Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

PERINGKAT SMK BUKIT PASIR

2021

Bil Perkara Juruacara


Pelajar
Mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir sekolah , Yang Berusaha Puan Baca masa
1. Pengetua – Pn. Hjh Haslina bt Mohamed diiringi pengetua
berjalan ke
PK Pentadbiran En. Azmi bin Othman dan barisan pengurusan sekolah. kerusi vip.
Sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Bangsa Johor
2. dan Lagu sekolah.
Semua tetamu,guru dan murid diminta bersedia.
Hadirian dipersilakan duduk.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
3. Muhammad Izznurizal bin ………………………..
Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Yang berusaha Puan Pengetua – Pn. Hjh Haslina binti Mohamed


4.
Yang Dihormati, En. Azmi binti Othman – PK Kanan Pentadbiran,
Pn. Faridah binti Saad – PK Kanan HEM,
Tn. Hj Fazaruddin bin Abd. Kadir – PK Kokurikulum,
Pn. Nazlah binti Naman – PK Pendidikan Khas,
Pn. Rosmawati binti Yaacub –GKMP Sains dan Matematik,
Pn. Kalsom bt Sadek – GKMP Bahasa
Pn. Zelawati binti Ibrahim – GKMP Sains Kemanusiaan
Pn. Muslimah binti Jirin - GKMP Teknik dan Vokasional
Guru – guru dan rakan – rakan pelajar sekalian.

Selamat Datang diucapkan kepada semua tetamu dan terima kasih kerana
sudi hadir ke Majlis Perasmian Bulan Sains dan Matematik Peringkat SMK
Bukit Pasir 2021.
Tanpa melengahkan masa lagi majlis dengan penuh takzim,
majlis mempersilakan Puan Pengetua – Pn. Hajah Haslina binti Mohamed
6 untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Merasmikan Bulan Sains dan
Matematik peringkat SMK Bukit Pasir bagi tahun 2021.
*************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.
7. Seterusnya marilah kita sama- sama saksikan montaj yang telah disediakan
untuk Bulan Sains dan Matematik peringkat SMK Bukit Pasir.

Majlis menjemput
Puan Pengetua – Pn. Hajah Haslina binti Mohamed
sekali lagi ke pentas untuk melancarkan gimik pelancaran ” Bulan Sains dan
Matematik.

Untuk pengetahuan hadirin semua, Gimik yang disediakan ini bertemakan


“Dunia dan Kimia”
Gimik kali ini diberi nama Giant Tootpaste.

 Dalam tindak balas ini hidrogen peroksida terurai menghasilkan air dan
gas oksigen.
 Kalium iodida bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan
tindak balas ini.
 Air yang terhasil daripada tindak balas ini bercampur dengan sabun lalu
menghasilkan buih.
 Gas oksigen yang banyak terhasil lalu bergerak keluar dengan cepat
daripada silinder.
 Pada masa yang sama, ia menolak buih keluar dan menghasilkan ubat
gigi gajah.
 Sebahagian gas oksigen yang terhasil terperangkap dalam buih sabun
dan ianya boleh diuji dengan menggunakan kayu uji berbara.
****************************
Begitulah tadi , Perasmian Pelancaran Bulan Sains dan Matematik peringkat
SMK Bukit Pasir bagi tahun 2021 . Jutaan terima kasih diucapkan kepada
Puan Pengetua – Pn. Hajah Haslina binti Mohamed atas kesudian merasmikan
Bulan Sains dan Matematik peringkat SMK Bukit Pasir tahun 2021.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mewar- warkan sedikit tentatif program
yang akan dijalankan sepanjang Bulan Sains dan Matematik pada tahun ini.

Untuk pengetahuan semua, pelbagai program dan pertandingn yang telah


disusun dan akan melibatkan penyertaan semua pelajar di peringkat
Menengah Rendah Dan Menengah Atas . Antara program yang dirancang
ialah:

1. Rakit ajaib/ boat float


2. Pertandingan Amali Sains Men Ren
3. Rubik Cube Men Atas & Men Ren
4. Bijak Sifir Men Ren
5. Kapal Terbang Kertas Men Atas
6. Toothpick tower
7. Ecogreen Car Men Atas
8. Bucket Tower Men Ren
9. Program Solar Car dan Robotik
10. Perasmian Bilik STEM

Diharapkan program yang dirancang dalam Bulan Sains dan Matematik


anjuran Bidang Sains dan Matematik pada tahun ini akan mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan daripada pelajar.

Untuk itu, saya akhiri majlis pada pagi ini dengan wabillahitaufik wal hidayah,
8.
wassalamualaikum warahmatullah.
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai