Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

SK SIPUTEH BAGI SESI 2017

Tarikh: 19 Januari 2017


Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan SiPuteh

Diumumkan ketibaan Yang berusaha Guru Besar SK RUGADING, TUARAN ke dewan


STAR . Semua hadirin dipersilakan berdiri.
1.
Ketibaan Bagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku, Sabah
jemputan Tanah Airku dan lagu sekolah dengan iringan muzik.
dan ibu bapa
** Semua hadirin dipersilakan duduk.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
2.
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh USTAZ Che Hasin Bin Che Lah. Dipersilakan.

** Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam SEHATI


SEJIWA
Yang Berusaha,
Encik Eke Andreas Jr,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rugading

Yang Dihormati,
3. Encik Basillius Ng,
Pembukaan / GPK Pentadbiran,
Aluan
Puan Jumini Usin,
GPK HEM,

Puan Ahima Salim,


GPK Kokurikulum

Encik Suzali Kastami


PK Petang merangka Penyelaras program transisi Tahun 1 2020,

Encik Noorkizan Durudin,


YDP PIBG SK Rugading sesi 2019/2020
AJK PIBG Sesi 2019/2020

Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Siputeh,


Para ibu bapa,
Dan  murid-murid Tahun 1.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Program Transisi
Tahun 1 SK Rugading bagi tahun 2020. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para
jemputan, ibu bapa, dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Program Transisi
Murid Tahun 1 adalah untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan daripada
pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan lebih formal di
Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid diharap
telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-
kawan baru dalam masa yang singkat.

Hadirin yang dihormati,

Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan
4. dari Encik Suzali Kastami merangkap PK Petang SK Rugading. Dipersilakan.
Ucapan Encik
Suzali **Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Suzali atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
5.
Bagi meneruskan majlis pada pagi ini,
Ucapan GB Marilah kita bersama-sama mendengar ucapan perasmian penutupan PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
SK RUGADING TUARAN bagi tahun 2020. Dengan ini, majlis ingin menjemput Encik Eke Andreas Jr,
Guru Besar Sk Rugading untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Eke Andreas Jr di atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin Sekalian,

Mari kita sama-sama menyaksikan persembahan yang akan dipersembahkan oleh


murid-murid Tahun 1 . Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Demikianlah tadi persembahan yang telah disampaikan oleh anak-anak didik Tahun 1
SK Rugading. Untuk makluman para hadirin, persembahan tadi adalah di bawah
bimbingan Cikgu Amy Anastasia dan juga Cikgu Benetha.

6. Hadirin Sekalian,
Penyampaian
Hadiah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah
diadakan sepanjang program transisi Tahun 1 dilaksanakan. Bagi menyempurnakan
majlis, dijemput _______________ diiringi ______________ untuk naik ke pentas bagi
acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Majlis dimulakan dengan acara:

** Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YANG BERUSAHA


______________ dan ______________ di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah
dan cenferahati sebentar tadi.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
9. Andai terlanjur patah bicara,
Penutup & Serendah hati kemaafan dipinta.
Jamuan
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1
2020, para ibu bapa dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.
Dengan ini saya sudahi dengan

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai