Anda di halaman 1dari 2

Soalan 70: Huraikan faktor-faktor dan perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda.

Pendahuluan

§  Belanda bukan sahaja terkenal sebagai negara pertanian

§  Malah kedudukannya geografinya yang dikelilingi oleh laut membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa
perdagangan di eropah pada abad ke-16 hingga ke-18.

Isi-isi penting

1.       Bekalan tenaga yang murah

§  Bekalan tenaga yang murah kerana dihasilkan melalui kincir angin dan tanah gambut. Dapat mengurangkan
kos dan meningkatkan keuntungan. Hal ini menyumbang kepada pembinaan kapal-kapal besar yang boleh
digunakan untuk berdagang sekaligus dapat memajukan ekonomi.

§  Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang maju.

2.       Pembukaan pelabuhan Antwerp

§  Menyebabkan barangan dari England di hantar ke eropah melalui pelabuhan di Belanda. Malah, pelabuhan ini
bertindak sebagai pelabuhan pengantara di mana barangan dari kawasan lain juga dihantar untuk di edarkan
di England.

§  Oleh itu, pelabuhan ini menjadi pusat pertukaran barangan di eropah dan asia.

3.       Dasar ekonomi merkantilisme

§  Belanda merupakan satu-satunya negara yang tidak mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme di eropah.
Perdagangan dan perniagaan berkembang pesat dan maju mengikut kebijaksanaan pedagang-pedagang

§  Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang terkaya di eropah ketika itu.

4.       Angkatan marin perdagangan

§  Belanda mempunyai angkatan marin perdagangan yang besar dan terutamanya fluyts iaitu kapal pengangkut
sederhana dan tahan lasak. Ini membolehkan eropah menguasai perdagangan balak, bijirin, kain, garam, dan
ikan herring pada tahun 1600.

§  Dalam negeri pula, bahan mentah diimport dengan banyak dan menghasilkan barang siap melalui pelbagai
jenis perdagangan. Hal ini membangunkan industri pembersihan gula, pelaburan, penyulingan, pemeraman,
hasil tembakau, tenunan sutra, pembuatan tembikar, kaca, senjata, kertas, dan percetakan.

5.       Tindakan mengecualikan negara Belanda dari menggunakan pelabuhan sepanyol dan Portugal.
§  Keadaan ini menyebabkan Belanda terpaksa mencari sumber bahan mentah dan pasaran baru bagi
memasarkan barangan mereka. Belanda telah menjual bijirin yang telah diproses kepada empayar
uthmaniyah.

§  Mendapat keuntungan yang lumayan melalui perdagangan di kawasan carribean dan selatan amerika.

Penutup

§  Kesimpulannya, faktor-faktor perkembangan perdagangan dan peniagaan di Belanda  telah memberi banyak
sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial