Anda di halaman 1dari 2

Moderator: Tan sri, industri di Negara kita tumbuh dengan pesat jika hendak dibandingkan dengan

Negara serantau walaupun kita baru 60 tahun merdeka. Semua kejayaan yang Negara kita kecapi
hari ini hasil daripada dasar perindustrian Negara yang dirangka sejak era 50-an lagi, Bolehkah tan
sri, terangkan latar belakang dasar perindustrian Negara.

Panel 2: Terima kasih prof wana, Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara
ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat
bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil,
kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi
yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu
kepada industri-industri yang bercorak gantian import. Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping
mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk
menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah
diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang menggunakan ramai
buruh. Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan
menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian
negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan
untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara langsung di
dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan
sector swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam
mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya
dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.

Moderator: Tan sri, Perkembangan industri yang bermula sejak kurun ke-18 iaitu Revolusi Industri
1.0 berkembang sehingga ke era industri 3.0 dimana industri menggunakan peralatan digital dan
elektronik. Dan kini, kita beralih kepada Revolusi Industri 4.0. Boleh tan sri jelaskan kepada kita
semua, mengenai industri 4.0 dan langkah kerajaan dalam mendepani revolusi ini.

Panel 2: Terima kasih prof wana, Pertamanya perlu kita faham Revolusi itu secara umumnya
melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza
daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua
kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).Dalam erti kata lain, hidup
manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan
menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini,
segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk
mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

Malaysia juga telah mengatur langkah yang cukup rapi dalam memastikan Negara Malaysia tidak
ketinggalan dalam persaingan revolusi 4.0 ini. Baru-baru ini, Ketua Pakar Pendidikan Tinggi Bank
Dunia, Francisco Marmolejo dalam Seminar Revolusi Industri 4.0 memuji Malaysia selaku negara
pertama merangka elemen cabaran Industri 4.0 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (Pendidikan
Tinggi) 2015-2025. Kata beliau,“Ini adalah negara pertama yang saya melihat usaha berterusan yang
diambil oleh kerajaan ini dalam menggalakkan perbincangan dan membangunkan pendidikan
relevan dan selaras dengan Industri 4.0,” katanya. Tambah beliau, idea yang dipraktikkan Malaysia
merupakan langkah paling inovatif untuk menentukan bagaimana negara akan menjadi pemain
signifikan dalam ekonomi global pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai