Anda di halaman 1dari 1

PERINGKAT PROSES KAUNSELING

Kaunselor memeringkatkan proses kaunseling kepada 6 peringkat.  Setiap peringkat dialui satu persatu kecuali sesi yang ke dua
dan seterusnya.  Peringkat tersebut ialah :
Peringkat Pra Sesi
Ini hanya dilakukan sekali sahaja iaitu sebelum sesi dijalankan bagi memperolehi maklumat awal klien. Maklumat awal ini telah
membantu kaunselor mengetahui latar belakang klien. Bagi mendapatkannya kaunselor telah perlu temuduga dan menggunakan
Borang Psikososial bagi membuat profil klien.
Membina Hubungan
Kaunselor membina hubungan melayan dengan mempamerkan tingkahlaku tanpa lisan yang mesra, menunjukkan keinginan
untuk menolong, mndengar isi percakapan klien, mendengar perasaan klien, mendengar erti yang tidak dinyatakan, tidak cepat
membuat tanggapan dan penilaian, mendengar dengan dengan telinga, mata dan tubuh badan dan apa yang ditunjukkan dan 
dikatakan oleh perkataan dan tingkahlaku  klien.
Meneroka dan Menganalisis Masalah
Kaunselor perlu meneroka dan menganalisis masalah klien dengan menumpukan kepada  apa masalahnya klien, apakah
pemikiran tak rasional, bagaimana perasaannya, atau adakah  pertentangan antara ideal self dengan real self, apakah
perlakuannya atau adakah pengalaman yang pahit yang mengganggu klien.
Mengenalpasti Punca Masalah 
kaunselor akan mengenalpasti punca masalah yang  berpunca dari  diri sendiri, orang lain atau takdir. Proses ini juga dapat
mengumpul seberapa banyak maklumat, pilihan daripada klien  dan kaunselor.
Mengambil Tindakan
Peringkat ini akan menghurai  alternatif, membincang langkah yang perlu diambil, menentukan  masa dan  langkah yang akan
diambil, meminta klien menyatakan semula keputusan yang telah dipersetujui dan memberi peluang klien mendapat sokongan
untuk rujukan dan pertemuan berikutnya.
Penamatan Sesi 
Sesi mesti ditamatkan setelah permasalahan dapat diuruskan dan tiada ‘perkara yang tergantung”.
3.5  KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KAUNSELING
Ivey (1996) dalam Amla et al. (2001) mengenalpasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling adalah seperti berikut dorongan
minimum, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi dan  refleksi perasaan.   Othman (2000) pula menambah
beberapa kemahiran asas kaunseling yang perlu dikuasai oleh kaunselor adalah seperti berikut:
a.  Minta penjelasan.
Dalam interaksi antara kaunselor dengan klien banyak perkara yang diluahkan oleh klien tidak dapat difahami dengan jelas oleh
kaunselor. Jadi wajar bagi kaunselor meminta penjelasan daripada klien tentang mesej yang disampaikan itu.  Meminta
penjelasan akan menentukan mesej yang maksudnya kabur dapat difokuskan dengan lebih terperinci bagi mesej yang maksudnya
kabur dapat difokus dengan lebih terperinci bagi memastikan makna dan maksudnya yang lebih jelas.
b.  Menyemak persepsi
Kadang-kadang kesimpulan yang dibuat oleh kaunselor tidak tepat atau terpesong dari maksud yang sebenar.  Justeru itu dari
masa ke semasa kaunselor perlu memastikan bahawa apa yang difahaminya itu adalah benar seperti yang dimaksudkan oleh
klien.  Caranya adalah dengan menggunakan kemahiran menyemak persepsi iaitu dengan merujuk semula kepada kliennya
sejauhmana kesimpulan yang diberikannya itu bentul.
c.  Interprestasi
Kemahiran interprestasi digunakan untuk mentafsir atau memberi penjelsan tentang makna, tujuan dan implikasi dari sudut
kaunselor sendiri.

d.  Rumusan

Kemahiran membuat rumusan digunakan supaya kaunselor tidak kehilangan haluan dalam proses kaunselingnya.  Kaunselor
perlu memantau halatuju dan isi kandungan yang sudah diperbualkan semasa proses kaunseling berlangsung.  Keadaan ini
penting agar kaunselor tidak menyeleweng daripada idea dan perasaan yang dicurahkan oleh klien. Terdapat dua bentuk
kemahiran merumus iaitu rumusan kecil untuk memastikan halatuju topik yang sedang dibincangkan tidak melencong dan
rumusan besar dibuat secara keseluruhan pada akhir tahap proses kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai