Anda di halaman 1dari 39

KERTAS KERJA

PROGRAM PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-


SEKOLAH KEBANGSAAN TANSAU, PUTATAN, PENAMPANG

1.0 Pengenalan
Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pejuang – pejuang
tanah air telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Oleh itu, salah satu
usaha untuk menyambung semangat pejuang – pejuang tanah air kita harus
menghayatinya dengan melaksanakan Program Bulan Kemerdekaan.
Setelah xxx negara merdeka sambutan yang diadakan semakin terpesong maka
melalui program ini, murid – murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dapat
melahirkan perasaan cintakan negara dan menghidupkan kembali perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan. Selain itu, aktiviti ini menekankan aspek membina negara dan bangsa.
Memandangkan semangat patriotisme yang kian terhakis dalam kalangan generasi muda
terutamnya murid-murid sekolah yang perlu disuburkan kembali untuk memastikan
kemerdekaan yang dicapai selama ini tidak sia-sia.

2.0 Matlamat
2.1 Memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid.
2.3 Menyediakan platform untuk murid menunjukkan bakat menerusi
pertandingan yang dianjurkan.
2.3 Mengamalkan sikap sebagai warga yang bertanggungjawab terhadap
agama, bangsa, dan negara.

3.0. Objektif
3.1 Untuk menyemai dan menanam sikap murid-murid agar mencintai negara
dan memelihara kemerdekaannya;
3.2 Untuk memastikan murid-murid dapat menyertai pertandingan-
pertandingan yang menyeronokkan sambil meningkatkan daya usaha,
kreativiti, dan keyakinan mereka;
3.3 Untuk melahirkan warganegara yang bersikap patriotik, mendukung
kebudayaan dan warisan Malaysia, serta mengamalkan nilai-nilai murni
setiap masa.
4.0 Kumpulan Sasaran
Semua murid SK Tansau.

5.0 AJK Pelaksana


Penasihat Encik Kasbulah Mangun
Guru Besar SK Tansau
Pengerusi Puan Sainah Hassan
Penolong Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 Puan Mulikah Gamburod
Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 2 Puan Anisah Abd Samad
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 3 Puan Salat Hj Tarasil
Penyelia Petang
Setiausaha Puan Rogayah Hassan
Ketua Panitia Pendidikan Sivik
Penolong Setiausaha Puan Hanlida Yusop
Setiausaha Panitia Pendidikan Sivik
Jawatankuasa 1. Puan Rogayah Hassan-KP P. Sivik
2.Puan Rabiah Emiliah Sion- KP Kajian Tempatan
3.Puan Dgku Safiah Ag Damit-KP Muzik
4.Puan Eleanor Xaviera Masuil-KP Kemahiran Hidup
5.Puan Nik Rosmawati Yusoff-KP Bahasa Arab
6.Puan Sarmili Md Saidin-KP P. Agama Islam
7.Puan Habibah Yaakub-KP P. Seni Visual
8.Puan Badariah Hj Awg Tuah-KP Moral
9.Puan Masturah Bin-Pra Sek
10.Puan
11. Semua guru

6.0. Strategi Pelaksanaan/Aktiviti yang dirancang


7.1 Mesyuarat Jawatankuasa
7.2 Perasmian Bulan Kemerdekaan
7.3 Pertandingan sepanjang bulan Ogos sehingga September 2013.
7.4 Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan

7.0 Tempat
Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Tansau, Putatan.

8.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1 Pen. Sivik RM21.00 x 6 RM126.00

*Pertandingan Laungan Merdeka-Pra Sek, Tahap 1 dan 2


*Pertandingan Buku Skrap-Tahun 4
*Pertandingan Menulis Lagu Patriotik-Tahun 5

Tempat Pertama-RM8.00
Tempat Kedua- RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00

2 Kajian Tempatan RM12.00 x 2 RM24.00

Tahap 1-RM12.00
Tahap 2-RM12.00

3 Pen. Muzik RM21.00 x 6 RM126.00


*Pertandingan Koir Patriotik- Tahap 1 dan 2
*Pertandingan Menyanyi Solo –Tahap 1

Tempat Pertama-RM8.00
Tempat Kedua-RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00

4 Bahasa Arab Rm50.00 x 2 RM100.00

Tahap 1-RM50.00
Tahap 2-RM50.00

5 Pen. Agama Islam RM20.00 x 3 RM60.00

Tempat Pertama-RM7.00
Tempat Kedua-RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00
6 Kemahiran Hidup RM21.00 x6 RM126.00

Tempat Pertama-RM8.00
Tempat Kedua-RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00
7. Pen Moral RM75.00x2 RM150.00

Tempat Pertama-RM30.00
Temat Kedua-RM25.00
Tempat Ketiga-RM20.00
8 Pra Sekolah RM10.00x 2 RM20.00

Tahap 1-RM10.00
Tahap 2-RM10.00

10 JUMLAH KESELURUHAN RM774.00

Nota Penting:
Sumber kewangan adalah daripada sumbangan Ketua Panitia masing-masing serta guru-
guru Pra sekolah SK Tansau.

9.0 Penutup

Diharap Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat dilaksanakan dengan


jayanya dan berupaya mencapai objektif yang diingini. Besarlah harapan pelaksanaan
program ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua pihak
demi usaha murni melahirkan masyarakat yang mencintai kemerdekaan dan hidup dalam
Negara Malaysia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, dan budaya serta mampu
merealisasikan semua impian kerajaan.

Disediakan oleh,

………………….
(PN. ROGAYAH HASSAN)
Ketua Panitia P. Sivik&Kewarganegaraan
SK. Tansau, Putatan
S.k Fail
KERTAS KERJA
PERUNTUKAN KEWANGAN
MENAIK TARAF TANDAS GURU DAN MURID
SK TANSAU

01. Pengenalan.

Sejajar dengan garis panduan kualiti kesihatan yang telah diterima pakai
oleh semua kementerian di Malaysia, maka semua prasarana awam perlu
dipelihara dan dijaga dengan penuh dedikasi oleh semua warga Malaysia.
Bertepatan dengan matlamat tersebut, penambah baikan prasarana awam seperti
menaik taraf tandas-tandas awam adalah sebahagian daripada item-item yang
perlu diambil perhatian sewajarnya. Antara item tersebut ialah tandas-tandas yang
terdapat di sekolah-sekolah di negara ini. Penaiktarafan tandas guru dan murid
adalah antara elemen penting dalam menzahirkan tandas sekolah yang dapat
memenuhi kualiti kebersihan.

02. Matlamat

1. Menzahirkan prasarana awam iaitu tandas guru dan murid yang mampu
memenuhi kualiti yang ditetapkan dalam garis panduan kesihatan global.
2. Menyediakan tandas guru dan murid yang dapat menyediakan perkhidmatan
yang selesa dan bersih sepanjang masa.
3. Menzahirkan satu komuniti yang berketrampilan bersih dari segi sifat dan
minda.

03. Sasaran

Menyediakan prasarana tandas yang lebih selamat, sempurna dan bersih.

04. Tempoh masa penaiktarafan prasarana

22 Oktober – 02 November 2007.

05. Tempat

Tandas Guru dan Murid

06. Belanjawan

07. Sumber kewangan

Sekolah

08. Penutup

Diharap penaik tarafan tandas Sek. Keb. Tansau mampu menyediakan kemudahan
yang lebih bersih, selesa dan selamat kepada semua warga sekolah ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


………………… ………………………
(AZHAR SANAWI ) (MULIKAH GAMBUROD)
Guru Pembangunan Penolong Kanan 1,
SK. Tansau Putatan . SK. Tansau Putatan
KERTAS KERJA
PERUNTUKAN WANG UNTUK MENYERTAI PROGRAM KECEMERLANGAN
UPSR TAHUN 2007 DAERAH PENAMPANG

01. Pengenalan.
Bertepatan dengan sasaran 20 orang murid tahun 6 sekolah ini
memperolehi 5A dan sasaran pencapaian prestasi sebanyak 70 peratus kelulusan
semua subjek pada tahun 2007 ini, adalah sesuatu yang amat sesuai dan
konstruktif dengan menyertai pelbagai program kecemerlangan dan program-
program motivasi bagi setiap murid yang akan menduduki UPSR . Hal demikian
adalah kerana mereka pastinya didedahkan dengan pelbagai teknik menjawab
soalan UPSR oleh para guru yang berpengalaman luas dalam bidang yang
berkenaan. Justeru, murid-murid tahun 6 ini akan dapat mengaplikasikan segala
tunjuk ajar motivator dalam memajukan potensi diri mereka.
02. Matlamat

1. Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai teknik-teknik menjawab


soalan UPSR.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa bermotivasi untuk terus memajukan
potensi diri ke arah kecemerlangan.
3. Membantu murid-murid tahun 6 meningkatkan prestasi diri dalam bidang
akademik.
4. Membantu meningkatkan pencapaian prestasi UPSR bagi Daerah Penampang
untuk tahun 2007.

03. Objektif

1. Para pelajar dapat menambah pengalaman dan pengetahuan mereka menerusi


aktiviti yang disertai.
2. Para pelajar berpeluang untuk memanipulasikan bakat dan potensi diri dalam
bidang kurikulum semasa dan selepas mengikuti aktiviti-aktiviti motivasi ini.
3. Para pelajar dapat mengaplikasikan segala input dan tunjuk ajar yang telah
didedahkan oleh para motivator dalam program Perkhemahan Motivasi ini.

04. Sasaran

Murid-murid Tahun 6.

05. Tarikh

20 Jun 2007 ( Rabu )

06. Tempat

SMK Limbanak, Penampang.

07. Penganjur

Anjuran Bersama Pejabat Pelajaran Daerah Penampang dan Majlis Guru Besar
Daerah Penampang.

08. Belanjawan

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1 Tambang i. Tambang pengangkutan (bas) 30 orang RM 250.00
peserta program ( pergi balik ) X 1 hari
JUMLAH KESELURUHAN RM 250.00

09. Sumber kewangan

SUWA ( Kokurikulum )

10. Penutup

Diharap penyertaan para murid Sek. Keb. Tansau yang terpilih dapat menzahirkan
lagi potensi diri dalam bidang akademik dan dapat mengaplikasi segala tunjuk ajar untuk
menjana kecemerlangan diri. Seterusnya, dapat menaikkan lagi nama sekolah dengan
pencapaian akademik yang cemerlang.

Disediakan oleh,

…………………
(WANGA WOREN )
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK. Tansau Putatan .

Sk Kurikulum

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN
PENDIDIKAN ALAM SEMULAJADI
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT
NEGERI
BAGI TAHUN 2008
KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN ALAM SEMULAJADI


SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2008

01. Pengenalan.
Sejajar dengan usaha murni kerajaan untuk menjaga dan mengekalkan
alam semulajadi serta menerapkan nilai-nilai mengapresiasi dan mengenali akan
alam semulajadi, maka bertepatan dengan usaha sama Jabatan Pelajaran Sabah
dan Pusat Kokurikulum Negeri untuk mendedahkan murid-murid sekolah rendah
dengan program pendidikan alam semulajadi. Hal demikian adalah kerana mereka
pastinya didedahkan dengan hidupan flora dan fauna.oleh para fasilitator yang
berpengalaman luas dalam bidang yang berkenaan. Justeru, murid-murid tahun 5
ini akan dapat mengaplikasikan segala tunjuk ajar fasislitator dalam
merealisasikan kehendak program yang dijalankan.

02. Matlamat

1. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang hidupan alam flora dan


fauna.

2. Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa bermotivasi untuk terus memantapkan


diri dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sejajar dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.

3. Membantu murid-murid tahun 5 mewujudkan semangat kerja berpasukan dan


menjalinkan silaturahim dalam kalangan mereka..

4. Membantu meningkatkan pencapaian prestasi pembelajaran dengan menimba


banyak pengetahuan dan kemahiran sepanjang program Pendidikan Alam
Semulajadi tersebut.

03. Objektif

1. Para pelajar dapat menambah pengalaman dan pengetahuan mereka menerusi


aktiviti yang disertai.

2. Para pelajar berpeluang untuk memanipulasikan bakat dan potensi diri dalam
bidang kurikulum semasa dan selepas mengikuti aktiviti-aktiviti motivasi ini.

3. Para pelajar dapat mengaplikasikan segala input dan tunjuk ajar yang telah
didedahkan oleh para motivator dalam Program Perkhemahan Pendidikan Alam
Semulajadi ini..

04. Sasaran

4 orang murid Tahun 5 ( 2 lelaki & 2 perempuan)

05. Tarikh

3 – 6 Mac 2008 ( 4 Hari )

06. Tempat
Pusat Kokurikulum Negeri( Kem Melanggang Kiulu, Tuaran)

07. Penganjur

Anjuran bersama Pusat Kokurikulum Negeri Sektor Pengurursan Pembangunan


Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Sabah.

08. Belanjawan

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH

1 Tambang Tambang pengangkutan (teksi) 4 orang RM 100


peserta program (pergi dan balik ) X 1

JUMLAH KESELURUHAN RM 100

09. Sumber kewangan

SUWA ( Kokurikulum )

10. Penutup

Diharap penyertaan para murid Sek. Keb. Tansau yang terpilih dapat menzahirkan
lagi potensi diri dalam aktiviti luar dan dapat mengaplikasi segala tunjuk ajar untuk
menjana kecemerlangan diri. Seterusnya, dapat memantapkan diri dan menghargai
akan alam semulajadi.

