASHIM

NAMA PELAJAR :
BIL. NAMA NO. MATRIK
1. HARIS HIDAYAT BIN SUHARIYANTO DB170097
2. SYAFINAZ BINTI JAMIL DB170128
3. NATASHA BINTI MOHD ISA DB170006
4. NOR AQILAH BINTI ROSLAN DB170049
5. NURUL SYAZWANI BINTI ABD GHANI DB170045
1

ABSTRAK

Kajian ini merupakan Projek Penyelidikan Mini dari pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM yang bertajuk Penggunaan
dan Faktor Penerimaan Pembelajaran Atas Talian bagi pelajar FSKTM Tahun 3. Soal selidik
ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan responden terhadap pembelajaran secara dalam
talian. Kajian ini dilaksanakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang yang
melibatkan kajian responden terhadap 30 orang pelajar fakulti FSKTM. Hasil daripada temu
bual ini kemudiannya disusun untuk menghasilkan tema dan jadual maktris berkaitan dengan
tahap pelajar belajar atas talian. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan responden lebih
cenderung bersedia untuk menggunakan pembelajaran secara atas talian.
2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat
kami menyiapkan mini projek ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) kerana
memberi peluang kepada kami membuat kajian ini dengan menyediakab kemudahan rujukan
di Internet bagi memudahkan kami mendapat bahan rujukan berkaitan dengan kajian kami dan
memberi kebenaran kami menjalankan kajian ini.
Penghargaan ini juga kami dedikasikan buat Dr.Suhaizal Binti Hashim sebagai
pensyarah kursus yang telah banyak memberi tunjuk ajar mengenai kursus dan membimbing
kami bermula daripada awal kajian ini dirancang sehinggalah dalam proses pelaksanaannya.
Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Suhaizal kerana memberi
masa yang secukupnya untuk menyiapkan dapatan kajian ini sehingga terhasilnya dapatan
kajian yang dapat membantu pihak institusi meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Seterusnya, kami ingin mengucapkn ucapan penghargaan tidak terhingga buat ibu bapa
dan ahli keluarga kami yang tidak pernah putus memberi sokongan moral dan menjadikan
pemudahcara dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan padu dariapada mereka kami
tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga kami tujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan kami yang banyak berkongsi ilmu untuk bersama-sama menjayakan pelaksanaan
kajian ini. Tidak lupa ahli kumpulan kami yang memberi komitmen tinggi dan bertukar buah
fikiran sesama kami sepanjang proses menyiapkan tugasan sehingga proses menganalisis data
yang telah dikumpulkan. Malah, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan serta menyiapkan
mini projek ini. Besarlah harapan kami agar hasil dapatan kajian ini dapat menambahkan ilmu
pengetahuan kami sekaligus dapat memberi sumbangan kepada pihak institusi untuk
meningkatkan lagi keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran.
3

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA BIL
Abstrak ........................................................................ 1
Penghargaan ................................................................ 2
Isi kandungan ................................................................ 3
1.0 PENGENALAN ....................................................................... 4
2.0 MATRIK KAJIAN
2.1 Objektif Kajian ............................................................................ 5
2.2 Persoalan Kajian ......................................................................... 5
2.3 Batasan Kajian ............................................................................ 5
2.4 Jadual Matriks Kajian ................................................................... 6
2.5 Instrumen Kajian ........................................................................... 6
3.0 ANALISIS KAJIAN
3.1 Analisis Deskriptif .......................................................................... 6
3.2 Analisis Inferensi .............................................................................. 7
3.3 Ujian Normaliti .................................................................................. 7
3.4 Nilai Ketekalan Dalaman ................................................................... 10
3.5 Analisis Deskriptif demografi responden ...................................... 11
3.6 Analisis Deskriptif Bahagian B ........................................................... 13
3.7 Analisis Deskriptif Bahagian C ........................................................... 15
3.8 Analisis Deskriptif Bahagian D ......................................................... 16
3.9 Tahap Kesedian Pelajar Belajar Dalam Talian ................................... 18
4.0 KESIMPULAN .............................................................................................18
4

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran tradisional merupakan pembelajaran di mana secara umum pusat pembelajaran


pada guru. Jadi di sini guru berperanan sebagai pengajar dan pendidik serta cenderung aktif di
mana siswa hanyalah sebagai objek dari pendidikan. Sistem pembelajaran tradisional
mencirikan dengan bertemunya antara pelajar dan pengajar untuk melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada umumnya pembelajaran tradisional menggunakan cara-
cara sederhana, iaitu ceramah. Penggunaan metode ceramah dalam pembelajaran secara terus
menerus justru dapat membuat peserta didik menjadi bosan, sehingga materi yang disampaikan
guru tidak dapat diserap oleh siswa secara optimal. Pendekatan tradisional merupakan sebuah
pendekatan pembelajaran dimana guru didalam kelas menggunakan metode belajar yang relatif
tetap (monoton) setiap kali mengajar. Guru terkesan lebih aktif daripada siswa. Gurulah yang
memegang peranan penting dalam pembelajaran. Pendekatan pembelajaran ini kurang
menggunakan alat atau media yang memadai, sehingga hasil belajar siswa kurang luas dan
mendalam.
Oleh sedemikian, pembelajaran atas talian atau dikenali sebagai pembelajaran maya
ini dapat membantu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung walaupun secara jarak jauh.
Terdapat pelbagai jenis aplikasi pembelajaran dalam talian seperti Open Learning, Google
Classroom, Ufuture mahupun livechat. Walaubagaimanapun, kaedah dan pendekatan maya
yang dilakukan memerlukan kesediaan oleh para pelajar bagi memastikan pembelajaran
berlangsung dengan baik. Oleh sedemikian, kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap
kesediaan pelajar menggunakan pelantar pembelajaran digital.
Bagi memastikan kaedah pembelajaran atas talian yang berkesan, terdapat beberapa
faktor yang perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi
secara interaktif, latihan yang efektif dan berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum,
tahap piawaian yang standard, jaminan kualiti sumber yang tidak terhad, penentangan terhadap
perubahan semasa dan teknologi, permasalahan berkaitan harta intelektual dan hak cipta serta
sokongan institusi pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian
Lantaran itu, Justeru, pendidik perlu bijak menangani isu tersebut secara berhemah.
Setiap pendidik perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang
5

ketinggalan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama


pembelajaran secara holistik dan inklusif tercapai.

2.0 MATRIKS KAJIAN

2.1 Objektif Kajian

Antara objektif bagi kajian ini adalah :


(1) Mengenal pasti tahap kesediaan pelajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran secara Full Online Classroom (FOC).
(2) Mengenal pasti tahap kefahaman pelajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran secara Full Online Classroom (FOC).
(3) Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran secara Full Online Classroom (FOC).

2.2 Persoalan Kajian :


Antara persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini adalah :
(1) Apakah tahap kesediaan pelajar terhadap belajar dalam talian?
(2) Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap belajar dalam talian?
(3) Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap belajar dalam talian?

2.3 Batasan Kajian

Kajian ini memberi tumpuan terhadap tahap kesediaan, kefahaman dan kesedaran
pelajar dalam pembelajaran atas talian yang merujuk kepada pelajar Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Populasi bagi kajian yang dilakukan ini
terdiri daripada pelajar-pelajar FSKTM seramai 30 orang bagi pengajian Tahun 3.
6

2.4 JADUAL MATRIKS KAJIAN

Persoalan Kajian Analisis Diskriptif


Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap  Skor Min
belajar dalam talian?  Frekuensi
Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap  Peratus
belajar dalam talian?  Sisihan Piawai
Apakah tahap kesediaan pelajar terhadap
belajar dalam talian?

Jadual 1.1 : Jadual Matrik Kajian

2.5 INSTRUMEN KAJIAN

Dengan instrumen kajian, kajian ini dapat diukur antara kluster, responden dan hasil analisis
data seperti yang ditentukan mengikut piawaian tertentu supaya menepati keputusan yang tepat
dan telus. Instrumen kajian didefinisikan sebagai alat, cara atau kaedah pengukuran bagi
memperoleh serta mengumpul data kajian. Pembinaan instrumen kajian dibuat sama ada reka
cipta oleh pengkaji sendiri, mengubahsuai instrument kajian pengkaji dahulu kala, dan akhir
sekali, menggunakan instrument piawaian sedia ada. Memandangkan kajian ini dilakukan
dengan data kuantitatif, satu – satunya instrumen kajian ini dilakukan dengan kaedah
questionnaire, ataupun soal selidik secara dalam talian; iaitu Google Form.

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

3.1 Analisis Diskriptif

Analisis diskriptif merupakan satu kaedah menganalisis data yang dibuat secara peratusan,
frekuensi dan dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat atau lebih dikenali
sebagai Measure of Central Tendency (MCT) iaitu min, mod dan median. Menerusi analisis
diskriptif ini, jenis data yang dianalisis akan melibatkan analisis bivariat iaitu dengan
penggunaan satu pemboleh ubah sahaja. Kebiasaannya dalam bab ini, pada bahagian
7

demografi seperti jantina, umur dan pendidikan sering menggunakan peratusan dan
frekuensi. Misalnya peratusan dan jumlah responden bagi lelaki dan perempuan sebagai
contohnya.
Bagi MCT (min, mod dan median), min merupakan kiraan bagi skor purata data, mod
pula adalah skor data yang paling kerap iaitu mempunyai kekerapan tertinggi, dan
seterusnya median adalah skor yang berada di pertengahan iaitu dibahagikan nilai-nilai
tersebut kepada dua bahagian. Selain daripada penggunaan MCT, ukuran serakan iaitu
(measure of dispersion) turut dibincangkan iaitu range, variance dan standard deviation.

3.2 Analisis Inferensi

Analisis inferensi merupakan kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti perhubungan antara
pembolehubah. Kaedah ini juga digunakan untuk pengkaji bagi mengumpul maklumat
daripada hasil maklumat yang dikumpul daripada sampel bagi tujuan untuk memerihal
maklumat dan ciri-ciri bagi populasi. Dengan erti lain, kaedah ini adalah antara prosedur untuk
melakukan generalisasi berkenaan populasi yang dikaji adalah dengan menggunakan analisis
data secara statistik inferensi. Penggunaan kaedah analisis inferensi ini juga membantu kepada
pengkaji bagi membuat kesimpulan sama ada terdapat statistik signifikan atau statistical
significance yang boleh diaplikasikan untuk lebih meyakinkan.
Teknik yang digunakan ialah bagi mengkaji hubungan di antara pembolehubah beserta
dengan itu bagi mewujudkan statistik inferensi, termasuklah regresi linear menganalisis,
ANOVA dan korelasi analisis bagi menjalankan penyelidikan dengan menggunakan statistik
inferensi, pengkaji menjalankan ujian penting bagi menentukan sama ada keputusan dapat
diberikan kepada kadar yang lebih besar. Ujian biasa yang penting termasuk chi-square.

3.3 Ujian Normaliti

Sebelum melakukan statistik inferensi seperti Ujian-T dan Ujian Kolerasi, Ujian normality
akan dilakukan dahulu supaya data yang dikumpul akan bertaburan secara normal. Untuk
mendapatkan data normality, Ujian Kolmogorov-Smirnova dan Shapiro-Wilk akan dilakukan.
Nilai aras tidak signifikan iaitu nilai signifikan >0.05 daripada ujian Kolmogorov-Smirnova
dan Shapiro-Wilk menunjukkan data kajian bertaburan secara normal.
8

Soal selidik ini mempunyai lima bahagian iaitu Bahagian A: Demografi, Bahagian B:
Tahap kesedian pelajar, Bahagian C: Kefahaman, dan bahagian D: Kesedaran Pelajar. Dapatan
untuk bahagian pertama ialah maklumat latar belakang responden. Oleh itu dapatan daripada
dua bahagian iaitu bahagian 2 dan 4 melalui ujian Kolmogorov-Smirnova dan Shapiro-Wilk.
Berikut menunjukkan jadual ujian Kolmogorov-Smirnova dan Shapiro-Wilk yang digunakan
dalam kajian ini.

Kolmogorov – Saphiro - Wilk


Item Smirnova
Statistik df Sig. Statistik df Sig.
1.Pembelajaran sesuatu
kursus di dalam Full
Online Classroom (FOC)
.245 30 .000 .894 30 .006
boleh meningkatkan lagi
kemahiran saya tentang
subjek itu
2. Saya mempunyai
sumber yang diperlukan
untuk menggunakan FOC .282 30 .000 .836 30 .000
dalam pembelajaran saya

3. Penggunaan FOC serasi


dengan teknologi lain yang .313 30 .000 .791 30 .000
saya gunakan
4. Saya mempunyai
pengetahuan yang
diperlukan untuk .273 30 .000 .845 30 .000
menggunakan FOC dalam
pembelajaran saya
9

5. FOC merupakan satu


kaedah pembelajaran baru .300 30 .000 .811 30 .000

6. FOC merupakan salah


satu usaha sejajar dengan .323 30 .000 .675 30 .000
perkembangan ICT
7. FOC memerlukan
komitmen yang lebih
.307 30 .000 .665 30 .000
dalam pengajaran dan
pembelajaran
8. FOC merupakan
pembelajaran yang
.307 30 .000 .665 30 .000
dikendalikan mengenai
komputer dan Internet
9. FOC membolehkan
pembelajaran berlangsung
secara berterusan tanpa .288 30 .000 .769 30 .000
mengira jarak dan masa

10. Saya sedar bahawa


FOC diaplikasikan di .291 30 .000 .753 30 .000
UTHM
11. Saya sedar bahawa
FOC mempunyai banyak .267 30 .000 .870 30 .002
kelebihan
12. Saya tahu bahawa
banyak bahan
.265 30 .000 .858 30 .001
pembelajaran boleh
didapati melalui FOC
13. Saya tahu bahawa FOC
.222 30 .001 .903 30 .010
boleh membantu
10

pencapaian akademik saya

14. Saya tahu bahawa FOC


merupakan satu keperluan .246 30 .000 .846 30 .001

Jadual 2.1: Jadual Ujian Normaliti

Dalam Jadual 2.1 ujian normaliti menunjukkan majoriti item mempunyai nilai signifikan yang
kurang daripada 0.05 dan terdapat satu item yang mempunyai nilai signifikan lebih daripada
0.05. Sekiranya nilai significant yang dihasilkan lebih dari 0.05 ia menunjukkan bahawa data
bertabur secara normal. Manakala, sekirannya nilai significant yang terhasil adalah kurang dari
0.05 maka data bertabur secara tidak normal. Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan nilai
signifikan iaitu p = 0.000 (p<0.000). Disebabkan oleh bilangan sampel yang terlibat adalah 30,
maka data tersebut merupakan taburan tidak normal.

3.4 Analisis Nilai Ketekalan Dalaman

Pada bahagian ini membincangkan berkenaan nilai ketekalan dalaman konstruk yang
melibatkan kesemua pemboleh ubah iaitu kecekapan teknikal, kecekapan sosial bersama
pengajar, kecekapan sosial dengan rakan sekelas dan kecekapan komunikasi.

Konstruk Bilangan Item Nilai Alpha Cronbach


Tahap Kesedian Pelajar 4 0.785
Tahap Kefahaman Pelajar 5 0.913
Tahap Kesedaran Pelajar 5 0.845
Jadual 2.2: Nilai Ketekalan Dalaman Konstruk tahap Kesediaan, Kefahaman dan Kesedaran
Pelajar untuk Belajar dalam Talian.

