Anda di halaman 1dari 15

SULIT* SET 1

MHSMHSMHS,HSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHS
940/3
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMH STPM 2021
SMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSM
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA (1800-2000)
HSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHS
KERTAS 3
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMH
(Dua jam)
SMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSM
UNIT PEPERIKSAAN SMK TINGGI MELAKA
HSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHS
(MALACCA HIGH SCHOOL EXAM DEPARTMENT)
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMH
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
MHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMHSMMHSMHS
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
Kertas soalan ini mengandungi 80 markah.

TARIKH : 1 / 2 /2021 ( Isnin )


MASA : 9.00 –11.00 am ( 2 jam )

_______________________________________________________________________________
Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

STPM 940/3

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat


BAHAGIAN A

( SEJARAH MALAYSIA )

1. Pengaruh adat tempatan yang terdapat dalam Undang-Undang 99 Perak lebih


menonjol
berbanding dengan pengaruh agama Islam. Buktikan pernyataan ini.
( 20 )

2. Galurkan gerakan penentangan masyarakat pribumi di Sabah terhadap Syarikat


Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sehingga tahun 1915. ( 20 )

3. Jelaskan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Komanwel sehingga


tahun 2000M.
( 20 )

BAHAGIAN B

( SEJARAH ASIA TENGGARA )

4. “Penjajahan British di Myanmar pada abad ke-19 dan abad ke-20 telah mengakibatkan
trasformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut. ( 20 )

5. Bincangkan perkembangan Sarekat Islam dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan


sebab-sebab kemerosotannya pada tahun 1920-an. ( 20 )

6. Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa dan serantau selepas


Perang Dunia Kedua. ( 20 )
1. Pengaruh adat tempatan yang terdapat dalam Undang-Undang 99 Perak lebih menonjol
berbanding dengan pengaruh agama Islam. Buktikan pernyataan ini.

A. PENGENALAN

Undang- undang tertua di negeri Perak yang berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada
abad ke -19 oleh Syed Hassan al- Farodz dari Hadramaut .
Undang- undang ini menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan yang dilakukan
oleh masyarakat pada masa itu.
Pengaruh adat tempatan lebih menonjol berbanding dengan unsur Islam dalam Undang2 99
Antara pengaruh adat tempatan yang menonjol dalam Undang- undang 99 Perak merangkumi
aspek pemerintahan, jenayah, pembahagian harta, penzinaan dan perkahwinan.

a) Pemerintahan

Undang- undang 99 Perak memperlihatkan pengaruh adat tempatan berbanding unsur Islam
Fasal 77 dalam undang- undang ini memperuntukkan takhta pemerintahan akan di warisi
oleh anak gahara yang paling tua dan jika tiada , takhta tersebut akan diwarisi oleh anak
gahara yang kecil.
Undang – undang 99 Perak menunjukkan lebih berperanan kepada pengaruh adat kerana
mengikut Islam dalam soal pemilihan pemimpin ditentukan melalui konsep musyawarah
Sistem pemerintahan yang dilaksanakan lebih kepada pengamalan adat lebih daripada Islam
Hal ini demikian dapat mewujudkan suasana yang harmoni pada zaman itu .

b) Jenayah

Undang – undang 99 Perak lebih memperlihatkan adat tempatan berbanding unsur Islam
Situasi ini jelas dapat dilihat dalam soal pembunuhan sesama orang Islam mengikut
fasal 23 dimana orang Islam yang membunuh orang Islam yang lain tidak boleh dijatuhi
hukuman bunuh sebaliknya dia dikatakan menjadi kafir
Hukuman ini sememangnya tidak menunjukkan keselarasan dengan pengaruh hukum Islam
yang mengatakan seseorang yang membunuh akan dikenakan hukuman bunuh juga.
Contohnya, seorang pembunuh akan dikenakan denda empat tahil dua paha emas , atau dua
dirham dan disedekahkan setahil sepaha emas.
Melalui hukuman yang dilaksanakan ini, dapat mengurangkan kes pembunuhan dalam
kalangan masyarakat Islam dengan adanya denda yang dikenakan .

