Anda di halaman 1dari 3

Laporan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Bahan E-Pembelajaran

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda


kita kini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang berkembang pesat dalam bidang
teknologi dan sains. Kemajuan teknologi dan sains ini boleh dilihat melalui dunia pendidikan
yang kini semakin banyak dilengkapi dengan penggunaan media elektronik dan bahan-
bahan pembelajaran dan pengajaran yang berunsurkan elektronik seperti e-pembelajaran.
Oleh itu, menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), dengan mengaplikasikan penggunaan
e-pembelajaran dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan dapat mewujudkan
pelbagai kaedah pembelajaran yang kreatif serta dapat menggalakkan minat pelajar
terhadap komputer. Oleh itu, dalam penghasilan sesuatu e-pembelajaran perlulah
mempunyai aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan pelbagai
teknik serta strategi yang efektif dan berkesan. Lantaran itu, saya dan bersama-sama ahli
kumpulan saya telah menghasilkan sebuah e-pembelajaran bagi kanak-kanak yang berusia
6 tahun hingga 8 tahun. Penghasilan e-pembelajaran saya serta rakan-rakan saya adalah
berteraskan kepada Dokumen Standard Kurikulum Pretasi (DSKP) Dunia Sains Dan
Teknologi Tahun 2.

Melalui DSKP Dunia Sanis Dan Teknologi Tahun 2 ini, kami telah mengambil topik
yang berkaitan dengan sains hayat iaitu berkenaan dengan tumbuhan. Di dalam topik ini,
bahan e-pembelajaran bagi matapelajaran Dunia Sains Dan Teknologi adalah lebih
menekankan terhadap hasil pembelajarannya seperti mengenal pasti keperluan asas
tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari, menaakul tentang kepentingan air, udara
dan cahaya matahari kepada tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan serta menjaga
tumbuhan dengan memberikan keperluan asasnya bagi memastikan ianya hidup dengan
subur. Oleh itu, di dalam e-pembelajaran ini telah mempunyai beberapa aktiviti
pembelajaran dan pengajaran yang menarik serta dapat menarik minat murid-murid supaya
tidak bosan untuk belajar.

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang saya hasilkan bersama-sama ahli


kumpulan saya ialah menggunakan kaedah dan teknik pengajaran bercerita. Kaedah dan
teknik pengajaran bercerita ini kami aplikasikan dalam e-pembelajaran melalui bentuk audio
visual. Menurut Kamus Dewan Bahasa, audio visual ini boleh ditakrifkan sebagai sesuatu
yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan. Melalui audio visual ini,
murid-murid akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam menonton audio visual
yang mempunyai banyak input pembelajaran yang menarik serta pembelajaran yang tidak
membosankan. Di dalam audio visual ini akan memaparkan gambar-gambar yang menarik
serta mempunyai suara animasi yang membawa watak serta perwatakan yang berbeza-
beza. Watak-watak yang ada di dalam audio visual memainkan peranan penting dalam
menyampaikan input-input pembelajaran. Antara watak-watak yang ditonjolkan dalam audio
visual ini ialah seperti Atan, Burung dan Itik. Tambahan pula, di dalam audio visual ini juga
mempunyai seni kata yang akan memudahkan lagi kanak-kanak untuk memahami
penceritaan yang disampaikan. Jelaslah, menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying &
Sharifah Fakhriah (2012), teknik bercerita ini membawa manfaat kepada murid-murid dan
teknik ini amat sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah. Sehubungan dengan
itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bercerita ini akan dapat memberikan
peluang kepada murid-murid meningkatkan kemahiran mendengar dengan teliti serta
meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.

Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya hasilkan dalam e-
pembelajaran pula berdasarkan strategi pemusatan murid. Dalam strategi pemusatan murid
ini, saya mengaplikasikan strategi berasaskan aktiviti. Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong
Ying & Sharifah Fakhriah (2012), sebagai guru perlu melibatkan murid dalam aktiviti yang
memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang
dipelajari oleh murid-murid. Oleh itu, aktiviti yang telah saya hasilkan dalam e-pembelajaran
ialah aktiviti soal jawab dengan memilih jawapan yang betul melalui skrin samada jawapan
yang betu A, B ataupun C. Di dalam aktiviti ini mempunyai lima soalan yang berbeza tetapi
berteraskan terhadap keperluan asas tumbuhan untuk hidup. Dalam setiap jawapan juga
telah disediakan animasi penghargaan seperti ucapan tahniah bagi jawapan yang betul
serta ucapan cuba lagi, teruskan usaha anda bagi jawapan yang salah. Hal ini demikian
kerana, dengan menggunakan ucapan penghargaan seperti ini kepada murid-murid akan
dapat meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk belajar serta dapat mewujudkan
murid-murid yang tidak mudah putus asa. Lantaran itu, ucapan penghargaan yang diberikan
kepada murid-murid juga merupakan suatu teori pembelajaran behavioris yang tergolong
dalam teori pelaziman operan B.F Skinner yang membawa dalam peneguhan positif dan
negatif. Izharnya, melalui strategi pemusatan murid sememangnya dapat mendatngkan
impak yang berkesan dan sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik
dan menyeronokkan.

Di samping itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah melalui
dua lembaran kerja yang akan diberikan dalam bentuk cetakkan. Dalam dua lembaran kerja
yang saya hasilkan ini merupakan lembaran kerja secara berkumpulan. Melalui lembaran
kerja secara berkumpulan ini adalah salah satu kaedah dan teknik pengajaran secara
perbincangan. Jika di dalam kelas itu mempunyai murid seramai 20 orang murid, maka 20
orang murid itu perlu dibahagikan dalam empat kumpulan. Rasionalnya apabila murid
dibahagikan dalam empat kumpulan ini, ianya akan memudahkan pergerakkan serta
perbincangan secara berkumpulan. Menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah
Fakhriah (2012), melalui petikan Orlich et al. (2007) mengatakan bahawa perbincangan
merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan murid-
murid. Selain itu, melalui perbincangan juga merupakan satu cara untuk merangsang
pemikiran analitik murid-murid. Oleh itu, melalui dua lembaran kerja itu, mereka perlu
memilih jawapan yang betul berkenaan keperluan asas bagi tumbuhan hidup serta
melakukan pemerhatian terhadap tumbesaran pokok itu. Lantaran itu, secara tidak langsung
murid-murid akan berbincang sesama mereka bagi mencari jawapan yang betul melalui
pemerhatian yang mereka lakukan berdasarkan kertas lembaran kerja itu. Jelaslah, melalui
kaedah dan teknik pengajaran secara perbincangan antara murid dengan murid
sememangnya dapat merangsang interaksi antara murid secara bermakna serta dapat
membantu murid-murid dalam meningkatkan pemikiran dan membantu murid-murid dalam
membina kefahaman kandungan serta membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran
komunikasi.

Kesimpulannya, melalui e-pembelajaran ini sememangnya dapat menghasilkan


pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan berlandaskan kepada
teori pembelajaran serta teknik dan strategi pembelajaran yang efektif. Oleh itu, sudah
terang lagi bersuluh, dengan menggunakan e-pembelajaran ini merupakan suatu medium
pengajaran dan pembelajaran yang memudahkan guru-guru dalam menyampaikan
pengajaran serta dapat memudahkan murid-murid lihat lebih jelas perkara-perkara yang
hendak dipelajari berbanding dengan hanya guru sahaja memberikan penerangan.
Keseluruhan e-pembelejaran ini juga merupakan pembelajaran daripada deduktif kepada
induktif iaitu pembelajaran secara umum kepada khusus. Jelaslah, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sememagnya memainkan peranan penting dalam melahirkan sebuah negara
yang mapan dan produktif.

Anda mungkin juga menyukai