Anda di halaman 1dari 8

1. 1.

SELANGOR DARUL EHSAN Antara cerita


yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada
sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang
pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara
telah tewas oleh seekor langau yang
menganggunya ketika berehat di tebing sungai.
Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka
kawasan tersebut dan dijadikan penempatan
yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya
menjadi Selangor. Kononnya juga nama
Selangor berasal dari pokok Mentangau yang
banyak terdapat di kawasan pinggir sungai.
Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat
dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan
‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’
seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau
dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. Pendapat
lain ada menyatakan Selangor berasal dari
perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala
Selangor menjadi tempat penyiksaan para
penderhaka dengan cara disalang dan dijemur
sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur
dicantumkan menjadi ‘selangur’. Maklumat ini
telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat
Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
2. 2. JOHOR DARUL TAKZIM Nama silam Johor

adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead


dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor
dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah
jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama
lama yang merujuk kepada negeri johor ialah,
"Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa
Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor
sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri
lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab
iaitu "Jauhar" yang membawa maksud
"Permata".
3. 3. KEDAH DARUL AMAN Kedah mengikut
catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di
Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan
arkeologi tentang kewujudan penempatan serta
aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah
mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah
"Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan
sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau
"Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya
dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram".
Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini
berasal dari perkataan "Kheddah" yang
membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga
yang mengatakan Kedah adalah bermaksud
"Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya
bersempena dengan perniagaan pedagang arab
yang menjual gelas berkaki pada masa itu.
4. 4. ) KELANTAN DARUL NAIM Mula muncul
dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini
sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan
diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya
berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda
kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian
digabungkan dengan perkataan "Thana" yang
bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang
kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika
itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang
akhirnya menjadi Kelantan. Catatan dalam
ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat
ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang
selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan"
atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta
De'eredia, wujud nama "Calantan Rio",
sementara peta selainnya disebut "Calantan",
"Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah
bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena
dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang
tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada
ketika itu.
5. 5. MELAKA Selain dari kisah Parameswara
yang menyaksikan seekor pelanduk menendang
anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka
tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori
lain bagaimana Melaka mendapat namanya.
Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang
sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari
istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang
digunakan oleh pedagang arab yang membawa
maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam
bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai
"Malayakolam" atau "Malayaka" yang
membawa erti "negeri orang melayu".
6. 6. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang
berada dibawah gabungannya, kawasan
berkenaan ialah ; 1) Sungai Ujong 2) Naning 3)
Rembau 4) Jelebu 5) Johol 6) Klang 7) Jelai 8)
Ulu Pahang 9) Segamat Negeri Sembilan
kemudiannya menyerahkan Klang kepada
Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang
dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan
kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut
sebagai negeri yang sembilan, iaitu: 1) Sungai
Ujong 2) Rembau 3) Jelebu 4) Johol 5) Ulu
Muar 6) Inas 7) Gunung Pasir 8) Terachi 9)
Jempol
7. 7. PAHANG DARUL MAKMUR Nama klasik
bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang
telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya
dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang
jelas bagaimana Pahang mendapat namanya,
namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu
bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena
mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal
dengan timah.
8. 8. PERAK DARUL RIDZUAN Sepertimana
Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya
yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat
pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama
Perak diberi bersempena dengan anak panah
bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja
Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu
dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau
untuk dijadikan sebuah negeri.
9. 9. PERLIS Perlis dahulunya dikenali sebagai

"kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis


diberi bersempena dengan nama seorang tua
yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok
Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis
mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal
dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud
kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan
banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang
menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk
ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut
oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi
"Perleh".
10. 10. PULAU PINANG Ianya berasal dari barisan

pokok- pokok pinang di kawasan penempatan


masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau
Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales"
oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi
mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud
dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di
bibir penduduk tempatan.
11. 11. TERENGGANU DARUL IMAN Dipercayai

berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh


penduduk Kelantan, lalu mereka berkata
"terangnya genu" atau maksud lainnya "terang
sampai ke sana". Terdapat juga kisah yang
mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah
penemuan taring gajah di sebatang sungai di
Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar
serta belum pernah dilihat oleh penduduk
tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai
"Taring anu", sungai dimana taring tersebut
dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring
Anu".
12. 12. SABAH Pernah dikenali dengan nama "Api-

api", Sabah mendapat namanya daripada


perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang.
Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang
ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk
dijadikan sumber makanan.
13. 13. SARAWAK Tiada kisah yang cukup popular

untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak


mendapat nama, mungkin juga bersempena
dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber
dikalangan penduduk tempatan yang
mengkisahkan nama Sarawak berasal dari
ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila
Pengiran Muda Hashim menyerahkan
pentadbiran negeri itu kepada James Brooke
pada tahun 1841.
14. 14. KUALA LUMPUR Kuala Lumpur dibina

pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan


Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya
adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya
bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan
Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah
Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari
gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan
memulakan prospek di daerah Ampang, yang
pada masa itu kawasan hutan belantara.
Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia
kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan
biji timah yang berkembang telah ditubuhkan.
Ini menarik perhatian banyak pedagang yang
berdagang keperluan asas kepada pelombong-
pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari
biji timah. Pedagang membina kedai di kuala
sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu,
sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala
Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji
Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang
panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
15. 15. Sementara pekan itu membesar, Inggeris,

yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa


mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau
Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan
keempatan itu dan memastikan ada undang-
undang dan peraturan. Kapitan Cina yang
pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang
ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat
kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan
kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar
Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala
Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor,
di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan;
pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke
atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu
dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan
Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan.
Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku
Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih
kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala
Lumpur menjadi bandar yang terbesar di
Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang
dihancurkan oleh Perang Saudara dan
memenuhinya dengan pelombong Cina dari
tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan
petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala
Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber
makanan

Anda mungkin juga menyukai