Berdasarkan Jadual 2.2 ia menunjukkan nilai ketekalan dalaman konstruk tahap kesediaan,
kefahaman dan kesedaran pelajar belajar secara FOC dalam talian pada konteks kajian ini. Bagi
konstruk tahap kesedian pelajar, nilai Alpha Cronbach adalah 0.785 ddengan bilangan 4 item.
11

Seterusnya, bagi konstruk Tahap kefahaman pelajar, menunjukkan nilai Alpha Cronbach yang
paling tinggi iaitu 0.913 dengan bilangan item sebanyak 5. Akhir sekali, konstruk taap
kesedaran pelajar menunjukkan nilai Alpha Cronbach 0.845 dengan bilangan item 5. Oleh itu
perkara ini menunjukkan bahawa setiap soalan yang dihasilkan dan jawapan yang disediakan
oleh pengkaji adalah mudah untuk difahami oleh setiap responden. Hal ini juga dibuktikan
dengan setiap pemboleh ubah mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tidak kurang daripada
0.7 sebagaimana yang telah ditetapkan dalam standard ujian liabiliti. Ini juga menunjukkan
item amat padan (adequate) skalanya dan ia merupakan skala yang baik.

3.5 Analisis Deskriptif demografi responden

Soal selidik berkenaan tahap kesediaan pelajar untuk belajar dalam talian terbahagi kepada
empat bahagian iaitu Bahagian A : Demografi, Bahagian B : Tahap Kesediaan Pelajar,
Bahagian C : Tahap Kefahaman Pelajar, dan bahagian Bahagian D : Tahap Kesedaran Pelajar.
Bahagian A menerangkan berkenaan maklumat demografi mengenai sampel yang telah
diambil untuk soal selidik ini. Demikian itu, terdapat tujuh item yang terdapat pada Bahagian
A tersebut iaitu jantina, umur, bangsa, fakulti, tahun pengajian, kemasukan Akademik ke
UTHM(Lepasan) dan kekerapan menggunakan FOC dalam satu semester. Jadual 2.3
menunjukkan dapatan deskriptif dengan menggunakan nilai frekuensi () dan peratusan (%).
12

Maklumat demografi Frekuensi Peratus


(f) (%)

Lelaki 11 36.7
Jantina
Perempuan 19 63.3

19 hingga 21 tahun 18 60.0

Umur 21 hingga 25 tahun 11 36.7

26 tahun ke atas 1 3.3

Melayu 27 90

Cina 1 3.3
Bangsa
India 1 3.3

Lain-lain 1 3.3

Fakulti FSKTM 30 100

Tahun Pengajian Tahun Tiga 30 100

STPM 2 6.7

Sijil Kemahiran Malaysia


0 0
(SKM)
Diploma Kemahiran
0 0
Malaysia (DKM)
Kemasukan Akademik ke UTHM
Diploma Vokasional
(Lepasan) * 0 0
Malaysia (DVM)

Matrikulasi/Pusat Asasi 20 66.7

Diploma UTHM 4 13.3

Diploma Institusi Awam


4 13.3
(IPTA)
13

Diploma Institusi Swasta


0 0
(IPTS)

1 - 2 kali penggunaan 7 23.3

Kekerapan menggunakan FOC 3 - 4 kali penggunaan 5 16.7


dalam satu semester
Lebih dari 5 kali
18 60
penggunaan
Jadual 2.3: Analisis Deskriptif demografi responden

Jadual 2.3 menunjukkan bilangan responden daripada fakulti FSKTM yang terlibat dalam
kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada lelaki (11 orang, 36.7%) dan
perempuan (19 orang, 63.3%). Umur pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada 19 hingga 21
tahun (18 orang, 60%), 22 hingga 24 tahun (11 orang, 36.7%) dan 25 tahun ke atas (1 orang,
3.3%). Selain itu, bangsa responden yang terlibat dalam kajian ini adalah bangsa melayu (27
orang, 90%), bangsa cina (1 orang, 3.3), bangsa india (1 orang, 3.3%) dan bangsa lain-lain (1
orang, 3.3%). Seterusnya fakulti pelajar yang terlibat adalah dari FSKTM (100%) sahaja dan
tahun pengajian yang terlibat untuk kajian ini adalah daripada pelajar tahun 3 sahaja (100%).
Seterusnya, (2 orang, 6.7%) daripada sampel kajian ini menunjukkan bahawa mereka daripada
lepasan SPM, (20 orang, 66.7%) pelajar daripada lepasan matrikulasi, (4 orang, 13.3%) pelajar
daripada lepasan diploma UTHM, dan (4, 4.4%) pelajar daripada lepasan Diploma Institusi
Awam(IPTA). Manakala 7 pelajar daripada sampel kajian ini menggunakan FOC dalam satu
semester (23.3%), 5 orang pelajar yang menggunakan 3-4 kali FOC dalam satu semester
(16.7%) dan akhir sekali 18 pelajar yang menggunakan lebih daripada 5 kali penggunaan FOC
dalam satu semester (60%).

3.6 Analisis Deskriptif Bahagian B

Bahagian B merupakan pemboleh ubah bagi mengetahui tahap kesediaan pelajar terhadap
penggunaan FOC secara atas talian. Pada bahagian B terdapat empat item yang terlibat. Jadual
2.4 menunjukkan analisis deskriptif bagi tahap kesediaan responden dalam kajian ini dengan
menggunakan nilai frekuensi (), peratusan (%), min, sisihan piawai, median dan mod.
14

Frekuensi (f),
Item Peratus (%) Min Median Mod SP
1 2 3 4 5
1. Pembelajaran sesuatu
kursus di dalam Full Online
Classroom (FOC) boleh 3 6 13 3 5
3.03 3.00 3.00 1.19
meningkatkan lagi 10 20 43.3 10 16.7
kemahiran saya tentang
subjek itu
2. Saya mempunyai sumber
yang diperlukan untuk 3 1 7 14 5
3.57 4.0 4.0 1.14
menggunakan FOC dalam 1 3.3 23.3 46.7 16.7
pembelajaran saya
3. Penggunaan FOC serasi
2 0 6 16 6
dengan teknologi lain yang 3.80 4.0 4.0 1.0
6.7 0 20 53.3 20.0
saya gunakan
4. Saya mempunyai
pengetahuan yang
4 2 5 12 7
diperlukan untuk 3.53 4.0 4.0 1.30
13.3 6.7 16.7 40.0 23.3
menggunakan FOC dalam
pembelajaran saya
(**Nota: 1: 1: sangat tidak setuju, 2: tidak setuju, 3: sederhana setuju, 4: setuju, 5: sangat setuju)

Jadual 2.4: Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Pembelajaran FOC Atas Talian

Dapatan daripada jadual 2.4 ini menunjukkan penggunaan FOC serasi dengan teknologi lain
yang pelajar gunakan itu (M=3.80, SP=1.0, Mod=4.0, Mdn=4.0) menunjukkan nilai tertinggi.
Seterusnya diikuti dengan item mempunyai sumber yang diperlukan untuk menggunakan FOC
dalam pembelajaran saya (M=3.57, SP=1.14, Mod=4.0, Mdn=4.0). Seterusnya diikuti dengan
item mempunyai pengetahuanyang diperlukan untuk menggunakan FOC dalam pembelajaran
saya (M=3.53, SP=1.30, Mod=4.0, Mdn=4.0). Akhir sekali, untuk item pembelajaran sesuatu
15

kursus di dalam Full Online Classroom (FOC) boleh meningkatkan lagi kemahiran saya
tentang subjek itu (M=3.03, SP=1.19, Mod=3.0, Mdn=3.0 Walaubagaimanapun, nilai median
dan mod bagi tiga item dalam pemboleh ubah kecekapan teknikal berada pada tahap 4 iaitu
tahap setuju. Hal ini menunjukkan bahawa responden dalam kajian ini bersetuju bahawa
mereka mempunyai tahap kesediaan yang tinggi. Justeru itu, kesediaan responden untuk belajar
secara FOC atas talian berada pada tahap yang tinggi.

3.7 Analisis deskriptif bahagian C

Pada bahagian C merupakan pemboleh ubah untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar.
Terdapat lima item yang terdapat dalam bahagian ini. Jadual 2.8 menunjukkan analisis
deskriptif tahap kefahaman pelajar dalam kajian ini menggunakan nilai frekuensi (ƒ), peratus
(%), min, sisihan piawai, median dan mod.

Frekuensi (f),
Item Peratus (%) Min Median Mod SP
1 2 3 4 5
5. FOC merupakan
0 3 3 15 9
satu kaedah 4.0 4.0 4.0 0.91
0 10 10 50 30
pembelajaran baru
6. FOC merupakan
salah satu usaha sejajar 2 0 1 14 13
4.2 4.0 4.0 1.03
dengan perkembangan 6.7 0.0 3.3 46.7 43.3
ICT
7. FOC memerlukan
komitmen yang lebih 2 0 2 9 17
4.3 5.0 5.0 1.09
dalam pengajaran dan 6.7 0 6.7 30.0 56.7
pembelajaran
8. FOC merupakan 2 0 2 9 1
4.3 5.0 5.0 1.09
pembelajaran yang 6.7 0.0 6.7 30.0 56.7
16

dikendalikan mengenai
komputer dan Internet
9. FOC membolehkan
pembelajaran
berlangsung secara 2 0 4 13 11
4.03 4.0 4.0 1.07
berterusan tanpa 6.7 0.0 13.3 43.3 36.7
mengira jarak dan
masa
(** Nota : 1:sangat tidak setuju, 2:tidak setuju, 3:sederhana setuju, 4:setuju, 5:sangat setuju)

Jadual 2.5: Tahap kefahaman pelajar

Seterusnya, dapatan daripada jadual 2.5 menunjukkan item FOC memerlukan komitmen yang
lebih dalam pengajaran dan pembelajaran dan item FOC merupakan pembelajaran yang
dikendalikan mengenai komputer dan Internet mendapat nilai mean, median, mode dan
standard deviation yang sama iaitu (M=4.3, SP=1.09, Mod=5.0 Mdn=5.0). Item kedua
tertinggi ialah item FOC merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT
(M=4.2, SP=1.03, Mod=4, Mdn=4) diikuti dengan item FOC membolehkan pembelajara
berlangsung secara berterusan tanpa mengira jarak dan masa (M=4.03, SP=1.07, Mod=4,
Mdn=4). Item terakhir sekali adalah FOC merupakan satu kaedah pembelajaran baru (M=4,
SP=0.91, Mod=4, Mdn=4). Walau bagaimanapun, nilai median dan mod bagi kesemua item
dalam pemboleh ubah kecekapan teknikal berada pada tahap 4 dan 5 iaitu pada tahap setuju
dan sangat setuju. Ini menunjukkan bahawa responden dalam kajian bersetuju bahawa mereka
mempunyai tahap kefahaman yang tinggi. Oleh itu, kefahaman responden untuk belajar dalam
FOC atas talian bagi aspek kefahaman berada pada tahap yang tinggi.

3.10 Analisis deskriptif bahagian D

Pada bahagian D merupakan pemboleh ubah untuk mengetahui tahap kesedaran pelajar
terhadap penggunaan FOC secara atas talian. Terdapat lima item yang terdapat dalam bahagian
ini. Jadual 2.6 menunjukkan analisis deskriptif tahap kesedaran pelajar terhadap penggunaan
17

FOC secara atas talian menggunakan nilai frekuensi (ƒ), peratus (%), min, sisihan piawai,
median dan mod.

(** Nota : 1:sangat tidak setuju, 2:tidak setuju, 3:sederhana setuju, 4:setuju, 5:sangat setuju)

