Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITi PDPC: Baca, gunting, susun dan tampal (bgst)

Bahagian C
Baca petikan di bawah.

Teknologi didefinisikan sebagai pembangunan dan penggunaan peralatan, mesin, bahan, dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan meliputi beberapa
cabang sains dan kajian. Antara contoh teknologi termasuk teknologi perubatan, teknologi pembinaan,
teknologi pendidikan, bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, dan sebagainya.
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu cabang dalam teknologi yang
diperlukan untuk pengurusan dan pemprosesan maklumat. Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
merujuk kepada penggunaan komputer dan perisian untuk menyimpan, memproses, memindah,
melindungi, serla mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan masa. Peralatan teknologi maklumat
dan komunikasi perlu diuruskan dengan baik supaya dapat memberikan impak yang positif kepada
sesebuah organisasi.
Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi tidak tetad kepada komputer, internet, dan intranet
sahaja. Malahan juga melibatkan ielevisyen, radio, telefon, mesin faks, telefon bimbit, dan sistem satelit
dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan peralatan
teknologi maklumat dan komunikasi. Antaranya ialah mengumpul dan menyimpan maklumat,
memanipulasikan maklumat dan memproses semula maklumat, dan menjelaskan bagaimana teknologi
maklumat dan komunikasi digunakan untuk berkomunikasi.
Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi boleh membantu sesebuah organisasi untuk
menyimpan, berkongsi, dan menyebarkan maklumat dengan cepat, murah, dan efisien. Selain itu, organisasi
juga dapat menjimatkan ruang penyimpanan maklumat dengan bantuan peralatan ini. Organisasi akan
menjadi lebih cekap disebabkan dapat dirancang dan dikawal dengan lebih rapi. Di samping itu, organisasi
boleh membuat keputusan dalam masa yang singkat dan tepat. Dengan adanya bantuan peralatan teknologi
maklumat dan komunikasi, organisasi juga dapat menjalankan perniagaan elektronik atau perniagaan atas
talian. Pembayaran dan penerimaan atas talian serta perbankan internet juga boleh dilaksanakan.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

(a) Apakah maksud teknologi dan berikan contoh teknologi. [3 markah]


(b) Apakah maksud peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dan berikan contoh peralatan
teknologi maklumat dan komunikasi
[3 markah]
(c) Terangkan tiga asas penting dalam penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
[3 markah]
(d) Terangkan lima tujuan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi. [5 markah]
(e) Terangkan enam kesan positif peralatan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap sesebuah
organisasi
[6 markah]

Soalan Tamat.

~1~
Stamp jawapan
Susun semula stamp jawapan di bawah

Maksud teknologi ialah pembangunan dan penggunaan peralatan, mesin bahan, dan proses [1m]

Maksud peralatan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) ialah penggunaan komputer dan
perisian untuk menyimpan, memproses, memindah, melindungi, serta mendapatkan maklumat[1m].

Pertama penggunaan peralatan TMK adalah untuk kerja mengumpul dan menyimpan maklumat[1m].

Tujuan pertama pengurusan TMK ialah untuk memproses, mengurus, menyimpan, dan mengeluarkan
maklumat dengan mudah melalui sístem perkomputeran[1m]
Tujuan keempat pengurusan TMK ialah ia dapat membekalkan maklumat yang mencukupi kepada
organisasi untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat[1m]
Kesan positif yang kedua, peralatan TMK terhadap sesebuah organisasi ialah ia dapat menjimátkan
ruang penyimpanan maklumat[1m]
Kesan positif yang ke lima, peralatan TMK boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan
elektronik atau pemiagaan atas talian[1m]

Kewujudan teknologi adalah untuk menyelesaikan masalah manusia dan melicinkan proses kerja [1m].

Penggunaan peralatan TMK adalah meluas, tanpa mengira tempat dan masa, yang mempunyai
rangkaian dan liputan capain [1m].
Kedua penggunaan peralatan TMK ialah untuk memanipulasikan maklumat dan memproses semula
maklumat[1m].
Tujuan kedua pengurusan TMK ialah ia digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat
dengan cepat rnelalui internet, intranet, e-mel, dan sebagainya[1m[

Tujuan kelima pengurusan TMK ialah ia dapat melicínkan dan memudahkan operasi organisasi seperti aktivíti
pengeluaran, penjualan dan pembelian, kewangan, serta pengurusan sumber manusia [1m].

