Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN ALTERNATIF KULIAH TAMBAHAN MINGGU 4 (12.02.

20201)

Soalan 1 :
Adat resam perlu dikekalkan. Anda setuju? Mengapa?

1.Melambangkan identiti sesebuah negara.


Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya,
keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara
pemakaian serta berwarna-warni.

2. Mencerminkan Budi Pekerti Masyarakat Malaysia.


Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan
kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti
ini perlu dikekalkan.

3. Memumupuk perpaduan negara.


Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-
mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira
keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama.

4. Menarik minat pelancong luar.


Salah satu tarikan pelancongan ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya
persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda
kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak
hidup dan kebudayaan kita.

5. Mengekalkan kesinambungan tamadun.


Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa
daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini
kita akan mendapat iktibar.
Soalan 2:
Andai anda ditugaskan mengajar di satu kawasan yang budaya penduduknya berbeza
dengan budaya anda.
Apa tindakan anda?
Sebenarnya kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan orang lain merupakan sesuatu
yang boleh dipupuk dan dipelajari. Namun begitu tidak dinafikan kadang-kala personaliti
seseorang individu juga mempengaruhi bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain.
Oleh kita, perlu kita mengasah kemahiran interpersonal supaya kita akan disenangi oleh
rakan-rakan malah ia memudahkan urusan kita sehari-hari sewaktu berinteraksi dengan
orang lain tak kiralah samada ahli keluarga, kenalan atau atas urusan kerja. Berikut adalah
tip yang boleh anda gunakan;

Tip Berfikiran Positif


Individu yang berkemampuan untuk berfikir secara positif selalunya sering disenangi oleh
rakan-rakan kerana setiap idea dan pendapat yang keluar dari mulut mereka bersifat
membina. Jadi cubalah belajar untuk berfikir secara positif. Cuba berusaha melihat segala
sesuatu dari kacamata positif, bahkan dalam situasi yang tidak menyenangkan sekalipun.
Langkah-langkah untuk mewujudkan pemikiran yang positif:
Langkah 1. Mengenal pasti situasi.
Langkah 2. Nilai kewujudan pemikiran negatif atau tidak rasional.
Langkah 3. Nilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/ wajar, serta mempunyai fakta
yang kukuh.
Langkah 4. Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah.
Individu berfikiran positif lebih suka membicarakan kebaikan dari keburukan orang lain, lebih
suka bercakap mengenai harapan dari keputusasaan, lebih gemar mencari penyelesaian
dan lebih gemar memuji dari mengecam. Individu seperti ini mudah disenangi dan dihormati
serta mudah mendapat kawan. Individu yang berfikiran positif juga mudah untuk
menyesuaikan diri dengan orang lain kerana mereka melihat rakan mereka sebagai insan
yang wajar dihormati, unik dan mempunyai karekter yang berbeza.
Antara sikap orang yang berfikiran positif sehingga memudahkan mereka untuk menjalinkan
hubungan dan menyesuaikan diri dengan orang lain ialah:
Optimis
 Mempunyai semangat dan minat yang mendalam terhadap sesuatu kerja dan amanah
yang diberikan.
 Kepercayaan (Belief)-mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap diri sendiri dan
sentiasa melihat sesuatu dari aspek yang positif.
 Keberanian – mempunyai keberanian untuk menyuarakan pendapat secara rasional
dan melakukan tindakan yang rasional dan positif sehingga menghasilkan keputusan
yang positif.

Perbaiki Kemahiran Komunikasi


Kemahiran berkomunikasi penting di dalam proses individu untuk menyesuaikan diri dengan
orang lain. Interaksi berkesan memerlukan komunikasi yang berkesan. Komunikasi
berkesan dapat meningkatkan kualiti perhubungan dan mengelakkan konflik yang berpunca
dari salah faham atau rasa tidak puas hati. Komunikasi hanya berkesan jika dimulakan
dengan memikirkan dengan jelas apakah mesej yang hendak disampaikan. Mesej tersebut
pula perlulah ringkas, tepat dan mudah difahami. Pemberi maklumat juga haruslah
memastikan penerima faham akan maksud mesej tersebut.

Cara berkomunikasi lebih berkesan:


 Gunakan nada suara yang tenang dan lembut, tidak berleter atau kesat.
 Pilih perkataan yang tepat, mudah dan tidak mengelirukan untuk memudahkan
pemahaman pendengar.
 Tumpukan pada masalah yang ada, tidak menuduh atau menyalahkan :cth: saya lebih
senang bekerja tanpa sebarang gangguan/”awak selalu menganggu saya”
 Berkomunikasi dengan berasakan fakta bukan perasaan.
 Bertanggungjawab terhadap apa yang anda katakan
 Membuat permintaan dengan jelas.
 Mendengar dengan baik

Antara faedah komunikasi berkesan ialah:


 Mudah untuk memahami satu sama lain
 Mudah jaga hubungan harmonis serta menyesuaikan diri dengan orang lain.
 Mudah untuk meluahkan dan kongsi perasaan dengan orang lain
 Mudah untuk mendapatkan pertolongan
 Mudah menjalinkan persahabatan
 Mudah menjalin hubungan baru
Soalan 3:
Mengapa terdapat ciri-ciri persamaan dalam sesetengah adat resam antara kaum?
Beri contoh-contoh.
Hubungan kaum di Malaysia adalah dinamik. Begitu juga halnya dapat diperhatikan
dengan hubungan di antara kaum Melayu dan Cina di negara ini. Dengan memahami
kedinamikan hubungan etnik di antara Melayu dan Cina di Malaysia kita dapat
mengenalpasti pola, bentuk, perubahan dan masalah yang wujud di kalangan masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia. Kebanyakan komuniti Cina yang hijrah ke Tanah Melayu datang
dari bahagian selatan tanah besar Cina. Mereka datang dari daerah Fukien dan
Kwangtung dan terdiri dari dialek Hokkien, Kantonese, Hakka dan lain-lain. Mereka terdiri
dari golongan peniaga dan kawasan ini telah mempunyai rantaian perdagangan yang
sudah lama terbina dengan Tanah Melayu. Dengan bertapaknya penjajah Inggeris di Tanah
Melayu, masyarakat Cina berbon- dong-bondong datang untuk mencari perkerjaan dan
kekayaan di sini. Ada di kalangan mereka ini yang datang untuk mengumpul harta dan
balik kembali ke China tetapi menjelang Perang Dunia Kedua dan China menjadi sebuah
negara komunis, ramai pula yang membuat keputusan untuk menetap di sini. Apabila
Malaysia mencapai kemerdekaan, senario Malaysia sebagai sebuah masyarakat pelbagai
etnik berpayungkan anak watan terus dijadikan dasar pemerintahan, pem- bangunan dan
pembinaan negara bangsa. Dasar pembinaan negara bangsa berteraskan integrasi, di
mana identiti etnik masing-masing dikekalkan, telah termaktub dalam Perlem- bagaan
Persekutuan di mana beberapa hak keistimewaan telah diberikan kepada komuniti anak
watan Melayu, Orang Asli dan Bumiputera dan hak- hak etnik lain yang dilindungi
dijelaskan juga.

Anda mungkin juga menyukai