Frekuensi (f),
Item Peratus (%) Min Median Mod SP
1 2 3 4 5
10.Saya sedar bahawa
0 0 2 15 13
FOC diaplikasikan di 4.37 4.0 4.0 0.61
0.0 0.0 6.7 50.0 43.3
UTHM
11. Saya sedar bahawa
0 3 9 14 4
FOC mempunyai 3.63 4.0 4.0 0.85
0.0 10 30.0 46.7 13.3
banyak kelebihan
12. Saya tahu bahawa
banyak bahan 1 1 8 14 6
3.77 4.0 4.0 0.94
pembelajaran boleh 3.3 3.3 26.7 46.7 20.0
didapati melalui FOC
13. Saya tahu bahawa
5
FOC boleh membantu 3 8 11 3
16. 3.2 3.0 4.0 1.16
pencapaian akademik 10 26.7 36.7 10.0
7
saya
14. Saya tahu bahawa
3 1 10 13 3
FOC merupakan satu 3.4 4.0 4.0 1.07
10 3.3 33.3 43.3 10
keperluan

Jadual 2.6: Tahap kesedaran responden terhadap pembelajaran FOC secara atas talian

Dapatan daripada jadual 2.6 menunjukkan item sedar bahawa FOC diaplikasikan di UTHM
(M=4.37, SP=0.61, Mod=4, Mdn=4) menunjukkan nilai yang tertinggi diikuti dengan item
tahu bahawa banyak bahan pembelajaran boleh didapati melalui FOC (M=3.77, SP=0.94,
Mod=4, Mdn=4). Seterusnya item ketiga tertinggi adalah item sedar bahawa FOC mempunyai
banyak kelebihan (M=3.77, SP=0.94, Mod=4, Mdn=4).Item Saya tahu bahawa FOC
18

merupakan satu keperluan (M=3.4, SP=1.07, Mod=4, Mdn=4) adalah keempat tertinggi. Item
terakhir adalah tahu bahawa FOC boleh membantu pencapaian akademik saya (M=3.2,
SP=1.16, Mod=4, Mdn=4). Walau bagaimanapun, empat daripada lima nilai median dan
kesemua mod item dalam pemboleh ubah kesedaran pelajar terhadap penggunaan FOC atas
talian berada pada tahap 4 iaitu pada tahap setuju. Ini menunjukkan bahawa responden dalam
kajian bersetuju bahawa mereka mempunyai kesedaran terhadap penggunaan FOC atas talian
di UTHM. Ini menunjukkan bahawa responden dalam kajian bersetuju bahawa mereka
mempunyai tahap kesedaran yang tinggi.

4 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian yang dilaksanakan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Maklumat UTHM, kami mendapati bahawa bilangan responden perempuan mempunyai nilai
tertinggi iaitu seramai 19(63.3%) orang yang melibatkan responden daripada pelajar-pelajar
tahun 3. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati majoriti respondan kerap
menggunakan FOC dalam satu semester iaitu seramai 18 responden yang menggunakan lebih
dari 5 kali penggunaan FOC.
Berdasarkan kepada dapatan dalam pemboleh ubah kesedian responden dalam
menggunakan FOC secara atas talian menunjukkan responden bersetuju bahawa kekerapan
menggunakan FOC dalam satu semester dapat membantu meningkatkan tahap kesediaan,
kefahaman dan kesedaran penggunaan FOC atas talian. Selain itu juga majoriti pelajar
bersetuju bahawa mereka mempunyai sumber dan pengetahuan yang cukup untuk
menggunakan FOC atas talian.
Manakala, pemboleh ubah kefahaman menggunakan FOC menunjukkan dapatan peratusan
yang tinggi dalam kefahaman pembelajaran FOC dalam talian. Responden faham FOC
merupakan kaedah baharu pembelajaran selain memahami FOC merupakan salah satu usaha
sejajar perkembangan ICT dan memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan
pembelajaran FOC. Responden juga memahami pembelajaran FOC berlangsugn tanpa mengira
jarak dan masa. Akhir sekali untuk pemboleh ubah kesedaran responden terhadap penggunaan
pembelajaran FOC pula menunjukkan responden sedar tentang wujudnya pembelajaran FOC
di UTHM. Responden setuju banyak bahan pembelajaran boleh didapati melalui FOC dan juga
setuju bahawa FOC merupakan satu keperluan selain menyedari bahawa FOC mempunyai
banyak kelebihan. Responden juga setuju FOC dapat membantu pencapaian akademik mereka.

Anda mungkin juga menyukai