Anda di halaman 1dari 103

HSM 210

SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

MINGGU 2
[23 Oktober 2020]

Pusat Perdagangan Asia Tenggara: Melaka


Hingga Awal Kurun Ke-16
Melaka: Evolusi dan
Perkembangan

http://www.benefits-of-honey.com/ceylon- https://risnarahmayanti.wordpress.com/2016/
cinnamon.html 01/09/rempah-rempah-dan-manfaatnya/
Empayar Melaka

https://www.youtube.com/watch?v=_qUXh7si
y7M
Kerajaan Melaka
Pengenalan
• Kuliah ini akan menghuraikan: Latarbelakang
pemerintah,Laluan perdagangan, tiupan angin monsun, dan
kedudukan georgrafi yang membawa kepada kemunculan
Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan dan perkapalan
terkemuka pada abad 15.

• Membincangkan genesis Melaka

• Meneliti perkembangan dari satu perkampungan Melayu,


entiti ‘negeri’ kepada pusat perdagangan marin antarabangsa
atau “marine entreport”.

• Melaka : Venice of the East.


• Venice sebuah bandar di timur laut Itali. Ia diasaskan dari
sekumpulan 117 pulau-pulau kecil yang terletak dalam
sebuah lagun keluasan 412km².
• Venice, diasaskan abad ke-7 dan berkembang menjadi salah
sebuah bandar terbesar di Eropah dan ibukota kerajaan
perdagangan yang besar yang mencapai jauh ke timur
Mediterranean.

• Pada abad kesepuluh dan kesebelas peniaga Venetia


memperoleh keistimewaan perdagangan dari Kaisar
Byzantine.

• Venice selepas kemenangan, kuasa Uthmaniyyah,Sultan


Mehmet II merosot, orang Venesia semakin berkomunikasi
dengan orang Islam dan idea, budaya, dan cara hidup
mereka. Akibatnya, Venice menjadi interface Eropah yang
paling penting dengan tamadun Islam di Uttmaniyah.

• 1450-an Venice menjadi menjadi pusat rendezvous di Eropah


dan Melaka bagi Asia.
Rendezvous- tempat pertemuan.
• Hubungan dinamik yang dibuat oleh Venice dengan
rakan perdagangan Islamnya , terutamanya
Mamluk, Mesir dan Syria, Uthmaniyyah dan Safavid
• dari Iran, dilanjutkankan selama hampir seribu
tahun.

• Para saudagar Islam yang sama yang membawa


rempah, sabun, kapas, dan bekalan perindustrian
dari bazar-bazar Timur Dekat (Near East) kerajaan
Arab dan Afrika Utrara ke pasar Venice termasuk
karpet mewah, velvet, sutera, kaca dan porselin.
• Venice adalah kuasa utama maritim semasa Zaman
Pertengahan serta Renaissance dan tempat pementasan untuk
Perang Salib.

• Rempah yang diperolehi dari Timur diedarkan ke seluruh Eropah


oleh Venice. Bermula dari kuasa dunia Greco-Roman yang
menggunakan jalan perdagangan di sepanjang Laluan Incense
(Agaravarthi: Agara:aroma dan Saambraani/Kemenyan) dan
Laluan Roman-India, kemudian diambilalih oleh pedagang Islam,
Arab dan Ottoman Turki, India-Muslim dan selanjutnya Zaman
Penjelajahan Barat abad ke-16 menukar sistem laluan
perdagangan.

• Nota: Setanggi dan kemenyan dikatakan berasal dari India dan


dipercayai berakar umbi dan berkait rapat dengan sistem
perubatan Ayurveda. Tujuannya aromaterapi, keagamaan dan
hasil wangian.
Melaka Venice of the East, gelaran yang diberikan
oleh Tome Pires
Venice – Central Rendezvous

• “The Spice That Built Venice” : Smithsonian Journal


“The story of an import so prized, royals were rolling in it”

• Perdagangan rempah merujuk kepada perdagangan antara


tamadun di Asia, Eropah, dan Timur Laut Afrika.

• Para peniaga Venetian mengedarkan barang-barang melalui


Eropah hingga kebangkitan Empayar Uthmaniyyah (Ottoman
Turki).

• Venice pusat pengedaran barang-barang dari Timur dan


diedarkan melalui Eropah sehingga kebangkitan Empayar
Ottoman.
Venice dan Perdagangan Rempah Zaman Pertengahan

Spices harvested in the jungles of Asia were a


symbol of wealth and status in medieval
Europe. As often as not, the pepper that
appeared on a king’s table was sold at some
point by a Venetian trader.
Read more:
http://www.smithsonianmag.com/travel/spice
-trade-pepper-venice
• Dalam semua rempah, lada adalah jauh paling penting, untuk pengguna
Eropah.

• Para peniaga Venetian di London menjual satu paun lada untuk jumlah
yang setara dengan kerja seminggu untuk pekerja yang tidak mahir.

• Kos semata-mata memastikan bahawa lada adalah sama dengan sifat


pangkat tinggi dan bagaikan coat of arms. Raja-raja dan kerabat diraja
serta panglima tentera kaya memakainya. Lada digunakan untuk
menyembuhkan penyakit mereka.

• Setelah rempah tiba di Venice, disebarkan di seluruh Eropah. Ada yang


dijual terus kepada peniaga yang datang dari utara. Lain-lain dihantar di
ke Jerman dan Perancis, dan seterusnya ke London dan Bruges.

• Kayu manis, halia atau lada yang muncul di atas meja raja adalah pada
suatu ketika yang dimuatkan dan dijual oleh orang Venice.
The Luxury of Spices of Asia
• Menurut arkeologis, sejak 50. 000 ribu tahun SM,
rempah-rempah seperti lada hitam, kayu manis,
cengkih telah digunakan dalam makanan dan
rawatan.

• Pembeliaan rempah-rempah ini disamakan dengan


nilai emas dan perak.

• Malahan Kepulauan Rempah di Maluku yang


menghasilkan rempah merupakan komoditi paling
mahal dan harganya seperti petroleum sekarang.
Taste of Spice: Konteks Sejarah Laluan Rempah

• Perdagangan rempah berusia ribuan tahun.


• Perdagangan rempah menumpu pada perdagangan antara
peradaban-peradaban bersejarah di Asia, Afrika Timur dan
Eropah.

• Rempah-rempah seperti lada hitam, kayu manis, kayu


manis cina, kapulaga, dan kunyit sangat penting dan dicari-
cari dalam perdagangan di Dunia Timur zaman dahulu.
• Rempah-rempah tersebut menemukan jalan perdagangan
ke Timur Tengah sebelum awal era Kristian iaitu 300 S.M.,
di mana sumber-sumber asal rempah-rempah tersebut
dirahsiakan oleh para pedagang awal.
Laluan-laluan Perdagangan Timur-Barat
(Jalan Darat dan Laut)
Laluan Graeco-Roman-India
(Laluan Incense/Setanggi)
Mediterranean to Asia

Laluan Sutera (Silk Route) 2nd BC


Dari Asia ke Mediterranean

Laluan Rempah
Laluan Perdagangan Darat dan Laut di Asia
Laluan Incense (Setanggi) Merentas laut
Laluan Incense
Laluan Rempah dari Eropah ke Asia
Silk & Spice Route dan Incense Route
Selat Melaka
Wang Gangwu 9 Oktober 1930,
Surabaya
Genesis Melaka
• Asal-usul Melaka: Tarikh Pengasasan
• Menurut sejarawan Wang Gungwu, “Bertahun-tahun lamanya
ahli sejarah cuba menentukan tarikh pengasasan negeri Melaka,
sehingga kini masih tidak dapat ditentukan”.

• Ada tiga tahun yang dikemukakan iaitu:


• 1. 1262 oleh Pasukan Penyelidik Universiti Malaya
• 2. 1400 (secara umum dipersetujui oleh pihak pengkaji Barat dll)
• 3. 1403 – Kajian Wang Gungwu berdasarkan rekod China, yang
paling terkenal ialah Ming Shih (Sejarah Dinasti Ming).

• Mengikut Ming Shih, Raja Yung-lo menghantar Yin Ching ke


Melaka sebagai utusan tetapi tidak dinyatakan mengapa
dihantar dan bagaimana orang China mengetahui kewujudan
Melaka???
Pandangan pertama 1262
• Diketuai oleh Pasukan penyelidik dengan
sembilan anggota termasuk pakar sejarah dari
universiti tempatan, dipengerusikan Naib
Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof
Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim
manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah
Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti
Malaya.

• Berdasarkan sumber Sulalatus Salatin versi


Raja Bungsu Abdul Rahman Haji Ismail
• Adakah tarikh 1262 boleh diterima?
• Empayar Majapahit adalah sebuah empayar
kepulauan yang amat luas diasaskan pada 1293
dan bertahan sehingga kira-kira tahun 1500.

• Pandangan Kedua iaitu 1393 (O.W. Wolters) dan


1400-1402 adalah pandangan umum sarjana Barat
dan Timur berdasarkan rekod Cina dan sumber
sejarah iaitu dokumen2 yang terdapat di
perpustakaan dll.
Buku Penemuan Tarikh Baru Pengasasan
Empayar Melayu Melaka 1262
Rekod Rasmi Ming Shih
• Sejarah rasmi dinasti Ming (Ming Shih), yang membentangkan
kronologi hubungan-Melaka China pada abad kelima belas.

• Rekod ini memberu huraian bagaimana dinasti Ming datang untuk


membuka hubungan dengan Parameswara pada tahun-tahun
1403-1405 dan menerangkan sifat hubungan yang wujud.

• Dokumentasi dalam Ming Shih dan bahan kronologi ini telah


dibuat pemeriksaan yang teliti oleh Wang Gungwu.

• Manakala rekod Yung-lo Shih-lu yang dipenuhi Rekod-rekod


pemerintahan Maharaja Yung-lo (1402-1424), yang merupakan
sumber-book Ming Shih dan kebanyakan menyentuh mengenai
subjek Melaka. Yung-lo Shih-lu telah disusun antara tahun 1425
dan 1430.
• Yin Ching menyatakan dalam buku/catatan hariannya bahawa
pada hari 28 Oktober 1403, Raja Yung-lo menhantarnya
dengan beberapa orang lain sebagai utusan kerajaan ke
Melaka membawa emas, payung, sutera halus sebagai
hadiah kepada raja.

• Inilah rekod awal yang diperolehi dari sumber China.Jika


dibandingkan dengan sumber China yang lain, Raja Yung-lo
naik takhta dalam bulan Julai 1402 selepas merampas kuasa
dari anak saudaranya Raja Chienwen (1398-1402).

• Raja Yung-lo menghantar utusan ke beberapa buah negeri


untuk menyatakan bahawa baginda menaiki takhta.

• Antara nama2 negeri yang tercatat dalam rekod China ialah


Annam, Champa, Siam, Jawa (Majapahit), Acheh dan India
Selatan tetapi nama Melaka tidak dinyatakan dalam rekod
China.
REKOD SEJARAH MELAYU Perjalanan Parameswara: Dari
Palembang ke Melaka
• Andaian Munasabah:
• Dari Palembang (1392) ke Bentan (1393)– 1 tahun
• Dari Bentan (1393) ke Temasek (1398) – 5 tahun
• Dari Temasek (1398)– Biawak Busuk –Muar – 2-3
tahun 1401
• Dari Muar – Bertam – Bukit Melaka – 1 tahun,
1402
• Di Melaka (1403)
• Keseluruhan perjalanan Baginda Parameswara
adalah 1393 - ………..tahun = 1403
• O.W WOLTERS, The Fall of Srivijaya (terjemahan)
Maharaja Yung-lo
• i. Februari 1403, Siam menghantar menghantar ufti
ke China
• ii. April 1402 Annam
• iii. 9 Ogos Champa menghantar ufti.

• Pada 29 Ogos, 1403 ditubuhkan Badan Perkapalan


di bandar pelabuhan di wilayah2 Chekiang, Fukien
dan Kwangtung untuk melancarkan urusan
perniagaan dengan negara-negara yang menghantar
ufti.

• 21 September 1403, utusan dari Jawa datang


membawa ufti burung kakatua dan burung merak.
• Utusan2 dihantar ke Acheh, India Selatan pada 3 Oktober 1402,
25 Ogos 1403 dan 1 Oktober 1403

• Tetapi

• Dalam ketiga-tiga utusan ini datang lebih jauh dari Melaka,


maka kesimpulan dapat dibuat bahawa pegawai2 di
Balairung Raja Yung-lo tidak terdengar berkenaan kerajaan
Melaka sehingga selepas 1 Oktober hingga 28 Oktober
1403.

• Hanya pada bulan Oktober 1403 kedengaran akan


wujudnya sebuah kerajaan bernama Melaka, maka China
membuat keputusan menghantar utusan khas ke Melaka.
• Daftar senarai utusan dan rombongan ufti telah
dihasilkan oleh Wang Gangwu berdasarkan sumber-
sumber China. Daftar ini menjadi satu faktor utama
dalam menegaskan tahun 1403 sebagai tahun
Melaka diasaskan.

• Apakah pandangan anda?

• Bilakah Melaka diasaskan?


Siapakah Pengasas Melaka?
• Sultan Iskandar Shah, Megat Iskandar Shah atau
Parameswara, Sang Sapurba atau Sri Tri Buana ???

• Iskandar? Atau Parameswara? Sang Sapurba? STB?


Maksud Nama Parameswara
• 1. Parameswara (Melaka)– Param (Dunia) + Eswara
(Raja)

• 2. Iskandar Shah (Singapura)– Iskandar (Raja) + Shah (Raja


Dunia)

• 3. Sang Sapurba (Palembang)- Sang (gelaran Java) + Sa


(Satu dan Purba (Silam/Awal)

• 4. Sri Tri Buana (Palembang, Raja) - Seri seperti Sang


gelaran kehormat, Tri (Tiga) dan Buana (Dunia)

Nama manakah paling hampir kepada Parameswara?
MALAKA/MELAKA/AMLAKA
• Bab 6 Sejarah Melayu, hlm. 82 (Winstedt:1938).

• “Maka Sultan Iskandar Shah pun berjalan berbalik dari sana ke tepi
pantai, pada suatu Sungai Bernam namanya. Maka Sultan Iskandar
Shah pun berdiri di bawah sepohon kayu, maka baginda pun berburu,
maka anjing diterajangkan oleh pelanduk putih. Maka titah Sultan
Iskandar Shah, “Baik tempat ini sedang pelandoknya lagi gagah, baik
kita perbuatkan negeri”. Maka sembahlah orang-orang besar. Baiklah
tuanku… . Maka titah Sultan Iskandar Shah, “Apa nama kayu tempat
kita berdiri ini?” Maka sembah orang sekalian, “Malaka namanya
kayu ini, tuanku”. Maka titah baginda, “Jika demikian, Malaka-lah
nama negeri ini.”
Pokok Amalaka
Malakat
• Bab 11, Sejarah Melayu, hlm. 125 (Winstedt:1938)

• “Maka mashyurlah kebesaran negeri Melaka dari atas


angin datang ke bawah angin. Maka oleh segala Arab
dinamainya Malakat, pada zaman itu sebuah pun
negeri tiada menyamai Malaka… .”(hlm. 125)

• Negeri2 di atas angin – negeri2 di Barat Melaka dan


• Negeri2 di bawah angin – negeri2 di Timur Melaka.

• Orang-orang Arab atas ̄angin merujuk kepada


pelabuhan di Lautan Hindi, dan bawah angin ̄ bagi
pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka dan Laut Jawa
hingga Borneo.
Faktor Konsep ‘Negeri’ dan ‘Nagara’
• Perkataan nagari dan nagara telah digunakan di
seluruh Nusantara selepas kedatangan agama
Hindu dan pengaruh Sanskrit.

• Nagari berasal dari perkataan nagara.


• Negarakertagama – Negara dengan tradisi Agama
suci

• Desawarnana – Huraian Desa


(Dhesam)(Description of the Country) Prapanca
ingin mengagung-agungkan Raja Majapahit.
• Faktor Konsep ‘Nageri’ dan ‘Nagara’

• Bererti tanah air, tanah asal, atau tanah kelahiran.


Bentuk lain dari kata ini antara lain nagara, negara,
negeri, nagori, nogori, nogoro.

• Nagari merujuk kepada kota/negeri manakala


nagara merujuk kepada sebuah sempadan dan
kuasa yang lebih luas.

• Penduduk di nagari mahupun nagara dirujuk


sebagai orang-orang yang sudah
berbudaya/bertamadun dan mahir dalam
perniagaan/perdagangan dan pertukangan.
• Kata “Negara” yang lazim digunakan di Indonesia berasal
dari bahasa Sanskrit, yakni nagara, yang berarti wilayah,
kota atau penguasa.
• Nama-nama yang memakai kata nagara biasanya khusus
untuk ketua Negara atau orang-orang tertentu yang
memegang peranan penting dalam penyelenggaraan
pemerintahan. Hal ini telah diperaktikan pada masa
kerajaan Majapahit pada abad ke-15, seperti yang tertulis
dalam buku Nagara Kertagama, karangan pujangga
Prapanca (1365).
• Dalam buku tersebut digambarkan tentang pemerintahan
Majapahit yang menghormati unsur musyawarah. Di
samping itu, digambarkan juga hubungan Majapahit
dengan negara-negara tetangga serta hubungan antara
daerah dalam wilayah kekuasaan Majapahit.
• Manakala nagari merujuk kepada sekelompok
orang atau individu yang tinggal di kota maupun
yang di desa (perkampungan) dalam suatu nagara.

• Misalnya apabila Melaka dibuka, ianya digelar


’negeri’ dalam teks Sejarah Melayu dan bukannya
’nagara’.

• Pada masa Melaka diasaskan, ianya masih


merupakan sebuah perkampungan nelayan yang
turut mengamalkan pengumpulan hasil-hasil hutan
dll aktiviti ekonomi seharian.
• Dalam adat asal Minangkabau, nagari menurut asal
perkembangannya dikatakan bermula dari Taratak :

• Taratak mulo dibuek


• Sudah taratak manjadi dusun
• Sudah dusun manjadi koto
• Sudah koto jadi nagari

• Gabungan dari koto merupakan nagari. Penduduk


suatu nagari merupakan satu satuan sosial, yang
berdasarkan kebudayaan dan kebatinan. Nagari
mempunyai hak autonomi sendiri dan mempunyai
wilayah dan batas-batas tertentu dengan nagari
lainnya.
Pembahagian Administrasi Indonesia

• Provinsi
• Daerah khusus • Daerah istimewa
• Tingkat kabupaten/kota

• Kabupaten • Kota
• Kabupaten administrasi
• Kota administrasi
• Tingkat kecamatan

• Kecamatan • Distrik
• Tingkat kemukiman

• Mukim (Tingkat kelurahan/desa


• Kelurahan • Desa • Nagari
• Kampung (Lampung)
• Kampung (Papua)
• Gampong • Nagari • Pekon
• Dusun (Bungo)
• Lembang (Toraja
Rumusan
• Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan maritim
entrepot terkenal di seluruh pelusuk dunia adalah
diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1403.

• Seseorang pemimpin berbakat dan berwibawa yang


terkenal dalam dunia sejarah kerana pembukaan
nagari Melaka.
Melaka : Venice of the East
• Politik sejarah Melaka sejak 1403 hingga tahun 1511 adalah
semata-mata ditunjangi suatu sistem ekonomi yang
berkisar di sekeliling perdagangan antarabangsa.

• Kedudukan Melaka yang strategik dari segi lokasi, geografi


dan kedudukannya di tengah-tengah Kepulauan Melayu
yang kaya dengan rempah ratus telah menjadikan sebuah
pusat perdagangan antarabangsa.

• Selat Melaka diumpamakan sebagai kerongkong yang harus


ditempuhi oleh semua lalulintas asing sama ada darat atau
laut ke mana-mana gugusan2 selat ini. Melaka
menampakkan peranannya sebagai sebuah pusat entrepot.
http://www.youtube.com/watch?v=t1WAx-u2TZY
Entrepot Asia
• Entrepot - sebuah pelabuhan, bandar atau pusat
pasaran yang mana barangannya dibawa (Melaka)
untuk import dan eksport, iaitu untuk pengumpulan
dan pengedaran.

• Tiga negara yang amat terpenting bagi Melaka adalah:

• India
• Indonesia (Maluku dan Makasar)
• China
Entrepot Melaka
Dua Kelompok Saudagar
• Kategori pedagang Asia ke Melaka dapat digolongkan
dalam dua kumpulan

• Pertamanya : Kategori pedagang finansir, iaitu orang-


orang kaya, hartawan yang memasukkan wangngnya
ke dalam dunia perdagangan mengikut tempat-tempat
tertentu.

• Kategori berikutnya adalah para saudagar atau


pedagang keliling. Mereka ini bisanya merupakan
pemilik modal yang ikut langsung dalam dunia
perdagangan dengan cara ikut berlayar berkeliling
menjajakan barang-barang dagangannya.
Bagaimana Pedagang Belayar ke Melaka: Angin Monson
• Perjalanan dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain dengan tujuan perdagangan itu
umumnya memakan waktu yang relatif lama. Burger menggambarkan:

• 1. Pelayaran dari Tonkin ke India memakan waktu sekitar 12 sampai 15 bulan.

• 2. Dari Kanton ke Palembang ditempuh sekitar 20 hari hingga 1 bulan.

• 3. Dari Aceh ke Cina memakan waktu sekitar 20 sampai dengan 30 hari.

• Perbelanjaan mengangkut barang an rempah itu menjadi cukup tinggi, sehingga


harga dagangan itupun menjadi sangat mahal. Ternyata dari harga yang relative
mahal itu, para pendagang memperoleh keuntungan yang cukup tinggi pula.

• Namun yang lebih utama lagi bahwa disepanjang jalur ini telah terjadi pertukaran
berbagai produk budaya yang bersifat halus seperti wacana lisan, musik, tari-tarian,
berbagai jenis pertunjukkan dan adat kebiasaan mahupun pelbagai gagasan, nilai,
mitos, legenda berbagai macam kandungan sastra.
Tonkin dan Canton (Kwangtung)
Perjalanan di Asia Tenggara
Peta Selat Melaka dan Asia
Kepulauan Maluku
• Tidak dapat disangkal lagi bahwa Maluku terutama
Banda, Ternate, Tidore maupun Bacan merupakan
pangkalan penting dalam jalur perdagangan dan
pelayaran Asia Tenggara.

• Lokasinya merupakan jalur yang menghubungkan


antara Jawa dan Sulawesi dan telah tercipta suatu
hubungan perdagangan dengan pelbagai negeri2
Melayu termasuk Melaka.
Kepulauan Maluku
• Rempah-rempah hasil Maluku pula khususnya cengkeh
merupakan antara rempah yang amat dikehendaki oleh
Kepulauan Melayu, China dan kuasa Eropah.

• Orang China mengetahui tentang cengkeh dari Maluku


menerusi catatan utusan2 Cina seperti juga orang Romawi
mengetahui cengkeh dari India. Orang Eropah sudah
mengenali cengkeh dan rempah2 lain seperti gaharu dan kayu
manis, lada hitam, sejak abad kedua Masehi.

• Orang-2 Eropah Barat dan Timur belum melakukan pelayaran


ke Maluku secara langsung, hanya dengan kemashyuran
Melaka membawa kuasa Barat menjelajah Maluku untuk hasil
alamnya. Portugis menyedari bahwa pentingnya Malaka
adalah kerana perdagangan rempah-rempahnya.

• Oleh itulah, kapal-kapal Portugis berlayar ke Maluku


untuk menakluknya.
Angin monsun di Asia Tenggara
• Sehingga ketibaan kapal stim pada pertengahan 1800 semua
perdagangan laut bergantung kepada angin. Corak angin
menentukan arah tujuan para pedagang. Tanpa kuasa angin,
kapal pelayaran tidak berguna.

• Angin monsunlah yang menguasai lalu lintas ke dan dari China


dan India sehingga ke pulau-pulau rempah-ratus Indonesia
yang kaya.

• Monsun berasal dari perkataan Arab 'mawsim' atau musim.


Tidak menghairankan kerana orang Arab telah lama
menguasai seni pelayaran dan telah membina hubungan
perdagangan yang luas dengan Asia Tenggara beberapa abad
sebelum penjelajah Eropah mula memetakan rantau ini.
Angin Monsun Barat Daya, yang biasanya berlangsung dari Mei
hingga Oktober, membantu kapal-kapal berlayar dari Barat Asia
Selatan menuju Timur.
Angin Monsun Timur Laut dari Disember hingga Mac meniup ke
arah yang bertentangan, membolehkan kapal kembali ke Asia
Selatan dan Semenanjung Arab dari Timur Jauh.
• Perdagangan rempah, yang berligar di sekitar angin
monsun, memerlukan kapal berlayar. Rempah-
rempah seperti buah pala dan cengkeh bergantung
kepada Angin Barat Daya dan angin Monsun Timur
Laut untuk bergerak dari Asia Tenggara ke bahagian
lain di dunia.

• Tanpa angin amat sukar untuk memperdagangkan


barangan rempah dari Melaka ke seluruh dunia.
• “Persians and Arabs sold perfumes, glasswares,
carpets and medicines; China sold copper goods,
teas, silk and porcelain; India sold embroidered
cloth and opium; Burma sold jewelry, precious
stones and agate; Siam sold liquor, rice and dried
fish; Java, Sumatra and the Spice Islands sold rice,
spices, clove, nutmeg, sandalwood, gold and
camphor; Malacca and Malaya sold tin, ivory,
rattan”. (Tome Pires, Suma Oriental)

• The annual volume of trade was 2 million cruzados,


Portugese currency.
• Pada hari ini, harga 979308.70 iaitu hampir
RMsejuta.
• Melaka: The Rising Star of the 15th Century – Ismail
Yurdakok

• “In the first years, Malacca had got only 2,000 population in
spite of its unexpectedly increased richness and political
prestige.But then with the immigrants from the other parts of
Malaya peninsula and Sumatra, and foreign tradesmen from
India and China the population increased rapidly and reached
40-50,000 in the middle of the 15th century; and at the end
of the century to 100,000.Western sources say 100,000 but
Malay sources 190,000. Tome Pires a Portuguese traveller
visited the port in 1510 mentioned that Malacca is a big city
and has got 10,000 houses, eighty-four languages are spoken
in her streets, approximately 4,000 foreign businessmen
reside, there is vast trade places along the Malacca river and
especially on the south shores of the city there are different
towns that different nationalities stay in these quarters; also
there are enchanting buildings on the Bertam hill include the
palace of prince Paramesvara”. Ismail Yurdakok
• According to Tome Pires, Malacca has got a trade
capacity of 2.4 million “cruzados” (Portuguese
golden coin) that it is impossible to compare with
any other city in the world. In these centuries,
Sevilla (one of the richest trade center of Europe)
has got 4 million cruzado trade capacity by at the
end of 16th century”.
Kepimpinan Raja Parameswara dan waris-warisnya
• Dalam menjaga supremasinya di Selat Melaka,
Sultan2 Melaka menyediakan pelbagai prasarana
untuk para pedagang.

• 1. Hubungan diplomatik diadakan dengan negara2


jiran seperti Kampar, kerana penghasil lada putih
(pepper).

• Perlak – hasilkan kayu perlak digunakan sebagai


bahan dasar kapal.

• Minangkabau dan Siak kaya dengan emas.


Sistem Syahbandar
• Kepimpinan Pemerintah Melaka mengwujudkan
sistem perdagangan yang begitu hebat sekali
sehingga Tome Pires pernah mengatakan dalam
Suma Oriental iaitu:

• “Whoever is Lord of Malacca, has his hand on the


throat of Venice”.

• Portugis menguasai Melaka selama 130 tahun


walaupun serangan ratusan kali dibuat ke atasnya.
• Lebih 7 kurun yang lalu, beberapa empayar telah
menegakkan pusat dan wilayah pemerintahan
mereka di sepanjang “Selat Melaka”, satu petanda
kepentingan strategik selat tersebut sejak zaman
berzaman.

• Selat Melaka diibaratkan sebagai “Laluan Rempah”


yang merentasi “Selat Melaka” telah memainkan
peranan penting dalam melahirkan Melaka yang
dikenali sebagai empayar yang terulung di Asia
Tenggara dalam kurun ke 15.
Kemudahan-kemudahan Pelabuhan
• Penyediaaan Pegawai Pelabuhan
• 1.Syahbandar I – mengurus pedagang dari
Gujerat
• 2. Syahbandar II – menguruskan pedagang dari
China, Champa dan Ryukyu
• 3. Syahbandar III – mengurus pedagang dari
Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi
• 4.Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari
Pulau Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo,
Pasai dan Filipina
SYAHBANDAR – PEDAGANG GUJERAT

• Pedagang Gujerat juga dikenali sebagai


Cambar/Khambat/Kambay dll.

• Sebuah bandar di Gujarat berhampiran dengan laut.


Pedagang2 dari Cambay amat dihargai di Melaka
Lada, yang digambarkan di sini sedang ditanam di Kollam,
India Selatan, adalah salah satu komoditi perdagangan paling
menguntungkan yang diekspot ke Eropah.
Tome Pires berkenaan Pedagang Cambay
“The Cambay merchants make Malacca their chief
trading centre. There used to be a thousand Gujarat
merchants in Malacca, besides four or five thousand
Gujarat seamen, who came and went. Malacca
cannot live without Cambay, nor Cambay without
Malacca, if they are to be very rich and very
prosperous. All the clothes and things from Gujarat
have trading value in Malacca and in the kingdoms
which trade with Malacca.”
Suma Oriental of Tome Pires, Vol 1, p. 45
Peta bandar Cambay
Negeri Gujerat
Raja Cambay dengan baju sutera diraja
Cambay silk
Maharaja Akbar
Maharani kepada Akbar
Kain Gujerat
Kain Gujerat
Sutera Gujerat
Kain Gujerat
Kain Gujerat
Benang Gujerat
• Dunia Yunani-Romawi mendapatkan rempah-ratus dari Timur
menerusi perdagangan dengan India dan Sri Lanka yang
dikendalikan oleh India dan Ethiopia yang menjadi kekuatan
perdagangan maritim Laut Merah dari awal abad Masihi
hingga abad ke-6 Masihi.

• Kerajaan Aksum (sekitar abad ke-5 SM- abad ke-11 M) telah


merintis laluan (route) Laut Merah. Dengan kebangkitan Islam
pada pertengahan abad ke-7, laluan darat kafilah (rombongan
dagang di padang pasir yang terdiri dari iring-iringan unta
atau karavan) yang melalui Mesir telah memisahkan komuniti
perdagangan Eropah dari Aksum dan India.

• Pedagang-pedagang Arab akhirnya mengambil alih


pengiriman rempah-rempah melalui pedagang Levant dan
pedagang Venetia untuk Eropah sehingga kebangkitan Turki
Uthmaniah yang menguasai laluan rempah dalam tahun
1453.
Kerajaan Aksum
• Para pedagang Muslim (Empayar Ottoman) pada abad 15 dan 16
mendominasi laluan perdagangan rempah-rempah laluan darat
antara Eropah dan Asia (India).

• Penguasaan pedagang2 Arab dan India Muslim di Selat Melaka,


mendapat keuntungan besar dari daerah sumber rempah-rempah
di Timur (Asia Tenggara) dan mengirimkan rempah-rempah dari
emporium perdagangan Melaka ke India dan ke arah barat ke Teluk
Persia, Laut Merah, di mana laluan darat menuju ke Eropah dikuasai
Empayar Ottoman.

• Laluan Perdagangan Rempah berubah ketika Zaman Penjelajahan


Eropah bermula dengan Portugis dan diikuti Belanda. Rempah-
rempah terpenting ialah terutamanya lada hitam, buah cengkih,
kayu manis, halia, kunyit, buah pala menjadikan perdagangan di
Timur kegiatan yang sangat penting bagi para pedagang Eropah.

• Jalan pelayaran dari Eropah ke Lautan Hindi melalui Tanjung


Harapan, Afrika dipelopori oleh penjelajah dan navikator Portugis,
Vasco da Gama pada tahun 1498, sehingga terciptalah laluan
maritim baru untuk perdagangan rempah-rempah.
500-1500's: Much trading through land routes through
Baghdad to Constantinople (Istanbul), then by sea to
Venice. Venice monopolizes spice trade.
Laluan Rempah Selat Melaka dan Hubungan Perdagangan Dunia
Laluan Sutera
• Laluan Sutera atau Jalan Sutera ialah sebuah rangkaian laluan perdagangan
di seluruh benua Asia yang menghubungkan rantau Asia Timur, Asia Selatan,
dan Asia Barat dengan rantau Mediterranean, dan juga Afrika Utara, Afrika
Timur Laut dan Eropah.

• Laluan Sutera bukan sahaja merupakan saluran perdagangan sutera, bahkan


juga berbagai-bagai barangan lain.

• Laluan ini menjadi pemangkin kegiatan pertukaran kebudayaan dan


teknologi yang menghubungkan para pedagang, saudagar, penziarah,
mubaligh, tentera, puak nomad dan penduduk bandar di negara China,
India, Parsi dan Mediterranean selama 3,000 tahun.

• Rangkaian sepanjang 4,000 batu ini membolehkan manusia mengangkut


barang dagangan, khususnya barang-barang mewah seperti hamba abdi,
sutera, satin dan pelbagai jenis kain halus yang lain, kasturi, wangian lain,
rempah dan ubat-ubatan, permata, barang kaca dan rubarb, di samping
dijadikan saluran utama untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, fahaman,
falsafah, budaya, dan juga penyakit ke merata dunia.
Laluan Sutera
Perang dan Konflik untuk menguasai kerongkong Melaka

• Kekuatan Selat Melaka dan para pemerintah yang


berwibawa telah menjadikan Melaka sebuah
pelabuhan gemilang.

• Kekuatan Selat Melaka menjadi rebutan tiga kuasa


utama iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris.

• Siapa yang menguasai laluan perdagangan Selat


Melaka, maka dialah akan mengawal arah aliran
perdagangan dunia dan mendapat keuntungan
paling banyak.
• The VOC sieged and starved the Portuguese out and
took control of Malacca. They were more religiously
tolerant than Portugal, but also as monopolistic on
trade.

• “The Dutch dominion over Melaka was to ensure that


their monopoly of trade in the Malay archipelago was
free from competition, especially from the Portuguese.
The Dutch intended to establish Batavia (now Jakarta)
as the Dutch headquarters in the East and spice trading
centre in Southeast Asia, thus marginalizing the role of
Melaka. The Dutch imposed heavy taxes on ships
stopping at the Melaka harbor and diverted them to
the Sundra Strait toward Batavia”.
Kota A Famosa
Rumusan
• Keagungan perdagangan Melaka adalah hasil usaha
Parameswara sehingga Sultan terakhir Melaka iaitu
Sultan Mahmud Shah.

• Apakah pandangan anda?

• http://cardovacreative.blogspot.com/2012/04/melaka-
river-venice-of-east.html

• https://www.google.com/search?q=sultan+mahmud+s
hah&client=firefox-
• http://silverheritage.blogspot.com/2012/06/mist
eri-gunung-ledang-dan-kota-gelanggi.html

• http://agung21winarto.wordpress.com/2010/03/
06/definisi-negara-bangsa-warga-negara-dan-
penduduk-agung-winarto10208059/

• http://belogmystery.blogspot.com/2013/04/mel
ayu-bangsa-yang-hilang-bahagian-ke-8.html

Anda mungkin juga menyukai