Disediakan oleh,

…………………
(ROGAYAH HASSAN )
Guru Pengiring
Program Perkhemahan Alam Semulajadi
SK. Tansau Putatan .

Sk Kurikulum
KERTAS KERJA

MEMOHON PERUNTUKAN WANG UNTUK MENYERTAI


PERTANDINGAN FUTSAL PERINGKAT GABUNGAN
KOTA KINABALU 2007

01. Pengenalan.

Sejajar dengan matlamat membudayakan sukan dalam kehidupan warga Malaysia,


maka penganjuran berbentuk pertandingan segala permainan dan sukan di negara ini
adalah sesuatu yang menjurus ke arah matlamat tersebut. Program kecergasan yang
melibatkan pelbagai jenis sukan dan permainan di peringkat sekolah rendah adalah amat
diperlukan dari masa ke semasa. Oleh yang demikian, penganjuran Pertandingan Futsal
12 Tahun ke bawah oleh Pejabat Gabungan Kota Kinabalu bersama 100 Plus Malaysia
bertepatan dengan matlamat pendidikan sukan untuk semua. Melaluinya, para pemain di
peringkat sekolah rendah dapat mempamerkan bakat-bakat sukan yang sememangnya ada
pada diri mereka dalam permainan futsal ini.

02. Matlamat
a. Dapat mendedahkan para pelajar dengan permainan futsal.
b. Dapat membantu para pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang
permainan futsal.

03. Objektif:
a. Para pelajar yang terpilih dapat menonjolkan bakat dalam bermain permainan
Futsal.
b. Para pemain dapat mempamerkan segala tunujk ajar dan kemahiran bermain
futsal.

04. Sasaran

Murid tahap 2.

05. Tarikh
07 – 08 SEPTEMBER 2007 ( 2 Hari )

06. Tempat

Gelanggang Futsal Penampang

07. Penganjur

Anjuran bersama Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu dan 100 PLUS
Malaysia

08. Belanjawan

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


01 Yuran penyertaan RM 100.00 RM 100.00
03 Tambang RM 60.00 X 1 Hari RM 60.00
04 Makanan RM 3.50 X 14 orang X 1 hari RM 49.00
Jumlah keseluruhan RM 209.00

09. Sumber kewangan

SUWA ( Kokurikulum )

10. Penutup

Diharap penyertaan para murid Sek. Keb. Tansau yang terpilih dapat menzahirkan
lagi potensi diri dalam bidang permainan Futsal dan dapat mengaplikasi segala tunjuk
ajar untuk menjana kecemerlangan diri. Seterusnya, dapat menaikkan lagi nama sekolah
dengan pencapaian kokurikulum yang cemerlang.

Disediakan oleh,

…………………
(WANGA WOREN )
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK. Tansau Putatan .

Sk Kurikulum
KERTAS KERJA
PERUNTUKAN KEWANGAN
MENAIK TARAF TADAHAN AIR TANDAS GURU DAN MURID
SK TANSAU

01. Pengenalan.

Sejajar dengan garis panduan kualiti kesihatan yang telah diterima pakai
oleh semua kementerian di Malaysia, maka semua prasarana awam perlu
dipelihara dan dijaga dengan penuh dedikasi oleh semua warga Malaysia.
Bertepatan dengan matlamat tersebut, penambah baikan prasarana awam seperti
menaik taraf tandas-tandas awam adalah sebahagian daripada item-item yang
perlu diambil perhatian sewajarnya. Antara item tersebut ialah tandas-tandas yang
terdapat di sekolah-sekolah di negara ini. Penaiktarafan tandas guru dan murid
adalah antara elemen penting dalam menzahirkan tandas sekolah yang dapat
memenuhi kualiti kebersihan.

02. Matlamat

1. Menzahirkan prasarana awam iaitu tandas guru dan murid yang mampu
memenuhi kualiti yang ditetapkan dalam garis panduan kesihatan global.
2. Menyediakan tadahan air yang mencukupi dan dapat menampung kegunaan
tandas guru dan murid .
3. Menzahirkan satu komuniti yang berketrampilan bersih dari segi sifat dan minda.

03. Sasaran

Menyediakan prasarana tandas yang lebih selamat, sempurna dan bersih.

04. Tempoh masa penaiktarafan prasarana

14 – 20 Januari 2008

05. Tempat

Tandas Guru dan Murid SK Tansau


06. Belanjawan

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1 Tangki 400 gelen RM 430.00 x 3 unit RM 1290.00
2 Pam Air Automatik RM x 1 unit
3 i. Paip besi 2 ½” x 20 RM 160.00 x 6 batang RM 960.00
kaki
ii. Paip besi 1 ½ x 20 RM 145.00 x 6 batang RM 870.00
kaki
iii. Paip air warna RM 220.00 x 1 gulung RM 220.00
hitam 1”

JUMLAH KESELURUHAN

07. Sumber kewangan

Sekolah

08. Penutup

Diharap penaik tarafan tadahan air untuk tandas Sek. Keb. Tansau mampu
menyediakan kemudahan tandas yang lebih bersih, selesa dan selamat kepada semua
warga sekolah ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………… ………………………
(AZHAR SANAWI ) (MULIKAH GAMBUROD)
Guru Pembangunan Penolong Kanan 1,
SK. Tansau Putatan . SK. Tansau Putatan
Laporan Program Perkhemahan Alam Semulajadi
Sekolah Peringkat Negeri Tahun 2008

Pada 3 hingga 6 Mac 2008, Pusat Kokurikulum Negeri, Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Sabah telah menganjurkan Program Perkhemahan
Pendidikan Alam Semulajadi untuk murid sekolah rendah peringkat negeri. Program
tersebut diadakan di Kem Malangang Kiulu, Tuaran. Sehubungan dengan itu, Sekolah
Kebangsaan Tansau, Putatan telah menyenaraikan 4 orang murid untuk menyertai
program tersebut yang terdiri daripada murid Tahun 5 iaitu Nor Syafiqah Solihah Mohd.
Sheh, Anugerah Agus, Baharudin Hairul, dan Sharil Agus. Mereka diiringi oleh seorang
guru pengiring iaitu Puan Rogayah Hassan.
Tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk menanam semangat cintakan
alam semulajadi dalam kalangan peserta. Selain itu, para peserta dapat mengasah dan
mengembangkan bakat masing-masing. Di samping berupaya mewujudkan semangat
toleransi dan berdikari dalam diri peserta. Sekaligus dapat mengeratkan silaturahim
dalam kalangan peserta yang terdiri daripada beberapa orang murid dari beberapa buah
sekolah di negeri Sabah.Dalam program tersebut beberapa orang peserta yang memenuhi
kriteria serta berkebolehan akan layak mengikuti program perkhemahan alam semulajadi
peringkat kebangsaan.
Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang 4 hari 3 malam program
perkhemahan tersebut diadakan..Sekitar 3 Mac, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah
pendaftaran, taklimat ringkas daripada jurulatih, mendirikan khemah, dan pecah
bendungan. Manakala, pada 4 Mac peserta berpeluang mengikuti aktiviti memerhatikan
burung, aktiviti mengapungkan diri di atas air, kerubung terbang, cabaran hutan, dan
melukis serta mewarna. Pada 5 Mac pula, aktiviti yang berlangsung ialah kolaj
berkumpulan,dan malam kebudayaan. Pada 6 Mac, dijalankan juga aktiviti permainan
alam, kawat kaki, dan majlis perasmian penutupan program perkemahan tersebut. Dalam
majlis tersebut para peserta telah diberikan sijil penyertaan.
Sebelum para peserta memulakan perjalanan balik ke destinasi masing-masing
mereka harus membersihkan dan menceriakan kawasan sekeliling pusat kokurikulum
dalam aktiviti khidmat masyarakat. Ini adalah untuk memastikan kawasan bersih seperti
sediakala. Para peserta memulakan perjalanan balik sekitar jam 12.30 tengah hari.
Program perkhemahan pendidikan alam semulajadi tersebut banyak
mendatangkan faedah dan berjaya menanam semangat cintakan alam semulajadi serta
keperibadian yang terpuji. Para peserta berasa amat gembira dan berpuas hati .Sekolah
Kebangsaan Tansau, Putatan amat bertuah kerana Baharudin Hairul berjaya mengikuti
program perkhemahan alam semulajadi peringkat kebangsaan di Pulau Pinang. Diharap
program seumpamanya akan dijalankan lagi pada tahun hadapan.

Laporan disediakan oleh, 9 April 2008.