Kesan positif yang ketiga, peralatan TMK dapat menjadikan organisasi lebih cekap kerana proses
kerja dapat dirancang dan dikawal dengan Iebih rapi[1m].
Kesan positif yang keenam, peralatab TMK boleh digunakan untuk melaksanakan pembayaran dan
penerimaan atas talian seda perbankan Internet[1m].
Contoh teknologi yang ada hari ini ialah teknologi ialah teknologi pembinaan, bioteknologi, dan
teknologi maklumat dan komunikasi [1m].

Contoh peralatan teknologi maklumat dan komunikasi ialah komputer, internet, dan telefon[1m].

Ketiga penggunaan peralatan TMK ialah digunakan untuk berkomunikasi[1m].

Tujuan ketiga pengurusan TMK ialah ia dapat membantu organisasi membuat perancangan dan
pengawalan sistem maklumat dengan cekap dan berkesan[1m]
Kesan positif yang pertama, peralatan TMK terhadap sesebuah organisasi ialah ia dapat menyimpan,
berkongsi, dan menyebarkan maklumat déngan cepat, murah, dan efisien[1m].
Kesan positif yang keempat, peralatan TMK boleh digunakan untuk membuat keputusan dalam masa
yang singkat dan tepat[1m].

~2~
Cadangan Jawapan:
Soalan (a)
Maksud teknologi ialah pembangunan dan penggunaan peralatan, mesin bahan, dan proses [1m]
Kewujudan teknologi adalah untuk menyelesaikan masalah manusia dan melicinkan proses kerja [1m].
Contoh teknologi yang ada hari ini ialah teknologi ialah teknologi pembinaan, bioteknologi, dan teknologi
maklumat dan komunikasi [1m].

Soalan (b)
Maksud peralatan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) ialah penggunaan komputer dan perisian
untuk menyimpan, memproses, memindah, melindungi, serta mendapatkan maklumat[1m].
Penggunaan peralatan TMK adalah meluas, tanpa mengira tempat dan masa, yang mempunyai rangkaian
dan liputan capain [1m].
Contoh peralatan teknologi maklumat dan komunikasi ialah komputer, internet, dan telefon[1m].

Soalan (c)
Pertama penggunaan peralatan TMK adalah untuk kerja mengumpul dan menyimpan maklumat[1m].
Kedua penggunaan peralatan TMK ialah untuk memanipulasikan maklumat dan memproses semula
maklumat[1m].
Ketiga penggunaan peralatan TMK ialah digunakan untuk berkomunikasi[1m].

Soalan (d)
Tujuan pertama pengurusan TMK ialah untuk memproses, mengurus, menyimpan, dan mengeluarkan
maklumat dengan mudah melalui sístem perkomputeran[1m]
Tujuan kedua pengurusan TMK ialah ia digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan
cepat rnelalui internet, intranet, e-mel, dan sebagainya[1m[
Tujuan ketiga pengurusan TMK ialah ia dapat membantu organisasi membuat perancangan dan
pengawalan sistem maklumat dengan cekap dan berkesan[1m]
Tujuan keempat pengurusan TMK ialah ia dapat membekalkan maklumat yang mencukupi kepada
organisasi untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat[1m]
Tujuan kelima pengurusan TMK ialah ia dapat melicínkan dan memudahkan operasi organisasi seperti
aktivíti pengeluaran, penjualan dan pembelian, kewangan, serta pengurusan sumber manusia[1m].

Soalan (e)
Kesan positif yang pertama, peralatan TMK terhadap sesebuah organisasi ialah ia dapat menyimpan,
berkongsi, dan menyebarkan maklumat déngan cepat, murah, dan efisien[1m].
Kesan positif yang kedua, peralatan TMK terhadap sesebuah organisasi ialah ia dapat menjimátkan ruang
penyimpanan maklumat[1m]
Kesan positif yang ketiga, peralatan TMK dapat menjadikan organisasi lebih cekap kerana proses kerja
dapat dirancang dan dikawal dengan Iebih rapi[1m].
Kesan positif yang keempat, peralatan TMK boleh digunakan untuk membuat keputusan dalam masa yang
singkat dan tepat[1m].
Kesan positif yang ke lima, peralatan TMK boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan elektronik atau
pemiagaan atas talian[1m]
Kesan positif yang keenam, peralatab TMK boleh digunakan untuk melaksanakan pembayaran dan
penerimaan atas talian seda perbankan Internet[1m].

~3~
Tapak Jawapan Murid
(a)

(b)

(c)

~4~
(d)

(e)

~5~

Anda mungkin juga menyukai