Anda di halaman 1dari 8

Minggu 4 – Mencari maklumat di internet dan perpustakaan mengenai perkembangan

falsafah pendidikan barat dan membanding beza antara cabang-cabang falsafah


pendidikan barat.

Falsafah pendidikan tradisional barat :

1) Perenialisme

- berasal dari perkataan perennial yang bermaksud “tidak berubah”.

- pendidikan harus berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-
ubah.

- Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat,abadi atau dan tidak
mempunyai had masa.

- memberi penumpuan terhadap subjek kritikal seperti matematik, sains, bahasa dan
seni.

- guru dianggap pakar.

- bertanggungjawab sampaikan ilmu dan bimbing perbincangan kumpulan.

-perlu disiplinkan murid mereka.

- kaedah didaktik diamalkan iaitu guru mengajar tanpa murid menanyakan soalan.

2) Esensialisme

- Bermula pada 1930-an berpunca dari realism dan idealism.

- Pada dasarnya, mazhab falsafah ini bersifat konservatif

- menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang agar
dapat menjadi ahli masyarakat yang produktif.

- Esensialisme bersifat praktikal dan pragmatik.

- Matlamat pendidikan ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu


dipelajari , dihayati,dan disimpan.
- Tumpuan kepada mengira, menulis dan membaca.

- Mata pelajaran wajib adalah sains, sejarah dan seni.

- Guru menjadi role model.

- Murid-murid tidak digalakkan bertanya soalan.

3) Realisme

- teori dalam perhubungan internasional yang popular.

- fahaman berdasarkan kenyataan.

- mengkaji objektif wujudnya dunia dan segala makhluk dan hubungannya antara satu
sama lain.

- kurikulum adalah mengikut perkembangan kanak-kanak.

- mengutamakn pelajaram asas seperti menulis dan membaca.

- guru perlu mahir dalam bidang displin yang terdapat dalam sejarah, ilmu alam dan
ilmu hisab.

- perlu mempunyai pengetahuan yang terpuji.

- beri pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.

4) Idealisme

- aliran yang menganggap realiti ini terdiri dari roh.

- aliran yang sangat penting dalam perkembangan pemikiran manusia.

- falsafah tertua dalam masyarakat kebudayaan barat.

- banyak mengkaji idea, roh, akal, keadaan dunia yang nyata dan yang tidak nyata.
- melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, berbudi pekerti dan berakhlak mulia.

- matematik dianggap pelajaran yang mencari kebenaran, sains, bahasa serta akhlak
yang dianggap berdisiplin tinggi.

- guna kaedah berpusatkan murid.

- mementingkan penyelidikan sendiri murid-murid.


Falsafah pendidikan moden barat :

1) Progresivisme

- mempertingkatkan kehidupan sosial yang demokratik.

- Ahli progresivisme melihat perubahan sebagai intipati realiti.

- Ilmu hanya sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini
sahaja.

- Anak murid seharusnya diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang ingin
dipelajari.

- guru membimbing dan membantu murid-murid dalam menangani masalah yang


sentiasa berubah-ubah.

- Beri peluang untuk memikirkan penjelasan bagi isu-isu pendidikan yang timbul serta
meningkatkan pemahaman mereka mengenai fenomena yang berlaku dalam
persekitaran mereka yang sentiasa berubah.

2) Rekonstruktivisme

- Kaedah berpusatkan murid diberi penekanan di mana-mana murid-murid


diajar kemahiran penyelesaikan masalah melalui aktiviti sumbangsaran, main peranan
dan simulasi.

- sekolah dianggap pemangkin utama meningkatkan keadaan hidup manusia.

- pendidikan bermatlamat mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan


penyakit sosial.

- terdiri dari bidang sosial yang memberi tumpuan kecenderungan semasa dan masa
depan, di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa.

- guru sebagai agen perubahan dan pembaharuan.

- Kaedah berpusatkan murid, melalui pengajaran melalui kaedah akativiti,


sumbangsaran, main peranan dan simulasi.
3) Eksistentialisme

- matlamat pendidikan tidak digariskan.

- Berpusatkan aktiviti serta berpusatkan murid.

- Main peranan serta simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid-


murid meluahkan perasaan, dan pemikiran mereka secara mendalam.

- tidak mempunyai mata pelajaran khusus.

- mata pelajaran bersifat estetik dan berfalsafah dianggap relevan.

4) Pragmatisme

- berasal dari Amerika Syarikat pada 1880-an.

- minat tidak menjadi kunci dalam pembelajaran.

- menekankan kehasilan, kepenggunaan, kepraktikalan.

- satu kaedah untuk menilai dan menyelesaikan sesuatu masalah yang bersifat intelek.

- terikat dengan fakta yang konkrit dan meninjau kebenaran melalui hasilnya.

- menerapkan pendidikan sains sosial.

- Menggunakan kaedah menyelesaikan masalah supaya murid-murid tahu cara untuk


menyelesaikan masalah mereka apabila menghadapinya.

- Memberi pendekatan tentang alam sekeliling kepada murid-murid supaya murid dapat
menyesuaikan diri.
Banding beza antara cabang-cabang falsafah pendidikan Barat

Mazhab/ Aspek konsep matlamat Tumpuan

- bidang
kemanusiaan dan
Mengajar ilmu dan nilai kesusasteraan
secara semulajadi, ciri
perenialisme bersifat sejagat dan - guru sebagai
manusia bersifat
abadi. penyampai yang
sejagat dan tidak
pakar
berubah-ubah.
- didaktik
- pelajar bersifat
pasif.

- Kemahiran
Mengajar ilmu dan membaca,
budaya yang bersifat menulis, mengira
Penekanan kepada
esensialisme asas sahaja. - guru penyampai
perkara asas.
ilmu yang mahir
-didaktik
-pelajar pasif.

-mengutamakan
pelajaran asas.
Mengkaji tentang Mencari objektif - guru sebagai
objektif kewujudan kewujudan dunia dan seorang yang
realisme dunia dan makhluknya dan berpengetahuan
makhluknya dan hubungannya antara tinggi dan dapat
hubungannya antara satu sama lain. menyampaikan
satu sama lain. ilmu yang ada
sebaiknya.
-guru
menyampaikan
ilmu bersungguh-
sungguh.

-matematik
Mengkaji idea, roh, Melahirkan pelajar yang sebagai ilmu yang
idealisme akal, dan keadaan bertanggungjawab, tertinggi dan
dunia. berbudi pekerti mulia mulia.
dan pandai sesuaikan -berpusatkan
diri. pelajar.
-pelajar mencari
kebenaran sendiri,
guru sebagai
pembimbing.

- kebebasan
Manusia berupaya Menghasilkan individu memilih mata
progresivisme menyesuaikan diri yang sedia menghadapi pelajaran
terhadap perubahan perubahan dalam hidup - guru
seharian. membimbing dan
mengurus.
-induktif
-mencari ilmu dan
bersifat aktif.

- bidang sains
Sekolah sebagai Mengasaskan corak sosial
landasan untuk budaya baru. - guru sebagai
rekostruktivisme membentuk agen perubahan.
masyarakat baru. - berpusatkan
murid
- pelajar berani
mencuba dan
bersift aktif.

- bidang estetik
dan falsafah
Manusia Tidak digariskan - guru sebagai
eksistensialisme bertanggungjawab pemangkin pelajar
atas diri sendiri. - berpusatkan
pelajar
- penerima ilmu
yang bersifat aktif

- tumpuan
Satu kaedah untuk Menerapkan terhadap
menyelesaikan dan pendidikan kajihayat pengajian
Pragmatisme menilai sesuatu dan sains sosial untuk kajihayat dan
masalah yang bersifat intelek manusia sains sosial
konkrit - guru mengajar
bagaimana untuk
menyelesaikan
sesuatu masalah
-melatih disiplin
pelajar

Anda mungkin juga menyukai