………………………………..
(ROGAYAH BINTI HASSAN)
Guru Pengiring,
Program Perhemahan Alam Semulajadi Sekolah Rendah.

sk. Fail
LAPORAN PROGRAM
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN
ALAM SEMULAJADI
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI
BAGI TAHUN 2008

PADA 3 HINGGA 6 MAC 2008

KERTAS KERJA
MEMOHON PERUNTUKAN PROJEK MENCERIAKAN KANTIN
SEKOLAH KEBANGSAAN TANSAU, PUTATAN

01. Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa kantin merupakan salah satu kemudahan yang
sama pentingnya dengan kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sekolah.
Tambahan pula, kantin adalah tempat yang sering dikunjungi oleh murid, guru, dan ibu
bapa untuk membeli makanan dan minuman. Kantin juga bukan sekadar tempat makan
atau minum tetapi tempat di mana para penggunanya harus menikmati juadah atau
hidangan dalam persekitaran yang ceria, selesa, dan bersih.

02. Matlamat
Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Kantin, peka dan mengambil inisiatif
untuk menceriakan kantin sekolah agar dapat mewujudkan suasana kantin yang selesa
dan kondusif. Selain daripada itu, melalui usaha-usaha untuk menceriakan kantin
sekolah, ia berupaya mempamerkan imej yang baik dengan mengutamakan keselesaan
dan kebajikan penggunanya.

03. Objektif

a. Para murid, guru, ibu bapa, dan pengguna kantin dapat menikmati juadah
atau
hidangan dengan ceria dan selesa.

b. Memastikan murid - murid minat makan dan minum di kantin agar


mereka
dapat mengikuti p&p dan aktiviti sekolah dengan tubuh badan yang sihat.
Ini
adalah kerana menurut kajian ke atas murid - murid sekolah rendah
lebih
kurang 20% daripada mereka tidak sempat bersarapan atau makan tengah
hari
di rumah.

c. Mewujudkan suasana kantin yang dapat memenuhi kehendak dan


citarasa
penggunanya.

d. Menyediakan ruang atau tempat dengan persekitaran ceria, selesa, dan


bersih
sekiranya pihak sekolah ingin mengadakan sebarang majlis jamuan di
kantin. Di samping dapat mengeratkan silaturahim.

04. Sasaran

Murid, guru, dan pengguna kantin.

05. Personalia

Ahli Jawatankuasa Kantin dan pengusaha kantin SK. Tansau

06. Tarikh

Februari ( Fasa 1)

07. Tempat
Kantin Sekolah Kebangsaan Tansau, Putatan.

08. Belanjawan
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
01 Cat Easy Coat –Nippon warna putih (18 liter) RM100.00 RM100.00
02 Cat air warna Melon Red ( 14 liter) RM 57.00 x 2 RM104.00
03 Cat air warna Coral Brush ( 14 liter) RM40.00 x 2 RM80.00
04 Cat minyak Citrus (2 liter) RM26.00 x 2 RM52.00
05 Berus cat RM17.00 RM17.00
JUMLAH RM353.00
KESELURUHAN

09. Sumber kewangan

Sekolah

10. Penutup

Diharap dengan terlaksananya projek menceriakan kantin sekolah ini, ia mampu


untuk menyediakan suasana kantin yang ceria, bersih, dan selesa untuk para
penggunanya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………. …………………………
(PN. ROGAYAH HASSAN) (PN. HJH. ANISAH ABD.
SAMAD)
Ketua Unit Kantin, Penolong Kanan HEM,
SK. Tansau, Putatan SK. Tansau, Putatan
S.k Fail

Ruj. Kami : XBA 4109/02/08/003 Jld. 2 (9)


Tarikh : 13 Februari 2009

Guru Besar,
SK. Tansau, Putatan
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN PROJEK MENCERIAKAN KANTIN SEKOLAH


2009
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Kantin merupakan salah satu kemudahan yang sama pentingnya dengan
kemudahan -kemudahan lain yang terdapat di sekolah. Malahan kantin juga adalah
tempat yang sering dikunjungi oleh para murid, guru, dan ibu bapa khasnya dan para
pengguna lain amnya.Kantin bukanlah hanya sekadar tempat makan dan minum
semata-mata tetapi tempat di mana para penggunanya harus menikmati hidangan atau
juadah dalam persekitaran yang ceria,bersih, dan selesa.

03. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Kantin dan pengusaha kantin
sekolah akan melaksanakan kerja - kerja untuk menceriakan kantin sekolah. Oleh yang
demikian, suka cita dimaklumkan bahawa pihak kami memohon peruntukkan sebanyak
RM353.00 untuk merealisasikan projek tersebut.

04. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini sangatlah
dihargai.

Sekian dan terima kasih.

“KEBERSIHAN KANTIN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………….
(ROGAYAH HASSAN)
Ketua Unit Kantin,
SK. Tansau, Putatan

S.K Fail
Laporan Eksekutif Projek Menceriakan Kantin Sekolah Kebangsaan Tansau,
Putatan

a) Tarikh : Sekitar Mac 2009

b) Tempat :Kantin Sekolah Kebangsaan Tansau, Putatan

c) Sasaran :Guru, murid, dan pengguna kantin

d) Personalia : Ahli Jawatankuasa Kantin, dan pengusaha kantin.

e) Gerak Kerja :-Pembelian keperluan untuk menceriakan kantin seperti


Aktiviti cat, berus cat, dan thinner.

-Pekerja yang diupah khas oleh pengusaha kantin memulakan


aktiviti mengecat pada setiap hujung minggu

-Menggantung papan tanda doa sebelum dan selepas makan di


kantin sekolah.
f) Pencapaian : Bangunan dan persekitaran kantin sekolah ceria dan selesa.

g) Perbelanjaan :

i) – Peruntukan yang diluluskan : RM353.00

ii) – Cat, berus cat,dan thinner : RM203.00

iii)-Papan tanda ( Doa sebelum


dan selepas makan) : RM150.00

Jumlah keseluruhan perbelanjaan

RM203.00 + RM150.00 = RM353.00

Peruntukan – perbelanjaan = Baki

RM353.00 – RM353.00 = RM00.00

h) Semua aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga
dengan peningkatan keceriaan kantin ini akan dapat memberi keselesaan kepada
semua guru, murid, dan ibu bapa khasnya dan juga pengguna kantin amnya.

Disediakan oleh, 15 MEI 2009.

……………………………………
(PN. ROGAYAH BINTI HASSAN)
Ketua Unit Kantin
SK Tansau,Putatan

S.k Fail
Laporan Eksekutif Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya(PKJR)
Dalam Bahasa Malaysia Tahun 2 Dan Tahun 4,Zon Sabah Dan W.P. Labuan

a) Tarikh : 25 -26 Mei 2009

b) Tempat :Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu

c) Sasaran :Guru Bahasa Malaysia

d) Personalia : Urusetia dan JU JKJR

e) Aturcara
Kursus : 25 Mei 2009
*Pendaftaran/ Mendapatkan borang tuntutan

26 Mei 2009
* Alu-aluan dan suai kenal
* Pengenalan PKJR dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia
* Penerangan PKJR ( Unit 1 – 8 )
* Penerangan P&P PKJR (Rancangan Pengajaran Harian)
* Aktiviti kerja berkumpulan
* Pembentangan hasil kerja kumpulan
*Penutup dan menghantar borang tuntutan kepada urusetia
Disediakan oleh, 27 MEI 2009.

…………………………………
(PN. ROGAYAH BINTI HASSAN)

S.k Fail
KERTAS KERJA
PERUNTUKAN WANG PROGRAM PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-
52
SEKOLAH KEBANGSAAN TANSAU, PUTATAN, PENAMPANG

01. Pengenalan
Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pejuang – pejuang
tanah air telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Oleh itu, salah satu
usaha untuk menyambung semangat pejuang – pejuang tanah air kita harus
menghayatinya dengan melaksanakan Program Bulan Kemerdekaan.
Melalui program ini, murid – murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang
dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan menghidupkan kembali perjuangan
tokoh-tokoh kemerdekaan. Selain itu, aktiviti ini menekankan aspek membina negara dan
bangsa. Memandangkan semangat patriotisme yang kian terhakis dalam kalangan
generasi muda terutamnya murid-murid sekolah yang perlu disuburkan kembali untuk
memastikan kemerdekaan yang dicapai selama ini tidak sia-sia.

02. Matlamat
Memupuk semangat cintakan negara dan berbangga terhadap negara.

03. Objektif
a. Menyatakan sejarah kemerdekaan negara dan menghargai jasa tokoh-
tokoh dan pejuang tanah air;

b. Menghargai kemerdekaan negara dan memeliharanya;

c. Melahirkan warganegara yang bersikap patriotik terhadap negara;

d. Menyatakan dan mengamalkan kebudayaan dan warisan Malaysia;

e. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni setiap masa.

04. Sasaran

Guru dan Murid

05. Personalia

Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dan Ahli Jawatankuasa Program


Penutupan Bulan Kemerdekaan SK. Tansau
06. Tarikh Pertandingan pada 3 Ogos – 14 September 2009
Tarikh Program Bulan Penutupan Kemerdekaan pada15 September 2009

07. Tempat

Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Tansau, Putatan.

