Anda di halaman 1dari 4

SEMESTER 3 AMALI SAINS 2

EKSPERIMEN 8

Topik:
Proses pemisahan - kromatografi

Tujuan:
Untuk memisahkan dan mengenalpasti warna yang terdapat dalam sejenis pewarna makanan
komersial.

Teori:
Kromatografi merupakan satu teknik yang digunakan untuk memisahkan komponen yang
berlainan dalam satu campuran. Kesemua teknik kromatografi terdiri daripada dua komponen
major: fasa pegun dan fasa bergerak. Kaedah terdiri daripada melarutkan campuran dalam
pelarut yang sesuai dan yang kemudiannya dibawa ke permukaan fasa pegun. Pemisahan
boleh didapati kerana bahan yang berbeza mempunyai tahap penyerapan yang berbeza atau
keterlarutan antara fasa pegun dan fasa bergerak. Komponen-komponen akan bergerak
sepanjang fasa pegun dengan kelajuan yang berbeza, dan dengan itu dipisahkan. Dalam kertas
kromatografi, fasa pegun merupakan jalur kertas kromatografi dan fasa bergerak merupakan
pelarut yang sesuai.
Dengan membandingkan nilai Rf bagi komponen dengan nilai Rf bagi bahan diketahui,
komponen campuran boleh dikenalpasti. Nilai Rf bagi setiap komponen dikira dengan
menggunakan formula:
Rf = (jarak komponen tersebut bergerak)/(jarak pelarut tersebut bergerak)

Bahan:
(i) Pewarna makanan
(ii) Etanol

Prosedur:
(a) 100 cm³ etanol dan air sebagai pelarut disediakan dalam nisbah 3:1. Pelarut tersebut
dituangkan dalam 1 dm³ bekas tinggi. Mulut bekas ditutupkan dengan plastik dan
dibiarkan menegak selama 30 minit.
Pada jalur kertas turas berukuran lebih kurang 4 cm lebar dan 38 cm panjang, garisan
ditanda halus dengan pensel lebih kurang 2 cm dari satu hujung. Dengan menggunakan
pipet kapilari kaca halus, larutan pewarna makanan ditanda hingga ke kawasan yang
ditandakan di tengah-tengah garisan seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut. Bintik
dikeringkan dengan pengering rambut.

Rajah menunjukkan kaedah menanda sampel di atas kertas turas

(b) Kertas tersebut digantung dalam bekas tinggi dengan hujung yang lebih rendah
menyentuh pelarut. Garisan pensel berada di atas paras pelarut dan sisi kertas turas
tidak menyentuh dinding bekas tinggi dipastikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah
berikut.

Rajah menunjukkan kebuk pembangunan untuk kertas kromatografi

(c) Bahan radas dibiarkan selama 1 hingga 2 jam. Kertas turas kemudian dibuang dan
kedudukan hadapan pelarut ditanda dengan segera. Kertas tersebut dikeringkan dengan
pengering rambut.
(d) Nilai Rf didapatkan bagi setiap bintik yang berpisahan. Jarak hadapan pelarut tersebut
bergerak diukur dan juga jarak komponen warna bergerak dari garisan permulaan.
(e) Keputusan direkod dalam jadual berikut.

Keputusan:
Jarak
Jarak
Warna hadapan
Bahan Komponen komponen Rf
komponen pelarut
bergerak (cm)
bergerak (cm)

Pewarna 3.0
Etanol Kuning 9.0
makanan = 0.33

Soalan:

(a) Dengan menggunakan keputusan daripada jadual di atas dan maklumat yang diberi oleh
pensyarah anda, kenalpasti warna komponen dalam sampel pewarna makanan yang
dibekalkan.
Kuning
(b) Dalam eksperimen kertas kromatografi, nyatakan bahan yang berfungsi sebagai
(i) fasa pegun
Pewarna makanan yang terjerap pada kertas kromatografi.

(ii) fasa bergerak


 Etanol.

(c) Terangkan bagaimana anda dapat memastikan bahawa bintik pewarna makanan di
garisan permulaan adalah pekat dan bersaiz kecil.
 Pewarna makanan hanya ditanda sekali sahaja dan membiarkan bintik pertama
dikeringkan sebelum bintik kedua ditandakan ke atas bintik pertama.

(d) Mengapakah garisan permulaan yang mengandungi bintik larutan pewarna makanan
mesti diletakkan di atas paras pelarut pada awal eksperimen?
 Supaya kita dapat lihat proses kromatografi berlaku dengan jelas dan kita dapat
mengira nilai Rf dengan lebih mudah.

(e) Nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pemisahan yang efektif.
 Mulut bekas ditutupkan dengan plastik dan ditegak selama 30 minit. Garisan
pensel dipastikan berada di atas paras pelarut dan sisi kertas turas dipastikan
tidak menyentuh dinding bekas tinggi.

Anda mungkin juga menyukai