PENDIDIKAN
(BBD30402)
TUGASAN KUMPULAN
NAMA PENSYARAH :
DR SUHAIZAL BIN HASHIM
NAMA PELAJAR :
BIL. NAMA NO. MATRIK
1. HARIS HIDAYAT BIN SUHARIYANTO DB170097
2. SYAFINAZ BINTI JAMIL DB170128
3. NATASHA BINTI MOHD ISA DB170006
4. NOR AQILAH BINTI ROSLAN DB170049
5. NURUL SYAZWANI BINTI ABD GHANI DB170045
1
ABSTRAK
Kajian ini merupakan Projek Penyelidikan Mini dari pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM yang bertajuk Penggunaan
dan Faktor Penerimaan Pembelajaran Atas Talian bagi pelajar FSKTM Tahun 3. Soal selidik
ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan responden terhadap pembelajaran secara
dalam talian. Kajian ini dilaksanakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang
yang melibatkan kajian responden terhadap 30 orang pelajar fakulti FSKTM. Hasil daripada
temu bual ini kemudiannya disusun untuk menghasilkan tema dan jadual maktris berkaitan
dengan tahap pelajar belajar atas talian. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan responden
lebih cenderung bersedia untuk menggunakan pembelajaran secara atas talian.
PENGHARGAAN
2
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya dapat
kami menyiapkan mini projek ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) kerana
memberi peluang kepada kami membuat kajian ini dengan menyediakab kemudahan rujukan
di Internet bagi memudahkan kami mendapat bahan rujukan berkaitan dengan kajian kami
dan memberi kebenaran kami menjalankan kajian ini.
Penghargaan ini juga kami dedikasikan buat Dr.Suhaizal Binti Hashim sebagai
pensyarah kursus yang telah banyak memberi tunjuk ajar mengenai kursus dan membimbing
kami bermula daripada awal kajian ini dirancang sehinggalah dalam proses pelaksanaannya.
Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Suhaizal kerana memberi
masa yang secukupnya untuk menyiapkan dapatan kajian ini sehingga terhasilnya dapatan
kajian yang dapat membantu pihak institusi meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Seterusnya, kami ingin mengucapkn ucapan penghargaan tidak terhingga buat ibu
bapa dan ahli keluarga kami yang tidak pernah putus memberi sokongan moral dan
menjadikan pemudahcara dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan padu dariapada
mereka kami tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga kami tujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan kami yang banyak berkongsi ilmu untuk bersama-sama menjayakan
pelaksanaan kajian ini. Tidak lupa ahli kumpulan kami yang memberi komitmen tinggi dan
bertukar buah fikiran sesama kami sepanjang proses menyiapkan tugasan sehingga proses
menganalisis data yang telah dikumpulkan. Malah, kami ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
melaksanakan serta menyiapkan mini projek ini. Besarlah harapan kami agar hasil dapatan
kajian ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami sekaligus dapat memberi sumbangan
kepada pihak institusi untuk meningkatkan lagi keberkesanan sesi pengajaran dan
pembelajaran.
3
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA BIL
Abstrak ........................................................................ 1
Penghargaan ................................................................ 2
Isi kandungan ................................................................ 3
1.0 PENGENALAN ....................................................................... 4
2.0 MATRIK KAJIAN
2.1 Objektif Kajian ............................................................................ 5
2.2 Persoalan Kajian ......................................................................... 5
2.3 Batasan Kajian ............................................................................ 5
2.4 Jadual Matriks Kajian ................................................................... 6
2.5 Instrumen Kajian ........................................................................... 6
3.0 ANALISIS KAJIAN
3.1 Analisis Deskriptif .......................................................................... 6
3.2 Analisis Inferensi .............................................................................. 7
3.3 Ujian Normaliti .................................................................................. 7
3.4 Nilai Ketekalan Dalaman ................................................................... 10
3.5 Analisis Deskriptif demografi responden ...................................... 11
3.6 Analisis Deskriptif Bahagian B ........................................................... 13
3.7 Analisis Deskriptif Bahagian C ........................................................... 15
3.8 Analisis Deskriptif Bahagian D ......................................................... 16
3.9 Tahap Kesedian Pelajar Belajar Dalam Talian ................................... 18
4.0 KESIMPULAN .............................................................................................18
1.0 PENGENALAN
4
1.1 Pengenalan
Kajian ini memberi tumpuan terhadap tahap kesediaan, kefahaman dan kesedaran
pelajar dalam pembelajaran atas talian yang merujuk kepada pelajar Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Populasi bagi kajian yang dilakukan
ini terdiri daripada pelajar-pelajar FSKTM seramai 30 orang bagi pengajian Tahun 3.
6
Dengan instrumen kajian, kajian ini dapat diukur antara kluster, responden dan hasil analisis
data seperti yang ditentukan mengikut piawaian tertentu supaya menepati keputusan yang
tepat dan telus. Instrumen kajian didefinisikan sebagai alat, cara atau kaedah pengukuran bagi
memperoleh serta mengumpul data kajian. Pembinaan instrumen kajian dibuat sama ada reka
cipta oleh pengkaji sendiri, mengubahsuai instrument kajian pengkaji dahulu kala, dan akhir
sekali, menggunakan instrument piawaian sedia ada. Memandangkan kajian ini dilakukan
dengan data kuantitatif, satu – satunya instrumen kajian ini dilakukan dengan kaedah
questionnaire, ataupun soal selidik secara dalam talian; iaitu Google Form.
Analisis diskriptif merupakan satu kaedah menganalisis data yang dibuat secara peratusan,
frekuensi dan dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat atau lebih dikenali
sebagai Measure of Central Tendency (MCT) iaitu min, mod dan median. Menerusi
analisis diskriptif ini, jenis data yang dianalisis akan melibatkan analisis bivariat iaitu
7
dengan penggunaan satu pemboleh ubah sahaja. Kebiasaannya dalam bab ini, pada
bahagian demografi seperti jantina, umur dan pendidikan sering menggunakan peratusan
dan frekuensi. Misalnya peratusan dan jumlah responden bagi lelaki dan perempuan
sebagai contohnya.
Bagi MCT (min, mod dan median), min merupakan kiraan bagi skor purata data, mod
pula adalah skor data yang paling kerap iaitu mempunyai kekerapan tertinggi, dan
seterusnya median adalah skor yang berada di pertengahan iaitu dibahagikan nilai-nilai
tersebut kepada dua bahagian. Selain daripada penggunaan MCT, ukuran serakan iaitu
(measure of dispersion) turut dibincangkan iaitu range, variance dan standard deviation.
Sebelum melakukan statistik inferensi seperti Ujian-T dan Ujian Kolerasi, Ujian normality
akan dilakukan dahulu supaya data yang dikumpul akan bertaburan secara normal. Untuk
8
perkembangan ICT
7. FOC memerlukan
komitmen yang lebih
.307 30 .000 .665 30 .000
dalam pengajaran dan
pembelajaran
8. FOC merupakan
pembelajaran yang
.307 30 .000 .665 30 .000
dikendalikan mengenai
komputer dan Internet
9. FOC membolehkan
pembelajaran berlangsung
.288 30 .000 .769 30 .000
secara berterusan tanpa
mengira jarak dan masa
10. Saya sedar bahawa
FOC diaplikasikan di .291 30 .000 .753 30 .000
UTHM
11. Saya sedar bahawa
FOC mempunyai banyak .267 30 .000 .870 30 .002
kelebihan
12. Saya tahu bahawa
banyak bahan
.265 30 .000 .858 30 .001
pembelajaran boleh
didapati melalui FOC
13. Saya tahu bahawa
FOC boleh membantu .222 30 .001 .903 30 .010
pencapaian akademik saya
14. Saya tahu bahawa
FOC merupakan satu .246 30 .000 .846 30 .001
keperluan
Dalam Jadual 2.1 ujian normaliti menunjukkan majoriti item mempunyai nilai signifikan
yang kurang daripada 0.05 dan terdapat satu item yang mempunyai nilai signifikan lebih
daripada 0.05. Sekiranya nilai significant yang dihasilkan lebih dari 0.05 ia menunjukkan
10
bahawa data bertabur secara normal. Manakala, sekirannya nilai significant yang terhasil
adalah kurang dari 0.05 maka data bertabur secara tidak normal. Berdasarkan jadual tersebut
menunjukkan nilai signifikan iaitu p = 0.000 (p<0.000). Disebabkan oleh bilangan sampel
yang terlibat adalah 30, maka data tersebut merupakan taburan tidak normal.
Pada bahagian ini membincangkan berkenaan nilai ketekalan dalaman konstruk yang
melibatkan kesemua pemboleh ubah iaitu kecekapan teknikal, kecekapan sosial bersama
pengajar, kecekapan sosial dengan rakan sekelas dan kecekapan komunikasi.
Berdasarkan Jadual 2.2 ia menunjukkan nilai ketekalan dalaman konstruk tahap kesediaan,
kefahaman dan kesedaran pelajar belajar secara FOC dalam talian pada konteks kajian ini.
Bagi konstruk tahap kesedian pelajar, nilai Alpha Cronbach adalah 0.785 ddengan bilangan 4
item. Seterusnya, bagi konstruk Tahap kefahaman pelajar, menunjukkan nilai Alpha
Cronbach yang paling tinggi iaitu 0.913 dengan bilangan item sebanyak 5. Akhir sekali,
konstruk taap kesedaran pelajar menunjukkan nilai Alpha Cronbach 0.845 dengan bilangan
item 5. Oleh itu perkara ini menunjukkan bahawa setiap soalan yang dihasilkan dan jawapan
yang disediakan oleh pengkaji adalah mudah untuk difahami oleh setiap responden. Hal ini
juga dibuktikan dengan setiap pemboleh ubah mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tidak
kurang daripada 0.7 sebagaimana yang telah ditetapkan dalam standard ujian liabiliti. Ini juga
menunjukkan item amat padan (adequate) skalanya dan ia merupakan skala yang baik.
Soal selidik berkenaan tahap kesediaan pelajar untuk belajar dalam talian terbahagi kepada
empat bahagian iaitu Bahagian A : Demografi, Bahagian B : Tahap Kesediaan Pelajar,
Bahagian C : Tahap Kefahaman Pelajar, dan bahagian Bahagian D : Tahap Kesedaran
Pelajar. Bahagian A menerangkan berkenaan maklumat demografi mengenai sampel yang
telah diambil untuk soal selidik ini. Demikian itu, terdapat tujuh item yang terdapat pada
Bahagian A tersebut iaitu jantina, umur, bangsa, fakulti, tahun pengajian, kemasukan
Akademik ke UTHM(Lepasan) dan kekerapan menggunakan FOC dalam satu semester.
Jadual 2.3 menunjukkan dapatan deskriptif dengan menggunakan nilai frekuensi () dan
peratusan (%).
Melayu 27 90
Cina 1 3.3
Bangsa
India 1 3.3
Lain-lain 1 3.3
STPM 2 6.7
Sijil Kemahiran Malaysia
Kemasukan Akademik ke UTHM 0 0
(SKM)
(Lepasan) * Diploma Kemahiran
0 0
Malaysia (DKM)
Diploma Vokasional 0 0
12
Malaysia (DVM)
Matrikulasi/Pusat Asasi 20 66.7
Jadual 2.3 menunjukkan bilangan responden daripada fakulti FSKTM yang terlibat dalam
kajian ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada lelaki (11 orang, 36.7%) dan
perempuan (19 orang, 63.3%). Umur pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada 19 hingga
21 tahun (18 orang, 60%), 22 hingga 24 tahun (11 orang, 36.7%) dan 25 tahun ke atas (1
orang, 3.3%). Selain itu, bangsa responden yang terlibat dalam kajian ini adalah bangsa
melayu (27 orang, 90%), bangsa cina (1 orang, 3.3), bangsa india (1 orang, 3.3%) dan bangsa
lain-lain (1 orang, 3.3%). Seterusnya fakulti pelajar yang terlibat adalah dari FSKTM (100%)
sahaja dan tahun pengajian yang terlibat untuk kajian ini adalah daripada pelajar tahun 3
sahaja (100%). Seterusnya, (2 orang, 6.7%) daripada sampel kajian ini menunjukkan bahawa
mereka daripada lepasan SPM, (20 orang, 66.7%) pelajar daripada lepasan matrikulasi, (4
orang, 13.3%) pelajar daripada lepasan diploma UTHM, dan (4, 4.4%) pelajar daripada
lepasan Diploma Institusi Awam(IPTA). Manakala 7 pelajar daripada sampel kajian ini
menggunakan FOC dalam satu semester (23.3%), 5 orang pelajar yang menggunakan 3-4 kali
FOC dalam satu semester (16.7%) dan akhir sekali 18 pelajar yang menggunakan lebih
daripada 5 kali penggunaan FOC dalam satu semester (60%).
