Anda di halaman 1dari 7

3/17/2021 Artikel Kesihatan | Stres dan Akibatnya

Depan
Koleksi Artikel »
Blog Kesihatan
Kesihatan.Biz

Menu

Stres dan Akibatnya


Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di
dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah
mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk
membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia
membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan
untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka.
Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat
mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan
akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang
berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php 1/7
3/17/2021 Artikel Kesihatan | Stres dan Akibatnya

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau
pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung
berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu
sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat
mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut,
risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan
pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama,
mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil
makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
BR> 2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri
dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar
kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan
beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa
ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana
beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda
kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php 2/7
3/17/2021 Artikel Kesihatan | Stres dan Akibatnya

akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan
orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-
rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong
anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas
kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan
baik.

Sakit Lutut Tak Boleh Solat?


Alhamdulillah Selepas Menggunakan Jus Tigas Saya Dapat Solat
& Jalan Seperti Biasa

Untuk menghadapi kehidupan seharian dari perspektif baru, sila layari:


http://www.mymotivasi.com/

kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php 3/7
3/17/2021 Artikel Kesihatan | Stres dan Akibatnya

Artikel Kesihatan Lain


Risiko Kesihatan Di Abad Ke-21
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan
segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera.
Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan... [Baca
selanjutnya]

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Anda Manfaat?


Masuk saja ke farmasi anda akan melihat barisan demi barisan vitamin dan makanan kesihatan yang lain. Setiap satu
memberikan secara terperinci maklumat RDAs, DVs, IUs, milligrams dll. Persoalannya, adakah anda benar-benar perlu
mengambil makanan kesihatan atau pemakanan tambahan?... [Baca selanjutnya]

Hidup Sihat, Jantung Sihat


Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung
anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa
adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?... [Baca selanjutnya]

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan


Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%.
Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan
kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian
utama... [Baca selanjutnya]

Carian

Info Kesihatan
kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php 4/7
3/17/2021 Artikel Kesihatan | Stres dan Akibatnya

Antioksidan dan Kesihatan Anda


Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan
Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Info Mengenai Penyakit Kanser
Fakta Asas Mengenai Kanser
Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan
Penyakit Kanser: Punca dan Rawatan Alternatif
Info Penting Tentang Kanser - Bhg. 1
Info Penting Tentang Kanser - Bhg. 2
Tindak Balas Sistem Imun
Sistem Imun: Pelindung Kesihatan Kita
Gerak Balas Sistem Imun
Apa Itu Transfer Factor?

E-Majalah Percuma

Dapatkan E-majalah yang memuatkan info & artikel kesihatan sebagai panduan kesihatan diri dan keluarga. PERCUMA
sahaja. Langgani sekarang dengan mengisi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".

kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php 5/7
3/17/2021 Artikel Kesihatan | Stres dan Akibatnya

Emel * Emel anda

Nama Nama anda

Tarikh Lahir (Tidak diwajibkan)


BB HH

Daftar Sekarang

Nota:
Sila semak emel untuk butiran pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Produk Pilihan

Membekalkan kepintaran dan intuisi mengikut apa yang tubuh anda


perlukan...Baca seterusnya

Papan Iklan

kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php 6/7
3/17/2021 Artikel Kesihatan | Stres dan Akibatnya

Iklan teks untuk disewa - RM 60/bulan

Hakcipta © 2007 WWW.Kesihatan.Biz | Penafian Tanggungjawab


Powered by WordPress | Designed by: Game | Thanks to www.autoreifen.me and Study Techniques

kesihatan.biz/artikel/stres_dan_akibatnya.php 7/7

Anda mungkin juga menyukai