c) Pembahagian harta

Pengaruh adat tempatan juga dapat dilihat dalam aspek pembahagian harta. Mengikut
fasal 33 iaitu mengenai pembahagian harta, dimana pembahagian harta kepada orang
yang baharu meninggal dikenakan syarat – syarat tertentu.
Dalam hal ini, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan mangkuk dan
peralatan dapur manakala anak lelaki pula diberika alatan senjata besi, sawah padi, lombong
Pembahagian harta dalam undang – undang Perak menjelaskan bahawa anak lelaki
mendapat dua kali lebih daripada anak perempuan.
Harta lain dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil
Anak yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.
Pembahagian harta dengan syarat- syarat dan secara adil menjamin keharmonian hidup
masyarakat

d) Penzinaan

Soal penzinaan ini telah termaktub dalam undang-undang mengikut fasal 50 yang
menyentuh tentang hal-hal berkaitan penzinaan.
Mengikut undang – undang ini , jika kedua- dua penzina mengakui kesalahan yang
dilaksanakan oleh mereka, diperintah bernikah dan membayar denda sepaha emas perlu
dilaksanakan dengan segera.
Pernyataan begini jelas memperlihatkan hukuman dalam undang – undang ini lebih kepada
adat tempatan daripada unsur Islam
Jika didapati tiada kesalahan yang dilakukan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau
dimaafkan.
Mengikut hukum Islam bagi kesalahan zina seseorang yang tidak berkahwin akan dikenakan
hukuman sebat 100 kali rotan .
Melalui undang-undang yang dilaksanakan ini, maka kegiatan maksiat dan penzinaan dapat
dibendung pada masa itu .

e) Perkahwinan

Mengikut fasal 65, undang – undang Perak memperuntukkan bahawa pasangan yang
baharu berkahwin tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari di atas alasan
untuk menjaga keimanan masing – masing.
Namun begikut, keadaan ini berbeza dengan syariat Islam dimana selepas akad nikah
dilangsungkan atau disahkan maka secara automatiknya suami isteri boleh tinggal
bersama .
Melalui perkahwinan, keadaan ini dapat membendung perbuatan khalwat sekaligus suasana
kehidupan yang harmoni dalam masyarakat Melayu abad ke – 19 dapat diwujudkan

C. KESIMPULAN
Hukuman yang terdapat dalam undang - undang 99 Perak lebih memperlihatkan adat
tempatan daripada unsur – unsur Islam .
Undang – undang ini berjaya menjamin keselamatan dan keamanan dalam masyarakat
Melayu .

Catatan guru : calon seharusnya dapat memberikan 4 hingga 5 isi penting beeserta bukti-bukti
atau contoh-contoh penting berdasarkan Undang-Undang 99 Perak atau adat tradisional lama
2. Galurkan gerakan penentangan masyarakat pribumi di Sabah terhadap
Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) sehingga tahun 1915.

A. PENGENALAN

Pada abad ke 19, Sabah telah ditadbir oleh pihak berkuasa British yang diwakili oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU).
Di Sabah, SBBU telah mentadbir Sabah bermula dari tahun 1881. Sepanjang pendudukan dan
penguasaan tersebut banyak perubahan telah dilakukan olehSBBU. Tindakan itu telah
menyebabkan rasa tidak puashati penduduk tempatanyang membawa kepada penentangan
dari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Malingkote, Mat Salleh dan Antanum.
B. ISI

Gerakan penentangan di Sabah.

a. Penentangan Pangeran Samah (1884).

i. Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai
oleh Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British.
Kebangkitan dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU
mengenakan cukai ke atas aktiviti mengutip sarang burung.
ii. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambat-lambatkan kutipan sarang
burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa British.
iii.Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untuk
mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh
pihak berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya
bertindak menutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung dijalankan.
iv.Apabila pasukan peneroka tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran
Samah, mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut, pasukan suku kaum
Sulu dapat dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.

b. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).

i. Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada orang-orang Murut dari
daerah Padas dan Tenom telah bangkit menentang SBBU. Kebangkitan dan
penentangan ini diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama Malingkote.
Beliau dipercayai mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada
pada beliau telah tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah cuba
untuk menghapuskannya.
ii. Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan Malingkote telah
melahirkan rasa tidak puashati pengikutnya, menyebabkan mereka bangkit
menentang SBBU. Penentangan tersebut berlanjutan selama setahun tetapi
akhirnya berjaya dihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.

c. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).


i. Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang
pihak berkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu Muhammad Salleh
bin Datu Balu, merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan disegani.
Berasal dari hulu Sungai Sugat dan berketurunan Suluk dan Bajau.
ii. Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU
membakar kampung beliau di Sungai Sugat yang dituduh mencampuri urusan
pentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk
dijadikan buruh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan
raya, jalan keretapi tanpa dibayar gaji. Malah pegawai-pegawai SBBU juga
bersikap sombong serta tidak menghormati adat resam penduduk tempatan.
iii. Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang pedagang
Dayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU.
Ini menyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampong
Mat Salleh di Pulau Jambongan. Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya
melarikan diri.
iv. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya.
Tindakannya itu telah menyebabkanSBBU bertindakbalas dengan
memusnahkan kubu Mat Salleh di Ranau. Kegagalan menangkap Mat Salleh
menyebabkan British menukar taktik dengan memujuk Mat Salleh
menandatangani perjanjian damai.
v. Syarat perjanjian tersebut ialah Daerah Tambunan akan diserah kepada Mat Salleh,
boleh mentadbir secara bebas dan pengikut-pengikutnya akan diberi
pengampunan.
vi. Namun SBBU tidak berpegang pada janji. Sebaliknya Daerah Tambunan telah
diambil semula. Tindakan tersebut menyebabkan Mat Salleh rasa tidak berpuas
hati lalu mengatur strategi menyerang British. Belum sempat mat Salleh dan
pengikutnya melancarkan serangan, pihak British terlebih dahulu melancarkan
serangan. Dalam serangan tersebut, Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah
Tambunan menjadi wilayah kepunyaan SBBU.

d. Penentangan Antanum
Penentangan ini berlaku pada 1915, Orang Murut telah bangun menentang di bawah
pimpinan Antanum iaitu ketua kaum Murut di Rundum.
SBBU terus memperkenalkan beberapa perubahan yang bukan sahaja membebankan
penduduk tempatan, tetapi juga bercanggah dengan nilai-nilai tradisi yang mereka warisi.
SBBU telah memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah yang bertujuan untuk
menyekat pertanian pindah dan mengawal kegiatan membuat tapai yg menjadi sebahagian
daripada cara hidup tradisi penduduk tempatan.
Mengenakan bayaran menyukat tanah untuk menetapkan sempadan
Memperkenalkan lain-lain cukai seperti cukai untuk setiap pokok kelapa yang menghasilkan
nira untuk membuat tuak dan bagi membuat tapai.
Menggunakan tenaga orang Murut sebagai buruh paksa utk membina jalan ke kawasan
pedalaman dan memasang kawad telegraf antara Tenom dengan Rundum.

C. KESIMPULAN
Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, gerakan penentangan penduduk tempatan
terhadap pentadbiran British di Sabah telah menemui kegagalan, malah turut mengukuhkan
kedudukan mereka.
Namun kebangkitan dan penentangan tersebut, jelas menggambarkan bahawa telah muncul
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
Catatan: Calon seharusnya dapat menjelaskan faktor, peristiwa dan kesan gerakan
penentangan secara kronologi

3. Jelaskan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel sehingga tahun 2000M

A ) PENGENALAN
Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-
negara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang ditubuhkan pada 1931.
Matlamat penubuhannya adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara
anggota serta mewujudkan kerjasama dalam semua bidang. Komanwel mempunyai 54 buah
negara anggota yang terdiri daripada negara maju dan negara membangun. Selepas mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957.
Malaysia menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan membangunkan
ekonomi negara. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat dilihat dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.

B ) Penglibatan Malaysia dalam Komanwel.

1. Perjanjian Pertahanan (AMDA)

Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New Zealand
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak
semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
Tindakan Malaysia menanda tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan pertahanan
negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen
Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan
serangan dari luar tidak mungkinmampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian.

2. Penglibatan dalam CHOGM

Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota
Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah persidangan
Ketuaketua Negara Komanwel (CHOGM).
Mesyuarat CHOGM diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu-isu semasa
antarabangsa yang berkaitan dengan negara-negara anggota. Dalam mesyuarat tersebut,
Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar dan hasilnya Deklarasi Langkawi telah dimeterai
yang mendorong negara anggota yang miskin turut memberi perhatian kepada isu alam
sekitar ketika negara anggota sibuk membangunkan ekonomi negara masing-masing.

3. Menentang Dasar Apartheid

Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan yang
menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
masingmasing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan
Malaysia turut menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar ini
dilaksanakan oleh orang kulit putih. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan.
4. Kerjasama ekonomi.

Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi. Malaysia mengharapkan


permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi utamanya iaitu bijih timah dan
getah. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Begitu juga dari egi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan
cukai yang rendah. Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, hubungan Malaysia dengan
Komanwel menjadi renggang akibat dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju.
Beliau mengambil tindakan ekonomi “Buy British Last”.

5. Rancangan Colombo

Rancangan Colombo ditubuhkan atas usaha Negara-negara Komanwel untuk memerangi


kemiskinan dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran teknik kepada
negara-negara yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan kepakaran,
teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
Melalui rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Britain,
Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan bagi pembinaan Lebuh
Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak.

6. Sukan Komanwel

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlaqngsung setiap empat tahun
sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah
dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat
berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium tersebut boleh
menempatkan sehingga 100,000 penonton dan mempunyai trek balapan.

C. KESIMPULAN

Banyak faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat menyuarakan
pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu antarabangsa.
Sumbangan Malaysia amat banyak dalam keanggotaan Komanwel.

Catatan: Calon dapat membincangkan penglibatan negara Malaysia dalam pertubuhan


Komanwel meliputi pelbagai bidang/aspek
4. “Penjajahan British di Myanmar pada abad ke-19 dan abad ke-20 telah mengakibatkan
transformasi ekonomi berlaku di negara itu.” Bincangkan pernyataan tersebut

PENGENALAN.

British telah berjaya menguasai seluruh Myanmar mulai tahun 1886 setelah Myanmar
mengalami kekalahan dalam Perang British-Myanmar 3.
British mula melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ekonominya di Myanmar pada abad
ke-20. Sektor-sektor ekonomi tumpuan British seperti pembalakan, perlombongan dan
pertanian komersial

ISI.

1. Pembalakan

Pembalakan menjadi tumpuan utama British kerana Myanmar mempunyai hasil kayu jati
yang berkualiti dan merupakan eksport kedua terpenting di Mynmar. Pegu merupakan
kawasan pembalakan utama di Myanmar
Pada tahun 1856 Jabatan perhutanan telah ditubuhkan. Jabatan ini betanggunjawab untuk
menghasilkan eksploitasi sumber hutan dan pembalakan dijlalankan dengan sempurna.
Terdapat empat buah syarikat yang menjalankan kegiatan pembalakan di Myanmar. Syarikat
Perdagangan Bombay-Burma merupakan syarikat pembalakan yang terbesar.

2. Pelombongan

Terdapat beberapa bahan galian yang menjadi tumpuan British di Myanmar iaitu:
Petroleum atau minyak mentah
Pada tahun 1886, Syarikat Minyak Burma (Burma Oil Campany) telah ditubuhkan
pusat cari gali minyak Myanmar bertumpu di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah.
Pengeluaran minyak secara besar – besaran telah dijalankan pada tahun 1908.
Pada tahun 1890. Syarikat Minyak Burma, telah mengeluarkan ¾ daripada pengeluaran
minyak di Myanmar. Bakinya dikeluarkan oleh syarikat petrol British-Burma dan syarikat
minyak Nath Singh.

Bijih Timah
Myanmar merupakan pengeluar yang keempat bijih timah di Asia Tenggara sebelum PD2
Bijih timah banyak dilombong di Kawasan Mawchi, Tavoy, dan, Tennaserim.
Pada tahun 1910, pengeluar bijih timah di Myanmar berjumlah 100 000 tan

2. Galian-galian lain

Bahan galian lain yang diusahakan di Myanmar ialah timah hitam.


Galian ini terdapat di kawasan Badwin dan Namtu.
Selain daripada itu, perlombongan zink, perak, tungsten, batu delima dan nilam juga telah
diusahakan di Mogok, Utara Mandalay.
4. Pertanian Komersil

Pada zaman British,ekonomi sara diri telah berkembang menjadi ekonomi perdagangan yang
bedasarkan prinsip-prinsip ekonomi Barat
Pengeluaran beras secara besar- besaran telah membolehkan Myanmar menjadi pengeluar
beras yang utama di Asia Tenggara.
Rangoon merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di Myanmar
Pada tahun 1886, kira-kira 4 juta ekar tanah telah ditanam dengan tanaman padi.
Pada tahun 1881, eksport beras Myanmar berjumlah 0,5 juta tan dan meningkat menjadi 1.4
juta tan pada tahun 1901 dan 2.5 juta tan pada tahun 1921.
British juga mengalakan orang Myanmar menbuka tanah baharu dengan meneroka hutan
dikawasan delta untuk penanaman padi.

KESIMPULAN:

Sebagai kesimpulannya, ekoran daripada perkembangan ekonomi yang pesat ini, kebanyakan
ekonomi komersil telah dikuasai oleh orang-orang asing Rakyat Myanmar masih lagi miskin
dan mengamalkan ekonomi sara diri dan tidak berupaya unatuk bersaing dengan pedagang-
pedagang asing terutama dari segi modal dan teknologi. Keadaan ini telah membawa kepada
perasaan tidak puashati rakyat Myanmar.
5. Bincangkan perkembangan Sarekat Islam dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan
sebab-sebab kemerosotannya pada tahun 1920-an.

Pengenalan
Berasal dari Sarekat Dagang Islam yang ditubuhkan oleh Haji Samanhudi pada tahun 1906
Bertujuan melindungi peniaga batik Jawa daripada saingan peniaga Cina
Pada 1912, Sarekat Dagang Islam bertukar nama menjadi Sarekat Islam
Pemimpin utama Sarekat Islam ialah Omar Said Tjokrominoto diikuti Haji Agus Salim

Perkembangan Sarekat Islam

1. Matlamat Sarekat Islam


- mengukuhkan agama Islam untukmenhadapi perkembangan agama Kristian
- mengembangkan kebudayaan Indonesia
- memajukan kebajikan sosial masyarakat tempatan khusunya pendidikan
- memajukan kedudukan ekonomi masyarakat tempatan

2. Keahlian dan kepimpinan


- ahli-ahli Sarekat Islam terdiri daripada ulama, petani, buruh, intelektual, peniaga dan lain-lai
- 1913 – ahlinya berjumlah 12 000 orang dan pada tahun 1919 – 2.5 juta ahli
- keahlian bertambah ekoran kepimpinan Omar Said Tjokrominoto dan Haji Agus Salim

3. Tuntutan Sosio-Ekonomi
- sehingga tahun 1916 – Sarekat Islam tidak berunsur politik bahkan lebih kepada sosio-ekon
- undang-undang menghalang perkembangan agama Islam dibatalkan
- hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari pelepasan am
- institusi pendidikan Islam diberi subsidi
- diskriminasi dalam bidang pendidikan dihapuskan
- biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara
- memiliknegarakan bidang perindustrian
- membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian
- memberi tumpuan isu tanah

4. Tuntutan Politik
- mulai 1916, Sarekat Islam mula perjuangkan isu politik Indonesia
- Majlis Daerah dibentuk dan memberi lebih banyak penduduk tempatan peluang menjad ahli
- Volksraad atau Majlis Rakyat diberi lebih banyak kuasa
- lebih ramai penduduk tempatan diserapkan dalam pentadbiran awam Belanda
- menuntut pemberian taraf pemerintahan sendiri (kemerdekaan)

5. Faktor Perkembangan Sarekat Islam


a) Agama Islam – menyebabkan ramai penduduk menyertai Sarekat Islam
- majoriti penduduk Indonesia adalah beragama Islam
- penduduk pulau-pulau luar Jawa menganggap Sarekat Islam sebagai “perjuangan jihad”
b) Kepimpinan Omar Said Tjokrominoto dan Haji Agus Salim
- Omar Said Tjokrominoto seorang pemidato hebat dan guru kepada Soekarno
- Haji Agus Salim seorang pemimpin tegas dan berkarisme
c) Program-program politik, ekonomi dan sosial Sarekat Islam
- program sosio-ekonomi menarik ramai penduduk Indonesia khasnya golongan petani
- matlamat politik Sarekat Islam iaitu menuntut kemerdekaan turut pengaruhi semangat keb
Sebab-Sebab Kemerosotan Sarekat Islam

1. Kemasukan pengaruh komunis dalam Sarekat Islam

- ideologi komunisme telah masuk ke Indonesia melalui ISDV dan pengaruhi pemimpin SI
- antaranya – Semaun, Musso, Alimin, Tan Malaka dan lain-lain
- mereka bentuk cawangan bergelar “Sarekat Islam Merah”
- berjaya pengaruhi ramai ahli Sarekat Islam untuk menyertai Sarekat Islam Merah
- Maka 1921 pemimpin Sarekat Islam bertindak mengharamkan Sarekat Islam Merah dan
mengusir keluar pemimpin-pemimpinnya
- ini menyebabkan ramai ahli Sarekat Islam keluar dan kemudian menyertai PKI

2. Konflik dalaman golongan reformis dan konservatif Sarekat Islam

- 1920-an berlaku konflik dalaman sarekat Islam antara golongan reformis dan konservatif
- mereka bercanggah pendapat tentang hala tuju dan program-program Sarekat Islam
- ini menyebabkan pemimpin2 golongan konservatif bersama pengikutnya keluar parti
- mereka bertindak menyertai pertubuhan-pertubuhan Islam lain seperti Nahdatul Ulama dan
Muhammadiyah

3. Kemunculan parti-parti sekular (PNI)

- mulai 1920-an muncul parti-parti politik Indonesia bersifat “massa” atau secular
- parti-parti ini dianggotai pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama. kaum,
keturunan, pekerjaan dan lain-lain
- antaranya ialah PNI, PARINDRA, Kelab Pendidikan Nasionalis Indonesia, PARTINDO dll
- parti paling popular pada 1920-an ialah Parti Nasional Indonesia atau PNI
- PNI dipimpin oleh Soekarno iaitu seorang pemidato hebat, berkarisme dan lantang
menentang Belanda
- ramai orang Indonesia telah menyertai PNI
- ini menyebabkan Sarekat Islam turut alami kemerosotan

Kesimpulan
- Sarekat Islam dianggap “pemangkin” gearakan nasionalisme Indonesia
- ia telah memberi jalan kepada pertubuhan-pertubuhan lain muncul dan membela
kepentingan penduduk
- mulai 1930-an Sarekat Islam terus alami kemerosotan
- namun perjuangan Sarekat Islam dan kepimpinan Omar Said Tjokromonoto menjadi
pendorong semangat kebangsaan Indonesia
- Indonesia akhirnya mendapat kemerdekaan pada tahun 1949

Catatan Guru : jawapan calon mesti menyentuh kedua-dua bahagian iaitu perkembangan dan
kemerosotan Sarekat Islam
6. Bincangkan penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa dan serantau selepas
Perang Dunia Kedua.

PENGENALAN
- Filipina telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1946 daripada
- penjajah Amerika Syarikat
- Ia merupakan negara Asia Tenggara pertama mencapai kemerdekaan
- Selepas merdeka, Filipina telah menyertai pertubuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu SEATO,dan pertubuhan serantau seperti ASEAN
- Hubungan luar adalah bertujuan memelihara kemananan sejagat di samping
mewujudkan mewujudkan kerjasama dalam aspek diplomatik, ekonomi,sosial, budaya
dan lain-lain
-
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB )

- Berjuang dengan PBB memeliahara keamanan dan kesejahteraan dunia.