Bahagian B merupakan pemboleh ubah bagi mengetahui tahap kesediaan pelajar terhadap
penggunaan FOC secara atas talian. Pada bahagian B terdapat empat item yang terlibat.
Jadual 2.4 menunjukkan analisis deskriptif bagi tahap kesediaan responden dalam kajian ini
dengan menggunakan nilai frekuensi (), peratusan (%), min, sisihan piawai, median dan
mod.
Frekuensi (f),
Item Peratus (%) Mi Median Mod SP
1 2 3 4 5
n
1. Pembelajaran sesuatu
kursus di dalam Full Online
Classroom (FOC) boleh 3 6 13 3 5
3.03 3.00 3.00 1.19
meningkatkan lagi 10 20 43.3 10 16.7
kemahiran saya tentang
subjek itu
2. Saya mempunyai sumber
14
yang diperlukan untuk 3 1 7 5
46. 3.57 4.0 4.0 1.14
menggunakan FOC dalam 1 3.3 23.3 16.7
7
pembelajaran saya
3. Penggunaan FOC serasi 16
2 0 6 6
dengan teknologi lain yang 53. 3.80 4.0 4.0 1.0
6.7 0 20 20.0
saya gunakan 3
4. Saya mempunyai
pengetahuan yang 12
4 2 5 7
diperlukan untuk 40. 3.53 4.0 4.0 1.30
13.3 6.7 16.7 23.3
menggunakan FOC dalam 0
pembelajaran saya
(**Nota: 1: 1: sangat tidak setuju, 2: tidak setuju, 3: sederhana setuju, 4: setuju, 5: sangat setuju)
Jadual 2.4: Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Pembelajaran FOC Atas Talian
Dapatan daripada jadual 2.4 ini menunjukkan penggunaan FOC serasi dengan teknologi lain
yang pelajar gunakan itu (M=3.80, SP=1.0, Mod=4.0, Mdn=4.0) menunjukkan nilai
14
tertinggi. Seterusnya diikuti dengan item mempunyai sumber yang diperlukan untuk
menggunakan FOC dalam pembelajaran saya (M=3.57, SP=1.14, Mod=4.0, Mdn=4.0).
Seterusnya diikuti dengan item mempunyai pengetahuanyang diperlukan untuk menggunakan
FOC dalam pembelajaran saya (M=3.53, SP=1.30, Mod=4.0, Mdn=4.0). Akhir sekali, untuk
item pembelajaran sesuatu kursus di dalam Full Online Classroom (FOC) boleh
meningkatkan lagi kemahiran saya tentang subjek itu (M=3.03, SP=1.19, Mod=3.0,
Mdn=3.0 Walaubagaimanapun, nilai median dan mod bagi tiga item dalam pemboleh ubah
kecekapan teknikal berada pada tahap 4 iaitu tahap setuju. Hal ini menunjukkan bahawa
responden dalam kajian ini bersetuju bahawa mereka mempunyai tahap kesediaan yang
tinggi. Justeru itu, kesediaan responden untuk belajar secara FOC atas talian berada pada
tahap yang tinggi.
Pada bahagian C merupakan pemboleh ubah untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar.
Terdapat lima item yang terdapat dalam bahagian ini. Jadual 2.8 menunjukkan analisis
deskriptif tahap kefahaman pelajar dalam kajian ini menggunakan nilai frekuensi (ƒ), peratus
(%), min, sisihan piawai, median dan mod.
15
( * * Frekuensi (f),
Item Peratus (%) Min Median Mod SP
1 2 3 4 5
5. FOC merupakan
0 3 3 15 9
satu kaedah 4.0 4.0 4.0 0.91
0 10 10 50 30
pembelajaran baru
6. FOC merupakan
0
salah satu usaha sejajar 2 1 14 13
0. 4.2 4.0 4.0 1.03
dengan perkembangan 6.7 3.3 46.7 43.3
0
ICT
7. FOC memerlukan
komitmen yang lebih 2 0 2 9 17
4.3 5.0 5.0 1.09
dalam pengajaran dan 6.7 0 6.7 30.0 56.7
pembelajaran
8. FOC merupakan
0
pembelajaran yang 2 2 9 1
0. 4.3 5.0 5.0 1.09
dikendalikan mengenai 6.7 6.7 30.0 56.7
0
komputer dan Internet
9. FOC membolehkan
pembelajaran
0
berlangsung secara 2 4 13 11
0. 4.03 4.0 4.0 1.07
berterusan tanpa 6.7 13.3 43.3 36.7
0
mengira jarak dan
masa
Nota : 1:sangat tidak setuju, 2:tidak setuju, 3:sederhana setuju, 4:setuju, 5:sangat setuju)
Seterusnya, dapatan daripada jadual 2.5 menunjukkan item FOC memerlukan komitmen yang
lebih dalam pengajaran dan pembelajaran dan item FOC merupakan pembelajaran yang
dikendalikan mengenai komputer dan Internet mendapat nilai mean, median, mode dan
standard deviation yang sama iaitu (M=4.3, SP=1.09, Mod=5.0 Mdn=5.0). Item kedua
tertinggi ialah item FOC merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT
(M=4.2, SP=1.03, Mod=4, Mdn=4) diikuti dengan item FOC membolehkan pembelajara
16
berlangsung secara berterusan tanpa mengira jarak dan masa (M=4.03, SP=1.07, Mod=4,
Mdn=4). Item terakhir sekali adalah FOC merupakan satu kaedah pembelajaran baru (M=4,
SP=0.91, Mod=4, Mdn=4). Walau bagaimanapun, nilai median dan mod bagi kesemua item
dalam pemboleh ubah kecekapan teknikal berada pada tahap 4 dan 5 iaitu pada tahap setuju
dan sangat setuju. Ini menunjukkan bahawa responden dalam kajian bersetuju bahawa
mereka mempunyai tahap kefahaman yang tinggi. Oleh itu, kefahaman responden untuk
belajar dalam FOC atas talian bagi aspek kefahaman berada pada tahap yang tinggi.
Pada bahagian D merupakan pemboleh ubah untuk mengetahui tahap kesedaran pelajar
terhadap penggunaan FOC secara atas talian. Terdapat lima item yang terdapat dalam
bahagian ini. Jadual 2.6 menunjukkan analisis deskriptif tahap kesedaran pelajar terhadap
penggunaan FOC secara atas talian menggunakan nilai frekuensi (ƒ), peratus (%), min,
sisihan piawai, median dan mod.