08. Belanjawan
BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH
01 Bahasa Malaysia RM21.00 x 6 RM126.00

*Pertandingan ‘Eksplorasi Jalur Gemilang– Tahun 1


*Pertandingan Sajak Kemerdekaan – Tahun 2 dan 3
*Pertandingan Mereka cipta Kad kemerdekaan – Tahun 4,
5,dan 6

Tempat Pertama-RM8.00
Tempat Kedua- RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00

02 Bahasa Inggeris RM12.00 x 2 RM24.00

*Pertandingan Kolaj Bendera -Tahap 1


*Pertandingan Buku Skrap- Tahap 2

Tahap 1-RM12.00
Tahap 2-RM12.00

03 Matematik RM21.00 x 6 RM126.00

*Pertandingan Mengira Bilangan Bendera-Tahun 1 hingga 6

Tempat Pertama-RM8.00
Tempat Kedua-RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00

04 Sains Rm50.00 x 2 RM100.00

*Pertandingan Kelas Merdeka-Tahap 1 dan 2


Tahap 1-RM50.00
Tahap 2-RM50.00

05 Sivik Dan Kewarganegaraan RM20.00 x 3 RM60.00

*Pertandingan Mewarna Bendera –Tahun 4,5 dan 6

Tempat Pertama-RM7.00
Tempat Kedua-RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00

06 P. Seni RM21.00 x6 RM126.00

*Pertandingan Mewarna-Tahun -1,2,dan3


* Melukis Poster Kemerdekaan – Tahun 4,5,dan 6

Tempat Pertama-RM8.00
Tempat Kedua-RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00
07 P. Muzik RM75.00x2 RM150.00

*Pertandingan Koir Lagu Patriotik- Tahap 1 dan 2

Tempat Pertama-RM30.00
Temat Kedua-RM25.00
Tempat Ketiga-RM20.00
08 P. Moral RM10.00x 2 RM20.00

*Pertandingan Kuiz Bertulis-Tahap 1 dan 2


Tahap 1-RM10.00
Tahap 2-RM10.00
09 Pusat Sumber Sekolah RM21x 2 RM42.00

*Pertandingan Kuiz Kemerdekaan-Tahap 1 dan 2

Tempat Pertama-RM8.00
Tempat Kedua-RM7.00
Tempat Ketiga-RM6.00

10 JUMLAH KESELURUHAN RM774.00

09. Penutup

Diharap dengan terlaksananya Program Penutupan Bulan Kemerdekan ini mampu


melahirkan masyarakat yang mencintai kemerdekaan dan hidup dalam Negara Malaysia
tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, dan budaya serta mampu merealisasikan semua
impian kerajaan.
Disediakan oleh,

………………….
(PN. ROGAYAH HASSAN)
Ketua Panitia P. Sivik&Kewarganegaraan
SK. Tansau, Putatan

S.k Fail
KERTAS KERJA PERUNTUKAN WANG
PROGRAM PENUTUPAN BULAN
KEMERDEKAAN KE-52
SEKOLAH KEBANGSAAN
TANSAU,PUTATAN

Ruj. Kami : XBA 4109/04/11 (21)


Tarikh : 4 September 2009
Guru Besar,
SK. Tansau, Putatan
88200 Kota Kinabalu,
Sabah.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN PROGRAM PENUTUPAN BULAN


KEMERDEKAAN KE-52 SEBANYAK RM774.00

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Malaysia menyambut kemerdekaan pada bulan Ogos, oleh itu pihak sekolah
menyambut seruan kerajaan untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan
melaksanakan Program Bulan Kemerdekaan. Sejajar dengan itu, Panitia pendidikan Sivik
dan Ahli Jawatankuasa Program Penutupan Bulan Kemerdekaan mengadakan beberapa
pertandingan di sekolah.

03. Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan bersama
dengan Ahli Jawatankuasa Program Bulan Penutupan Bulan Kemerdekaan Sekolah
sedang melaksanakan beberapa pertandingan di bawah anjuran beberapa panitia dan
pusat sumber sekolah. Oleh yang demikian, sukacita dimaklumkan bahawa pihak
kami memohon peruntukkan sebanyak RM774.00 untuk merealisasikan program
tersebut.

04. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini sangatlah
dihargai.

Sekian dan terima kasih.

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Saya yang menurut perintah,

…………………………….
(ROGAYAH HASSAN)
Ketua Panitia,
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan,
SK. Tansau, Putatan

S.K Fail

Anda mungkin juga menyukai