Anda di halaman 1dari 3

Revolusi Peranchis

Soalan 52: Bincangkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap struktur parlimen di Perancis
Pendahuluan
§  Kelemahan struktur parlimen perancis dikatakan menjadi salah satu punca merosotnya
pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara berkenaan

§  Tindakan raja yang menyebelahi golongan bangsawan dan paderi akhirnya membawa kepada
keruntuhan pemerintahan beraja mutlak di perancis pada akhir ke-18

Isi-isi Penting:
1.     Kelemahan struktur Parlimen Perancis dikatakan menjadi salah satu punca
merosotnya pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara tersebut. Tindakan raja yang
menyebelahi golongan bangsawan dan paderi akhirnya membawa kepada keruntuhan
pemerintahan beraja mutlak di perancis pada akhir abad ke-18. Ahli-ahli parlimen dibahagikan
kepada 3 estet atau 3 blok. Mereka dibahagikan berdasarkan golongan masing-masing. Estet
pertama terdiri daripada golongan paderi. Estet kedua pula terdiri daripada golongan
bangsawan dan seterusnya estet ketiga pula terdiri daripada golongan Bourjois dan petani.
Mengikut tradisi, ahli-ahli parlimen diminta untuk mengemukakan senarai rungutan atau dikenali
juga sebagai ‘Cahiers’ oleh pihak kerajaan. Setelah mengetahui Cahiers itu, pihak kerajaan
akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan aduan tersebut. Cahiers daripada estet
pertama dan kedua mengandungi tuntutan yang tidak selaras. Estet pertama menuntut
pengurangan hak istemewa golongan bangsawan manakala estet kedua pula berusaha untuk
mengurangkan hak istimewa golongan paderi. Seterusnya , peraturan mengundi di parlimen
adalah dengan mengikut estet , bukannya secara  undian individu. Sekiranya estet pertama
yang terdiri daripada golongan paderi dan estet kedua terdiri daripada golongan bangsawan
meluluskan sesuatu usul , bermakna estet ketiga yang terdiri daripada rakyat biasa tiada kuasa
untuk membantah usul tersebut.

2.     Peranan ketiga-tiga estet itu menyerupai sebuah parlimen yang yang membenarkan
perbincangan berkaitan hal-hal di daerah masing-masing. Parlimen yang pertama kalinya
bersidang pada 5 Mei 1789 masih mengikuti peraturan cara lama. Semua upacara lama
dikekalkan dan peraturan tersebut memberi keistimewaan kepada estet pertama dan estet
kedua. Cara persidangan di parlimen juga digunakan menggunakan cara lama , iaitu selepas
membincangkan sesuatu usul , ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada untuk menyokong
atau membangkang usul tersebut. Keadaan ini tidak akan menyebelahi estet ketiga , kerana jika
estet pertama dan estet kedua tidak menyokong , ini bermakna undian akan menjadi satu
melawan dua. Oleh itu , estet ketiga menuntut supaya ketiga-tiga estet disatukan dan pengiraan
undi adalah berdasarkan undi individu yang terdiri daripada seluruh anggota parlimen. Raja
Louis XVI membuat keputusan agar peraturan lama mesti diguna pakai. Namun , estet ketiga
mengingkari perintah Raja Louis XVI dan menjemput ahli anggota estet pertama dan kedua
untuk berunding dengan mereka. Setelah perundingan dijalankan lebih kurang dua minggu ,
kebanyakkan anggota estet pertama dan kedua menolak cadangan untuk menggabungkan
ketiga-tiga estet tersebut.

3.     Seterusnya , pada 12 Jun 1789 , estet ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai
Perhimpunan Kebangsaan atau dikenali juga sebagai Parlimen Negara. Revolusi Perancis
bermula dengan pengisytiharan estet ketiga sebagai Perhimpunan Kebangsaan.
Bagaimanapun , apabila ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan bersama-sama pemimpin mereka
menuju ke dewan , mereka mendapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera.
Ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan melarikan diri ke bangunan lain apabila khabar angin
menyatakan Raja Louis XVI hendak menggunakan tentera untuk menentang ahli Perhimpunan
Kebangsaan. Implikasinya ialah mereka telah berhimpun di gelanggang tenis dan mengangkat
sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka menggubal Perlembagaan
Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Sumpah Padang Tenis’. Prinsip perjuangan
golongan estate ketiga yang terdiri daripada kelas menengah menjadi semakin ketara kerana
mereka mahu konsep persamaan dan keadilan di praktikkan bukannya di beri sesuatu
keistimewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Mereka
menginginkan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakti, khasnya agar kelas
pertengahan di beri perhatian yang sewajarnya. Namun, walaupun golongan bangsawan istana
dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan Kebangsaan dengan menubuhkan
satu pasukan tentera dibawah pimpinan Marshall de Broglie, tetapi mereka tidak mampu
menghalang kehendak rakyat menghapuskan sistem monarki, malah sebahagian tentera de
Broglie turut menyertai Perhimpunan Kebangsaan.

4.     Pada 14 Julai 1789, bangunan bestille telah jatuh ke tangan pemberontak. Bangunan


tersebut menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot. Kejatuhan bangunan ini
memberi kepada golongan revolusi dikawasan bandar dan desa. Kejatuhan bestille tidak
dilupakan oleh orang Perancis sehingga kini , malah , Hari Kebangsaan Perancis dirayakan ada
14 Julai setiap tahun sempena mengingati peristiwa ini. Dengan ini, Perhimpunan Kebangsaan
berjaya menghapuskan sistem feudal, penghambaan dan golongan istemewa. Monopoli
golongan bangsawan dihapuskan tanpa pampasan , seterusnya cukai yang diberi adalah sama
untuk semua golongan , menghapuskan buruh paksa dan semua hak istimewa gereja di tarik
balik. Selepas itu, berlaku hari Ogos yang mengesahkan penghapusan masyarakat feudal di
Perancis yang diamalakan sejak turun-temurun. Ahli Parlimen dengan sendirinya
memansuhkan sendiri hak-hak istimewa feudal mereka. Golongan feudal yang lain juga
berlumba-lumba menyerahkan hak-hak lama mereka  dan pada masa yang sama , golongan
paderi memberi kutipan cukai gereja dan hak-hak gereja. Satu dikri telah dikeluarkan yang
menandakan bahawa seluruh pemerintahan feudal telah dimusnahkan. Maka seterusnya ialah
memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda , perlindungan dan menentang penindasan.
Oleh itu , pada 26 Ogos 1789 , Parlimen telah meluluskan perisytiharan hak-hak manusia dan
warganegara. Perisytiharan ini mengiktiraf semua manusia dilahirkan kekal bebas dan
mempunyai hak yang sama dan perbezaan hanya boleh diwujudkan berdasarkan kemanfaatan
umum.

5.     Pada Julai 1790, Perlembagaan Sivil Gereja telah diluluskan. Melalui Perlembagaan ini ,
golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberikan gaji. Golongan paderi dikehendaki
mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan awam. Menjelang tahun 1791 , majlis
perhimpunan kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh
Raja Louis XVI. Berdasarkan idea ‘MOSTESTQUIE’ melalui teori pengasingan kuasa, kerajaan
dibahagikan kepada Badan Legislatif, Badan Eksekutif, dan Badan Judisiari.  Pemerintahan raja
berpelembagaan berlangsung selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis
bertukar menjadi republik.Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dipancung
menggunakan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen. Selepas kematian
Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis. Keadaan
tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte yang mengambil alih
kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799.

Penutup
§  Penindasan yang dialami sekian lama oleh golongan rakyat menyebabkan mereka bangkit
menentang ketidakadilan yang wujud disebabkan suara mereka tidak didengar di Parlimen.
§  Pembahagian Parlimen mengikut blok akhirnya dimansuhkan dan hanya tinggal satu blok sahaja
yang mewakili semua golongan masyarakat Perancis.

Anda mungkin juga menyukai