Anda di halaman 1dari 15

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

COVID-19 DI DAERAH TUARAN SABAH

NAMA PELATIH MOHD SUKRI RADIN


NO.MATRIK BPP2018-0747
TAHUN JULAI 2018
AMBILAN
PENGENALAN

Epidemik dan pandemik kedua-duanya merujuk kepada terjadinya penyakit


secara tiba-tiba yang menimpa sebilangan besar penduduk pada masa yang sama.
Perbezaan antara kedua istilah tersebut terletak pada seberapa luas jangkauan sesuatu
penyakit merebak. Sekiranya penyakit ini berlaku di wilayah yang besar (seperti
bandar atau negara), ia dikenali sebagai epidemik. Sekiranya penyakit ini merebak
hingga ke banyak negara dan benua, ia dikenali sebagai pandemik. Organisasi
Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan pandemik sebagai “penyebaran penyakit
baru di seluruh dunia.
Covid-19 (Coronavirus Disease 2019) adalah satu strain baru yang belum
dapat dikenalpasti pada peringkat awal penularannya. WHO telah mengenalpasti
terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome
coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus
(MER-CoV). Covid-19 berjangkit melalui titisan pernafasan (batuk atau bersin) dan
sentuhan pada permukaan yang tercemar atau dicemari virus daripada individu yang
telah dijangkiti kepada individu lain. Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan
spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang
teruk.
COVID-19 pertama kali dilaporkan di Wuhan, China pada akhir Disember
2019. Pada awal penyebaran COVID-19, penyakit ini dikategorikan sebagai
epidemik kerana ia berlaku secara eksklusif di Wuhan, China, dan di beberapa negara
lain seperti Korea Selatan, Jepun, dan Itali(2). Namun, pada 11 Mac 2020, WHO
mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik apabila jangkitan telah merebak ke
lebih dari 100 negara di seluruh benua tanpa tanda-tanda keboleh kawalan.

Kes pertama COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia adalah pada 25 Januari


2020. Terdapat 22 kes semasa gelombang pertama (25 Januari hingga 15 Februari),
yang melibatkan majoriti kes import dan bukan rakyat Malaysia. Kemudian, 27
Februari bermulanya gelombang kedua jangkitan yang melibatkan sebilangan besar
penularan di kalangan rakyat tempatan. Menjelang 16 Mac, kes telah dilaporkan dari
kesemua negeri di Malaysia. Sebagai tindakan terhadap penyebaran jangkitan di
seluruh negara, perintah kawalan pergerakan (PKP) telah di dikeluarkan bermula 18
Mac hingga 31 Mac. Semasa fasa pertama PKP, jumlah keseluruhan kes terus
meningkat lalu membawa kepada penyambungan tempoh PKP yang lebih lama.

Peningkatan bilangan kes pandemik Covid-19 telah meningkat secara


mendadak setiap hari di seluruh dunia. Setakat 5 Februari 2021, jumlah keseluruhan
kes yang dicatatkan di seluruh dunia telah meningkat kepada 105.3 juta kes
keseluruhannya dengan 2. 3 juta kematian dicatatkan. Peningkatan luar biasa bilangan
kes harian Covid-19 di seluruh dunia adalah disebabkan oleh ketiadaan vaksin untuk
mengawal dan menurunkan statistik harian kes dalam populasi masyarakat dunia yang
terlalu padat pada hari ini. Namun, pada awal tahun 2021, terdapat beberapa buah
negara termasuk China, Amerika Syarikat, Rusia dan beberapa buah negara lagi telah
membangunkan dan memperkenalkan beberapa jenis vaksin Covid-19 dengan
kerjasama WHO dan syarikat-syarikat penyelidikan vaksin di seluruh dunia melalui
beberapa fasa ujian makmal dan klinikal yang ketat dan teliti.