Buktinya, Filipina menghantar 6000 tentera sebagai tentera pengaman PBB ke negara
Korea 1950-1953
- Filipina turut mendapat bantuan teknikal daripada PBB
Buktinya, Program Bantuan Teknikal meliputi pembangunan industri, koperasi, tanah
air,pengeluaran tanaman,ternakan, peralatan saintifik dan lain-lain
- Pemimpin Filipina bernama Carlos P. Romulo sangat terkenal sebagai pejuang
hak asasi, kebebasan dan dekolonisasi
Beliau perjuangkan kedudukan Filipina pada cop mohor PBB
Beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan PBB dan Presiden sesi ke4
Majlis Perhimpunan PBB
- Filipina turut membantah kuasa “veto” yang dimiliki oleh 5 kuasa besar dunia

SOUTH EAST ASIA TREATY ORGANIZATION ( SEATO )

- SEATO ditandatangani pada 8 September 1954 di Manila, Filipina


- Ia meliputi 8 buah negara termasuk Filipina, Thailand, Pakistan, Amerika Syarikat,
Britain, Perancis,Australia dan New Zealand
- Ia merupakan pakatan “ketenteraan” yang dianjurkan Blok Kapitalis pimpinan
Amerika Syarikat dan Britain
- Tujuan SEATO ialah menghalang perkembangan komunisme di Asia Tenggara
- Objektif SEATO ialah mewujudkan kerjasama secara kolektif menentang sebarang
ancaman kuasa asing ke atas negara-negara di bawah lindungan SEATO
- Namun sebenarnya Amerika Syarikat menggunakan SEATO sebagai tapak di Filipina
untuk memberi bantuan ketenteraan kepada Perancis di Indochina
- Selain itu, SEATO juga menjalin kerjasama bidang ekonomi dan sosial
- Filipina mendapat faedah daripada SEATO melalui pembentukan pengkalan tentera
- Filipina juga mendapat faedah ekonomi dan sosial daripada SEATO.
Contohnya latihan pekerja mahir anjuran SEATO
- Filipina menuntut SEATO menjadi pertubuhan yang lebih kuat seperti NATO
- Walau bagaimapun SEATO gagal memainkan peranannya dan pertubuhan tersebut
tidak berfungsi lagi
ASSOCIATION OF SOUTH EAST ASIAN NATIONS ( ASEAN )

- Pada awalnya, Filipina menyertai ASA atau Association Of Southeast Asia bersama
Persekutuan Tanah Melayu dan Thailand pada tahun 1962. Namun ia gagal kerana
isu penubuhan gagasan Malaysia.
- Kemudian pertubuhan MAPHILINDO dibentuk meliputi 3 buah negara iaitu
Perseutuan Tanah Melayu. Filipina dan Indonesia
Namun MAPHILINDO turut alami kegagalan kerana Filipina dan Indonesia
membantah penubuhan gagasan Malaysia.
- Pada tahun 1963, Presiden Filipina Macapagal .memutuskan hubungan diplomatik
dengan Malaysia sebagai bantahan terhadap isu penubuhan gagasan Malaysia
Filipina mendakwa bahawa Sabah sebahagian wilayahnya.
Hubungan diplomatik dipulihkan kembali pada tahun 1966 oleh Presiden Marcos
- Pada tahun 8 / 8 /1967, Filipina antara negara terawal menyertai ASEAN
Matlamat ASEAN ialah mewujudkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang
- Dalam Deklarasi Kuala Lumpur, Filipina bersama negara lain isytihar ZOPFAN.
ZOPFAN bermatlamat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini
tanpa bersekongkol dengan Blok-Blok Dunia
- Pada 1984, Filipina melibatkan diri dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar yang
menetapkan ASEAN “Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.
- Ia bermaksud rantau ini tidak membenarkan mana-mana Blok melibatkan diri dengan
negara-negara ASEAN
- Filipina turut melibatkan diri melalui ASEAN dalam mewujudkan AFTA atau
Zon Kawasan Perdagangan Bebas
- Filipina turut menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN + 3 yang ketiga 1987

KESIMPULAN
- Penglibatan Filipina dalam organisasi antarabangsa dan serantau telah menjamin
keselamatan dan kesejahteraan di rantau ini
- Melalui penglibatan dalam pelbagai oraganisasi, Filipina juga dapat mewujudkan
kerjasama dalam halehwal politik, ekonomi dan sosial
- Filipina terus bergiat aktif dalam program-program pertubuhan antarabangsa dan
serantau

Anda mungkin juga menyukai