Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12

Persiaran Setia, UEP


47630, UEP Subang Jaya

Penyediaan Sijil Berhenti Sekolah & Surat Akuan Sekolah Tahun 2020

Semua Guru Tingkatan 5 diminta mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk
menyediakan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah bagi murid-murid Tingkatan
Lima Tahun 2020

A. SIJIL BERHENTI SEKOLAH ( Huruf Besar, Bold , Font –Times New Roman , Size- 10 )

1. Nama Murid dan Nama Bapa/Penjaga

Nama murid dan nama bapa/penjaga ditulis penuh mengikut Kad Pengenalan

2. Tempat lahir

Nyatakan negeri

3. Tarikh masuk sekolah dan Ke Tingkatan

Maklumat boleh diperolehi dari Jadual Kedatangan Murid dan nyatakan nama
tingkatan. Contoh: 1 Finnix

4. Tingkatan Tertinggi Terakhir

Nyatakan nama tingkatan. Contoh: Tingkatan 5 Cyberlink

5. Kelakuan

Sangat Baik, Baik atau Memuaskan

6. Kokurikulum

Penglibatan murid dalam bidang kokurikulum untuk tahun semasa ( 2020)

7. Aktiviti Lainc

Penglibatan murid dalam tahun semasa sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas


Pusat Sumber, Pengawas Koperasi dan jawatan yang berkenaan

8. Catatan Khas

Guru tingkatan digalakkan memberi komen yang positif untuk murid-murid ,


contoh :
Seorang murid yang dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan
Seorang murid yang berpotensi tinggi dalam pelbagai bidang.
Seorang murid yang memiliki kekuatan untuk memajukan diri.

Guru tingkatan akan memberi komen kehadiran sekolah yang tidak memuaskan
untuk murid yang mempunyai ketidakhadiran sekolah yang tinggi ( mendapat
Surat Amaran Kedua dan seterusnya )
B. SURAT AKUAN SEKOLAH Font –Times New Roman , Size- 11 (hanya Bahagian
Kegiatan kokurikulum Size 10 )

1. Maklumat Persekolahan Murid – Bahagian atas (Huruf Besar)

2. Kegiatan Kokurikulum (Huruf Kecil)


2.1 Senaraikan penglibatan murid ( tidak melebihi 8 ) dalam bidang kokurikulum
sepanjang tiga tahun di sekolah ini (2018-2020).

2.2 Pilih penglibatan dan jawatan yang dipegang ( jawatan yang terbaik/tertinggi)

2.3 Nyatakan jawatan yang dipegang ( jika ada )

2.4 Dalam ruangan ` Ulasan ‘ nyatakan pencapaian daerah, negeri, kebangsaan


atau antarabangsa.

3. Penilaian Am

3.1 Penilaian aspek sahsiah murid adalah berdasarkan penilaian tahun semasa.
3.2 Guru Tingkatan dinasihatkan memberi penilaian sewajar ke atas murid-murid
Tingkatan Lima.

Catatan : No. 10 :Daya Usaha (Kehadiran murid tidak ke sekolah lebih dari
30 hari tidak layak mendapat Gred A)

4. Catatan (wajib tulis) – (Huruf Kecil)


Memberi komen yang bersesuaian dan berbeza untuk setiap murid.

5. Guru Tingkatan
Tandatangan guru tingkatan dan bercop

6. Pengetua
Cop pengetua dan tandatangan pengetua. (stamp pad ink warna biru)

Peringatan Untuk Semua Guru Tingkatan Lima


1. Semua maklumat murid mesti lengkap, tepat dan disimpan ke dalam komputer di
bilik PK HEM selewat-lewatnya pada 15 November 2020 (Jumaat).
2. Semua maklumat akan disemak oleh PK HEM dan dibantu oleh SU HEM.
3. Sebarang pembetulan dan perubahan maklumat murid ( jika ada ) akan
dimaklumkan kepada Guru Tingkatan Lima.
4. Guru Tingkatan Lima dikehendaki mencetak Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
Murid bermula 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.
5. Draf kedua-dua sijil mesti disemak dan ditandatangi oleh murid dan disimpan di bilik
HEM.
6. Sijil yang siap dicetak akan disimpan dalam Folder Kelas di bilik PK HEM.
7. Murid Tingkatan Lima akan menerima kedua-dua sijil tersebut bersama dengan slip
keputusan SPM.
8. Guru tingkatan dinasihatkan mengisi maklumat dengan tepat. Sebarang gantian dan
kos untuk mencetak semula sijil akan dtanggung oleh guru tingkatan.

Disediakan oleh,
Unit Hal Ehwal Murid SMK USJ 12