Laporan epidemiology ini akan memberi gambaran dan trend semasa situasi
Covid-19 semasa di beberapa peringkat iaitu peringkat global, Malaysia, Sabah dan
seterusnya di daerah kajian iaitu daerah Tuaran. Laporan ini menggunakan data dan
statistic semasa yang rasmi dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai sumber rujukan dan analisis serta
dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebagainya.
DATA DAN STATISTIK

Graf 1.1 Perkembangan bilangan Covid-19 seluruh dunia

Data dan statistik semasa yang dikeluarkan oleh World Health Organization
(WHO) melalui laman web worldometer.com menunjukkan jumlah kumulatif
pandemic Covid-19 dunia berada pada tahap tertinggi sejak WHO mengishtiharkan
Covid-19 sebagai global pandemic. Unjuran kes selama 14 bulan bermula pada 22
Januari 2020 menunjukkan peningkatan kes yang sangat drastik dan luar biasa di
mana jumlah kumulatif positif Covid-19 ini telah mencecah 105.4 juta setakat 4 Feb
2021 dengan 2.3 juta (2.2%) kematian dicatatkan di seluruh dunia.Trend kenaikan
tersebut menunjukkan kadar kecerunan yang sangat tinggi disebabkan oleh negara-
negara yang mempunyai populasi penduduk yang sangat tinggi dan padat mula
mencatatkan kenaikan kadar jangkitan harian yang luar biasa.
Statistik Covid-19 Dunia
17268517
USA 473528
27519636
10522601
India 155032
10827314
8363677
Brazil 231069
9497795
949990
Negara

Indonesia 31556
1157837
190339
Malaysia 872
242452
83880
China 4636
89692
26086
Australia 909
28850

0 5000000 10000000 15000000 20000000 25000000 30000000

Bilangan Kes

Jumlah Kes Bil.Kematian Kes Sembuh

Carta Bar 1.2 Statistik Covid-19 mengikut negara.

Berdasarkan data semasa yang dikeluarkan oleh WHO, daripada jumlah


keseluruhan 105.4 juta kes yang dicatatkan, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah
kes positif Covid-19 tertinggi di dunia dengan jumlah 27,519,636 kes, mewakili 26%
daripada jumlah kumulatif dunia. Amerika Syarikat juga mencatatkan jumlah
kematian tertinggi di dunia iaitu sebanyak 473 528 kes mewakili 1.72% daripada
jumlah kes positif di negara tersebut. Di tempat ke-2 diduduki oleh India dengan
jumlah kes positif sebanyak 10,827,314 kes dengan kadar kematian sebanyak 1.43%
daripada populasi yang dijangkiti di negara tersebut.
Berdasarkan data dan statistic semasa yang dikeluarkan oleh WHO setakat 4
Februari 2021, Malaysia berada pada tangga ke-49 di dunia mengatasi negara China
iaitu dengan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 231 483 kes positif serta bilangan
kematian sebanyak 826 kes (0.36%). Sementara negara pencetus pandemic Covid-19
iaitu China berada pada kedudukan ke-83 dengan jumlah kes positif sebanyak 83 880
dengan kadar kematian 5.52% (4636 kematian). Sungguhpun Malaysia mempunyai
jumlah kes yang jauh lebih banyak berbanding China, namun Malaysia mempunyai
kadar kematian yang rendah iaitu 0.36% berbanding China pada 5.52%.
Jumlah Kes Covid-19 Malaysia (Feb 2020 - Feb 2021)
250000

200000

150000
Bilangan Kes

100000

50000

0
Feb-20 Jun-20 Oct-20 Feb-21

Rajah 1.3 Jumlah kes Covid-19 di Malaysia

Berdasarkan laporan harian rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM) melalui siding media harian oleh Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia,Tan Sri Dato’Dr.Noor Hisham Abdullah setakat 5 Februari 2021,
Malaysia telah mencatatkan trend peningkatan yang sangat ketara bermula Oktober
2020. Peningkatan tersebut menunjukkan pertambahan kes positif Covid-19 yang
sangat drastic dan luar biasa berbanding sebelumnya dimana penularan tempatan
melebihi bilangan kes import iaitu daripada 31 548 kes pada Oktober 2020 kepada
234 874 kes pada Februari 2021 dengan kadar peningkatan 86.6%.
Berdasarkan unjuran data pada rajah 1.3 yang saya bahagikan kepada 4
pecahan masa, trend kenaikan graf adalah masih rendah sehingga September 2020
memandangkan usaha kerajaan Malaysia memperkenalkan Peraturan Kawalan
Pergerakan(PKP) telah berjaya mengawal kadar penularan tempatan dan kes import.
Namun menjelang Oktober 2020, berlaku beberapa peristiwa penting yang telah
mencetuskan kewujudan kluster-kluster baru seperti Kluster Benteng LD yang
dilaporkan pada 1 September 2020 disebabkan oleh 2 orang pendatang asing yang
telah memasuki kawasan sempadan Sabah. Pertambahan kes penularan tempatan terus
meningkat selepas Pilihan Raya Negeri(PRN) Sabah tamat dengan wujudnya cluster-
kluster baru di seluruh Malaysia.
Bilangan kes Covid-19 mengikut negeri di Malaysia
Perlis
Selangor
Sabah
KL
Johor
N.Sembilan
P.Pinang
Axis Title

Perak
Kedah
Sarawak
Melaka
Kelantan
Pahang
Terengganu
0 10000 20000 30000 40000 50000 60000 70000 80000 90000

Axis Title

Jumlah Kes Bil.Kematian

Carta Bar 1.4 Bilangan Kes Covid-19 mengikut negeri di Malaysia

Berdasarkan pecahan kes mengikut negeri-negeri di Malaysia, Selangor


mencatatkan bilangan kes Covid-19 yang paling tinggi iaitu 78 384 kes bersamaan
dengan 33.3% setakat 5 Februari 2021. Negeri Sabah pula berada di tempat ke-2
dengan jumlah kes sebanyak 50 374 kes diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dengan jumlah kes sebanyak 29 223 kes. Selain itu, negeri Johor turut
mencatatkan bilangan kes yang tinggi iaitu 26 644 kes. Setakat 5 Februari 2021,
negeri Perlis merupakan negeri yang mempunyai bilangan kes yang paling sedikit
iaitu 184 kes (0.08%).
Bagi statistik kes kematian Covid-19 pula, negeri Sabah mencatatkan jumlah
kematian yang tertinggi di Malaysia iaitu 342 kes pada 5 Februari 2021 mewakili
40.5% daripada jumlah kematian Covid-19 di Malaysia. Selangor pula mencatatkan
165 kes kematian manakala Kuala Lumpur dan Johor masing-masing mencatatkan 58
kes dan 77 kes. Negeri Perlis mencatatkan kes kematian Covid-19 terendah iaitu 2
kes.
3rd Wave
Kluster PRN Sabah
( 1 Okt-4 Feb 2021)
Jumlah Kes = 50 374
Bil.kematian = 336

2nd Wave
Kluster Benteng LD
( 1 Sep-31 Sep 2020)
First Wave Jumlah Kes = 1877
Kluster Tabligh – First MCO
Jumlah Kes( -31 Ogos 2020)
= 417 Kes
Kes sembuh = 400
Bil. Kematin = 8

Graf 1.5 Kes Kumulatif Negeri Sabah


Bagi analisis mendalam kes kumulatif Covid-19 di negeri Sabah, garis masa
dipecahkan kepada 3 fasa berdasarkan peristiwa tertentu yang mencetuskan kenaikan
kes yang signifikan di Malaysia dan Sabah khususnya. First wave signifikan dengan
tercetusnya cluster terbesar pertama di Malaysia iaitu Kluster Tabligh melalui
himpunan jemaah tabligh yang berlangsung di Masjid Petaling, KL. Pada 1
September 2020, bermulanya isyarat gelombang kedua Covid-19 di Malaysia melalui
tercetusnya Kluster Benteng LD apabila 2 pendatang asing di Sabah didapati positif
Covid-19 di penjara Lahad Datu Sabah. Sebagai kesinambungan kepada Kluster
Benteng LD, gelombang ketiga Covid-19 di Sabah semakin melonjak naik berikutan
Pilihan Raya Negeri(PRN) Sabah yang telah diadakan.
Semasa gelombvang pertama, Sabah mencatatkan 417 kes keseluruhan dengan
bilangan kematian 8 kes iaitu sehingga 31 Ogos 2020. Apabila memasuki gelombang
kedua, Sabah mula mencatatkan kenaikan yang ketara iaitu sebanyak 1877 kes,
Akhirnya menjelang PRN Sabah pada Oktober 2020, kes positif di Sabah telah
meningkat secara luar biasa kepada 50 374 kes dengan peningkatan bilangan
kematian kepada 336 kes sekaligus menjadi negeri yang mencatatkan kadar kenaikan
kes yang paling tinggi di Malaysia dalam tempoh 2 bulan sahaja,

Bilangan kes Covid-19 mengikut daerah di Sabah


Kota Kinabalu 11667

Tawau 7042 24

Lahad Datu 5330 4


Daerah

Sandakan 6519 51

Tuaran 2666 11

Semporna 2409 26

Kota Belud 962 35

0 2000 4000 6000 8000 10000 12000 14000

Bilangan Kes

Jumlah Kes Series 2

Carta Bar 1.6 Bilangan kes Covid-19 mengikut daerah di negeri Sabah

Berdasarkan carta bar 1.6, pecahan kes mengikut daerah di negeri Sabah
menunjukkan daerah Kota Kinabalu mempunyai jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak
11 667 kes diikuti oleh daerah Tawau iaitu sebanyak 7042 ke. Daerah Lahad Datu dan
Sandakan masing-masing mencatakan bilangan kes sebanyak 5330 dan 6519 kes.
Daerah Tuaran berada pada tempat ke-5 mengatasi daerah Semporna dan daerah Kota
Belud iaitu pada jumlah 2666 kes positif setakat 5 Februari 2021. Daerah-daerah yang
dibincangkan di atas merupakan daerah-daerah yang mempunyai bilangan kes
tertinggi di negeri Sabah berbanding daerah-daerah lain di negeri Sabah.
Bagi jumlah kumulatif kes kematian mengikut daerah pula, daerah Sandakan
mencatatkan jumlah kes kematian sebanyak 53 kes, Tawau sebanyak 24 kes kematian,
manakala daerah Semporna dan Kota Belud masing-masing mencatatkan jumlah
kematian sebanyak 26 kes dan 35 kes. Daerah Tuaran tidak terkecuali daripada
mencatatkan kes kematian Covid-19 iaitu sebanyak 11 kes hingga 5 Februari 2021.
Jadual 1.7 Bilangan Kluster di Daerah Tuaran

Daerah Tuaran merupakan antara daerah yang mempunyai populasi penduduk


yang tinggi dan padat di negeri Sabah. Masyarakat di daerah Tuaran terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama dan suku kaum. Sebilangan besar penduduk di daerah Tuaran
ialah suku kaum Bajau, Kadazan dan Dusun. Sejak Malaysia dan Sabah khusunya di
landa wabak Covid-19,daerah Tuaran tidak terkecuali daripada mencatatkan kes
positif Covid-19 dalam kalangan penduduknya. Seiring dengan trend peningkatan kes
Covid-19 di Sabah, daerah Tuaran turut mencatatkan pertambahan kes saban hari.
Sehingga 5 Februari 2021, jumlah kumulatif kes Covid-19 di daerah Tuaran
telah mencapai 2666 kes dengan bilangan kematian 11 kes dicatatkan. Penularan
tempatandi daerah Tuaran dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu non-cluster dan
cluster. Bagi penularan tempatan non-cluster, daerah Tuaran mencatatkan bilangan
kes sebanyak 1298 kes dimana hasil saringan individu yang positif Covid-19 tidak
dapat dikenal pasti berpunca daripada mana-mana cluster. Manakala bagi penularan
tempatan mengikut cluster, terdapat 18 kluster yang terdapat di daerah Tuaran dengan
bilangan kesyang paling banyak dilaporkan pada Kluster Ria 30 di Telipok dengan
sebanyak 825 kes keseluruhannya.
PERBINCANGAN

Bagi membendung penularan tempatan Covid-19 di Malaysia khusunya di daerah


Tuaran, Sabah, pelbagai inisiatif dan lengkah pencegahan telah diperkenalkan oleh
pihak Kemeterian Kerajaan Malaysia(MKN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci
tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
 Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta
hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
 Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan
manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
 Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu
mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk
mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari
 Memperkasakan pihak agensi dan persatuan pelancongan untuk membuat
saringan demam ke atas pengembara dan merujuk mereka ke fasiliti kesihatan
terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
 Pihak agensi pelancongan dan pengurusan fasiliti penginapan dinasihatkan
untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran termasuk
menjalankan disinfeksi.

KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui
sumbersumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-
aktiviti berikut:
 Membuka Bilik Gerakan COVID-19.
 Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada
orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.
 Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.
 Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes
di hospital-hospital terpilih.
 Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan
yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.
 Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.
 Memantapkan kapabiliti makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus
novel ini.
 Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat
pelindung diri (PPE) yang betul.
 Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan
komplikasi mencukupi.
 Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus nCoV ini
melalui media sosial dan media cetak.

Active case detection


Pengesanan kes secara aktif bermaksud anggota kesihatan melaksanakan
aktiviti mengesan kes di lapangan. Apabila terdapat kes jangkitan COVID-19 baru
dikesan, kes tersebut akan dilaporkanidinotifikasi dan Pejabat Kesihatan Daerah akan
mengaktifkan Risk Assessment Team (RAT). RAT akan menghubungi pesakit di
hospital melalui telefon bagi mendapatkan rnaklumat sejarah perjalanan dan kontak
rapat sepanjang 14 hari yang lepas. Semua kontak rapat akan dihubungi oleh pasukan
Rapid Response Team (RRT) bagi mendapatkan status kesihatan.
Sekiranya kontak tidak dapat dihubungi, Pasukan RRT akan turun ke
lapangan, rnencari kontak tersebut bagi tujuan yang sama.setelah saringan dijalankan,
kontak yang disahkan positif akan dirujuk ke hospital. Manakala kontak yang
disahkan negatif akan dikuarantin di rumah berdasarkan Seksyen 15 (1) Akta 342.
Kontak yang negatif akan diberikan borang Home Assessment Tool untuk
menilai tahap kesihatan harian secara kendiri. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan
memantau dan menghubungi kontak tersebut dari semasa ke semasa dalam tempoh 14
hari. Semasa dalam kuarantin, jika bergejala, kontak rapat tersebut akan dirujuk ke
hospital.

Pengurusan Kesihatan Awam yang baik.

KKM segera melaksana langkah kesiap-siagaan dengan membuka dan


mengaktifkan Bilik Gerakan COVID-19 (CPRC Kebangsaaan) bagi memantau
situasi semasa jangkitan. Kenyataan akhbar, kenyataan media dan bahan-bahan
pendidikan kesihatan secara harian dikeluarkan bagi memberimaklumat
perkembangan kes kepada rakyat Malaysia.
Kewujudan Hospital COVID-19 khusus di Hospital Sungai Buloh dan Pusat
Kuarantin & Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS) ataupun hotel -hotel yang memberi kerjasama sebagai
pusat kuarantin bagi merawat pesakit dan orang disyaki. Rakyat Malaysia yang
pulang daripada luar negara akan diletakkan di pusat kuarantin dengan
makanan dan tempat tinggal sementar a semasa kuarantin selama 14 hari.
Kerjasama pesakit kluster COVID-19 yang baik kepada KKM. Walaupun
terpaksa menunggu lama dalam melaksananakan ujian pengesanan mahupun
pengesanan kontak, kerjasama yang diberikan oleh pesakit kluster kepada KKM
adalah sangat baik.

Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah


KawalanPergerakan Diperketatkan/Bersyarat

Pelbagai Kementerian bekerjasama dalam memastikan


PKP/PKPD/PKPB ini berjalan lancar. Sidang akhbar harian oleh pihak Majlis
Keselamatan Nlegara (MKN) dilaksanakan secara harian bagi memastikan
rakyat memahami dan mematuhi Perintah tersebut. Komitmen yang sangat balk
daripada pelbagai organisasi. Pelbagai organisasi dan agensi di Malaysia telah
bergabung tenaga dan saling membantu Kerajaan dalam melancarkan segala urusan
berkaitan COVID-19. Antaranya dengan menaja perkakasan dan peralatan seperti
PPE, perkakasan kepertuan pesakit dan barisan hadapan, makanan dan lain lain.
Komitmen Sukarelawan Malaysia. Ramai rakyat Malaysia menawarkan
pelbagai perkhidmatan sukarela dalam membantu mengurus COVID-19 seperti
menghantar makanan kepada barisan hadapan. Malahan pereka-pereka
terkenal Malaysia juga membantu menyediakan PPE untuk petugas barisan
hadapan bagi memastikan bekalan PPE adalah mencukupi. Bantuan Prihatin
diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang terjejas ekonomi disebabkan
COVID-19.
Memberi perlindungan secara sistematik kepada golongan berisiko tinggi
seperti gelandangan dan pekerja acing dengan cara menyediakan dewan atau
khemah untuk tempat triggal dan melaksanakan saranan penjarakan social dan
kebersihan din yang lebih baik. Moratorium Bank. Bank-bank di Malaysia
melaksanakan tindakan yang cepat dalam membantu menngankan beban
kewangan rakyat dalam tempoh enam (6) bulan. Kerjasama Institusi Pengajian
(Universiti) menjaga kebajikan pelajar sepanjang tempoh PKP dan mengatur
perjalanan pelajar pulang ke kampung dengan cara bersistematik.

RUMUSAN

Sejak Covid-19 diishtiharkan sebagai pandemic global, seluruh dunia berada


pada fasa-fasa sukar dan mencabar khususnya terhadap sektor ekonomi dan kesihatan.
Pelbagai negara telah berusaha untuk menghasilkan vaksin bagi menyelesaikan
kemelut dan krisis global yang disebabkan oleh pandemic Covid-19 ini. Di peringkat
universiti, makmal-makmal awam dan swasta seluruh dunia, badan-badan
penyelidikan anatarabangsa serta WHO telah berusaha untuk membangunkan vaksin
melalui beberapafasa ujian makmal dan klinikal.
Di Malaysia, bilangan kes harian sehingga kini masih tinggi sekaligus
meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia. Di Sabah khususnya
di Daerah Tuaran, masih terdapat kes harian positif Covid-19 dilaporkan sehingga
kini biarpun trend semakin menurun di Sabah umumnya. Oleh itu, kerjasama
dariapada pelbagai peringkat bermula daripada individu, keluarga, masyarakat dan
negara haruslah seiring bagi bersama-sama membendung sekaligus menurunkan
semula kes harian Covid-19 di Malaysia.

RUJUKAN
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujuka
n/Umum/e-Magazine_Jun_1.2020_.pdf

https://web.facebook.com/jknsabah/

https://covid19.sabah.digital/covid19/

https://web.facebook.com/search/photos?q=kementerian
%20kesihatan%20malaysia

https://www.worldometers.info/coronavirus/?
utm_campaign=homeAdvegas1?

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-
coronavirus-2019

Anda mungkin juga menyukai