“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
Tandatangan : ______________________
Tarikh : 03 / 04 / 2017
PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan masa untuk
menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang dikehendaki dan dalam masa yang
ditetapkan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
iaitu Pn. Roslimah binti Saat ke atas segala panduan dan penerangan yang teliti telah
diberikan oleh beliau supaya saya dapat menjalankan tugasan projek ini dengan baik dan
sempurna. Dengan adanya penerangan yang jelas dan teliti, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan lebih baik.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana
mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa menjalankan
tugasan ini. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan itu.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberi kerjasama dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya dapat
menyiapkannya ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
atas kerjasama yang telah diberikan. Saya sangat menghargai semua kerjasama dan
dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan tugasan projek ini.
Dalam era globalisasi pada masa kini, pembelajaran merupakan perkara yang penting dalam
perkembangan manusia. Menurut Kamus Dewan, ( Edisi Ketiga ), pembelajaran didefinisikan
sebagai proses belajar. Goldenson ( 1984 ), mengatakan bahawa pembelajaran sebagai satu
proses seseorang individu mendapatkan informasi, tingkah laku atau kebolehan yang baru.
Pembelajaran adalah isu yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sejak kecil lagi. Proses PdP
yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan yang rapi. Perancangan merupakan sesuatu
yang terbukti boleh dan benar. Sesuatu dimaksudkan adalah dikenali sebagai teori. Terdapat
beberapa teori yang dapat digunakan dalam proses PdP seharian. Antaranya ialah,
Teori – teori
pembelajaran.
Teori Teori
Behaviorisme Humanistik
Teori
Sosial
Teori Teori
Konstruktivitis
Kognitif
1
2.0 BERDASARKAN TEORI PEMBELAJARAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SALAH
SEORANG AHLI PSIKOLOGIS, PERINCIKAN SATU KAEDAH PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN YANG DAPAT MEMBANTU GURU MENINGKATKAN KUALITI
PEMBELAJARAN MURID. PERJELASKAN IMPLIKASI KESESUAIAN KAEDAH
TERHADAP KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MURID DALAM BILIK DARJAH.
Teori pembelajaran humanistik melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan
mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa
manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Teori humanistik juga
melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan
berkembang. Menurut humanistik, manusia bertanggungjawab terhadap hidup dan
perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengubah sikap dan
perilaku mereka. Beberapa tokoh telah mengemukakan pandangan mereka terhadap teori
humanistik. Salah seorang tokoh humanistik ialah Carl Ransom Rogers ( 1902 – 1987 ).
Carl Rogers terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien.
Rogers dilahirkan di Oak Park, Illinois pada tanggal 8 Januari 1902 di sebuah keluarga
Protestan yang fundamentalis. Beliau menganggap bahawa pada asalnya manusia adalah baik
dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai seorang individu
yang baik, jika dijuruskan ke arah yang betul, potensi diri tersebut akan berkembang secara
positif, baik rohani dan jasmani. Menurut Rogers, terdapat beberapa kualiti yang perlu dimiliki
oleh seseorang insan bagi menjadi insan yang sempurna. Antaranya ialah,
Mempercayai
pemikiran dan
Berfikiran terbuka perasaan sendiri
terhadap sebagai suatu yang
pengalaman dunia. Kualiti insan tepat.
yang
sempurna.
Menghargai kebebasan
Menerima hidup diri dan
seadanya. bertanggungjawab
terhadap tindakan
Kreatif dan
sendiri.
melibatkan diri dalam
aktiviti sosial.
2
Rogers terkenal dengan teori pembelajaran berasaskan pengalaman ( experiental
learning ) dalam bidang pendidikan. Beliau memberi pendapat bahawa semua insan
mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Suasana pembelajaran yang
kurang sesuai akan menyebabkan seseorang individu gagal dalam pembelajarannya.
Sebagai seorang guru prasekolah, saya telah merancang satu aktiviti yang
mengaitkan teori pembelajaran humanistik Carl Rogers dan teknik bercerita. Saya telah
merancang untuk mengajar tajuk ‘Tempat tinggal haiwan Jinak’ dalam subjek Sains bagi
murid-murid prasekolah yang berumur 4-6 tahun. Menurut Carl Rogers, pembelajaran
melalui pengalaman adalah bermakna. Oleh yang demikian, saya akan membawa murid-
murid ke habitat haiwan jinak seperti reban ayam, kandang kambing, kolam ikan, reban itik
dan sangkar arnab. Melalui lawatan seperti ini, mereka akan mendapat pengalaman serta
dapat menghafal setiap habitat haiwan jinak tersebut.
3
Murid-murid juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka melalui lawatan
seperti ini dengan pengetahuan sedia ada mereka. Jikalau pembelajaran seperti kognitif
iaitu berasaskan akademik dijalankan, mereka akan kurang memahaminya serta tidak akan
memberi fokus terhadap PdP di dalam kelas. Pengalaman akan memberikan mereka untuk
belajar secara mendalam terhadap sesuatu matapelajaran. Gambar di bawah menunjukkan
murid-murid meneroka habitat haiwan jinak.
Gambar 1 Gambar
2
Selain itu, implikasi yang dapat dikaji dalam teknik ini ialah, ia dapat menambah
kemahiran bahasa murid-murid. Contohnya, apabila seorang murid-murid mencerita di
hadapan kelas, maka perkara tersebut akan difahami oleh murid-murid yang lain dengan
senang. Melalui kaedah ini juga, semasa mereka bercakap, kosa kata mereka akan
bertambah apabila mereka menggunakan perkataan yang tidak pernah dijumpai di dalam
buku atau di sekitarnya. Ia akan membantu mereka dalam penulisan dan pembacaan di
peringkat-peringkat pembelajaran yang seterusnya.
Tambahan pula, murid-murid juga dapat mengenali fakta – fakta alam sekitar
5
mahupun pengetahuan sosial bagi perkembangan kognitif mereka. Apabila teknik bercerita
dijalankan oleh guru sewaktu proses PdP, murid-murid akan bercerita dengan penuh
bersungguh-sungguh. Tamsilnya, murid-murid juga mengaitkan alam persekitaran yang
pernah dilihat olehnya dengan cerita yang akan dipersembahkan. Melalui ini, perkembangan
kognitif murid-murid iaitu kemahiran berfikir dapat dirangsang dalam masa yang pendek.
Intihanya, melalui teknik bercerita ini, kemahiran mendengar dan bertutur dapat
ditingkatkan dalam diri murid-murid. Mereka juga dapat mengenali fakta-fakta tentang alam
sekitar, sosial, hidup bermasyarakat dan lain-lain melalui cerita –cerita tersebut.
Pembelajaran melalui teknik bercerita juga lebih kekal dan diingati lebih lama oleh murid-
murid berbanding dengan teknik pengajaran yang lain.
3.0 RUJUKAN
BUKU 6
Noriati A.Rashid., Boon Pong Ying., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd
Kamus Dewan (2000), Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
INTERNET
Arbakkyah., (2010). Aktiviti Bercerita. Dimuat turun pada 27 Mac 2017, daripada
http://lestari-intelek.blogspot.my/2010/10/aktiviti-bercerita.html
Hashikin Hashim., (2013). Kebaikan bercerita kepada anak-anak. Dimuat turun pada 27 mac
2017, daripada http://ashikin-hashim.blogspot.my/2013/07/kebaikan-bercerita-kepada-anak-
anak.html.
un., (2015). Teknik Bercerita. Dimuat turun pada 28 Mac 2017, daripada
https://www.slideshare.net/alin4box/teknik-bercerita-53052102
Putri Novira., (2010). Teori Humanistik Carl Rogers. Dimuat turun pada 28 Mac 2017,
daripada https://novira08.wordpress.com/2010/05/29/teori-humanistik-carl-rogers/
un., (2011). Teori Humanistik Carl Rogers dan Maslow. Dimuat turun pada 28 Mac 2017.
daripada https://ceritaanni.wordpress.com/2011/10/08/teori-humanistik-maslow-roger/
SENARAI KANDUNGAN
Biodata diri i
Halaman judul ii
Penghargaan iv
Senarai kandungan v
1.0 Pengenalan 1
3.0 Rujukan vi