Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacara Majlis

Majlis Wacana menuju Ke Mercu


SK Bukit Pinang

Makluman:

1. Mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk hadapan

2. Mohon para hadiri matikan telefon bimbit @ aktifkan mode senyap semasa
majlis berlangsung

3. Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai

4. Mohon para hadirin berdiri ketika tetamu utama berjalan masuk.

5. Lagu Negaraku akan di mainkan sebaik tetamu utama tiba di tempat


duduk.

6. Hadirin di minta terus berdiri sambil menyanyikan lagu negaraku

Agenda 1 Teks Pengacara Catatan


Ketibaan VVIP Mengumumkan ketibaan yang berusaha: Tn Hj
Nyanyian lagu Rozaini Bin Ahmad, Pengarah Jabatan
Negaraku
pendidikan Negeri Kedah diiringi Cikgu
Hashim Bin Ibrahim, Guru Besar SK Bukit
Pinang, Pengerusi Kelab Guru Dan Staff SK Rohaiza

Bukit Pinang, Cikgu Nasrol Bin Abdullah ,


Guru-guru Penolong Kanan dan AJK Kelab
Guru dan Staff SK Bukit Pinang.

Nyanyian Lagu Negaraku. crowd


Hadirin dan hadirat dijemput duduk. crowd
Aluan Hadirin sekalian Rohaiza

Pengerusi
majlis Kompang bergema pusaka bangsa
Menjadi warisan negara kita
Hadir tuan meriahkan suasana
Kami menyambut penuh gembira

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Assalammualaikum…warahmatullahi
wabarakatuh …….
Salam sejahtera,

Yang berusaha: Tn Hj Rozaini Bin Ahmad,


Pengarah Jabatan pendidikan Negeri Kedah
Yang berusaha : Cikgu Hashim Bin Ibrahim,
Guru Besar SK Bukit Pinang
Yang dihormati : En. Nasrol Bin Abdullah,
Pengerusi Kelab Guru dan Staff SK Bukit
Pinang.
Yang Berusaha :___________________________________ ,
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar
Yang di hormati : Guru-Guru Penolong Kanan,
Yang dihormati : Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab
Guru dan Staff Sk Bukit Pinang,
Guru-guru dan Staff SK Bukit Pinang
Sekalian.
Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah kurnianya kita dapat bersama-
sama menjayakan Majlis Wacana Hala Tuju ke
Mercu SK Bukit Pinang pada petang ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih


kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya
kepada Yang Berusaha Tn Hj Rozaini Bin
Ahmad, Pengarah Jabatan pendidikan Negeri
Kedah Kerana sudi meluangkan masa untuk
menghadirkan diri ke majlis Majlis Wacana hala
Tuju Ke Mercu SK Bukit Pinang pada petang
ini.
Walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih
memerlukan perhatian dan kehadiran beliau.

Ucapan terima kasih juga kepada semua guru dan


staff yang sudi meluangkan masa untuk
menjayakan majlis kita pada petang ini. Semoga
majlis kita pada petang ini akan diberkati.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari
yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Al Fadhil : Ustaz Hj
Nadhri Bin Zakaria untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan


terima kasih kepada Al Fadhil: Ustaz Hj Nadhri
Bin Zakaria atas bacaan doa itu tadi. Semoga
dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan
berjalan dengan lancar serta dilindungi oleh allah
s.w.t.
Hadirin yang di hormati,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya


Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara

Hadirin yang di hormati,


Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Cikgu
Hashim Bin Ibrahim, Guru Besar SK Bukit
Pinang untuk menyampaikan ucapan alu - aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada Cikgu atas


ucapan yang di sampaikan sebentar tadi.
Hadirin yang di hormati,
Acara seterusnya majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan:
Yang Berusaha Yang Berusaha Tn Hj Rozaini
Bin Ahmad, Pengarah Jabatan pendidikan
Negeri Kedah Untuk Menyampaikan Ucapan
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Sudah teradat pahlawan negeri


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin yang di hormati


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih kepada: Yang Berusaha
Tn Hj Rozaini Bin Ahmad, Pengarah Jabatan
pendidikan Negeri Kedah atas ucapan sebentar
tadi.

Semoga dengan ucapan dan amanat beliau dapat


memberi semangat dan dorongan kepada kita
semua untuk berdiri teguh dengan penuh minat
dan iltizam demi melahirkan modal insan yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara. 
Hadirin yang di hormati
Majlis pada petang ini di teruskan lagi dengan
pelancaran logo baru Kelab Guru dan Staff SK
Bukit Pinang.
Majlis dengan ini menjemput Cikgu Hashim bin
Ibrahim untuk mengiringi Tn Hj Rozaini Bin
Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah untuk merasmikan pelancaran logo baru
kelab Guru dan Staff SK Bukit Pinang.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Tn Hj Rozaini Bin Ahmad, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah atas kesudian
melancarkan logo baru Kelab Guru dan Staff SK
Bukit Pinang.

Hadirin Sekalian

Majlis Wacana Hala Tuju Ke Mercu SK Bukit


Pinang di teruskan lagi penyampaian cenderahati
kepada Guru-guru dan staff SK Bukit Pinang.
Majlis dengan ini menjemput Pengerusi Kelab
Guru dan Staff SK Bukit Pinang Untuk
Mengiringi Yang Berusaha Cikgu Hashim Bin
Ibrahim, Guru Besar SK Bukit Pinang ke
pentas bagi menyampaikan cenderahati kepada
guru-guru dan staff sk bukit pinang.

Majlis dengan hormatnya menjemput…….

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan Rohaiza


ucapan terima kasih kepada yang Berusaha :
Cikgu Hashim Bin Ibrahim atas kesudian
menyampaikan cenderahati kepada guru-guru
dan staff sk bukit pinang.
Hadirin yang di hormati sekalian,
Majlis pada petang ini di teruskan lagi acara
memotong kek hari lahir bermula Januari Hingga
Jun.
Dengan itu majlis dengan segala hormatnya
menjemput…….
Untuk makluman hadirin sekalian esok pada
tanggal 25 Mac 2021 merupakan hari lahir Guru
Besar yang amat kita kasihi Cikgu Hashim Bin
Ibrahim. Selamat hari lahir di ucapkan dan
selamat hari lahir juga di ucapkan kepada semua
guru-guru dan staff yang hari lahir jatuh pada
bulan Januari hingga jun.

Terbang sekawan siburung merbuk Rohaiza

Batang selasih di Tanjung Jara


Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra

Majlis sekali lagi mempersilakan Cikgu Hashim


Bin Ibrahim untuk menjemput dan
mempersilakan yang berusaha: Tn Hj Rozaini Bin
Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah dan hadirin sekalian untuk menikmati
jamuan yang disediakan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

Saya mengambil kesempatan ini memohon


kemaafan andai terkasar bahasa dan terlajak
kata. Majlis Wacana Hala Tuju Ke Mercu SK Bukit
Pinang berhenti di sini sahaja. Semoga kita
bersua lagi di lain masa.
Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,


wassalammualaikum warahmatullahi
wabarahkatuh

Anda mungkin juga menyukai