Anda di halaman 1dari 14

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu.

Tuliskan laporan lengkap berkenaan program tersebut.

Laporan Minggu Bahasa Melayu

Pada 24 hingga 28 Februari 2020, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan


Pangkalan TLDM telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Program itu diadakan selama
seminggu.

Guru besar telah merasmikan Minggu Bahasa Melayu pada waktu perhimpunan rasmi hari
Isnin yang diadakan di sekolah. Beliau berharap murid-murid dan guru-guru dapat memartabatkan
bahasa Melayu dengan mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti yang
diadakan ialah pertandingan mengarang, pertandingan berbalas pantun, pertandingan teka
silang kata dan pertandingan syarahan.

Persembahan tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Bicara Berirama dan alunan syair turut
diadakan bagi memeriahkan minggu tersebut. Di samping itu, semua guru dan murid diwajibkan
menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan sopan apabila bertemu di mana-mana sahaja di
dalam kawasan sekolah.

Para pemenang setiap pertandingan telah menerima hadiah yang disampaikan oleh
Guru Penolong Kanan Pentabiran dalam majlis perasmian penutup Minggu Bahasa Melayu.
Beliau berharap generasi muda terus mencintai Bahasa Melayu walaupun kempen itu telah
berakhir.

Disediakan oleh ; 2 Mac 2020

…………………………………
( )
Setiusaha Persatuan Bahasa Melayu
SK Pangkalan TLDM
Karangan Berita

Satu program kecemerlangan akademik telah diadakan oleh pihak sekolah kamu dengan kerjasama
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) di sekolah. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita
tentang program kecemerlangan akademik tersebut.

LUMUT, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa
dan Guru ( PIBG ) sekolah terbabit mengadakan Program Kecemerlangan Akademik yang
bermula pada 11 Februari 2020 dan berakhir pada 12 Februari 2020. Program ini dihadiri oleh 138
orang murid tahun 6. Program tersebut mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada ibu
bapa dan penjaga murid.

Program Kecemerlangan Akademik yang berlangsung di Dewan Sidek Pangkalan TLDM di sini
telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, LT Komander Nor Azmi bin Ibrahim. Menurut guru besar
Encik Rohaizan bin Mohamed Hanif, objektif program ini untuk memberi pendedahan kepada peserta
tentang teknik belajar yang berkesan. Para peserta juga dibimbing tentang cara menjawab soalan
UPSR yang betul dan pengurusan masa yang baik. Selain itu, program ini bertujuan untuk
meningkatkan disiplin dan yakin diri dalam kalangan murid.

Program Kecemerlangan ini diisi dan disuntik dengan pelbagai bentuk serta teknik
penyampaian ilmu yang berkesan. Antaranya termasuklah ceramah, bengkel, kembara akademik,
dan sesi renungan. Seramai enam orang guru yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran
dalam bidang masing-masing telah mengendalikan program kecemerlangan akademik ini.

Menurut seorang peserta program, Muhammad Danish Haikal, dia berasa sungguh
gembira kerana berpeluang untuk mengikuti program tersebut. Menurutnya lagi, setelah mengikuti
program tersebut, dia memperoleh banyak tip pembelajaran. Di samping itu, dia juga lebih
berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang.

Program yang berakhir pada pukul dua petang itu diharap dapat melahirkan murid yang
cemerlang, berdisiplin, dan berpekerti mulia.
Ucapan - Majlis Perpisahan Tahun Enam.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta rakan-
rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang
kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan,
bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami
masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.

Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan
penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami
telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru
yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan
negara.

Hadirin sekalian .
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk
kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu.
Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang di sekolah menengah nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan
sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada
kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-
guru
akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya.
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.

Sekian, terima kasih.


Ucapan : Majlis Perpindahan Guru Kelas
Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Kelas, kamu
diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan.

Yang dihormat Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang
dikasihi guru-guru, yang disayangi Cikgu Ahmad iaitu guru kelas serta rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mewakili
murid kelas 6 Alpha untuk berucap dalam majlis perpisahan ini. Kami semua berasa sungguh terkejut
dan sedih apabila mendengar berita perpindahan guru kelas kami.

Hadirin sekalian,
Cikgu Ahmad sudah lama berkhidmat di sekolah ini. Beliau mengajar kami mata
pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga mengajar kami mata pelajaran Kajian Tempatan.

Cikgu Ahmad seorang yang sangat baik dan penyayang. Beliau juga merupakan guru
yang berdedikasi. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh.Cikgu Ahmad telah banyak
menyumbang jasa kepada sekolah kita. Banyak murid tahun 6 mendapat gred A dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Ini disebabkan usaha beliau yang gigih mengajar kami tanpa jemu.

Hadirin yang dihormati,


Cikgu Ahmad merupakan guru penasihat pasukan bola sepak SK Kerteh. Beliau selalu
melatih pemain bola sepak untuk meningkatkan kemahiran dan stamina. Pada tahun 2019, kita
telah mendapat johan bagi Pertandingan Bola Sepak bawah 12 Tahun peringkat kebangsaan.

Kami mendoakan semoga cikgu gembira dan bahagia di sekolah baharu. Kami akan
sentiasa mengingati cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun:
Hari ini hari Ahad
Lusa hari Selasa
Terima kasih Cikgu Ahmad
Jasa cikgu kami tak lupa

Sekian, terima kasih.


( Karangan catatan lebih daripada sehari )

Catatan : Pengalaman mengunjungi ke satu tempat yang menarik

Sabtu, 22 Februari 2020

Saya dan keluarga bercuti di Melaka.Kami menaiki kereta bapa. Kami bertolak pada pukul
tujuh pagi.

Selepas beberapa jam, kami tiba di destinasi. Kami menginap di “ Homestay Taman
Limbungan Permai” selama dua hari satu malam. Setelah menyimpan barang, kami makan
tengah hari di sebuah restoran yang terkenal. Bapa memesan nasi ayam dan satu jag air
sirap.

Setelah makan tengah hari, kami melawat Kota A’famosa. Saya dapat mempelajari
tentang sejarah Melaka. Banyak terdapat muzium di sana. Antaranya, Muzium Kesultanan
Melayu Melaka, Muzium Maritim dan Muzium Setem.

Seterusnya, kami pergi ke Perigi Hang Tuah. Kemudian terus ke Restoran Ikan Bakar
Seri Muara untuk menikmati makan malam. Banyak pilihan makanan laut yang segar-segar di
sana.

Ahad, 23 Februari 2020

Kami pergi mandi-manda di Melaka Wonderland. Banyak aktiviti yang diadakan di sana.
Bapa, adik dan saya memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Upin Ipin. Kami telah
menjadi juara dalam acara tersebut. Setelah penat bermandi-manda, kami makan tenah hari di
restoran KFC di Dataran Pahlawan. Ibu membelikan kami membeli baju untuk dijadikan
kenangan.

Pada waktu petang, kami pulang ke Lumut. Saya berharap agar dapat berkunjung lagi
ke negeri Melaka pada masa akan datang.
( Karangan catatan sehari )

Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan sambutan  Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis catatan kamu sepanjang sambutan tersebut.

Isnin, 16 Mei 2019

8.00 pagi 
Semua guru dan murid berhimpun di dewan sekolah. Pada pagi ini semua guru memakai baju batik
bertemakan warna merah. Sebelum acara sambutan hari guru bermula, Cikgu Rohaya selaku
pengerusi majlis pada hari itu sibuk mencuba pembesar suara.

8.15 pagi
Semua murid dan guru berdiri tegak. Kami sama-sama  menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Perak dan lagu sekolah. Kemudian, semua guru berdiri di atas pentas untuk menyanyikan lagu Kami
Guru Malaysia dan diikuti  dengan bacaan ikrar. 

8.45 pagi
Ketua murid tampil  ke depan  untuk  menyampaikan ucapan. Ketua murid mengucapkan terima
kasih atas jasa dan pengorbanan para guru serta mendoakan kesejahteraan guru-guru.

9.00 pagi
Guru Besar menyampaikan ucapan dan membaca perutusan Menteri Pendidikan. Semua guru dan
murid memberi tumpuan dan mendengar dengan teliti. Setelah itu, guru besar merasmikan
sambutan hari guru peringkat sekolah.

9.30 pagi
Seterusnya diadakan pula acara pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru. Inilah
kemuncak acara sambutan hari guru pada tahun ini. Murid-murid berebut-rebut memberikan hadiah
kepada guru-guru. Pelbagai barangan yang terbungkus rapi dijadikan hadiah oleh  murid-murid
untuk para guru

9.45 pagi
Acara sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid diadakan di padang sekolah. Guru lelaki
bermain bola sepak dan lumba lari dalam guni manakala guru-guru perempuan pula bermain bola
jaring serta berjalan dengan terompah gergasi. Kami sangat terhibur melihat telatah para guru.

11.00 pagi
Selepas rehat murid-murid dan guru-guru berkumpul semula di dalam dewan. Acara seterusnya
ialah persembahan murid dan guru. Ramai murid yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara
seperti nyanyian, deklamasi sajak, lakonan dan lawak jenaka. Suasana dewan agak gamat dengan
gelak ketawa kami melihat aksi-aksi lucu rakan-rakan dan guru yang membuat persembahan.

1.00 tengah hari


Semua acara sambutan telah berakhir. Kami semua dibenarkan pulang setelah mengemas semula
dewan dan peralatan yang digunakan. Hari ini saya amat gembira kerana berpeluang merayakan
sambutan hari guru peringkat sekolah.
Adila Samsuddin, 
No. 124, Jalan Mutiara, 
                                                                                            Taman Perkasa, 
                                                                                           34000, Taiping, 
                                                                                            Perak Darul Ridzuan. 

                                                                                             24 Oktober 2019. 

Menemui sahabatku, Zahira yang berada di Negeri Kenyalang. Apa khabar? Semoga
saudari sihat di samping keluarga tersayang. Saya dan keluarga di sini sihat
hendaknya. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman
saya berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada cuti yang lalu. 

Saudari,
          Untuk pengetahuan saudari, saya berkunjung ke pameran buku itu bersama-
sama keluarga saya. Kami pergi dengan menaiki kereta. Pameran itu diadakan secara
besar-besaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre).

Tujuan pesta itu diadakan adalah untuk menanam minat membaca dalam
kalangan masyarakat di samping mempromosikan buku dengan harga yang murah.

          Saya berasa sungguh seronok dan rambang mata untuk membuat pilihan. Saya
telah membeli beberapa buah buku kesukaan saya seperti buku cerita, novel remaja
dan ensiklopedia. Saya juga membeli buku rujukan UPSR sebagai persediaan untuk
menghadapi peperiksaan yang bakal tiba pada bulan September ini.

          Sekian sahaja coretan pada lembar kali ini. Saya berharap kita dapat berjumpa
pada masa akan datang. Semoga saya dapat menerima khabar baik daripada saudari
juga. Jika ada kelapangan, saudari sekeluarga jemputlah datang ke rumah saya,
kedatangan saudari saya sambut dengan tangan terbuka. Sambutlah salam ceria
daripada saya.

Yang benar,
Adila
Membaca Jambatan Ilmu

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang
mempunyai tabiat ini dapat banyak kelebihan dan manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif.
Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran
kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata.


Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa
Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan
ataupun bertulis.

Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita.


Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah.
Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan
sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan
berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat
kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen
sahaja.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan.


Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata
orang bijak pandai, “ Membaca Jambatan Ilmu”.
Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Oleh itu, kita seharusnya
menjaga kesihatan dengan langkah yang efektif.

Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat
termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan. Kita
dapat mengelakkan berat badan berlebihan dan penyakit seperti lemah jantung,
kencing manis dan darah tinggi

Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan


bersenam.Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi.B ersenam
akan menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.

Kita juga mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya


dua kali dalam setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada
dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit.

Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang


mencukupi. Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus
berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya,tubuh badan akan menjadi letih
dan lesu.

Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal
lagi. Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai.
Cara-cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya

Keselamatan di jalan raya amat dititikberatkan. Ini kerana banyak kemalangan yang
berlaku akibat kecuaian kita sendiri.

    Terdapat pelbagai cara menjaga keselamatan di jalan raya . Antaranya,


berjalan mengikut laluan pejalan kaki. Pejalan kaki hendaklah menggunakan
laluan pejalan kaki yang disediakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini
daripada berlaku.

    Selain itu, penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar yang
bersesuaian. Mengikat tali topi keledar dengan betul dan kemas dapat mengelakkan
topi keledar tercabut apabila berlaku kemalangan.

    Penunggang motosikal juga mestilah memakai jaket pantul cahaya jika
menunggang motosikal pada waktu malam. Jaket pantul cahaya juga boleh dipakai
oleh penunggang basikal. Cahaya yang dipantul akan dilihat oleh pengguna jalan
raya dengan jelas.

    Kita juga perlulah berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah
kenderaan. Ini dapat mengelakkan daripada dilanggar kenderaan dari belakang
secara mengejut.

    Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya.


Kemalangan pasti dapat dielakkan jika kita patuh dengan peraturan yang telah
ditetapkan. Ingatlah orang yang tersayang.
Cara Menghormati Ibu Bapa

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita
tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Justeru sebagai
seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati
mereka. Antaranya adalah dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada
mereka. Kita tidak boleh melawan cakap ibu dan bapa.

Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara
mendengar nasihat dan menerima setiap teguran daripada mereka dengan hati
yang terbuka. Setiap teguran ibu bapa adalah untuk kebaikan diri kita.

Di samping itu, belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga


merupakan satu cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati ibu bapa.
Kejayaan dalam pelajaran pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga
dan gembira.

Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang


bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk selepas makan,
membersihkan halaman rumah serta membantu menjaga adik.

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk


menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa kita. Hormati dan sayangilah
ibu bapa sementara mereka masih ada.
( Karangan autobiografi )

Aku Sebuah Komputer Riba

Aku sebuah komputer bernama Acer. Aku diperbuat dan dipasang di Jepun dengan
menggunakan plastik, aluminium dan besi. Warna tubuh aku hitam dan perak.

         Setelah siap dipasang, bahagian tubuh aku seperti papan kekunci dan monitor
telah dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian aku telah dibawa ke pelabuhan untuk
dieksport. Bersama teman-teman yang lain, aku telah belayar menaiki kapal menuju
ke negara Malaysia.

         Apabila sampai di Malaysia, aku telah dibawa oleh sebuah van menuju ke
sebuah kedai komputer di Melaka. Di sana aku telah dipamerkan bersama rakan-
rakan yang lain. Aku gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan yang terdiri
daripada pelbagai jenama dan warna.  

         Setelah beberapa hari, datang seorang wanita ke kedai komputer tersebut. Dia
berminat dengan rupa dan spesifikasi yang terdapat padaku. Setelah berpuas hati
dengan ciri-ciriku, wanita itu pun membeliku lalu dibawa pulang ke rumah. Aku
berasa begitu seronok kerana mempunyai tuan yang baru dan tidak sabar-sabar
untuk memberikan khidmatku.

         Aku telah diletakkan di atas sebuah meja di dalam bilik bacaan. Tuan aku
menggunakan aku untuk menaip kertas kerjanya dan juga membuat bahan-bahan
grafik Aku telah menjalankan tugasku dengan penuh gembira dan lancar. Aku
berbangga kerana dapat berbakti kepada tuan aku. 

         Setelah beberapa tahun digunakan, aku sering mengalami kerosakan kerana


diserang virus komputer. Akhirnya, tuan aku telah membeli sebuah komputer baru
yang lebih canggih. Sejak itu aku diletakkan di sudut bilik dan tidak digunakan lagi.
( Karangan autobiografi )

Aku Sebatang Pokok Kelapa

Aku sebatang pokok kelapa. Aku menjadi sebutan ramai. Aku ditanam oleh salah
seorang nelayan yan baik hati di tepi pantai. Nelayan itu menjadi tuan aku.Kini, aku
berumur sebelas tahun. Bentuk badan aku kurus dan tinggi lampai. Daun dan buah
aku sungguh lebat.

               Ketika kecil, aku dibelai oleh tuan aku dengan penuh kasih sayang bagai
menatang minyak yang penuh. Aku juga dipagar dengan kawat berduri supaya lembu
dan kambing yang dipelihara tidak akan makan aku. Pada musim kemarau, aku tetap
dapat disiram oleh air. Aku hidup subur kerana dibubuh baja sebulan tiga kali.

                Apabila dewasa, aku member banyak kegunaan kepada keluarga tuanku.


Air dalam buah aku boleh diminum. Isi aku pula boleh dibuat sebagai santan. Lidi aku
turut dapat digunakan untuk membuat penyapu. Manakala daun aku boleh dijadikan
sarung ketupat dan kraf tangan.

                Pada masa lapang, tuanku selalu bersama dengan monyet yang


dipeliharanya memetik buah aku untuk diminum untuk menghilangkan dahaga
meraka. Nenek tua aku pula sering memarut santan aku untuk memasak kari ayam.
Selain itu, anak sulung tuan aku juga meraut lidi aku untuk membuat penyapu.

                Apabila aku berusia tua, kegunaan aku sudah kekurangan. Namun begitu,
aku masih berbesar hati kerana badan aku ditebang oleh tuanku untuk dijadikan titi
untuk memudahkan menyeberang sungai. Inilah kegunaan aku untuk penduduk
kampung.

               Aku berasa gembira kerana dapat memberi sumbangan kepada tuan aku.
Aku berharap cucu-cicit aku akan mengikut jejak aku.
( Karangan bibiografi )

Ibu Kesayanganku

Ibu saya bernama Puan Shakimah binti Ahmad. Ibu saya berusia 38 tahun.Ibu saya
merupakan anak kelima daripada lima orang adik-beradik.

       Ibu saya bekerja sebagai seorang doktor di sebuah Pusat Kesihatan di Seksyen
7 Shah Alam. Walaupun ibu seorang yang sibuk,ibu akan sentiasa memastikan
tanggungjawab terhadap keluarga tidak terabai.Oleh itu,seorang orang gaji, Kak Leha
ditugaskan untuk membantu ibu membuat kerja-kerja rumah.
   
       Ibu mempunyai raut wajah yang menarik. Ibu seorang yang penyayang terhadap
kami. Sekiranya kami melakukan sesuatu kesalahan,ibu akan menegur dan
mengingatkan kami agar tidak mengulangnya.

       Ibu mahu kami adik-beradik berjaya dalam pelajaran dan ringan tulang untuk
membantu ibu dalam membuat kerja-kerja rumah.Untuk memastikan saya berjaya
dalam pelajaran, ibu telah menghantar saya mengikuti kelas tambahan di Pusat
Tuisyen Versatil.Saya belajar bersungguh-sungguh agar ibu tidak kecewa.

       Sekiranya ada masa lapang, ibu dan ayah akan membawa kami makan angin di
pusat peranginan.Biasanya kami pergi ke Port Dickson kerana pantainya bersih dan
udaranya segar. Kami sering menginap di hotel yang menyediakan kolam renang.

       Kami amat sayang akan ibu. Kami tidak pernah membantah kata-kata ibu. Kami
selalu berdoa agar ibu menyayangi kami sepanjang hayat kami.

Anda mungkin juga menyukai