(** Nota : 1:sangat tidak setuju, 2:tidak setuju, 3:sederhana setuju, 4:setuju, 5:sangat setuju)
Frekuensi (f),
Item Peratus (%) Min Median Mod SP
1 2 3 4 5
10.Saya sedar bahawa
0 0 2 15 13
FOC diaplikasikan di 4.37 4.0 4.0 0.61
0.0 0.0 6.7 50.0 43.3
UTHM
11. Saya sedar bahawa
0 3 9 14 4
FOC mempunyai 3.63 4.0 4.0 0.85
0.0 10 30.0 46.7 13.3
banyak kelebihan
12. Saya tahu bahawa
banyak bahan 1 1 8 14 6
3.77 4.0 4.0 0.94
pembelajaran boleh 3.3 3.3 26.7 46.7 20.0
didapati melalui FOC
13. Saya tahu bahawa
5
FOC boleh membantu 3 8 11 3
16. 3.2 3.0 4.0 1.16
pencapaian akademik 10 26.7 36.7 10.0
7
saya
14. Saya tahu bahawa
3 1 10 13 3
FOC merupakan satu 3.4 4.0 4.0 1.07
10 3.3 33.3 43.3 10
keperluan
17
Jadual 2.6: Tahap kesedaran responden terhadap pembelajaran FOC secara atas talian
Dapatan daripada jadual 2.6 menunjukkan item sedar bahawa FOC diaplikasikan di UTHM
(M=4.37, SP=0.61, Mod=4, Mdn=4) menunjukkan nilai yang tertinggi diikuti dengan item
tahu bahawa banyak bahan pembelajaran boleh didapati melalui FOC (M=3.77, SP=0.94,
Mod=4, Mdn=4). Seterusnya item ketiga tertinggi adalah item sedar bahawa FOC
mempunyai banyak kelebihan (M=3.77, SP=0.94, Mod=4, Mdn=4).Item Saya tahu bahawa
FOC merupakan satu keperluan (M=3.4, SP=1.07, Mod=4, Mdn=4) adalah keempat
tertinggi. Item terakhir adalah tahu bahawa FOC boleh membantu pencapaian akademik
saya (M=3.2, SP=1.16, Mod=4, Mdn=4). Walau bagaimanapun, empat daripada lima nilai
median dan kesemua mod item dalam pemboleh ubah kesedaran pelajar terhadap penggunaan
FOC atas talian berada pada tahap 4 iaitu pada tahap setuju. Ini menunjukkan bahawa
responden dalam kajian bersetuju bahawa mereka mempunyai kesedaran terhadap
penggunaan FOC atas talian di UTHM. Ini menunjukkan bahawa responden dalam kajian
bersetuju bahawa mereka mempunyai tahap kesedaran yang tinggi.
4 KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian yang dilaksanakan di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Maklumat UTHM, kami mendapati bahawa bilangan responden perempuan mempunyai nilai
tertinggi iaitu seramai 19(63.3%) orang yang melibatkan responden daripada pelajar-pelajar
tahun 3. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati majoriti respondan kerap
menggunakan FOC dalam satu semester iaitu seramai 18 responden yang menggunakan lebih
dari 5 kali penggunaan FOC.
Berdasarkan kepada dapatan dalam pemboleh ubah kesedian responden dalam
menggunakan FOC secara atas talian menunjukkan responden bersetuju bahawa kekerapan
menggunakan FOC dalam satu semester dapat membantu meningkatkan tahap kesediaan,
kefahaman dan kesedaran penggunaan FOC atas talian. Selain itu juga majoriti pelajar
bersetuju bahawa mereka mempunyai sumber dan pengetahuan yang cukup untuk
menggunakan FOC atas talian.
Manakala, pemboleh ubah kefahaman menggunakan FOC menunjukkan dapatan peratusan
yang tinggi dalam kefahaman pembelajaran FOC dalam talian. Responden faham FOC
merupakan kaedah baharu pembelajaran selain memahami FOC merupakan salah satu usaha
18
sejajar perkembangan ICT dan memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan
pembelajaran FOC. Responden juga memahami pembelajaran FOC berlangsugn tanpa
mengira jarak dan masa. Akhir sekali untuk pemboleh ubah kesedaran responden terhadap
penggunaan pembelajaran FOC pula menunjukkan responden sedar tentang wujudnya
pembelajaran FOC di UTHM. Responden setuju banyak bahan pembelajaran boleh didapati
melalui FOC dan juga setuju bahawa FOC merupakan satu keperluan selain menyedari
bahawa FOC mempunyai banyak kelebihan. Responden juga setuju FOC dapat membantu
pencapaian akademik mereka.