Anda di halaman 1dari 2
‘ARABIC CONE ICE CREAM ‘SYED ABDUL HADI BIN SYED MAHUSIN 11-036, Desa Juara, Bandar 32, 28300, Triang, Pahang JABARAN PENILAIAN HARTA DAN PENGURUSAN HARTA Mallis Daerah Bera, 28200, Bandar Bera, Pahang PERMOHONAN PERTUKARAN LOKASI LOT PERNIAGAAN. Dengan segala hormatnya, saya seperti penama adalah penyewa di Lot 6 dan 7 di Tapak Parkir Gerai Pelbagal Triang 3 2. Saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik pihak tuan untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi pertukaran lot perniagaan dari tapak asal ke tapak yang lebih strategik kedudukannya. Hal ini kerana, lot asal yang diberikan mempunyai masalah dari segi ketersampaian pelanggan yang makan di meja makan geral 3. Berikutan hasil jualan yang tidak memberangsangkan di tapak lot yang asal, saya telah ‘membuat keputusan untuk memindahkan lori tamusaji ke lokasi baharu atas inisiatif sendiri dan ersetujuan penyewa gerai no 1 dan 2, Perubahan ketara dapat dilihat terutamanya dari segi bilangan pelanggan dan hasil jalan, 4. Saya memohon maaf di atas kesilapan saya memindahkan lori tamusaji saya tanpa pengetahuan pihak tuan, saya tidak mempunyai pilihan lain untuk meningkatkan hasiljualan selain daripada melakukan hal yang demikian lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu sekarang. 5S. __ Saya juga memohon agar pihak tuan dapat memberikan pertimbangan dan budi bicara yang sewajarnya bagi memeriahkan lagi suasana di tapak perniagaan Tapak pelbagai Triang 3 dan seterusnya merancakkan lagi aktiviti perniagaan di Gugusan Bera. Sekian terima kasih Yang benar, (SYED ABDUL HAD! BIN SYED MAHUSIN) ‘ARABIC CONE ICE CREAM ‘SYED ABDUL HADI BIN SYED MAHUSIN 11-036, Desa Juara, Bandar 32, 28300, Triang, Pahang JABARAN PENILAIAN HARTA DAN PENGURUSAN HARTA Malis Daerah Bera, 28200, Bandar Bera, Pahang PERMOHONAN PERTUKARAN STRUKTUR BINAAN PERNIAGAAN, Dengan segala hormatnya, saya seperti penama adalah penyewa di Lot 6 dan 7 di Tapak Parkir Gerai Pelbagat Triang 3. 2. Saya dengan rasa rendah hati memohon agar dapat memberikan sedikit kelonggaran kepada saya untuk menukar struktur binaan bagi produk Arabic Cone Ice Cream. Saya mempunyai sedikit ‘masalah berkaitan lori peramu saji dan terpaksa memindahkan lori berkenaan ke lokasi yang lain. 3. __Berikut merupakan perincian bagi cadangan struktur binaan yang baru: Jenis binaan semasa _: Lori peramusaji / food truck Jenis binaan baharu _: Kabin Besi / kontena Status + Pasang Siap / mudah alih Luas +10 kaki x 10 kaki x 10 kaki 4, Pada pandangan saya, penggunaan kabin di tapak niaga tersebut boleh memberikan keseragaman kepada kabin Burger Besor sedia ada dan mampu memberikan daya tarikan yang baru kepada pengunjung tapak niaga berkenaan. 5. _ Saya juga memohon agar pihak tuan dapat memberikan pertimbangan dan budi bicara yang sewajarnya bagi memeriahkan lagi suasana di tapak perniagaan Tapak pelbagai Triang 3 dan seterusnya merancakkan lagi aktiviti perniagaan di Gugusan Bera. Sekian terima kasih Yang benar SYED ABDUL HADI BIN SYED MAHUSIN

Anda mungkin juga menyukai